Monday, April 25, 2011

Thank You For Everything



25.04.2007.







.

Wednesday, April 20, 2011

misi menyihatkan badan dengan Virgin Coconut Oil.


Pagi semalam pegi Mahkamah Sesyen Batu Pahat, dan bila masuk office tengahari tu....yeayyyy!!!! Catalyst Virgin Coconut Oil yang aku order ngan Cik Ayun dah sampai. Guna alamat office jer. Sebab kalo guna alamat umah, takut nanti takde orang plak kat umah kalau posmen datang hantar barang tu. 


Tengahari tu dengan tak sabarnye terus telan sebijik VCO tuh. Amboiiii...kemain lagi tak sabar. Dan dengan ini, dengan rasminyer telah bermula cabaran 30 hari VCO. Huuuiihhhhh.....cabaran ke? Tengok la, kalo rajin & tak malu nak tepek gambar muka yang buruk giler kat blog, aku buat la review before and after. Kalo tak rajin dan ada perasaan malu yang menebal, memang aku tak buat lah.






Tapi tak tau lah aku nih rajin ke tak nak amalkan makan benda alah nih. Biasanya aku nih memang failed kalo bab2 nak mendisiplinkan diri untuk jaga muka dan jaga kesihatan. InsyaAllah kalini rajin kot. Sebab benda ni telan jer, tak payah sapu2 (kalo nak kesan yang lebih cepat, boleh la sapu).


Ok bye!




* p/s : sedang packing barang2. oh, hati berbunga2. ;)
* p/s lagi : esok start cuti 5 hari! hooyeeaaahhhhhhh!!!!!!!!




.

Monday, April 18, 2011

Kering kontang. Harini aku rasa sangat looser, malu dan kelam kabut.

*ni kisah aku harini yang buat aku rasa macam sangat bangang, dan bodoh, dan oh-sangat-malu-tebal-muka-ku.


Harini bad day haku. Pagi tadi pegi mahkamah kat Menara MSC Cyberport untuk buat file search. Pastu kena pegi kat bangunan mahkamah kat Jalan Dato’ Onn pulak. Last2, tak dapat pun apa yang nak di-dapatkan tu. Ada hasil sikit jer. Ok la, settle jugak masalah fail tu.

Masa tu minyak kete dah blink2 dah. Ok, bukan harini minyak tu blink2. Sebenarnya dah beberapa hari minyak dah blink2. Tapi disebabkan aku tak keluar pun hujung minggu, except for hari Ahad, tapi kat sini takde Esso atau Mobil, so aku tak isi la minyak.

Dan pagi tadi, dengan confident-nyer aku terus pegi ke mahkamah tanpa singgah ke stesen minyak dulu. Aku bajet, cukup lah minyak tu untuk pegi mahkamah. Nanti lepas settle kat mahkamah, aku pegi la isi mainyak tu.  

Lepas dah settle hal kat mahkamah Jalan Dato’ Onn, aku pun start la kete nak pegi isi minyak kat Jalan Yahya Awal. Sekali enjin hidup kejap jer, pastu mati. Alamak, betul ke nih. Aku dah macam boleh agak. Aku hidupkan lagi, tapi dia mati balik. Aku hidupkan lagi….sah!! memang minyak dah kering kontang!!!






Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

Camane nih??????

Dalam hati berbicara (cehhh), OMG! I CAN’T BELIEVE THIS IS HAPPENING TO ME!!!!

*kecek mat salleh pulokkk~


Jarak mahkamah Jalan Dato' Onn ngan Esso kat Jalan Yahya Awal tu tak sampai 2 kilometer jer kot. Nape la nasib aku malang sangat nih. Rasa macam looser sangat. Tak boleh ker sabar sikit tangki minyak nih, lagi 2 kilometer jer. T_T

Aduhhhh~ ni kali pertama aku berdepan ngan situasi camni. Tak tau nak buat camane. Memang lah aku zero knowledge kalau bab2 kete nih. Pastu rasa blur, tak tau nak mintak tolong sape. Nak mintak tolong kat manusia yang lalu lalang kat situ ke? Ishhh…malu la den.


 Kalau boleh camni, kan senang. ;D



Nak mintak tolong Encik Kuneng? Dia kan jauhhhhh....wuwuwuwuwuuwwuuuuuuu~~ T_T


Pastu SMS Encik Kuneng. Rasa macam lambat plak dia nih reply.

Nak call colleague aku, tapi tetiba teringat kredit dah tinggal 25cent (ni la keburukan kalau pakai prepaid). Terus pegi kat kedai runcit kat bangunan JOTIC (Johor Tourism Information Centre), sebab nak beli topup. Hampeh, topup Celcom takde plak. Siot tol….time aku emergency, time ni la takde kredit la, takde topup la.

SMS lagi Encik Kuneng, mengadu nasib diri yang malang & takde kredit nih. 

Rasa buntu jap. Pastu rasa macam BODOH YANG AMAT. Sebab terlalu cuai. Dan over-confident yang macam bangang, sampai minyak boleh kering kontang camtu.

Haaa~ tetiba teringat kat sorang Chambering student firma aku yang tengah serve kat Legal Aid Centre (kat bangunan Mahkamah Sesyen). Terus pegi mendapatkan beliau, dan meminta pertolongan beliau. Dia gelak2 jer bila aku kelam kabut. Takpe2. Gelak la, aku redha. Tapi kena carik botol air mineral la pulak. Bukan 1, tapi 2 botol yang 1.5 liter tu. Sebab budak2 chambering kat Legal Aid Centre tu cakap, maybe tak cukup kalau 1 botol minyak jer. Haihhh~ nasib baik jumpa jugak.

Pastu Chambering student tadi bawak pegi Esso kat Jalan Yahya Awal. Perghhh~ kemain malu lagi haku masa tu, sebab beli minyak pakai botol air mineral. Nasib baik pakcik pekerja stesen minyak tu ade.

Aku : pakcik, boleh tak isi kan minyak dalam botol nih?

Pakcik : boleh2...

Pastu ade la sorang cik abang kat sebelah kete aku tuh sengeh2 jer tengok aku tengah tunggu pakcik stesen minyak tu isi minyak dalam botol. Punyer lah tebal muka aku.

Disebabkan nak cover malu, aku dengan selambernyer tersengih macam kerang busuk kat dia (haaa…kau ingat senang ke haku nak balas senyuman kaum lelaki, lebih2 lagi yang aku tak kenal? dah kira bertuah la kau nih. kahkahkahh~), dan kemudian aku cakap : minyak habis tadi, dah kering kontang.

Cehh..confident jer aku cakap kat mamat tu, walaupun dia tak tanye. Pedulik hape aku. Aku tau dia tersengih sebab tengok aku beli minyak dalam botol mineral.

Pastu dia tanya (sambil tersengih tak abes2) : habis minyak kat mana?

Aku jawab : kat JOTIC tu jer.

Pastu kawan dia datang kat kete diorang, & aku perasan la si mamat ni cakap something kat kawan dia. Pastu kawan dia pun tengok aku & tersengih2 jugak. Perghhh~ gelakkan aku la tu. Sampaikan kitorang nak blah dari stesen minyak tu pun dia asyik duk pandang2 jer. Apehalllll kauuuuu????




Pastu Encik Kuneng call. Eh2, tak perasan pulakk dia dah reply SMS aku & suruh aku cari botol mineral & pegi beli minyak kat stesen minyak, isi dalam botol tu. Takpe, memang saya tengah buat pun time tu. Siap transfer kredit kat aku tadi. Duk kalut punyer pasal, tak perasan semua tu. Huhu~  TQ yer yunkkk~ ;p


Then kitorang pegi balik kat kete aku, dan masukkan minyak dalam tangki. Tapi kena buat corong. Nasib baik ada kertas yang agak keras dalam dashboard kete aku nih. Kreatif jugak budak Chambering aku nih. ;D 
 
Masa nak tuang minyak tu, aku agak cuak jugak. Takot meletup lah, hape lah. Pehhh~ tinggi sungguh imaginasi aku masa tu. Pastu terus pegi Esso balik & isi minyak penuh2. -.-'


Aku tak tau la nape aku rasa malu yang amat bila beli minyak isi dalam botol. Bukannye tak pernah dibaut orang. Mungkin tak sesuai kot pompuan buat camtu. Takpe, dah emergency, nak buat camane. Tak boleh dielakkan dah. 

Memang aku dah serik dah. Tobat dah. Pasni kalau minyak dah2 blink2, confirm lah aku terus jer pegi isi minyak. Paling koman pun takkan selamba badak drive kete jauh2 cenggitu, sedangkan minyak dah blink2, mintak di isi tangki beliau. T_T  

Memang betul2 pengajaran lah kejadian tengahari tadi. Tapi aku bersyukur jugak la sebab habis minyak time aku tengah parking. Kalau time tu kete tengah bergerak kat jalan raya, dan tiba2 pulak mati tengah2 jalan, camane? Then buat jalan jem? Aku nak mintak tolong sape? Sape yang nak tolong tolakkan kete tu kat tepi jalan? Aku yang lemah ni ke? Tolak kete sorong aku larat la. Dan camana nak dapatkan bantuan dengan kredit seciput 25cent tu jer??? 

Perghhh~ takleh bayangkan camane kalau itu semua berlaku.


Tapi takpe la, kita belajar dari pengalaman. Kalau benda ni tak berlaku harini, aku tak rasa la pengalaman nih, dan kalau terjadi benda ni di masa depan tanpa pengalaman harini, confirm lah aku tak tau nak buat ape. Dan sangat bernasib baik jugak sebab kebetulan ada si Chambering student nih kat  mahkamah Jalan Dato' Onn. Kalau firt time kena, pastu takde orang yang boleh tolong......giler lah...mintak dijauhkan lah.......


Ok bye. Panjang pulakk aku merepek.


.

101th




Tahniah kepada diri sendiri sebab dah berjaya menge-post entri sebanyak 100 buah entri untuk tahun 2011 nih. Dan entri ni adalah entri ke-101. 

Kenapa aku cakap tahniah nih? Sebab dah melebihi jumlah keseluruhan entri tahun lepas. Tahun lepas aku update 92 entri jer. Sekarang baru bulan April, jumlah entri dah melebihi jumlah keseluruhan entri tahun lepas. Wahwahh~ ;p  Walaupun tak sehebat dan tak serajin bloger lain yang sangat rajin update blog sampai dah mencecah ratusan entri dah...

Semoga aku lagi rajin ber-blogging, lebih rajin update blog, lebih rajin blogwalking lebih rajin comment blog blogger lain, dan bla bla bla...mcam2 lah. ;D

Himalaya Neem Face Pack, Virgin Coconut Oil dan RM50 untuk 3helai baju

*oh, aku takde idea nak letak tajuk ape kat entri nih.



Weekend nih tersangat lah bohsan. Macam biasa la, kalo hujung minggu aku duk kat umah jer. Takde ape2 aktiviti pon. Bohsan mengadap TV dan mengadap laptop, tetiba jer terfikir - oh petang2 camni best jugak kalo pegi jogging. Tetiba jer rasa macam rajin nak ber-jogging, kat taman kat Mutiara Rini. Maklumlah, nak keluarkan peluh dan nak pecahkan lemak2 yang dah makin membiak2 dalam badan nih. Tau melantak jer. Tapi exercise haram nyer aku nak buat.

Tengok jam pukul 5.45petang. Sempat ke nih nak pegi jogging? Tapi nak pakai mask dulu...sebab dah lama tak pakai mask. Rasa macam banyak jer kulit mati kat muka nih. *ceh, boleh rasa pulak ek.




Himalaya Neem Face Pack nih aku beli 2 bulan lepas kot, setelah baca review dari Cik Nurul Aina. Tapi ni baru kali kedua aku pakai. Aku nih memang pemalas nak jaga muka. Sebab tu muka banyak jerawat + kulit kasar. Wuwuwuwwuuuuu~~  T_T 





Dan mempersembahkan muka makhluk hijau setelah ditepek dengan Himalaya Neem Face Pack. 



Setelah kering, macam ni la ghope muka kita yang ditepek dengan Himalaya Neem Face Pack nih. 
* eeewwwww....memang buruk giler muka haku.  tapi at least haku letak jugak gambar camnih. kau hado??? kahkahkahh~ ;DD


Muka dah keras lepas benda alah ni kering, seriously dah tak boleh senyum atau buat muka apa2 dah (muka huduh atau muka chomel). Uh, korang perasan kan macam bintik2 jer muka aku nih? Aku rasa benda Himalaya Neem Face Pack nih meresap kat pori2 kot. Dan yang bintik2 tu bekas pori2 lah rasanya. Seriously, benda alah nih memang bagus untuk kulit. Jerawat akan kering, kulit muka pun jadik lembut dan halus. Tapi korang jangan harap la muka korang kekal halus mulus kalo setakat pakai sekali dua macam haku nih. Muahahaa~ ;D

Lepas selesai pakai Himalaya Neem Face Pack nih, aku macam teragak2 nak pegi jogging kat taman ke tak. Sebab time tu dah dekat pukul 7 petang. Dah ler taman tu baru bukak. Bahaya gak tu nak jogging time maghrib. Dah ler sorang2. Uihhh~ pikir yang bukan2 pulak haku nih. 

So, cancel jerlah hajat suci nak menyihatkan badan tu. Then pegi bank sebab nak bank in duit. Oh, petang semalam aku order Catalyst Virgin Coconut Oil dari Cik Ayun, setelah membaca review beliau KAT SINI. Sekarang nih ramai orang dah memperkatakan mengenai VCO ni (asal tetiba ayat haku skema?). So, aku pun teringin jugak la nak try, betul ke benda alah ni bagus, setakat mana keberkesanan dia. 

So, malam tadi aku terus pegi bank untuk buat bayaran VCO tu. Pantas kan aku? hahaa~ Harini Cik Ayun akan pos benda alah VCO tu. Oh, tak sabar2 nak mulakan cabaran 30hari Virgin Coconut Oil macam Cik Ayun. Nanti boleh la aku buat review jugak yer. Tapi kalau betul2 menjadi, review aku tu mesti lagi hebakk kot. Sebab muka aku lagi buruk dari Cik Ayun. ;p 

Dah alang2 keluar tu, aku pegi la jalan2 kat Plaza Tasik jap. Dah bohsan sangat duk kat umah. Ingat nak jalan2 jer. Window shopping la konon. Tapi haramnyer aku nak window shopping jer. Seriously aku nih memang looser lah kalo bab2 menahan nafsu shopping. 

Tapi tadi agak lega sebab tak banyak duit yang habis untuk ber-shopping. Lagipun yang aku beli tu murah2 jer. Takde la aku rasa looser sangat tadi. 

Tu yang sekarang nih aku selalu jer pegi Plaza Tasik. Sebab barang kat sana murah2 jer, dan cantik2 pulak tu (certain barang la). Tapi kena pandai pilih la. Dah tentu la barang murah, so, kena la pandai2 belek & tengok kualiti dia. Moh ler terjah benda hape yang aku shopping malam tadi. Saje nak share ngan korang. ;)



Top (labuh). RM20. 
Kaler peach-orange, tapi dalam gambar nih tak terang la plak kaler peach-orange tu.


Aku sekarang nih minat patern camni pulak. Konon2 sweet lah kan. 
2 minggu lepas dah beli top camni jugak. 
Tapi tak labuh macam ni la. 
Dan top tu ada manik2 + ribbon kecik yang tak-boleh-blah-perasan-macam-muda-giteww.


Top (labuh) kaler grey ni yang paling simple. I loikee~ 
RM15.


Cardigan (labuh jugakk). Agak transparent lah. 
RM15.


Murah jer, kan. RM50, boleh dapat 3 helai baju. Sebab tu tadi aku cakap, tak rasa macam looser sangat. Hahaa~ 

Aku tak pakai baju mahal2 pun. Ok, tipu. Kadang2 ade jugak la beli yang mahal. Tapi aku bukan jenis yang suka beli barang mahal dan mesti pakai yang branded jer. Kalo cantik + murah, confirm la berkenan di hati dan taknak lepaskan benda yang aku berkenan tu.







Pastu balik rumah ler, dan sambung apa yang aku buat seharian untuk weekend nih....






tengok TV dan online....





Ape hal der ngan rambut lu? 
Wa tergelak2 macam nak pengsan tengok rambut lu. 
Hampir2 tak cam wa tengok lu. 
Kahkahkahkahhh~~ ;DD 
Ok fine, lebih baik rambut camni dari bonggol unta Mentor itu. Teeettttttttttt...!!!!!!!!!!!!!!!




Ok bye~




* p/s : auto-post entry. tengah tengok cite "Pa'e" kat TV3 masa taip entry nih. pukul 12.30 - 2.30 pagi. sedih la pulak. eh2, mudenyer Shaheizy Sam. hohoo~ ;D


.

Sunday, April 17, 2011

HOMETOWN DAY 1 : JB - Terengganu

Kalini nak bercerita pasal kisah aku balik kampung masa Chinese New Year haritu. Yer, dah 2 bulan lebih. Giler kentang dah basi cite nih. Takpe, dari terperuk jer dalam kepala hotak haku nih, dan dari teperuk jer gambar2 dalam laptop. Moh ler aku upload dalam blog jer. Dah bosan punyer pasal hujung minggu nih, kan.

Entri ringkas aku dah update KAT SINI. Yang tu sangat ringkas lah, sebab ku duk kat kampung dalam 4-5hari kot. Dan ya, aku balik kampung ngan Encik Kuneng. Dan gambar2 pun tersangat lah banyak, sampai aku tak tau nak upload yang mana. So, upload jer banyak2. Dan aku dah separate-kan cerita ni kepada beberapa bahagian. Sila berdepan dengan risiko muntah hijau kalo nak mengadap entri2 nih. Muahahaa~ ;D

Terima kasih Encik Kuneng sebab sanggup teman diri ku balik kampung. Kalo awak tak boleh teman, tak dapek lah eden balik kampung haritu, sebab semua abang & kakak kat JB nih tak balik kampung. Akak yang duk kat Skudai jer balik. Tapi kete dia dah penuh. Dan aku plak, nak balik ngan kete sendiri, takmo tumpang kete orang.

Okeh, straight tu the story. 


Khamis, 03.02.2011

Kitorang bertolak dari JB pukul 5pagi. Awalnyer....Yerlah kauu...jauh tu nak balik. Biasanya balik kampung (ngan abang @ kakak), ambik masa 10 - 12 jam. Depends la kalau banyak berhenti rehat, berhenti makan, berhenti tido, dan depend juga pada kelajuan kete. 

Ni first time balik sendiri, drive sendiri dengan kete sendiri. So, taknak la bertolak lambat sangat. Nanti kang dah malam masih on the way, confirm aku tak tau jalan. Aku nih rabun, bila dah malam, lagi teruk tahap kerabunan aku nih. 



Penat ea? Cian dier.. ;D


 Tergelak2 & excited nak snap gambar kete nih.
Sebab nombor plet dia sama ngan kete aku.
Nombor kat belakang tu, bukan huruf JDG. Hahahh~ ;DD


Berhenti rehat kat Petronas Bandar Al-Muktafi Bilal Shah, Pahang.


Minum lah Redbull untuk memberikan tenaga pada badan! ;D
Aku siap beli Redbull 6 tin sebagai bekal untuk drive balik kampung. Huhuu~ 


Encik Kuneng jer yang drive dari JB sampai Pahang. Sampai kat Pekan, aku drive. Tapi drive 2 jam jer, sampai kat Bandar Al-Muktafi Bilal Shah, tukar balik driver. Sepanjang aku drive 2jam jer tu, Encik Kuneng tak abes2 pot pet pot pet, membebel kat aku & complaint cara aku bawak kete. Bahaya katanya. Yer, aku mengaku cara aku bawak kete aritu memang bahaya. 

Alahh...biasa lah, time tu kan aku baru jer dapat lesen memandu & baru jer drive kete 2 minggu. Kete pun baru keluar tak sampai 3 minggu. Maunyer tak bahaya. Orang baru pandai bawak kete, takkan nak expect aku bawak kete macam orang yang dah bawak kete bertahun2. Kan kan?? 

Last2, Encik Kuneng yang bawak sampai kat kampung. Kesian gak tengok dia penat. Tapi nak buat camane. Hahaa~ ;D


Jalan balik sana plak memang rosak giler. Masa tu kat Terengganu, tapi tak ingat dah kawasan mana. Yang pasti, kawasan hutan. Huiii~ aku plak yang rasa saket, kesian kat kete yang baru tak sampai 3 minggu berada atas jalan raya nih. Sape tak sayang kete wooiiiii~


Aku memang confident nak balik sendiri, dan agak confident yang aku ingat jalan dari JB sampai ke kampung kat Besut, Terengganu. Walaupun yang aku ingat hanya 90% jer kot dan dah lama tak balik, dan risau takot silap jalan.

Masa sampai kat Permatang Badak, call abang ipar nak tanya jalan. Sebab kat situ ada simpang 3, tak pasti ikut kiri ke kanan. Pastu sampai kat Kuala Berang, lagi sekali tak sure jalan. Lepas beli limau mandarin kat kedai2 tepi jalan tu, Encik Kuneng pun bertanya la kat sorang pakcik kat situ. Nasib baik la pakcik tu tau gak. Haha~ ape da..takpe, malu bertanya sesat jalan. Ye dak?

Dan akhirnya, selamat jugak sampai ke kampung halaman. Alhamdulillah...sampai umah dalam pukul 4petang kot. Ape lagi, borak2 la ngan akak sulung. Dah lama kot tak bertanya khabar.


Pastu teman Encik Kuneng pegi beli joran. Layankan ajer lah si kaki pancing nih. Dah dia nak sangat mancing kat sini. Tapi time tu kan raya cina. Kedai2 kat sana banyak kedai milik orang cina. So, mana la ada kedai yang bukak. Mesti la diorang beraya. Dan tak dapat la Encik Kuneng beli joran. Huhuu~ takpe2, esok lusa boleh beli yer. ;p

Then pegi lepak2 kat tepi pantai, kat hentian bas, dekat ngan jeti ke Pulau Perhentian. Dah lama tak pegi situ. Ramai jgak orang time tu.


Uikss~ nape aku nampak kurus jer dalam gambar nih?



Dah nama kat tepi jeti, mesti la ada bot2 nelayan, bot2 pelancong dan macam2 la kot. 


Then balik umah, tunggu kakak aku yang duk Kuala Terengganu balik. Tak sabar nak jumpa anak dia, si Adam Bakri (eh, Adam Bakri  ke Adam Badri ntah. lupa plak ;p ). Dah besar agaknye si Adam nih. 



Dan mempersembahkan...si Adam yang bulat mulat lagi notty & tak boleh duk diam.... 



Awwhhhhhh....comelnyer Adam yang bermata bulat, berpipi tembam, berperut buncit, suka senyum, berlesung pipit, pemalu nak mengadap kamera.... 














dan......









Comot...!!! 
Hahahahahhh...!!!!! ;DD



Last but not least, fav picture for this entry...



Gambar kat tepi pantai tadi. Sebenarnye takde la gelap sangat pon. 
Hee~ 
Favourite untuk entry nih. ;) 



Ok bye. Sambung cite di next entry.


.

Saturday, April 16, 2011

Rest In Peace

Semalam balik dari keje, terus bukak laptop dan bukak facebook. Terus ke page junior aku yang hilang haritu. Kat Wall beliau penuh dengan ucapan rest in peace, god bless you, dan macam2 lagi. What? Seriously? Confirm ke? Apa yang dah berlaku? 

Aku balik keje lambat. So, tak sempat tengok berita, dan tak baca paper pun. Aku godeh2 Wall facebook tu, dan try Google. Rupa2nya mayat seorang lelaki telah dijumpai di bawah jambatan Pulau Pinang, dan dipercayai itu adalah mayat junior aku tu.

MasyaAllah..sungguh tak percaya dengan semua tu. Walaupun sebenarnya dah boleh agak.

Semoga roh beliau bersemadi dengan aman. Semua yang berlaku pasti ada hikmah, dan pasti ada sebab mengapa beliau bertindak sedemikian rupa. Suatu kehilangan yang sangat…emm..tak tau nak cakap camane. Sebab beliau seorang yang sangat pandai, cemerlang akademik. Sangat baik hati. Dan masih terlalu muda. Peguam muda yang bagi aku sangat berbakat dan ada masa depan yang cerah. Walaupun tak berapa rapat dengan beliau dan pernah bekerja sekejap jer ngan beliau, tapi tetap rasa kehilangan.

Rest in peace, Thilagumaran Suppramaniam.


Klik untuk berita : 



* p/s : sedih bila baca status beliau yang cakap beliau sangat gembira dengan sambutan harijadi beliau, hampir 2 minggu sebelum kejadian. dan lagi sedih bila baca ucapan2 R.I.P kat Facebook beliau.


.

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Selamat Tahun Baru! Nasi Beriani yang OH sangat lazat~

Pagi2 nih aku nak menjamu mata korang ngan Nasi Beriani. 















Mempersembahkan...

Capati. Nasi Beriani. Macam2 ada.
Silakan terliur. ;D



Perghhh~ camane tak gemok. Camane tak makin membiak lemak2 dalam badan yang dah sedia tembam nih. Melantak tak agak2. Dah la berlemak, banyak kolsterol, macam2 lagi lah. Whatever lah kan. Ni nak cite pasal semalam. 

Nasi Beriani ni makan untuk lunch. Disebabkan semalam Tahun Baru bagi kaum India (tahun baru ni ada MACAM-MACAM JENIS yer. tak tau la pulak aku), so big boss aku buat makan2 kat office. Tak tau la diorang ambik catering mana. Yang aku tau dan aku rasa, Nasi Beriani dia memang best dan lazat dan menyelerakan, sedap hingga menjilat sudu, dan bla bla bla. Hahaa~ 

Lauk2 pun lazat giler ok. Especially mutton. Pehh~ memang best. Bende alah yang warna hijau tu, aku ingatkan tauhu. Rupa2nya it is cheese! Hijau tu sebab ada spinach. Taktau la camane dia buat dan apa resepi dia, yang membuatkan cheese tu jadik keras dan jadik macam tauhu. Tapi yang penting best. Banyak ketul jugak aku makan tadi. Bila dah buurrppp kenyang, baru tau bende tu adalah cheese. 

Lepastu bila dah realize benda yang aku makan tu adalah keju.....aku terus rasa macam...eeeeeeeeeee........banyaknyer aku macam cheese. Ishhh...terus rasa macam uneasy. Yerlah, aku bukannya suka sangat makan keju. Makan sikit boleh la. Ishhh isshhhh....nak buat camane. Dah tertelan dah pun. 

Tadi ada jugak yang tambah nasik. Dah makanan best, semua orang macam tak cukup jer kalau makan sikit jer. Aku pun sebenarnya nak tambah gak. (pehh...tak cukup lagi ke ngan nasik ngan lauk yang banyak giler tu). Tapi bila fikirkan aku dah makan banyak, dan lauk2 dia semuanya jenis yang berlemak, berkolesterol tinggi dan hanya akan menambahkan lemak dalam badan aku nih, dan bila ingatkan konon-konon-janji pada Encik Kuneng untuk diet, terus cancel hasrat nak makan untuk second round. Konon2 dah nak start diet. 

Perghh...bila masa pulak aku ni fikirkan kolesterol dan lemak bila nak melantak? Dan boleh ke aku nak berdiet? Macam mission impossible jer. Muahahaaa~ ;DD 

By the way, harni ramai yang pakai baju Punjabi. Sebab semalam bos mintak pakai sari atau baju Punjabi sempena New Year nih. Tapi aku tak pakai pon. Sebab aku memang takde baju Punjabi. Lagipun semalam turn aku pegi Mahkamah. Takdenyer boleh pakai kalerfuuulllll pegi Mahkamah, kan. Hitam putih jer hidup aku. [x_O]

Ape2 pun, tenkiu sooo much la big boss sebab buat makan2 kat office semalam dan bagi peluang pada diriku untuk menternak lemak dan menggemokkan badan dan membuncitkan perut. * ishhh..memang kena diet nih. (alah kau nih, asyik cakap pasal diet jer. buatnyer tidakk~)
Dan selamat tahun baru kepada semua masyarakat India, terutamanya big boss, colleague, dan kawan2 sayeww~ Happy New Year!  :)




* p/s : dah lama tak makan Nasi Beriani. baru plan nak pegi cari Nasi Beriani, semalam tertunai jugak hajat nih. ;p


.

Thursday, April 14, 2011

bila harga emas dijangka naik...


Klik pada gambar untuk lebih jelas.


Kosmo. Khamis, 14.04.2011.



Semua orang panik ke? Orang yang minat barang kemas (emas) nih camane pulak? Mampu lagi ke beli? Yang berkemampuan tu mesti la no hal. Aku? Aku tak minat pun ngan emas nih. Tak tau la kenapa. In fact, aku takde pun barang kemas. Eh, ade la jugak. Tu pun pemberian arwah mak.

Tapi bila baca berita ni tadi, rasa macam...ermmmm...kena beli sekarang ke? Aduhh...nape la nak naik time nih. Encik Kuneng pun pening bila aku cakap pasal ni.

Dah kena survey2 dah "barang" yang perlu dibeli sebelum harga emas naik. Nanti kang dah makin mahal, bankrap lah nak beli yang berkenan di hati.

Alahh...tapi ni ramalan jer. Tapi ramalan tu la yang buat orang terpinga2, dan ada yang panik.


Ok lah, bye. Kepala dah pening. Esok kena bangun awal. 



* p/s : macam mana harga emas dikira? aku pun tak paham dan tak reti bab2 emas nih.


.

Wednesday-Movie-Day : Just Go With It.

Semalam rakan2 se-office ajak pegi tengok movie. Dah lama dah kot aku tak tengok wayang. Diorang nak tengok movie Just Go With It. Disebabkan dah lama aku tak tengok movie dan tak update diri sendiri ngan movie apa yang ada kat wayang sekarang, so, macam tak tau la movie Just Go With It tu movie pasal ape. Yang aku tau, movie komedi. So, aku on jerla. Lagipun semalam stress giler ngan keje. Dah alang2 stress tu, boleh lah nak release tension ngan menonton wayang. *alasan konon

Lagipun Adam Sandler yang berlakon. Giler tak lawak movie komedi tu? *paham tak?





Tengok trailer pun dah lawak, tergelak2. Aku yang dah tengok movie ni pun masih tergelak bila tengok trailer nih. Hahaa~ 

A plastic surgeon (Adam Sandler), who pretends to be married as a pick up line, finally meets the woman of his dreams (Brooklyn Decker). He doesn’t use the pick up line on her but when she finds the wedding band he uses and she believes him to be married, he has to tell her he’s getting a divorce. He asks his office manager (Jennifer Aniston) and her children to pose as his family in order to prove his story.


Mengisahkan seorang lelaki (Danny) yang mengaku dia dah berkahwin, dan cerita macam2 masalah yang direka2 dalam "rumahtangga" dia untuk menarik pehatian pompuan. Tu cara dia untuk pikat pompuan (macam ni punya orang pun ada ke?). 20 tahun tuh dia hidup ngan menipu camtu. Masa dia mudah, dia pernah nak kawen. Tapi tak jadi kawen. Sebab tu jadi camtu kot. Pengajaran dari cerita nih, tak perlu la menipu sebab bila dah start, susah nak berhenti (macam yang dikatakan dalam trailer nih).






Movie ni memang kelakar giler. Dari start, sampai habis, tak habis2 satu panggung gelak. Mula2 start, hampir2 tak cam Adam Sandler sebab hidung dia besar. Lepas dah realize, memang aku tergelak giler. 

Tapi movie ni agak 18SX lah. Bukan agak, memang 18SX pun. Awal2 movie ni start dah ada amaran 18SX. So, tak payah la bagi budak2 tengok movie nih. Memang ada unsur2 kelucahan yag ketara. Tak sopan dan tak senonoh langsung.

Oh, si Brooklyn Decker itu sangat hot seksi meksi body meletop. Sure lah ramai yang meleleh2 tengok dia dalam movie nih. Jennifer Aniston (Katherine kot nama dia dalam movie tu. Dah lupa) plak sekali pandang dia (masa dia pretend jadik isteri Danny), macam Victoria Beckham la pulakk~ Mungkin sebab kurus sangat kot.

Anak2 Katherine pun lawak jugak. Sorang tak abes2 nak pegi Hawaii, sorang lagi tak abes2 ngan Bristish accent. Tapi diorang tetap comel giler. Taknak cite lebih2. Korang tengok la sendiri. Memang tak rugi duit aku RM6 untuk btiket nih (eh, lupe plak aku blom bayar lagi duit boss aku yang tolong bayarkan dulu tiket tu).

Semua scene dalam movie nih aku suka kot. Sebab semua buat aku (dan semua orang) ketawa macam nak pecah panggung. Tapi nasib baik la panggung tak penuh. Kalo tak lagi bingit. Hahaa~ 

Ok la movie nih, best. At least hilang jugak stress aku. Terhibur jugak hati aku nih. ;D



* p/s : canteknyeerrrr Hawaiiiiiiiiiiii.............rasa macam nak jer pegi sana. ^^ 


.

Wednesday, April 13, 2011

Peguam dipercayai jatuh dari jambatan Pulau Pinang. Sangat tekejut baca akhbar pagi ni.

Pagi tadi kami se-office dikejutkan dengan berita kat dalam paper The Star. Berita kehilangan seorang peguam muda yang dipercayai jatuh dari jambatan Pulau Pinang. Mungkin semalam dah keluar kat TV kot. Tapi tak tengok berita. Pagi tadi jer baru baca paper. Tu pun my bos yang bagitau. 

Terkejut aku bila baca berita tu. Sebab Peguam tersebut adalah junior aku masa kat UKM dulu. Dan beliau pernah buat attachment (macam praktikal la kot) kat firma ni tahun lepas atau dua tahun lepas (tak berapa nak ingat dah). 



Klik gambar untuk tumbesaran.

The Star. Rabu, 13 April 2011.


MasyaAllah...macam tak percaya bila baca berita ni, dan bila tengok gambar Thila yang ada kat paper nih. It's Thila? Thila yang kitorang kenal tu? Seriously memang tak percaya. 

Dah lama tak dengar khabar dari dia. Just tegur dalam Facebook jerla. Tu pun dah lama. Tetiba dengar berita camni. 

Beliau seorang yang baik, rajin, dan tak dinafikan dia seorang pelajar yang pandai. Hormatkan orang. Aku pun dia panggil "kak murni", sedangkan beza umur setahun jer. Tanda respect kat senior. Paling sedih, sebab dia anak lelaki tunggal dalam family dia. Sedih la kalau terjadi apa2 yang buruk kat dia.

Beliau dipercayai jatuh dari jambatan Pulau Pinang dan usaha mencari masih dijalankan. Kami semua berharap beliau dijumpai dengan selamat. Dan tadi aku bukak Facebook beliau, ramai yang bertanya ke mana dia pergi dan semua berharap dia selamat dan pulang segera dengan selamat.

Klik untuk berita : 



Hmm...macam2 versi cerita la yang disiarkan di akbar. Jangan lah kita membuat kesimpulan yang bukan2 sebelum perkara ni selesai disiasat, dan beliau masih belum dijumpai.


Tuesday, April 12, 2011

Nasi Padang at Benafee Village

Harini makan tengahari di sponsor punyer. Bila orang dah ajak, of coz la aku ON jer. Yang penting, makan free. Sape taknak, kan. Rezeki jangan ditolak. Lagipun bila masa aku pernah tolak kalo orang ajak makan. Lagi2 kalo free. Muahahaa~ *tak sopan betol.

Oh, tadi makan tengahari kat Benafee Village. Sebelum ni tak pernah lunch kat situ. Biasanya makan malam jer. 

Untuk minuman, aku order Benafee Village Special Juice. Nak gak try camane rasa Benafee Village Special Juice tu.



Ini lah ghope nyer Benafee Village Special Juice tersebut. 
Macam rasa apple juice, ada rasa laici jugak. Rasa lemon pun ada. 3 dalam satu kot. 
Dan ada 3 ketul laici kat dalam tu. 
Perghhh~ bessstttt. Hilang jugak dahaga aku nih. 
Dan yang penting, ramai betul yang terliur ngan rupa juice ni, dan nak try juice nih. ;D



My colleague punyer. 
Yang ni pon best minum time tengah dahaga nih. 
Siap boleh makan isi kelapa lagi dalam tu.
Dan masa aku snap gambar ni, dah licin dah pun isi kelapa tu setelah dilantak oleh my colleague. ;D



Nasi Padang for lunch. 
Lauk2 nasik padang yang dihidangkan kepada kami. 


Best jugak nasik padang kat Benafee Village nih. Terutamanya daging goreng ape ntah ngan ayam panggang kot. Memang menyelerakan anak tekak. Walaupun tadi rasa macam tak cukup jer nak melantak puas2. -.-

Ape2 pun , terima kasih lah pada makhluk Allah tersebut yang telah membelanja kami 20 orang ni makan kat situ, siap makan kat bilik VIP. *alah, apedehal kan encik benafee? ;p 

Oh by the way, tadi Pak Ghani pun ada gak kat  Benafee Village tu. Tapi aku tak bertegur sapa pun ngan dia, just senyum2 macam kerang busuk jer. Lawyer2 lain jer yang borak ngan dia. Sape lah aku nih kan. -.-


Ok lah, bye~ 


.

Shoes of the month

Beli 2 minggu lepas. Masa Padini tengah buat sale. Murah jer nih. Separuh harga jer. Kalo takde sale, tak beli kot. Sebab kasut ni bukannya jenis yang aku tergila2 sangat. Tapi sebab memang rambang mata giler masa sale tu, terus rembat jer kasut nih. Muahahaa~





Sexxyy much? But it wont looks sexy much on my ugly dark feet. T_T





Belum dirasmikan lagi. 
Cantik jugak (masuk bakul angkat sendiri). 
Tapi tak suka tali kat ankle yang macam belt tuh. Lambat tul nak pakai. Eh, aku pun tak tau camane nak explain. Harap korang paham la.



Ni ntah kasut ke berapa yang telah ditambahkan kepada koleksi kasut yang sedia ada. Rak kasut pun dah tak muat dah. Rasa macam nak beli jer rak kasut yang besar macam almari baju. Huhuu~ Oh, bukan rak kasut jer yang dah tak muat. Rasa macam nak beli amari baju yang oh sangat besar puas hati, sebab almari baju yang sedia ada pun dah penuh. Alahh...almari baju tu kecik beli kat Tesco jer. Maunyer tak penuh ngan baju. Eh, ape motif aku bagitau benda nih? Muahahahaa~ ;DD

By the way, shoes of the month la sangat. Sekarang ni baru 12haribulan. Kiteww tengok la camane nanti, ade lagi tak shoes of the month. Muahahaa~ 




* p/s : Stress ngan diri sendiri sebab tak berjaya untuk berjimat cermat bulan ni. Now i feel so bad. I'm such a looser. [x_O] 


.

Monday, April 11, 2011

good friends are like good bras

Ini bukan mukaddimah lucah :


They said good friends are like good bras. 

Hard to find. 
Supportive. 
Comfortable to be with. 
Always there for support.
Always lift you up. 
Makes you look better. 
And always close to your heart.




Alkisahnya...aku sebenarnya nak delete Facebook aku. Dalam dua tiga hari nih rasa macam dah malas nak ber-facebook lagi. Tapi tak boleh delete pulak. Dan aku rasa mungkin sebab ada fan page yang aku buat & Fesbuk aku nih admin. Sebab tu tak boleh delete account Fesbuk selagi tak delete fan page tu. 

Disebabkan tak boleh delete, so aku tukar nama jadik Tanpa Nama, delete profile picture, aku private-kan semua photo album, disable wall post, hide "post by me", dan pendek kata disable semua lah.

Pastu saje lah gatal tangan pegi ON-kan chat. Ape kejadahnyer disable semua kalau masih ON chat? Kahkahkahh~

Then semalam sorang kawan buzz. 

*know
*deleted
(sorry for typing error) 
Dengan pantasnya beliau bertanya.
Seorang sahabat yang mengambil berat tentang sahabatnya akan terus tertanya2 jika ada something yang tak kena. (Ntah pape jer ayat aku nih. Taktau nak susun ayat).
See..kalau dia bukan seorang kawan, adakah dia akan bertanya macm ni?
Kalau dia bukan seorang sahabat, adakah dia akan mengambil berat macam ni?
Jawapannya sudah tentu tidaaaaakkkk~




And here we goes.




Sebahagian dari chat yang telah di-cut, di-edit bahagian2 yang relevan,
Dan sebahagian dari nasihat menasihati, semangat-menyemangati (apekah?) 
Guys, jangan marah. It's just a girl to girl talk. ;) 
Our opinion. 
Kebebasan bersuara okeh. 
Sila ambil perhatian juga. Dan cuba fahamkan.
Renung2kan dan selamat beramal. *tetiba?





It's my babe, SOPHIE
Dari dulu dia memang selalu jadik tempat aku meluahkan  perasaan. So do I. ;p
I'm really appreciates her. :)
Dah lama dah tak chat ngan dia. And yes, we never meet up.
Even dah lama kenal, dari zaman Myspace lagi.
And I'm really hoping to meet her someday. :)





By the way, ini lah ghope Fesbuk mokcik. Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sempurna. 







Takde pape dah. Semua dah di-private-kan. 
Takde mood dah nak online Fesbuk lagi. 





* p/s : dalam ramai2 kawan, yang mana akan kekal ngan korang tak kira masa korang senang atau susah? Yang mana akan betul2 ambik berat pasal korang?



.

Sunday, April 10, 2011

The inspiring videos . Bilik yang comel dan organizing your make-up stuff.

Takdak keje on weekend nih. Duk usha2 video kat Youtube. 

These videos really inspires me. Girls, seriously awak semua kena tengok videos nih okeh. ;)  (bagi yang giler kentang pasal benda2 comel & make-up macam aku lah. yang tak sama minat tu kalo nak tengok pun boleh jugakk~)


1) Room tour.



Huwwaaaaa~ nanges~

Dah la haku nih lama dah terliur mengidam berangan nak bilik yang cute comel lotey pink sweet camnih. T_T

Sungguh well-organized bilik dia nih. Dah la comel. Kemas pulak tu.

Ntah bile lah bilik haku nak jadik comel camni yer. Dah lama kot mengidam nak bilik camni. Tapi macam malas nak comel-kan dan decorate-kan bilik tu. Sebab rumah sewa jer pun. Lagipun tak lama lagi dah nak pindah. Tapi tak tau bile. [x_O]

Actually ni pun termasuk dalam wishlist aku jugak. Tapi malas nak letak kat wishlist kat tepi nih ------>




2) Make-up collection & storage.


My oh my. Giler kentang punyer banyak koleksi  make-up minah nih. 
Nih kalo pakai hari2 pun setahun pun tak habis nih.


Juicystar07 (Blair Fowler) on blogspot : 
  1. http://juicystar07-blair.blogspot.com/ 
  2. http://www.blairfowler.blogspot.com/


 Yang ni reasonable sket dari minah Blair tadi. Walaupun memang banyak jugak.



Allthatgillers21 (Elle Fowler) on Blogspot : http://allthatglitters21.blogspot.com/

(Elle & Blair nih adik beradik. Ada minat yang sama pulak tu) 


And these videos really inspires me to organize my stuff. I mean, my make-up stuff and accessories. Kena kemas2 alat2 make-up yang bersepah. Sebab kadang2 nak carik ape2 pun tak jumpa. Especially yang kecik2 dan "halus2" macam eyelinear, eyebrow liner, eyebrow liner sharpener, fake eyelash glue dan macam2 la. Aksesori plak yang selalu hilang : cincin dan kerongsang yang kecik2 tu. Cincin Hello Kitty ngan cincin bow yang ada diamond2 tu sampai sekarang tak jumpa. Wuwuwwuuuuu~ T_T  

Ok lah, lepasni nak organize semua my stuff macam nih jugak. Nasib baik lah sekarang nih dah tengah malam. Kalau tak, sekarang jugak pegi Tesco @ Giant @ Carrefour untuk cari storage box camtu. Huahuaa~

Tapi tu la, aku nih jenis yang susah nak berkenan kalau carik barang. Nanti dah jumpa yang comel, ada jer yang kurang. Hehh~ cerewet kerr? Tak kot. Dan kadang2, cepat bohsan ngan barang yang dibeli. So, kena la carik yang betul2 berkenan dan puas hati. Biar tak cepat bohsan. Ngehngehh~ ;p

These videos cheer me up tonight. Thank you. ;)

Ok lah, good night. 


.

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway

Cik Yuyu kiteww yang cute comel lotey kecik molek nih buat Giveaway lor. Moh ler men-join-kan diri ke Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway. Last minute punyer join. Jom menaip dengan pantas!





Actually aku dah lama dah follow blog Cik Yuyu nih. Sejak dia blom famous amous lagi. Dan Cik Yuyu pun dah lama follow blog buruk merepek haku nih. Hahaa~ nak jugak cakap. Motif? Kau hado?? Dan dah lama kenal Cik Yuyu di alam maya. Dari Myspace lagik. Tapi takde la bertegur sapa sangat. Sungguh suka tengok Cik Yuyu yang kecik molek dengan mekap yang sangat gorjes! Okeh, ni bukan bodek. Ini cuma mukaddimah jer. ;p




Ni la review yang betol --->  Kalo dulu takde la nak baca sangat blog Cik Yuyu ni. Dulu kan Cik Yuyu jarang2 jer update blog. Sekarang sejak dia rajin update blog dan setelah jadik blogger famous amous nih, makin menarikdan tertarik plak nak baca blog Cik Yuyu. Walaupun kadang2 pening kepala jugak baca dia merepek. Hahahh~ jangan marah ea Cik Yuyu. ;p

Sangat tabik spring pada Cik Yuyu sebab Yuyu sangat tabah berdepan dengan macam2 dugaan dalam dunia ber-blogging. Kalau aku, tak kuat semangat camtu kot. Dan walaupun Cik Yuyu dah famous amos, dia tak sombong macam sesetengah blogger lain. Tetap blogwalking & comment kiteww yang bukan sape2 nih. 


Ok, tu jer. Harap2 penyertaan ni masih diterima. 


Sekian. ;) 


.

nanges baca entri Cik Epal. T_T

Selamat petang. 

Sedang menonton cite Nona, TV3. Oh bestnyer tengok orang kawen. Canteknyer baju pengantin pink tu. Tabik spring kat Shuib sebab sanggup pakai baju melayu kaler pink! Dan canteknyer Siti Sarah berpakaian pengantin, walaupun perut dia muncit hingga menimbulkan isu dan gossip yag bukan2. Pemikiran singkat masyarakat kita.

Sebut pasal kawen, rasa ralat sebab semalam tak dapat pegi majlis kawen seorang kawan kat Felda Nitar, Mersing. Teringin sangat nak tengok dia bersanding. Nak jugak tengok camane majlis dia yang aku rasa agak last minute. Dan nak jugak berkongsi kegembiraan dengan kawan yang telah bertemu dengan cinta baru setelah beberapa bulan putus cinta, dan akhirnya bertunang dan berkahwin selepas beberapa bulan kenal dengan cinta baru tersebut (eh, betul ke tak fakta aku nih. kalo salah, jangan marah ea Reen. ;p ). Alangkah indahnya jodoh pertemuan yang telah ditentukan Allah SWT.

Tapi takde sape yang dapat temankan aku pegi sana. Nak pegi sorang2, tak tau jalan. Kalo dekat, boleh gak aku redah. Jauh gak Mersing tuh dari JB nih. Aku cuba SMS seorang kawan. Dia pun tak dapat pegi. Dia cakap : 

"Mmg jauh..bhya ko nk gi sorang jln dia jln kg,kiri kanan kwsn hutan skit..jln mersing"


Oh zalimnya orang yang suruh saya "pandai2 la pegi cari sendiri". T_T 


Sori kawan, sebab tak dapat pegi majlis kau.



Okeh, straight to the title. Semalam baca entri Cik Epal. Tiba2 jer rasa menyentuh hati sampai berguguran ayer mata. Sedih sangat. Tersentuh hati sangat2. Wuuwuuwwuuuuu~~ T_T 

Sampai sekarang pun kalo belek2 balik entri Cik Epal tu, still rasa sebak. Memang tersentuh. Rasa macam "terkena". Tak tau camane nak explain. Adakah aku berada dalam situasi yang sama? Susah nak cakap. 

Ape2 pun, Cik Epal memang terbaek. Memang boleh jadi pakar motivasi dah. Walaupun gonjeng. Hahaa~ Eh, gonjeng tu ape? Sampai sekarang aku tak tau gonjeng tu ape. xP




Semalam takde mood nak update blog. Hahaa~ itu la yang jadi kalo ber-blogging ikut mood. Semalam just online Facebook yang macam tuttttt.....blogwalking, baca blog orang, walaupun tak comment. Dan semalam dihabiskan dengan berehat sepuas2nya, bukan secukup2nya. Ada beza ea "puas" dengan "cukup". Berehat untuk melayan mood yang macam tuuttttttt....dan untuk memulihkan panda eye yang sangat teruk kat mata nih.



Moh ler menatap muka haku yang ber-panda eye nih. 


Nah hambek kau. Muka buruk giler tanpa make-up dan tanpa big eye lens. Sebab tu malas nak pandang camera. Sebab kalo pandang camera, mata nampak macam mata ikan buruk. T_T
Panda eye dah berkurangan berbanding 2 hari lepas. 
Kalo 2hari lepas, memang teruk giler dna sangat obvious. Sampaikan ada yang tegur.
Panda eye hasil tak cukup tido seminggu nih. 
Aku rela tak cukup tido dan ber-panda eye demi "sesuatu", yang akhirnya tak berbaloi dan tak mendatangkan hasil. T_T
*ini bukan gambar emo atau moody atau tengah sedih. ini gambar perempuan yang malu nak menatap camera.










Last but not least....


HOPE. 
two more weeks. 
thank you for everything.






Sekian entri merepek ntah pape.. Bye! 




* p/s : hujung minggu yang tersangat BORINGGGGG...!!!!




.

Friday, April 8, 2011

Grenade. Awak sanggup buat apa saja macam ni jugak ke?

Tetiba jer rasa macam nak layan lagu Grenade (by Encik Bruno Mars kitew~) malam2 buta nih. Layannnn jerlahh~






Nah, hambek. Ngan lirik sekali aku layan.



Easy come easy go that’s just how you live
Oh take take take it all but you never give
Should’ve known you was trouble from the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?

Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash you did
To give me all your love is all I ever asked
cause what you don’t understand
Is I’d catch a grenade for ya
Throw my hand on the blade for ya
I’d jump in front of a train for ya
You know I’d do anything for ya
See I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes I would die for ya baby, but you won’t do the same..

Black, black, black and blue beat me till I’m am numb
Tell the devil I said hey when you get back to where you’re from
Bad women bad women that’s just what you are yeah
You smile in my face then rip the breaks out my car

Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash yes you did
To give me all your fucking love
Is all I ever asked but what you don’t understand
Is I’d catch a grenade for ya
Throw my hand on the blade for ya
I’d jump in front of a train for ya
You know I’d do anything for ya
Listen babe I would go through all this pain yeah
Take a bullet straight through my brain
Yes I would die for ya baby, but you won’t do the same..

If my body was on fire
Oh you would watch me burn down in flames
You said you loved me you’re a liar
Cause you never ever ever did baby..

Cause I’d catch a grenade for ya
Throw my hand on the blade for ya
I’d jump in front of a train for ya
You know I’d do anything for ya
Oh babe I would go through all this pain yeah
Take a bullet straight through my brain
Yes I would die for ya baby, but you won’t do the same..

 ------> giler ah kejam awek camtu. Perghh~ kalo dapat pakwe cenggini, confirm seumur hidup takkan sia2kan dia. wahai pakwe2 sekalian, sanggup ke awak buat apa sahaja untuk orang yang tersayang?




Tak tau lah nape mood aku macam tak kena jer nih yer. Kepala pun dah tersangat pening sebab dah ngantok giler. Dah beberapa hari aku tak cukup tido. Tido pun 3, 4 jam jer. Malam tadi tido 3jam jer. Tadi kat office rasa macam sedar tak sedar jer kan. Rasa macam melayang2 jer. Rasa macam nak pitam pun ade. Sebab ngantok sangat. Duk keje pun asyik tengok jam jer. Tak sabar2 nak balik umah. Nak buat keje pun tak boleh, otak macam tak berfungsi. Sampai kadang2 aku pun tak tau aku tengah buat ape. Hahaa~ ;DD 

Giler ah ngantok. Muka pun teruk giler. Mata tok sah cakap lah, memang dah jadik panda eye. Memang obvious sangat muka mengantuk. Sampai ada yang tegur keadaan aku. Sekarang ni pun aku rasa ajaib jer sebab boleh menaip dan post entri. Huahuahuaa~ ;DD 








Dah ngantok tahap cipan. Tapi sampai sekarang ni masih belum tido. Tengah saket hati. 

Huh. Lebih baik aku tido dari saket hati camni, kan. 

Good night~


* p/s : kalo tido ngan keadaan ngantuk tahap gaban camnih, tak tau la sampai pukul berapa boleh terbongkang kat atas tilam tu, kan. ngahahaaa~ ;DD


.

Auntie Anne's Free Pretzel Day

Beberapa entri nih duk cerita pasal makanan jer. Huhuu~




Dan ini cerita few days ago. Selalu jer lambat hupdate. Wuuwuuuuu~~ T_T 

Time lunch ada la budak2 office tu mengkhabarkan berita Auntie Anne's Free Pretzel Day nih. Walaupun masa tu aku dah siap lunch dan dah kenyang, tetap jugak nak merasa pretzel free. 

Yerlah, FREE kauuu...sape yang taknak, kan? 



So, pergi la beratur hambik pretzel free tersebut dengan rakusnya.


Selasa, 05.04.2011.


First time try pretzel kat Auntie Anne. Dan of coz la first time aku try mende alah yang bernama "pretzel" nih. Selama ni kalau lalu depan Auntie Anne nih, just jeling2 jer. Huahuaa~ 

Walaupun ramai giler yang beratur dan barisan pun agak panjang, tapi cepat jer sampai giliran. Cekap jer kan diorang nih. 



CAN YOU RESIST THE FRESH, STEAMING HOT, HAND ROLLED SOFT PRETZEL
*ceh, macam la korang tak boleh baca sendiri. 
Seriously, kata2 tersebut memang sangat tepat. 
Sebab pretzel tersebut memang sangat lazat dan rangup bila dimakan ketika masih panas.



Ini lah ghope nyer mende ala yang dipanggil "pretzel" tersebut. 
Memang lazt sungguh. Garing dan menyelerakan bila di makan masa pretzel tersebut tengah panas fresh dari ketuhar (err..ketuhar ke?



Kejap ada, kejap takde. 
Eh, silap. 
Kejap jer dah habes pretzel nih setelah dilahap dengan rakusnya oleh aku. 
Walaupun time tu dah kenyang ngan nasik tapau. 
Yerlah, kena makan cepat2, sebab kalau dah sejuk, tak sedap la pulak rasanya. 
*alasan orang yang kuat makan. ;D




Moh ler beramai2 membeli belah pretzel kat Auntie Anne, kat Level B1, City Square Johor Bahru. Kat tempat lain pun ada. Tapi aku tak tau. Korang carik la sendiri. 

Nih tolong promote setelah merasa keenakan pretzel free. ;D


Ok bye.. ;)


.

Buffet Lunch at New York Hotel. Cerita durian goreng

Dah agak lama dah nih, dah beberapa hari. Hari Isnin kot tak silap aku. Pegi lunch kat New York Hotel. Buffet Lunch. 

Perghh~ tetiba jer kena pegi lunch nih. Aku macam biasa la, ON jer kalo dah di ajak. Yang penting, orang belanja. Huahuaa~ ;DD 




Satu gambar sahaja.



Tapi makanan kat sini takde lah memberangsangkan hawa nafsu membuka selera dan banyak pilihan sangat macam Buffet kat Grand Paragon. Tapi boleh la kan. Aku tetap bersyukur dan alhamdulillah atas rezeki yang ada. 

Tapi kan...(tapi lagi) Nasi Ayam kat sini best. Ayam best, lembut dan terasa la. Nasik dia pun best. Tapi kalo makan banyak sangat rasa macam muak la pulak. Spaghetti pun ok jgak. Lauk2 pun ok jugak.

Yang paling best makan kat sini, masa majlis berbuka puasa office ni tahun lepas. Masa tu ada DURIAN GORENG. Perghh pergghhh perggghhhhhh...sangat rangup lazat berkrim disukai ramai. Memang sedap dan nikmat makan durian goreng tu. Lebih2 lagi kalau makan tengah panas baru angkat dari kuali. Memang nikmat tak terhingga. 

Memang laku giler lah durian goreng tu. Sampai kena beratur sebab nak ambik durian tu. Belum siap chef tu goreng, dah ramai yang beratur tunggu durian goreng tu masak. 

Patut kena tukar pepatah "macam goreng pisang panas" kepada "macam durian goreng panas". Huahuaa~

Kalini takde la pulak durian goreng tu. Teringat2 jer kat durian goreng yang panas dan rangup dan lazat tu. Yumyumm~