Showing posts with label Plaza Angsana. Show all posts
Showing posts with label Plaza Angsana. Show all posts

Friday, April 6, 2012

"Taknak" maksudnya TAKNAK.

Ni sambungan dari cerita aku pegi jalan2 survey2 kat Dunia Raja Sehari, Plaza Angsana, KAT SINI. Hari Rabu, pegi lagi. Ter-singgah kat satu booth wedding photographer nih. Sebab aku pun belum book photographer untuk majlis sebelah lelaki, so saje2 jer singgah kat situ.


Bila orang tu duk bla bla bla explain kat aku, terkejut beruk aku tengok harga yang dia quot. Aku takde niat pun nak book photographer kat situ. Sebab sebenarnye dah jumpa photographer yang berkenan di hati. Cuma belum book jer lagi.


Then aku malas nak bazirkan masa dia, aku cakap takpe la aku datang lain kalo & survey2 jer dulu. Tahu tak dia macam taknak lepas aku dari situ. Duk pujuk gak aku untuk ambik pakej dia. Aku cakap lagi, nak kena bincang ngan tunang dulu. Then dia cakap takpe, u boleh letak deposit dulu. Nanti u datang kedai ngan tunang u & boleh pilih pakej mana yang tunang u suka.


Berpuluh2 kali aku cakap nanti aku datang lain kali & kena bincang ngan tunang dulu. Tapi dia still taknak lepaskan aku. Siap keluarkan resit lagi untuk isi nama aku. Pastu pujuk aku ngan beberapa cabutan bertuah dia.


Adoihhhh~ tak paham ke orang cakap hah? Takkan singgah sekali, terus nak book. Betul tak? Ishhh....sampai migrain kepala aku duk layan dia. Eh, serius ni. Aku rasa kepala aku sangat pening & migrain.


Kau bayangkan pakej pre-wedding yang paling murah RM3800, then RM4800 and RM5800. Gilo ko apo??? Itu pre-wedding. Bukan pakej wedding. Aku tanya pakej wedding, tapi dia sibuk duk promote pakej pre-wedding. Then aku tanya lagi pasal pakej wedding & mintak dia elaborate, tapi dia still alih tajuk & explian pasal pakej pre-wedding. Ape ke sengal ntah.


Kalo dengan harga macam tu, lebih baik aku book photographer yang lagi best macam Mukhriz & Udey ke. Betul tak? Lagipun aku tak berapa suka ngan gambar2 diorang. Over sangat. Tak macam Malay wedding pun.


Lepasni tobat aku takkan singgah lagi kat booth tu. Lalu pun taknak. Migrain!




Sweettttt~
Salah satu booth kat situ.
*Gambar selingan sahaja. tiada kena mengena ngan photographer yang dimaksudkan di atas. 


.

Thursday, April 5, 2012

Dunia Raja Sehari @ Plaza Angsana.

Hari Selasa lepas keje, pegi Plaza Angsana, nak tengok pameran pengantin @ Dunia Raja Sehari kat sana. Tujuan utama hanya untuk survey kad kahwin. Huaaa~ lagi 2 bulan nak kawen. Kad pun belum tempah. Best takkk??? T_T


Ni yang aku sempat snap.


I love damask. =)
Yang warna biru tu sangat cantek!



Again. Suka sangat ngan corak damask berwarna biru macam ni.
Kalo untuk majlis sebelah aku ok la. Kena ngan tema.
Tapi untuk pihak lelaki? Memang tak matching langsung.
Sebab plan nak buat 2 pihak dalam 1 kad. Lagi jimat.





Kad yang kat bawah ni sangat unik! ===>>>>>




Cover yang juga merupakan sampul kad.
Sangat unik!



Bahagian dalam.
Cantik! Suka chandelier tu.
Ada damask lagi. hehee~



Bahagian dalam. Bila bukak, jadi camni.
Bahagian dalam ni lekat sekali gan cover a.k.a sampul dia.




Ni contoh2 bahagian depan cover dia.

Kad VIP yang dapat sekali ngan kad jenis ni sangat comel ok! Siap ada doilies lagi. Tapi tak sempat nak ambik gambar.


Dah tunjuk gambar2 ni kat Encik Tunang. Dia pun suka ngan kad jenis camni. Hehee~ maybe akan pegi petang ni lepas keje atau esok untuk book kad.

Haritu tak sempat nak survey semua tempat. Sebab masa tu dah almost 10 o'clock. Semua booth dah nak tutup. Balik keje dah lambat. T_T



 Yang ni sangat cantek. Macam lebih kurang dengan? Jengjengjenggg~ ;D
Tapi disebabkan booth dah nak tutup, lampu chandelier kat pelamin2 kat sini semua dah tutup dah. So, tak meriah sangat dalam gambar ni.



 Pink!



Baby blue sangat cantik! Suka warna ni. Hopefully my dais turns out this sweet. eceehhh~ ;p


Hari Rabu iaiu semalam, aku pegi lagi kat sini. Ter-singgah kat satu booth wedding photographer nih. Sebab aku pun belum book photographer untuk majlis sebelah lelaki, so saje2 jer singgah kat situ. OMG, pening kepala aku ngan orang kat booth tu. Nanti aku cerita, ok.


B2B kat JB ni yang masih belum pegi & teringin nak pegi kat sini, cepat2 pegi ok. Sampai hari Ahad ni jer.


Until then, thanks for reading. ;)




*p/s : teringin jugak nak DIY kad jemputan nih. in fact, dah siap edit pun. cuma bila sampai bab peta, terus failed. memang tak reti nak buat. takde software untuk edit peta. then malas nak cari tempat print. :(



.