Tuesday, February 14, 2012

Shopping @ GM Klang.

Hari Jumaat minggu lepas outstation, ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Last 2 Friday actually. 03.02.2012. Disebabkan Isnin ngan Selasa cuti, so aku stay kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting beberapa hari. Niat hati nak pegi membeli belah kat Nilai 3 ngan Jalan TAR.


Then Encik Tunang ajak pegi GM Klang. Mula2 tu aku tak tahu, ape benda lah GM Klang tu. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Huhuu~ Lepas Encik Tunang explain, baru tau. Aku ikut jer. Dekat jer rupanya Klang ngan Banting.


Kitorang pegi pagi2 lagi. Err...plan nak bertolak pagi. Tapi lari sikit dari jadual asal. Pegi breakfast lagi. Around pukul 12 tengahari baru sampai kat GM Klang tu. Masa sampai tu, orang takde la ramai sangat. Bila dah petang sikit, mula ramai dah. Pening kepala aku. Nak jalan pun susah.







Macam2 barang ada kat GM Klang tu. Disebabkan kat sini memang pusat borong, so harga pun agak murah la. Especially kalo korang beli banyak. Boleh la dpaat harga borong, which is most of them separuh harga. Giler murah!!



Manik!


Giler teruja aku bila nampak kedai manik2 nih. Terus aku beli beberapa utas manik bulat2 tu. Excited nak buat project DIY. Tapi tak tahu la ada masa ke tak nak buat. Hahaa~ Boley? ;p




Kerongsang!



OMG, comel2 giler ok kerongsang2 nih. Harga pun sangat murah. Tapi aku tak beli pon. Sebab tak masuk dalam to-buy-list. Hahaa~ cermat tak aku ber-shopping? ;p


Cermat la sangaatttt!!! Padahal sedih giler. Sebab banyak baju + skirt yang aku berkenan. Tapi tak dapat beli. Kalo banyak duit, semua aku dah borong ok! T_T




Kitorang beli set cadar + telekung + sejadah kat sini.



Set cadar tu sebenarnya RM35. Tapi sebab kitorang beli beberapa barang, dia bagi RM30. Kitorang tawar lagi. Last2 dia bagi RM29 jer.


Kat sini pun banyak jual Toto. Mula2 aku just nak beli Toto jer. Memang harga RM29. Kat situ dia tulis harga Sale untuk 4 hari jer. Tak tau la betul ke tak, kan. Sebab takde pun tulis tarikh promosi. Tapi masa tengah pilih2 tu, Encik Tunang cakap better beli set cadar jer, harga pun lebih kurang jer. Yerlah2, ikut jer. ;p


Tapi aku tak tahu la set cadar tu berkualiti ke tak. Kalo murah camni, berkualiti ke? Macam tak jer... -.-'


Telekung yang kitorang beli tu harga RM69. Dia bagi RM50 jer. Sejadah tu plak brape ek. Lupa plak. Ni semua untuk buat barang hantaran. ;)







Kitorang beli ni jugak ---->

















Couple T-shirt! 
Hahaa~ geli tak? ;D


Dah lama kot t-shirt camni keluar. Cuma haritu ntah kenapa boleh gedik nak beli. Encik Tunang pun sama gedik jugak, nak beli t-shirt ni. Hahaahh~ ;DD


So kalo pakai t-shirt ni, kena sentiasa duk sebelah kiri Encik Tunang. Hihii~ ;p


The next day, aku pegi Nilai 3. Membeli belah tak boleh belah. Nanti la aku update on next entri ea.



Ok bye~



.

6 comments:

kay_are said...

soalan! nape aku (takpe kan gune aku?) yang keje kat area klang tak pernah tau wujudnye bangunan name gm klang ni? @.@

Nini Mohd said...

Hehee~ ape la.
ni kat dpn Jusco Bukit Tinggi, dkat ngan Bandar Botanic.
xkan x tahu kot. ;p

Untuk Kita-Kita Ajerr said...

nk tnya, manik mutiara tu jual harga bpe kt sane per string?

Unknown said...

Barang2 kahwin mcm doorgift ribbon semua tu ada tak kat sn? Sy tak pnh g lagi la sbbtu btny

Nini Mohd said...

@ha yat
ada. tp sy x pernah beli kat sana.

fantaghiro_90 said...

Nak tanya, compare antara gm klang dan nilai 3, mana lagi berbaloi untuk shopping barang kahwin.