Monday, December 24, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 3) : Hot Stream

Hello Monday blues~  -.-

So lets continue our review.


Selasa, 18.09.2012

Hari ketiga, kami ke Jungle Tour pulak. Breakfast hari ke-3 ni pun sama jer menu-nya dengan hari ke-2. Cuma telur tu kami request scramble egg pulak. Telur ni dia masak upon request. Memang takde kat meja buffet tu. So, hari2 diorang akan tanya nak telur dadar ke scramble.

Hari sebelum ni (hari ke-2), kami yang lambat bersiap, kan. Sampai van yang pick up tu kena tunggu kami breakfast. Tapi kalini tour guide kami plak yang lambat sampai. So boleh la kami makan banyak2 sementara diorang datang pick up. Hewheww~



Lepas makan nasi goreng, makan roti pulak. 
Encik Suami jer. Aku tak. Dah cukup kenyang. 


Ish ishh...macam2 cara la suamiku ni... 


Lepas makan, sempat lagi mintak anak owner resort ni tolong snapkan gambar kitorang. 
Btw, cun tak baju kitorang? ;p
*bajet sweet la kan? muahahaa...*


Sebenarnya baju tu beli sebelum kawen lagi. Bila nak pegi honeymoon baru bawak sekali baju ni. Oh, masa pegi jungle tour ni, ada sorang mat salleh dalam group kitorang tu duk puji & tanya pasal baju kitorang. Sweet la kunun kan? ;p 



Resit Jungle Tour. 


850 Bhat sahaja seorang. Murah tak? Jungle tour ni merangkumi :- 

1) Hot Stream 
2) Emerald Pool 
3) Tiger Cave Temple 
4) Elephant trekking 
+ lunch & mineral water


Ada sesetengah orang yang tak ambik pakej dari ejen. Diorang terus pegi menjelajah sendiri jer. Aku pun pada mulanya plan nak menjelajah sendiri jer ngan Encik Suami. Tapi last2 aku pilih untuk beli pakej jer. Kenapa? Sebab...... ===>>> 

1) Tahu ke jalan kat sana? 
- Bila baca review dari blogger, ramai yang tersesat berpuluh2 kilometer, dengan cuaca panas & hujan, dan sakit pinggang & bontot. Yerlah, naik moto berjam2, tak ke penat? 
- Memang la ada peta. Tapi kau reti ke baca peta kalau dah sampai tempat orang tu? Kalau reti baca Bahasa Thai dan sanggup bertanya sana sini, silakan la. Iols tak sanggup nak sesat2. Penat wooooo~

2) Jauhhhhhhhhh....... 
- Bila aku search Google direction, jauh jugak dari satu tempat ke satu tempat tu. Tak koser lah iols nak pegi sendiri. Nanti kang dari niat awal nak enjoy2, terus takde mood. Kang ada pulak laki bini gaduh kat tepi jalan? Muahahaa~ Naik van ni pun dekat sejam jugak baru sampai Hot Stream tu. Kalo naik moto? Ohooiii~ jadi batu la bontot haku. 

3) Harga ni dah cukup murah dan berbaloi2~ 
- Biasanya kalau musim biasa (bukan musim hujan camni), around 1400 Bhat jugak la harga dia. Masa beli pakej ni pun kat ejen sebelah tu, aku tengok harga dia 1000 Bhat kot. So harga ni dah kira cukup murah la. Sebenarnya 900 Bhat. Tawar2, dapat la 850 Bhat jer. Ok la tu.... *redha*
- Sebelum ni aku dah kira2 kos & harga tiket masuk ke tempat2 tu. *kemain nak berjimat aku ni, sampai kira kos2 semua tu. ;p* Total banyak jugak la. Kos minyak moto lagi. Kiranya harga yang aku dapat ni berbaloi la. Beza berapa Bhat jer ngan kos yang aku kira tu. Kalo pegi sendiri, sanggup ke kepenatan semata2 nak jimat beberapa Bhat tu?

4) Aku memang nak pegi semua tempat tu. 
- Aku memang nak pegi Emerald Pool, Hot Stream dan nak naik gajah. Tiger Cave Temple tu kalo tak pegi pun takpe la, tak kisah. Tapi dah termasuk dalam pakej, aku on jer.  
- Kalau nak pegi jelajah sendiri, memang tak la sempat pegi semua tempat. Nak cari tempat tu pun tak sure boleh sampai ke tak. ;p
- Ada satu tempat lagi yang aku teringin nak pegi kat Krabi ni : Huay Tho Waterfall. Tapi takde dalam pakej ni. Kalo ada pun, pakej lain. Takpe la. Lain kali datang sini, baru pegi ok. ;)
- Ada sesetengah orang nak pegi Emerald Pool ngan Hot Stream jer, so tak ambik pakej. Diorang pegi sendiri jer. 


Tapi kalau korang nak jugak menjelajah sendiri, boleh jer. Adventure jugak. Boleh jalan2 tengok tempat2 kat sana. Ramai jer honeymooners yang round2 sendiri ngan moto. ;)

So, tempat pertama yang dituju, Krabi Hot Stream. Lambat jugak tourist guide datang pick up. Pukul 9.15pagi kot. Aku nyaris2 dah nak mintak tolong anak owner resort ni call ejen yang jual pakej ni. -.-'



Kat pintu masuk Hot Stream. 
Tu tourist guide kami tengah beli tiket. 


Zoom sket harga tiket masuk & parking. 



Kena jalan sikit dari tempat parking. 


Ni tempat rendam kaki jer. 
Masa kitorang sampai, takde orang lagi kat sini. 
Tapi masa nak balik tu....mak aihh....penuh tau tempat ni ngan manusia.
*memang la penuh ngan manusia, kan. ;p*


Masa nak salin baju kat toilet untuk mandi manda, terserempak ngan Chinese guy yang sama van ngan kitorang. Tetiba jer dia tanya "sudah mandi ke?"

Eh...orang Malaysia rupanya. Hewheww~ So lepastu sempat la berborak2 ngan dia. 


Ni baru betol tempat mandi manda.
Tapi kawasan mandi2 ni kecik jer. Orang pulak ramai. 
Nak mandi and berendam pun kena bersesak2. I dont like. 


Geng chinese berbaju putih tu orang Malaysia jugak. Diorang datang dalam 1 big group. Jenuh la ber-speaking London ngan salah seorang dari diorang masa mintak dia tolong snapkan gambar. Alih2, jumpa kat flight masa nak balik Malaysia. Huk aloh...orang Malaysia rupenyer.... -.-

Ha...perempuan berbaju hitam bertudung putih tu pun orang Malaysia jugak. Dia ngan kawan2 dia la yang aku cerita KAT ENTRI NI, selalu terserempak ngan diorang, kat hampir semua tempat yang kitorang pegi. Orang kelate. Hewheww~ Ramai jugak orang Malaysia kat sini yer.


Tempat ni dalam sikit. Dan takde orang. 
Ape lagi, kami turun la berendam kat sini. 
Tu Encik Suami turun dulu.


Syoknyer berendam yer. 


Then mat salleh yang satu van ngan kami (yang duk puji2 baju kitorang) telah baik hati meng-offer-kan diri untuk ambik gambar kami. Hihii~ ;)


Amboiihhhh~ hepinyer dia. 


Dia ni pun hepi. 
First time kot aku pegi hot spring/hot stream & berendam dalam air panas macam ni. 
Kot? Ntah, tak ingat. ;p 


Aihh~ siap menyelam bagai....


Nampak macam perempuan sarat mengandung. Erghh~ 
Kat bawah sana lagi dalam kot. 
Tapi tak berani la nak pegi sampai bawah tu. 
Bahaya. Jangan nak cari pasal! 


Sekejap jer dapat berendam kat sini. Lepastu dah kena salin baju, naik van dan bergerak ke destinasi seterusnya, i.e. Emeral Pool! Oh gosh. Tak sabar nak pegi. Sebelum ni tengok gambar kat Google jer. Emerald Pool sangat cantik tau! 

Oh ya, lupa nak bagi pesanan *pesanan gitew*. Kalau datang Hot Stream dan Emerald Pool tu, mesti nak mandi manda kan. So jangan lupa bawak baju untuk mandi. Pastu bawak tuala sekali ok. Malaysian Chinese couple yang sama van ngan kitorang tadi tak bawak baju mandi. So, tak berendam la diorang kat Hot Stream ngan Emerald Pool tu. Rugi jer aku rasa kalau dah sampai sini tapi tak berendam. Kan??

Takkan nak mandi ngan baju yang pakai dari hotel. Sebab lepastu kena tukar lagi bila nak naik van ke Emerald Pool. Pastu bila sampai ke Emerald Pool, kena tukar balik baju mandi tu, sebab nak berendam lagi kat Emerald Pool tu kan. Haiyyaaa...aku ni dah lambat bab2 bersiap dan salin baju ni. Nak salin tudung lagi. So, waktu mandi terhad la. 

Masa kat Hot Stream ni pun aku yang paling lambat. Lambat tukar pakaian. Semua orang dah tunggu dalam van. Pastu bertekad taknak lambat dah kat Emerald Pool nanti. Malu la kat tourist lain, kan. -.-' 

Lagi pesanan untuk wanita2 yang bertudung, pakai jer tudung yang senang nak sarung dan tak payah pakai pin. Contoh macam syria ke. Macam aku ni, pakai shawl pulak. Jenuh la nak pin sana pin sini setiap kali salin baju mandi. Sebab shawl pun tukar jugak ke shawl lain. -.-



Kat sini pun ada gerai2.
Tapi kat depan gerai tu ada hanjeng. Nampak tak? Kat depan sana nun. Kat bangku hijau?
*So, kitorang memang tak beli apa2 la. Bila rasa was-was, eloklah dielakkan saje.*
Lagipun memang dah kenyang ngan breakfast yang banyak tadi. -.-


Tertarik dengan ini.
Telur bakar ke?
First time tengok ni. Hmmm....betul2 masak ke kalo bakar?


Okay, bersambung lagi ke next entry. For previous entry, boleh klik kat sini :-



Till then, thanks for reading. ;)


.

6 comments:

cha said...

amboi sweet tau baju. kalau i kan dlm malaysia ni boleh lg nk carik tmpt sndiri tp ni thai plak mane nk paham bahasa dorg huhu. klau ada signboard omputeh takpela kan. so baik ambik pakej je. tula i ada gak baca kt blog lisa dulu dia sesat naik moto jauh bagai. eh lisa ke sape eh. haha ingat ingat lupa

selipar putih said...

nak inform ni..
-mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
pemenang akan direview
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

Nini Mohd said...

@cha
hehee~ tq.
tu la, kalo kat tempat sendiri, blh la nak meredah cari jalan.
tp blh jer kalo nak meredah jugak kat sana.
kalo sesat pun blh tgk2 tempat org.
cuma kena pastikan minyak moto penuh la. & at least kena ada peta. ;)

Qashmere said...

Wah romantik nya honeymoon....

Qashmere said...

Eh dah komen ke tadi...errr...

Nini Mohd said...

@Qashmere
dah komen dah mummy. hehee~ ;)