Showing posts with label kehidupan hitam dan putih saya. Show all posts
Showing posts with label kehidupan hitam dan putih saya. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Annual Dinner and Dance

As-salam dear readers.

Bulan Mac yang lepas, my office ada buat annual dinner and dance. Nama jer dinner and dance. Tapi takde menari-nari lepas dinner macam yang korang fikir tu yer. Kalau korang fikir camtu la. Sebab ada sesetengah orang yang skeptical sket bila aku sebut "dinner and dance".

So tema tahun ni adalah "Fairy Tales". Poning kopalo den duk pikir nak pakai baju apa. Tema dah cun. Memang aku suka sangat. Tapi bila bab baju, memang pening. Tak tahu nak jadi watak apa dan tak tahu nak pakai apa. Sigh~ -.-

Macam biasa kena jadi committee lagi. Tahun ni, committee sponsor pulak. I is boring. Boring jadik committee sponsor. -.-

Venue kalini kat KSL Hotel and Resort.


Lepas deco2, sebelum dinner bermula.


 Hadiah2 untuk lucky draw. 
Kumpul dari sponsor. 
Semua staff akan dapat hadiah lucky draw ni.
Semua sekali ada 70 lebih staff kot.


 Arrangement meja VIP. Done by hotel.


 Arrangement meja staff. 
Bunga jer kami yang letak. 
Lain2 hotel yang arrange.


 Sudut hamper, piala, etc.


Piala untuk persembahan terbaik & anugerah2.


Selempang & bunga untuk best dress male & female. 


Hamper untuk persembahan & karaoke.


Pentas yang dalam proses pembikinan. ;)


Me. Masa ni masih ber-high heels.


Btw, dapat teka tak aku jadi watak ape? ;p



Meja guess book & souvenir.


Dengan hadiah2. Mana satu yang akan jadi milik aku. ;p
Grand prize ada TV LCD, multi function oven, kamera, voucher KSL Hotel, etc. *tak ingat*


Ni kiranya photo booth la. 
Tapi ramai yang tak tahu dan tak bergambar kat sini. Huhuu~ 


Meh kita tengok gambar makanan plak. Makanan adalah buffet. Senang la nak makan banyak mana pun. Tambah jer. ;p




Buffet.


Mutton ni adalah tersangat sedap!


Yang ni aku tak ingat dah apa nama dia. 
Tapi memang sangat sedap. 
Sekejap jer dah licin. Laku macam goreng pisang panas. Huhuu~


Bubur & kuih.

Dessert. Kuih muih & buah.


Puding.


Teh & kopi.


Aku tak makan banyak pun malam tu. Ntah kenapa.
Biasanya? Toksah cakap la. Memang melantak macam hape. Haha~ ;p
Mungkin sibuk tengok persembahan & sibuk recording jer kot.


Bubur cha cha. Sedap.


Puding. Agak sedap. Tapi tak tertelan. Kenyang sangat kot.


 Pertandingan Karaoke. 
Ramai jugak yang masuk karaoke tahun ni. 
Semua berbakat pulak tu. Tak sangka iols. ;p


 Lucky draw.


Untuk lucky draw ni, diorang buat beberapa pusingan. Pusingan kauuu? Yerlah, kan ramai. So kena la buat 3 kali, sekali ngan pusingan untuk grand prize. Aku dapat multi-cooker. Entri KAT SINI. Ok la, bertuah sikit dari tahun2 lepas. Kalau sebelum ni, asyik dapat blender, toaster, blender. Boring mak. Huhu~

Tapi multi-cooker tu sampai sekarang belum try lagi. Tak tahu nak masak ape. Padahal banyak jer yang boleh masak. Hukhukk..

And last but not least.............





Aku lagi. Hahahahh~ ;p


Dapat teka tak apa watak aku?

Its Puteri Gunung Ledang. Pening jugak nak cari semua tu untuk jadi watak Puteri Gunung Ledang. Iols siap pakai bunga melur betul lagi ok. Beli kat kedai bunga India dekat kuil kat bandar. Memang semerbak satu hall ngan bau bunga tu. Aku risau kot2 ada yang pening jer tak tahan ngan bau bunga tu.

Ada staff yang pesan : cik, nanti nak drive balik, tanggalkan bunga tu ea.

Sungguh cis...

Dah la aku drive balik sensorang, hampir pukul 12malam pulak tu uols. Ngan bunga tu dalam kereta. Erk. Korang faham ke tak? -.-'



Ok bye. Thanks for reading. ;)



.

Sunday, February 10, 2013

Nasi Kerabu Ketereh

Last Tuesday aku ada kes kat Mahkamah Rayuan Putrajaya. Lepas dah habis kes tu, terus gerak ke rumah Encik Suami, kat Banting. Kebetulan Encik Suami dah start cuti, so plan kami, kami bertolak balik ke JB sama2. Dah petang sikit baru gerak balik JB. 

Sebelum balik tu singgah Salak Tinggi untuk cari makan kat Restoran Nasi Kerabu Ketereh. Sebab beberapa hari sebelum tu dah terbaca kat blog Ben Ashaari pasal restoran ni. Iols kan suka sangat ngan Nasi Kerabu nih. Ape lagi, iols ajak ler Encik Suami terjah ke sana. ;)


Nasi Kerabu.

Lauk2 kami. 
Aku ambik ikan bakar. Encik Suami ambik ayam percik.
Oh, ayam percik kelate memang menyelerakan. 


Nasi Kerabu kat sini boleh tahan sedap. Tapi nasinya agak sikit. *ke sebab kitorang ni memang makan banyak? ;p 

Dan aku agak kecewa sebab takde daging bakar ngan solok lada. Eh aku tak tahu la korang panggil apa benda alah tu. Tapi kalau kami kat pantai timur, panggil benda tu solok lado. Alahh...cili besar yang ada inti kelapa+ikan kat dalam tu. Aku pun tak reti nak explain camane. -.-' Tapi kalau aku makan nasi kerabu, mesti dan wajib dan kena ada solok lado tu. Baru la rasa lengkap. ;)

Rupa2nya, tokey kedai ngan anak2 buah dia orang kelate. Ape lagi, kecek kelate la kawe ngan tokey dia. ;p


 Akhirnya jumpa jugak kedai ni, kan. ;p



.

Friday, February 1, 2013

Xmast Exchange Gift

Good morning!

Office aku kan kalau apa2 perayaan (mostly), memang akan ada celebration. Or at least ada deco2 kat office tu. Tapi tak semua la. Contoh, Hari Raya Puasa, Christmas, Deepavali. Kalau Raya Puasa, akan ada open house or at least jamuan untuk kita2 staff ni jer. Kalau berbuka puasa kat luar tu memang wajib every year mesti ada. Untuk semua staff. Staff semua lebih kurang 80 orang (termasuk lawyer, partner, despatch etc).

Deepavaali yang lepas, siap ada kolam lagi kat area reception. Kalau time Christmas, ada pokok Krismas, ada sesi Exchange Gift. Kalau raya, harus la gantung kad raya gitu. Lampu liplap tu wajib ada untuk semua perayaan. Hewheww~

Last month, ada exchange gift sempena Christmas. Just tukar hadiah untuk suka2. Boleh refer SINI untuk exchange gift tahun2 lepas. Tapi tahun lepas aku tak post plak entri pasal tu & apa yang aku dapat.

Macam biasa, kitorang kena cabut nama & kena beli hadiah untuk orang yang kita dapat nama tu. Hadiah mesti berharga RM20 ke atas. Tahun ni, tema pakaian oren pulak. Kalau tahun lepas, merah & putih. SOri la yer, gambar aku takde. Takde gambar sorang2 pulak. -.-

Ok, kita cerita pasal makanan dulu.



Ini yang paling aku suka kalau ada celebration. 
FOOD!


Ini sangat best! 
Berapa bijik ntah aku makan. 
Tapi tak tahu pulak apa namanya. -.- 


Ada lagi makanan yang tak sempat snap.
Laksa Johor kot? Dah lupa la. ;p


So this is what i bought.
Sebab selalu tengok staff aku tu suka pakai tudung & selendang macam2. 


Mulanya aku nak beli selendang. Tapi mostly selendang harga RM10, RM15 camtu. So, aku beli tudung bawal jer. Nasib baik dia suka.


Aku plak dapat purse.



Pink! Ehee~ tau jer aku suka pink. Memang la dia tau. Sebab dia colleague aku jugak. Lawyer jugak. Hari2 pun duk mengadap muka dia. ;D And dia pun dah tahu apa yang aku minat.



 Ni hadiah yang dapat tahun lepas. 
Beg jugak. ;)

Oh ya, sesi Exchange Gift ni sebenarnya pada 10 Disember lepas. Baru berkesempatan upload gambar & update entri ni. Ampun.... ;p
.

Monday, January 28, 2013

Team Building at Lotus Desaru Beach Resort : Part 2

Selamat pagi Isnin!


1st Day. Sabtu, 12 Januari 2013.

Sambungan dari Part 1.

Kami bertolak ke Lotus Desaru pagi2. Pukul 6pagi aku dah keluar rumah. Hoihh, ENAMPAGI ok. Kena ambik beberapa orang lawyer & staff. Berkumpul kat Shell Tampoi, then terus gerak ke Desaru. 4 biji kereta jugak berkonvoi. Tak termasuk lawyer2 dan staff2 lain yang gerak asing2.

Bayangkan la betapa megantuknya aku. Penat ke Langkawi pun belum hilang lagi. Then malam sebelum ke Desaru ni pun aku just tido 2 jam jer. Sebab basuh baju yang pegi Langkawi haritu dan kemas2 baju yang nak bawak ke team building ni. Pastu, aku plak yang drive dari Skudai ke Desaru. Kalau bukan aku yang drive, takpe la. Boleh jugak tido on the way ke sana, kan. -.- 

Sebelum sampai Lotus, kami sempat breakfast kat Medan Selera kat Bandar Penawar. Aku makan nasi lemak + teh tarik. Ni memang 'ubat' mengantuk untuk team building kejap nanti. Hahahh~ ;D 

Sampai ke Lotus Desaru lebih kurang pukul 8.40pagi. Tapi belum dapat check in lagi. Kami teruskan ngan aktiviti team building dulu.



Ada shuttle service.


Kat sini kalau nak ke satu2 tempat/blok tu agak jauh.
So, harus la naik shuttle service ni.


Dalam training room.
I love this. Colourful sangat. ;)


Beraktiviti selama 2 jam, ada minum pagi. So, makan lagi. Then masuk balik kat training room. And then........its lunch time! Bersemangat sungguh nak makan, walaupun takde la lapar sangat. Masih kenyang ngan breakfast dan minum pagi. Tapi still......aku makan dengan teramat banyak. -.-



Ini sajork lah gambar yang ada. 
Buah & salad. Sebab empunya badan sibuk nak makan jer. -.-


Swimming pool! 
Eh? tapi aku tak mandi manda pun kat sini. 
Takde masa. -.- 


Lepas lunch, masuk balik ke training room. Buat macam2 aktiviti. Seronok. Hilang rasa mengantuk. Dah petang sikit, baru dapat check in & tengok bilik. Sempat rehat sekejap, pastu kena turun ke padang. Buat aktiviti outdoor pulak. 


Outdoor activities. 
We are having so much fun!


Selesai outdoor activities, selesai gelak2, berlari2, penat2, semput2, berpeluh2. 
Serius, aku ni cepat semput.
Then we decided untuk berseronok kat pantai pulak.


Let's go! 


Again, lalu kat swimming pool. 
Lalu sahaja. -.- 


Menuju ke pantai. 


Ombak sangat kuat. 
Tak boleh mandi pun. Diorang dah pacakkan bendera merah kat pantai ni. 


For me, aku rasa pantai kat sini takde la cantik pun. Air keruh. Hitam, kelabu. Atau mungkin sebab musim camni kot? Ntah ler. Nak mandi pun tak sanggup. Kalau water sport tu maybe ok la kot.




Bermain dengan ombak. 


Then, balik ke bilik, dan bersiap2 dengan sangat lajunya. Sebab lunch pukul 7.30malam, dan kena masuk training room balik pukul 8.30malam. Hoiii~ semput aku nak habiskan makanan dengan keadaan tergesa2.

Oh ya, dinner kat sini tersangat lah marvelous! Ada kambing panggang, ABC, errrr.......macam2 la kot. Tak ingat dah nak senaraikan satu2. Yang pasti, sekali lagi aku makan dengan banyaknya. -.-



Dan.....masuk ke training room dengan mata yang hampir terpejam. -.- 
Aktiviti habis pukul 11malam kot. 



2nd Day. Ahad, 13 Januari 2013. 

Bangun pagi dengan keadaan mengantuk. Pukul 7.40pagi breakfast, pukul 8.30 pagi kena masuk training room.


Good morning! ;) 

 
Ni lepas lunch.
Macam biasa, makan tak hengat.
Pastu nak ambik gambar pun kena cover tang perut tu. -.-'


Team building habis lebih kurang pukul 3petang. Lega sangat bila dah habis team building ni. Hilang terus rasa penat dan mengantuk. Hahaa~ ;p


Dapat sijil! 
*dah kenapa mata aku dah nak terpejam tu. buruk bebenor.  -.-


And now, its time to have fun! Kami terus ke water park plak. Tapi water park nyer......alahai........kecik jer. Mini water park la kiranya.



Pool.



Surrounding. 


Ni untuk budak2 yer. Mak budak jangan nak gatal2.


Yang paling seronok, main kat gelungsur air. Seronok main ramai2. Kena rempuh la, kelam kabut nak lari dari orang belakang, and macam2 lah. 2, 3 kali jugak la duk ulang naik gelungsur air ni. Tak sempat plak nak snap gambar gelungsur air tu. So aku google jer ===>>>


Sumber gambar : takemeholidays


Kalau main gelungsur air tu, nanti keluar ikut sini. 
Sila abaikan pekerja yang duk tengah2 tu.


Let's swim! *ceh


Wowweee~ 


"Beware of falling coconuts"


This is fun!
Tapi agak sakit jugak la kalau betul2 kena kat kepala.



Dah selesai mandi manda.



Ini gajah. ;p 


Posing lagi....


Dan lagi............. 
Ok, sila jangan muntah, ;p


Dapat mandi manda sekejap jer. Tak boleh lama2, sebab perjalanan masih jauh. Nak balik JB bukannya dekat. Takmo la dah malam baru gerak. Nak lalu ikut highway Senai pulak tu. erk? Faham2 lah yer.

Nanti nak ajak Encik Suami datang sini la. InsyaAllah one day. Walaupun not much activities to do, tapi bilik cantik & makanan best. Especially dinner. Hoihh, makan aje yang aku fikirkan. -.-

Anyway, sempat beli beberapa fridge magnet untuk kenang-kenangan. Oh, aku memang suka kumpul fridge magnet ni. Walaupun aku rasa fridge magnet kat sini agak mahal, tapi takpe la, aku beli jugak beberapa bijik.





Oh ya, ini harga2 water sport kat sana. Aku rasa mahal. Sebab kat Langkawi pun tak mahal camni. Korang rasa?


Flyer ni boleh dapat kat tepi pantai tu. 
Flyer yang aku dapat tertinggal kat bilik hotel. 
So kena la google. hihii~ 
Sumber gambar : tripzilla



Thanks for reading. ;)


.