Tuesday, August 11, 2015

Itinerary dan Bajet Percutian di Lombok

Salam pagi Selasa.
 
Sebelum aku tulis review pasal percutian ke Lombok tempoh hari, rasanya better aku post pasal itinerary dulu. Supaya aku tak lupa nanti, boleh guide aku untuk tulis review jugak. Maklum la, nak buat review tu mungkin ambik masa, sebab gambar banyak. So tulis itinerary yang simple ni dulu.
 
 
 
 
 
Hari Pertama
2 Julai 2015 (Selasa)
 
6.50am - Bertolak dari Senai International Airport, Johor (penerbangan mengambil masa lebih kurang 2jam 50minit).
9.40am - Sampai di Lombok International Airport, Lombok (waktu Lombok). Ambik teksi kat airport (IDR250,000 = RM73)
- Naik teksi menuju ke Bangsal Harbour untuk ke Gili Trawangan. Tapi dalam perjalanan, singgah dulu ke pusat tenunan.
12.00pm - Singgah makan tengahari di restoran Lesehan Taliwang Nada.
2.20pm - Sampai ke Bangsal Harbour, beli tiket. RP15,000 per person. Jumlah : IDR30,000 = RM9.
2.30pm - naik bot awam menuju ke Gili Trawangan.
2.50pm - Sampai di jeti Gili Trawangan, jalan kaki jer ke hotel, sebab jarak hotel sangat la dekat dengan jeti.
3.00pm - Check in hotel : Permata Bungalow (IDR700,000 = RM204 untuk 3hari 2malam).
- Rehat2 dulu sekejap.
7.00pm - Jalan2 tengok kawasan. Survey & beli pakej snorkeling untuk hari esok. (Harga pakej snorkeling RP120,000 seorang. Jumlah : IDR240,000 = RM70. Makan seafood di Pasar Malam Gili Trawangan.
9.00pm - Balik ke hotel. Rehat untuk ber-snorkeling hari esok!
 
 
 
Hari Kedua
3 Julai 2015 (Rabu)  
 
7.30am - Breakfast kat hotel.
9.30am - Berkumpul di kawasan pantai untuk snorkeling.
10.15am - Snorkeling time! Dalam pakej snorkeling ni, kami di bawa keliling 3 Gili (Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air). 
- Makan tengahari di Gili Air (termasuk dalam pakej).
- Lepas makan tengahari, ada satu lagi point untuk snorkeling.
3.00pm - Balik ke hotel.
- Rehat.
5.00pm - Sewa basikal untuk keliling pulau (IDR150,000 = RM44 untuk 2buah basikal, untuk 2 hari. Harga sewa mahal sebab 1 basikal ada seat untuk budak).
- Jalan2 keliling pulau dengan basikal. Tengok matahari terbenam. Sempat tengok fire show tepi pantai tu hotel yang kami lalu.
7.00pm - Selesai keliling pulau (penat yang amat!), kami jalan2 lagi kat pantai, kat kedai2. Beli t-shirt (sangat2 mahal). Tapau makan malam dari Pasar Malam dan gerai kat luar Pasar Malam. Tapau jer sebab Rabbani dah kepenatan dan mengantuk.
7.30pm - Balik hotel. Makan malam kat dalam bilik.
- Rehat
 
 
Hari Ketiga
4 Julai 2015 (Khamis)
 
8.00am - Breakfast kat hotel.
- Kemas2 barang & baju bajan.
9.45am - Check out & tinggal luggage kat staff hotel.
10.00am - Makan kat gerai tepi pantai (breakfast tadi tak cukup. perut dah biasa makan makanan berat, kan).
10.30am - Jalan2 lagi meneroka pulau dengan basikal, sementara tunggu masa untuk naik bot ke Senggigi. Tapi tak sempat meneroka jauh, Rabbani dah tertidur. So patah balik.
11.00am - Pulangkan basikal.
- Kembali ke hotel untuk ambik beg, dan jalan kaki ke jeti.
11.30am - Beli tiket ke Bangsal Habour dan tunggu bot datang. Harga tiket IDR15,000 seorang. Jumlah : IDR30,000 = RM9.
11.45am - Naik bot ke Bangsal Harbour.
12.20pm - Sampai di Bangsal Harbour, naik teksi ke hotel kami di Senggigi. Tambang teksi : IDR170,000 = RM50.
1.15pm - Check in hotel : Hotel Bumi Aditya. IDR650,000 = RM190 untuk 3hari 2malam.
- Makan tengahari di hotel.
- Rehat.
5.45pm - Sewa motor dengan hotel (IDR125,000 = RM36 untuk 2hari). Jalan2 di Pantai Senggigi. Tengok sunset. Ke Senggigi Art Market. Tengok persembahan kebudayaan. Makan malam. Beli pakej tour ke Pantai Kuta untuk hari esok. Harga pakej : IDR550,000 = RM160.
7.00pm - Makan malam di Lombok Resto, Senggigi.
8.20pm - Balik hotel. Rehat.
 
 
 
Hari Keempat
5 Julai 2015 (Jumaat)
 
8.00am - Breakfast di hotel.
8.45am - Pak supir datang pick up untuk tour ke Pantai Kuta. Tempat yang dilawati : pusat ole2, tempat pembuatan tembikar & kraf tangan, pusat tenunan, perkampungan suku Sasak sade, (makan tengahari di Pantai Kuta), Pantai Kuta, Tanjung Aan.
3.00pm - Bertolak balik ke Senggigi.
- Rehat.
5.45pm - Jalan2 di Pantai Senggigi, ke Art Market. Beli souvenir. Makan malam kat Art Market. Tapau Murtabak dan Terang Bulan di gerai Seno.
7.20pm - Balik hotel, kemas2 barang, rehat.
 
 
 
Hari Kelima
6 Julai 2015 (Sabtu)
 
6.35am - Check out (tak sempat nak breakfast sebab awal sangat).
6.35am - Pak supir datang pick up untuk ke airport. Dah booking dengan pak supir semalamnya, bayar kat dia IDR250,000 = RM73)
7.40am - Sampai airport.  
10.05am - Flight balik Malaysia!
12.50pm - Sampai di Senai International Airport.
 
 
Jumlah bajet ke Lombok : lebih kurang RM950.00 (tak termasuk tiket penerbangan, makan minum dan souvenir). Tukar duit kat Malaysia RM2K. tapi dinasihatkan tukar duit kat area Senggigi tu. Lagi untung dan lagi banyak dapat duit Rupiah, berbanding dengan tukar kat Malaysia.
 
Kami banyak berhabis kat souvenir (memang biasanya aku beli banyak souvenir, sebab nak bagi kat ramai orang, i.e. adik beradik, colleague), dan juga banyak habis kat makan2. Sebab nak rasa makanan orang sana. Pergi tempat orang mesti nak rasa makanan diorang, kan. Budget aku untuk makan minum dan souvenir tak dapat la aku nak share kat sini. Sebab tu semua terpulang pada kehendak, kemahuan, keinginan, keperluan dan kemampuan masing2. Ecececee~
 
So kalau nak berjimat tu, boleh la cut budget souvenir dan makan2. Tiket penerbangan tu plak, korang book la time ada promo. AirAsia kan selalu buat promo. Seperti yang aku dah explain sebelum ni, tiket kitorang dapat murah sebab guna privilege Encik Suami sebagai staff AirAsia.
 
Hotel pun kitorang pilih yang murah2 jer. Hotel kat Gili Trawangan, memang yang betul2 budget. Kat Senggigi pula, hotel lagi ok sikit & selesa. Tapi lagi murah dari hotel di Gili Trawangan.
 
Itu sahaja secara ringkasannya. Review secara detail akan menyusul.
 
Thanks for reading! :)
 
 
 
 
.

29 comments:

Nory Zoulkefle said...

bestnya Lombok...

NuSaNa NoSa 91 said...

bestnya dapat pergi lombok.. nanti update tempat-tempat menarik ea.. ^_^

clovershoney said...

bestnyaaa. boleh buat rujukan ni. thankyou share :*

Nini Mohd said...

@Nory Zoulkefle memang best, awak. cantik tempat2 kat Lombok ni.

Nini Mohd said...

@NuSaNa NoSa 91 insyaAllah. tengah berusaha untuk tulis review ni.

Nini Mohd said...

@clovershoneyur welcome. :)

Mila Ahmad said...

kalau kat Senai bole pegi Lombok bestla, In Sha Allah ada rezeki boleh pegi

linda said...

Slm.. bole share tak contact supir di Lombok tu? Tq...

cik nadhrah said...

kak. nak tanya. dari hotel akak ke pasar malam jauh tak?

nurliani said...

nak tanya. awak ke lombok tu bawak anak kecik jugak?? any tips if nak bawak any kecik?? ok ka x??

hisham buyong said...

Palau by agent ke awk?

Nini Mohd said...

@Mila Ahmad
sekarang air asia dah stop routes pegi lombok dari senai tau. baru jer stop.

Nini Mohd said...

@linda
w'salam. sori awak. sy takde contact number supir tu. sbb sy booking pakej dengan ejen kat senggigi. esoknya supir tu datang ambik kitorang bawak pegi tour.

Nini Mohd said...

@cik nadhrah
dekat sangat2. tak sampai 5minit pun jalan kaki. tp sebab sepanjang jalan tu banyak kedai2, duk usha2 dulu, so lebih la 5minit tu. :)

Nini Mohd said...

@nurliani
a'a, memang tak pernah tinggal anak kalau pegi mana2. kalau nk tips secara details, x dpt la nk taip satu2 kat sini. banyak tu. hehee~
tp sbg ibu, kita x payah risau sgt. anak kita, mesti kita faham dia mcm mana. insyaAllah kita blh handle.
biasanya kalau travel cmni, budak2 ni banyak tido jer.
sgt digalakkan untuk bawak soft structure carrier (ssc) untuk gendong anak time jalan2 tu. tangan pun x lenguh nak dukung. anak pun boleh tido dalam tu. tangan ibu/ayah blh guna utk bawak barang instead of dukung anak. tp make sure ssc tu ergonomic. babywearing made easy. :)

Nini Mohd said...

@Hisham Buyong
Pulau ke? pulau mana yg awk maksudkan yer? Gili Trawangan ke snorkeling?
kalau snorkeling tu, beli pakej snorkeling kat area pantai Gili Trawangan tu jer. memang kena beli ngan ejen. biasanya bila kita jalan2 kat area pantai, akan ada org dtg offer pakej snorkeling tu. ejen jugak. tp better beli kat kaunter la.

Unknown said...

Assalamualaikum. Airasia jhb ke lop operate lg x skang ni?

Nini Mohd said...

@Unknown
w'salam. dah tak operate dah. dah few months jugak rasanya AA stop routes JHB- LOP.

Unknown said...

Salam. Selain gili, tmpt mana lagi best dkt lombok?

YUSPAUL HOMESTAY said...

Good info sharing... TQ!! :)

~ KriZZaLiD ~ said...

Salam, time snorkeling tu baby macamana? Ganti2 dengan husband ke?

Keladi Betawi said...

terstumble blog adek. Kita org follow iti nya yekk. God bless.

Nini Mohd said...

@Noor Akmal
banyak lagi tempat yg best kat Lombok. kalau minat hiking, boleh pegi Gunung Rinjani. boleh jgak pegi air terjun (contohnya air terjun Sendeng Gila kalau tak silap nama dia).
selain Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air, banyak lagi gili-gili lain yang cantik untuk snorkeling. tapi tak ingat dah apa nama gili2 tu. awak boleh google. :)
boleh jgak stay kat Senggigi.

Nini Mohd said...

@YUSPAUL HOMESTAY
your welcome. :)

Nini Mohd said...

@~ KriZZaLiD ~
w'salam. a'a, ganti2 dengan husband.

Nini Mohd said...

@Keladi Betawi
tq. :)

zulaikha said...

Salam nak tanya.saya nak bawa baby pg lombok nanti time tu dia baru sebulan lebih.sy skng dok fikir xtau nak ambik bot apa.yg Public/fast/private.public tu ok ke nak naik tu nnti susah x?leps tu pg snorkeling perahu tu bergegar kuat x?tq

Nini Mohd said...

Baby baru sebulan lebih? Maksudnya baru lps pantang ke? Serius ke ni?
Public boat tu susah jgak nak naik kalau bawak beg besar2 berat2.
Kalau pegi snorkeling, macam x sesuai bawak baby yg baru sebulan lebih.
Badan new born baby sgt fragile & lembik lg. Tulang baby pun masih belum kuat utk tahan hentakan kalau bot bergegar kuat. Sama ada public boat yg naik dari jeti ke gili trawangan @ boat masa snorkeling. Fast boat lg la kuat terhentak2.
Tunggu baby besar sikit yer, baru bawak pegi jalan2.
Lagipun new born baby ni immune dia blom kuat utk didedahkan dgn persekitaran luar. 😊

Nini Mohd said...

Baby baru sebulan lebih? Maksudnya baru lps pantang ke? Serius ke ni?
Public boat tu susah jgak nak naik kalau bawak beg besar2 berat2.
Kalau pegi snorkeling, macam x sesuai bawak baby yg baru sebulan lebih.
Badan new born baby sgt fragile & lembik lg. Tulang baby pun masih belum kuat utk tahan hentakan kalau bot bergegar kuat. Sama ada public boat yg naik dari jeti ke gili trawangan @ boat masa snorkeling. Fast boat lg la kuat terhentak2.
Tunggu baby besar sikit yer, baru bawak pegi jalan2.
Lagipun new born baby ni immune dia blom kuat utk didedahkan dgn persekitaran luar. 😊