Wednesday, January 30, 2013

Honeymoon @ Krabi (Day 3) : malam terakhir di Pantai Ao Nang

Salam my lovely readers!

Sambungan dari entri sebelum ni : Elephant trekking.

Kami sampai hotel lebih kurang pukul 5.30 petang (waktu Thai). Lepas berehat2 dan bersiap, kami terus ke Pantai Ao Nang pulak. Tiap2 hari mesti kena pegi Pantai Ao Nang ni. Ini malam terakhir kami kat Krabi ni. Misi kalini nak beli souvenir ngan t-shirt. Dan jugakk....nak jalan2 cari makan.

Actually banyak tempat makan yang aku nak try kat sini. Contoh macam Chaba Thai, Wang Sai Seafood etc. Tapi takde kesempatan. Hari2 sebelum ni tak dapat makan kat restoran sebab dah kenyang sangat makan benda2 lain (pancake? ;p ). Kalini mesti makan. ;)

So, sebelum kami ter-kenyang ngan makanan lain, elok lah kami dinner dulu. ;)



We choose Chaba Thai. 


Suasana kat luar dari dalam. gitu.



Tunggu makanan dengan penuh sabar.



Aku order jus tembikai. 
Encik Suami order jus strawberry. 


Ikan siakap.


Tomyam campur. Terbaek!
Ini baru betol Thai Tom Yam! ;)


Sayur kailan. 
Cenggini ek rupa diorang masak sayur kailan kat sana. *jakun


Licin........ 
Alhamdulillah, kenyang.


Total makan kat sini 7900 Bhat. Seperti yang dijangka. Agak pricey la. Tapi sekali sekala takpe. Gitu? Lepas dinner, kami teruskan misi jalan2 shopping2 pulak. 



Agak banyak jugak kedai jual painting kat sini. 


Confuse ngan waktu perniagaan tu. 
Maybe maksud dia, pukul 12 tengahari sampai 12 malam kot? 


Tengah survey2 fridge magnet. 
Kat gerai ni agak murah. Tapi tak banyak pilihan. 
Kami nak beli banyak kot. So, pegi survey tempat lain pulak. 


Oh ya, kalau nak beli souvenir, sila la survey sepuas hati yang mungkin. Sebab harga kat banyak kedai tak sama. And kat gerai2 macam ni jauh lagi murah daripada dalam kedai. Fridge magnet paling murah boleh dapat 3 keping untuk 100 Bhat (kat gerai2 macam atas ni). Tapi dalam kedai ada yang sampai 50, 60 Bhat untuk sekeping. Padahal fridge magnet yang sama jer.

Kalau t-shirt, harga paling murah kitorang dapat, 150 Bhat sehelai. Ada jugak yang 180 Bhat sehelai, tapi beli banyak, dapat la 150 Bhat sehelai.



Paintings. 


Anting2, rantai, hiasan, etc.


Comel jer kura2 tu. 
Made from shell.


Kosmetik pun ada jual kat sini. 


Made from wire. 


Ini menarik. 
Skuter tu sangat comel. Tapi tak beli pun.


Kat sini ada jer Starbucks, McDonald etc. 
Tapi tak ramai orang la dalam tu. 
Starbucks ni pun ada sorang dua customer jer kot.
Yerlah, kalau datang tempat camni, takkan still nak makan junk food kot? 
Mesti la nak try local food diorang. Tak gitu?


Ao Nang Cliff Beach Resort. 
Kalau duk sini memang senang nak jalan2 kat sekitar jalan pantai Ao Nang ni. 
 And ada banyak lagi hotel/resort/budget hotel kat sekitar jalan ni. 
Kitorang jer yang duk jauh dari pantai. Cari ketenangan la katekan. ;p


Walking Street? Huhuu~ 


Kat dalam Walking Street. 


Tadi kura2. Ni gajah pulak. 
Made from shell. 


Hand made tuk-tuk tu sangat comel. 
Bumbung tuk-tuk dibuat daripada tin minuman.
Kreatif!


Kedai ni ejen Thai Air Asia kot. 
Yang tengah menunjuk ke arah atas tu pekerja Air Asia Malaysia yer. ;p 


Mutiara asli. 




Real pearl test.


Aksesori mutiara kat sini agak murah la bagi aku. 
Gelang from 300 Bhat. Kalau satu set (gelang, rantai, anting2) boleh dapat 700 Bhat. 
Itu pun peniaga tu cakap boleh kurang lagi. 
Kat Malaysia boleh dapat harga camtu? Boleh? 
Kalau kat Sabah maybe boleh dapat. 
Kalau kat tempat lain, i dont know.


Encik Suami dah siap sedia atas moto kat belakang tu, iols sibuk duk snap gambar lagi. Ok la, jom la balik. -.- 

So malam tu we bought a lot of fridge magnet as souvenir. Untuk diri sendiri, kawan Encik Suami, kakak Encik Suami, kakak aku, my staff, my colleague etc. Kitorang bargain2, dapat la murah sikit. Ngan free beberapa lagi fridge magnet. And, ada jugak beli beberapa helai baju untuk kami and untuk kakak aku.

Okay, thats all for our last night kat Pantai Ao Nang. 

Nanti iols sambung lagi hari terakhir kat Krabi ni yer. 

Till then, thanks for reading. ;)


Previous review :
Day 1 : The hotel
Day 1 : Krabi Night Market
Day 2 : Island hopping part 1
Day 2 : Island hopping part 2
Day 2 : Part 3
Day 3 : Hot Stream
Day 3 : Krabi Emerald Pool 
Day 3 : Tiger Cave Temple 
Day 3 : Elephant Trekking 


.

7 comments:

Hanida Moss said...

Seronoknya honeymoon! Nasib lah saya ni belum kawen walaupun dah tua hahaha :p btw, yang part accessories tu best gila :p

selamat pengantin baru! =D

Nini Mohd said...

@Hanida Moss
thanks.
alah, pengantin baru apenyer.
dah lama dah kawen. hehee~
insyaAllah, masa u akan sampai jugak nanti. amin...
cepat2 kawen! hehee~ ;)

anisrustam said...

hai nini..nak tnya,kalau dah buat booking kat supsangdao resort guna booking.com, kita bayar waktu dah smpai kat sana kan? :)

anisrustam said...

hai nini, saya nak tanya, kalau kita dah buat booking untuk stay kat supsangdao resort guna booking.com, kita juz bayar waktu dah smpai kat resort tu kan? :)

Nini Mohd said...

@anisrustam
hai anis.
sy dulu bayar masa check out.
bayar harga bilik skali ngan sewa moto terus. ;)

anisrustam said...

oo..mcm tu eh..ok..thanks nini :)

Nini Mohd said...

@anisrustam
sama2. ;)