Tuesday, February 19, 2013

Universal Studios Singapore

Selamat pagi!

Sebelum tu, nak bagi warning dulu. Sila bersedia dengan entri yang panjang berjela dengan berpuluh-puluh gambar. ;p

Dan maaf, entry ni agak lama, dan agak basi. *macam tak biasa. kehkehh~ ;p

27 Disember lepas, me and Encik Suami buat last minute plan pegi Universal Studios Singapore (USS). Sebab masa tu kami cuti panjang. So takkan nak duduk rumah jer. Kena la jugak keluar jalan2. Beberapa hari sebelum tu, baru la decide nak pegi USS. Dan dua hari sebelum pegi, baru la beli tiket.

Sebenarnya ni Encik Suami yang meluahkan perasaan nak pegi USS. Sebab tak pernah pegi katanya. Aku dah pernah pegi dua tahun lepas. Pegi ikut office trip. So sementara tak *berisi* dan sementara boleh main permainan lasak2 macam roller coaster etc, why not pegi haritu kan.

Kami beli tiket ngan travel agency. Harga RM198 sekali ngan transport pegi balik. Pick up pukul 7.30pagi kat Tune Hotel. Balik nanti bas akan datang ambik kat USS tu pukul 8.00 malam, dan bas akan gerak pukul 8.00 malam, dengan atau tanpa kitorang. Maksudnya jangan lambat la. Sebab bas tu takkan tunggu.

Serius, memang ada yang kena tinggal haritu time nak balik Malaysia. Tapi tak tau la sama ada diorang memang lambat dan kena tinggal ke atau diorang saje nak balik sendiri.

Ok, berbalik pada cerita masa nak bertolak pegi USS. Katanya bas pick up pukul 7.30pagi, kan. Kemain kitorang sampai kat Tune Hotel tu pukul 7.30pagi. Kemain awal lagi kitorang bangun. Tapi bas datang lambat! Pukul 8pagi baru sampai. Pastu bas tu ambik orang kat Grand Bluewave Hotel. Pastu baru masuk kastam. Dan.....pukul 9.50pagi baru gerak dari kastam Singapura! Serius, rasa bengang dan membazir masa.

Korang bayangkan. Sampai USS sana pukul 10.30pagi dah. USS bukak pukul 10.00pagi. Kalau sampai lambat, korang faham2 la kan. Confirm orang dah ramai dan rugi masa kat situ. Pastu balik pulak pukul 8malam dah kena balik. Sedangkan permainan dalam tu masih ada yang beroperasi. Bayar tiket mahal2, tapi tak sempat naik semua permainan. Korang rasa rugi ke tak rugi?

Masa aku pegi dua tahun lepas, pukul 9.30pagi camtu dah sampai kat USS tau. Siap bergambar sakan kat luar USS tu. Dan sebelum pukul 10.00 pagi kami dah masuk USS. Sebab pintu masuk dia buka awal sikit, lebih kurang pukul 9.50pagi kot. So time tu dapat la main semua permainan, siap boleh lepak2 lagi. 

Sungguh, lepas ni aku dah taknak beli tiket ngan ejen. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi sana lagi, kami nak pegi sendiri pulak. Ngan kereta sendiri. Lagi jimat masa. Sebab kalau nak pegi USS ni, masa adalah emas intan berlian.

Ok, enough. Meh layankan gambar yang tersangat banyak ni.


Entrance. 
Baju nak sama aje kan? Tak dapat sama, lebih kurang pun jadi la. ;p 
Sampai2 jer, kami terkejar2 naik ke sini dan snap sekeping dua gambar. 
Wajib ambik gambar kat sini! 
Lepastu terus berlari2 masuk ke USS plak.


Sebelum tu jangan lupa ambik maps dan kertas putih tu. 
Kertas putih tu ape nama dia ntah. Schedule kot?
Ada waktu show2 dan waktu karakter2 keluar untuk jumpa pelawat. 
Penting supaya korang boleh budget masa.


Popcorn.


Ok, tempat pertama yang dituju, mesti la ride Transformers. Sebab ride tu baru dibuka, dan aku pun tak pernah try. Sebelum ni aku datang tak beroperasi lagi mende alah tu. Dan ramai orang cakap ride tu best. So agak excited di situ. ;p

Oh ya, disebabkan dah sampai lambat, kesuntukan masa dan orang yang tersangat ramai, maka aku pun kena la jalankan tugas untuk pilih permainan/ride/show mana yang harus kami pegi. Supaya tak rugi. So aku pilih yang aku rasa best jer. Kalau sempat dan ada masa lagi, boleh la kami pegi ride lain. Gitu la plan aku.


Po! 
Tapi tak sempat nak bergambar. Ramai sangat orang yang beratur. 
Kami pun nak cepat2 ke Transformers.


Yang kat belakang tu pun belum buka lagi. Coming soon.


Encik Suami dan Yellow Cab. ;p



This is New York. ;p 


Akhirnya. Transformers the ride! 


Orang yang beratur toksah cakap la. 
Memang panjang berjela sampai ke luar. 


Staff diorang cakap kalau naik ngan group, beratur lebih kurang 3jam. What? 3 jammmmm???????? Tapi kalau naik single ride, setengah jam. Ok la fine. Kami ikut lane single rider jer. Tapi masih berharap dapat naik sama2. -.- 

Tapi disebabkan ada masalah teknikal, agak lama jugak la kami menunggu. Hampir 2 jam kot. Dah terbuang masa di situ.


Maaf, effect dari flash. Mukaku terlampu putih. ;p


Korang tengok ni. 
Barisan yang sebelah kiri tu adalah Universal Express. 
Universal Express pun dah ramai dan barisannya dah panjang ke belakang. -.-


Attention!


Sebelum tu jangan lupa pakai 3D glasses. ;)


*blurr* 
byebyee~ saya naik dulu. 
akhirnya terpisah jua. kami naik ride asing2. huhuu~


Aku duk belakang sekali. 


Ride Transformers ni tersangat lah best! Walaupun 5 minit jer. Beratur berjam2 untuk 5 minit itu? hewheww~ Serius, kalau bukan sebab kena beratur panjang, for sure kami naik lagi. haha. Tapi masa ni aku duk belakang sekali, kepala orang depan tinggi sangat. So tak berapa nak enjoy. -.-


Encik Suami cakap : "Amadbot"


Bumble Bee.


Lepastu kami lunch dulu sebelum meneruskan journey lain. Ewah. Oh ya, untuk lunch, kami makan nasi lemak jer. Bawak bekal dari Malaysia kauu. Sebenarnya outside food memang tak boleh bawak masuk dalam USS ni. Tapi dari pengalaman dua tahun lepas, makanan kat dalam ni tersangatlah mahal. Dan kena make sure status halal dia.

So, aku decide untuk bawak bekal jer. Simpan dalam beg. Tapi jangan la pulak kau makan kat restoran @ cafe dia. Tu cari pasal namanya. Tapi kalau terkantoi jugak, jangan salahkan aku. ;D


Next, kami menuju ke Ancient Egypt pulak.
Nak naik roller coaster Revenge of Mummy.


Kami. ;)


Sebelum masuk.


Kau ingat kau tu model? ;p


Sebelum tu kena letak beg kat locker dulu. 
Oh, jakun jap nak guna locker ni. Tak reti guna. 
Sebab sebelum ni aku datang sini, takde pun locker2 nih.


Sewa gerobok. Agagagaa~


Setengah jam beratur dalam Revenge of Mummy, ada masalah teknikal pulak. Hampeh. So kami taknak bazirkan masa lagi, kami terus keluar dan pegi tempat lain pulak.

Encik Suami nak naik Battlestar Galactica. Aku plak berfikir 100juta kali nak naik ke tak. Masalahnya dia nak naik yang biru tu, i.e Cyclon. Yang tu kaki tergantung dan dia berpusing 360 darjah! Siap kepala kebawah lagi. Dah la laju. Kalau yang Human tu (merah), maybe la aku berani naik, Maybe ok, MAYBE. Sebab Human tu pun laju. Last2, Encik Suami naik sorang2 jer. Aku tunggu kat bawah, jaga beg. Hahaa~ ;p


Tengah tunggu Encik Suami. 


Encik Suami cakap, macam tertinggal dah jantung kat atas sana. Mula2 menjerit2 jugak. Pastu dah tak mampu nak menjerit. ahahahaa~ Dah la tak boleh pakai spec. Spec kena tinggal kat staff dia. Dengan keadaan yang tak berapa nampak tu, pastu dengan kelajuan 90km/j. Lagi la nak tercabut jantung. Tergelak2 aku dengar cerita Encik Suami. ;D


Nampak karakter ni, terus la kami bergambar. hihii~


Next, kami ke Waterworld pulak. 
Nak tengok show.



Show kat Waterworld. 
Tak pernah boring tengok show ni. ;)


Menujuk ke Far Far Away pulak. Nak tengok Shrek 4D. ;)


Tengah tunggu show bermula. ;) 
Shrek 4D sangat2 best! 
Tapi aku dah tengok, so dah boleh agak la semua tu.
Dah get ready ngan air liur si Donkey dan juga labah2 yang berkeliaran di kaki. ;p 
Encik Suami jer yang first time tengok. hihii~


Gingerbread man. 
Dalam kedai cenderamata Far Far Away.


Encik Suami cakap Shrek 4D best. harus la, kan. ;)


The castle @ Far Far Away. ;) 


Hiyarhhh~ ;p 
*ade2 jer la dia nih.


Next, kami naik Enchanted Airways pulak. 
Roller coaster. Tapi biasa2 jer. Tak takut sangat la.
Dan sekejap jer. Boleh la, nak seronok2. 
*tapi still menjerit jugak. ;p


Rumah Shrek. 
Beware of Ogre! ;p


Next, kami ke Madagascar pulak. 
Nak try naik A Crate Adventure ni, sebab masa aku datang sebelum ni, benda ni belum beroperasi lagi.


Penat beratur. 


Kat luar tadi kami tengok dia tulis waktu menunggu 30 minit jer. Tapi barisan bukan main panjang lagi. Lepas bertaur setengah jam, tak sampai suku barisan pun kami gerak. Akhirnya, kami ambik keputusan pegi tempat lain. Lagipun rasanya baik kami naik roller coaster Revenge of Mummy tadi daripada naik Madagascar ni. Sebab masa dah suntuk, terpaksa la kami pilih yang mana lagi berbaloi dan seronok gitu. 

So, kami menuju ke Ancient Egypt pulak. Kembali ke roller coaster Revenge of the Mummy, sebab tadi kan roller coaster tu ada masalah teknikal. So nak cuba nasib, kot2 dah ok. 


Snow! 
Kebetulan lalu kat New York, salji turun. 
Sempat bergambar kejap. hehee~ ;) 
Walaupun bukan salji yang real, takpe la kan.


Laju jer Encik Suami jalan. 


Nasib baik time ni roller coaster tu dah ok, dah takde masalah teknikal. Seronok naik Revenge of the Mummy nih. Bagi aku, roller coaster ni yang paling best (tak termasuk Battlestar tu eh).



And....kami beli gambar kami masa naik roller coaster tadi! 
muka masing2 buruk giler, tapi kelakar. kihkihh~
muka terkejut + seram + excited + enjoy. 
boleh bayangkan tak camane? ;p
nanti aku tunjuk gambar tu yer.;)


Dalam kedai souvenir lepas keluar Revenge of the Mummy. 
Agak2 korang berani tak nak simpan patung macam ni dalam rumah? 
Errr...me? Tak berani kot. 
Tapi yang pasti, dah tentu la tak boleh simpan patung2 camni dalam rumah. 
Nanti malaikat tak masuk rumah. Betul tak?


Next, kami nak naik Rapids Adventure pulak kat Jurassic Park.


Sempat bergambar dengan Diane, the infant Triceratops. 
New attraction kat Jurassic Park. 
*takde la baru sangat sebenarnya.


Rapids Adventure.


Awal2 lagi aku dah siap pesan kat Encik Suami : siap sedia untuk basah. And kami dah siap bawak baju hujan lagi. Baju hujan yang beli kat Phi Phi Don, Krabi tempoh hari. hihii~ 

Tapi masa kami datang ni, ada masalah teknikal pulak. Alaaaa....kecewa! Tak best la camni. ASYIK MASALAH TEKNIKAL JER! Korang perasan kan, banyak tempat ada masalah teknikal. Transformers, Revenge of the Mummy. Haihh....

Pastu staff yang jaga Rapids Adventure ni cakap, datang lagi lepas ni, sebab Rapids Adventure ni bukak sampai malam. Sampai pukul brape ntah. Lupa dah. Tapi masalahnya bas kami datang ambik pukul 8.00pm. Tu yang tak bestnye. Kalau tak, sempat jer nak naik benda ni. T_T

So, kami pegi tempat lain dengan perasaan kecewa. -.-
 

Owh, ada lukis2 karikatur kat sini. Kat New York. 
Tapi tengok la harga dia. Memang tak la. ;p


Kebetulan masa tu show 1, 2, 3...Action by Steven Spielberg dah nak start. So, kami pun masuk la at situ.


Beratur nak tengok Steven Spielberg bikin movie. 
And it was awesome!! ;)


Keluar dari show Steven Spielberg tu ===>>>


Its snow again! 
Weee~~ 


Nasib kami baik, dua kali dapat main snow. Oh ya, snow ni tak turun sepanjang masa. Ada waktu2 dia. Beberapa kali jer kot. Kebetulan masa ni 2 hari lepas Krismas. Harus la ada snow. Walaupun buih2 jer. Siap ada lagu let it snow lagi. Enjoy jugak la.

Lepas tu kami nak mencari Autobots pulak. Sebab tengok dari schedule kat kertas putih tadi, pukul 7pm akan ada karakter autobots keluar. So, boleh bergambar ngan karakter tu.


Kembali ke Sci-Fi City, mencari autobots. 
Time ni aku dah pakai selipar dah. 
Oh, sebenarnya masa kat Rapids Adventure tadi lagi aku tukar pakai selipar. 
Sakit kaki dah asyik pakai kasut dan asyik berjalan jer. -.-
Walaupun pakai flats, ingat tak sakit kaki ke? Kamu salah. ;p


Autobots roll out! 
Waaahhhhh...excited giler ok. ;p


Kami. 
Autobots ni siap gerak2 lagi. 
Tak tahu la ni kostum ke ape. *sorry, i jakun jap. ;p


Optimus Prime! 
Serius besar + tinggi. 
Tapi yang ni tak bergerak la yer.


Lepas tu kami ke Broadway. Masa tu ada musical show kat kat situ. Show terakhir untuk haritu. Maka lepas bergambar ngan autobots, kami bergegas ke musical show tu pulak. Sebenarnya masa tu show dah start. Nasib baik  oleh masuk lagi. Ngeh ngehh~

Syok tengok musical show tu. Terpesona dengan show dan tarian diorang. Masa aku datang sebelum ni, tak sempat tengok.


Dah malam.


Sebelum balik, kami sempat beli souvenir sebelum balik. Beli pun dengan tergopoh-gapah *kemain ayat aku*. Lepas beli souvenir, terus bergegas ke tempat parking kat tingkat bawah USS ni. Bas memang dah tunggu dah pun. Dan kami lah orang terakhir yang naik bas. Lepastu bas terus gerak. *phew, nasib baik kami tak kena tinggal -.-'

Tapi ada satu family yang takde dalam bas tu. Ntah ler kena tinggal ke ape.

Sungguh tak best terkejar2 camtu kan. Macam yang aku cakap kat atas tadi, InsyAllah kalau next time ada rezeki pegi USS lagi, kami nak pegi sendiri pulak. Masuk ikut 2nd Link lagi dekat ngan rumah kami ni. Walaupun tak tahu jalan ke sana, pandai2 la nanti kan. Buat research dulu ke sebelum pegi. Kan?

Okay, thats all for this entry. Entri yang panjang berjela-jela. Harap tak boring. Sudah baca harap komen. eh? ;p 

Thanks for reading. ;)




.

6 comments:

EIKA said...

bestnya....t alik uma mertua nak ajak hubby p la.dekat sgt johor ngan singapore :)
nini leh kongsi kos x?

Nory Zoulkefle said...

bulan 4 ni nory pegi uss...boleh refer kat entry ni...hehe...tak sabar plak rasanyer...

Nanie said...

wahhh, ley tak email nanie travel agency yg nini guna

nanie_nakata@yahoo.com

bab nak naik kereta g singapore nanti ley rujuk my blog.. ehehe

Nini Mohd said...

@EIKA
memang dah dekat sgt.
sbb i tu i pegi. last minute pun boleh jer pegi.
asalkan ada passport jer. ;)
kos ada i bgtau kat atas.
i beli tiket USS ni RM198. ;)

Nini Mohd said...

@Nory Zoulkefle
wahh...yeke.
bln 4 non-peak seson rasanya.
lg best. x ramai org.
masa i pegi ni cuti skolah.
ramai giler orang!
btw, selamat bergembira! ;)

Nini Mohd said...

@nurul harnani
ok, nanti i email yer nanie. ;)