Monday, October 15, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 1) : Part 2 - Krabi Night Market



WARNING : Extra long entry with tons of pictures.


Sambungan dari Part 1. Dah seminggu lebih baru aku sambung balik. Sebab gambar tersangat lah banyak. Tak larat nak resize + letak watermark.

Actually lepas kitorang check in, & tengah jalan ke villa, tetiba jer hujan. So lepas rehat2 sekejap sambil tunggu hujan reda, kitorang terus blah pegi jalan2 kat pantai. & nak cari pakej island hopping untuk esok.

Let picture tell the story. So meh layan 50+ gambar. -.-'


 
 
Skuter ni kitorang sewa ngan hotel jer. 200 Bhat sehari. Harga standard la tu. Oh ya. Hotel ni ada shuttle service untuk ke pantai. Tapi aku dah tak ingat dah waktu2 service tu. Boleh refer kat website Supsangdao Resort yer. Tapi kitorang tak guna pun shuttle service tu. Sebab dah sewa skuter. Kalau korang taknak sewa moto ngan hotel, boleh jer sewa kat tempat lain. Lagi banyak pilihan.
 
Kitorang ni redha jer ngan skuter yang ada. Tapi bila sampai pantai yang banyak tempat sewa moto tu, & bila tengok skuter yang comel2, yang pink2 gitew, terus rasa nyesal. Hahahh~ Encik Suami pun rasa nyesal jugak. Tapi bukan sebab tengok skuter kaler pink macam aku, tapi sebab tengok moto besar2 & scrambler. Hahahahh~ Encik Suami cakap lain kali kalo datang Krabi lagi dia nak sewa scrambler pulak. Huk alohh~ kawe nok muto pink tuh. -.-
 
 

Apa2 pun kita isi minyak dulu.
Sebab skuter tu memang minyak dah kering kontang.
 
 
Mula2 aku mintak isi 50 Bhat jer ngan akak tu. Tapi Encik Suami macam tak puas hati bila tengok tangki tu, sebab macam sikit jer katanya. So dia suruh isi penuh. 120 Bhat. Tapi akhirnya sampai ke hari terakhir kitorang kat sana, meter minyak tu tak gerak langsung. Rugi jer tau isi minyak penuh2. -.-  Sebab kitorang tak jalan jauh pun ngan moto tu. Just pegi pantai Ao Nang jer & jalan2 dekat2 jer. Plan nak menjelajah sampai ke pekan Krabi. Tapi sampai ke hari terakhir kat sana, tak sempat pun nak pegi sana.
 
Eh jauh pulak aku bercerita. Balik pada jalan cerita, kitorang isi minyak dekat jer ngan hotel.
 
 
 
 
 
Pelik jap aku tengok stesen minyak ni. Nampak tak dalam bulatan biru dua tu? Satu minyak 91, satu lagi minyak 95. Kat balang miyak tu ada garis2 isipadu yang dia letak harga. Contoh satu garis 10Bhat camtu la. Pastu bila minyak kurang, dia akan pump naik minyak dari tong hijau kat bawah tu. Isi minyak pun ngan paip macam paip air getah kat rumah kita tu jer. Giler bahaya.
 
Ni petrol pump yang pertama yang kitorang nampak. So isi jerlah. Tapi bila jalan depan sikit, ada jer petrol station yang besar macam petrol station kat Malaysia nih.
 
 
 
Heading tu Noppharat Thara Beach.
 
 
 
Singgah kat sini beli topi untuk pegi Island hopping esok.
Lupa nak beli kat Malaysia.
 
 
 
Beli makanan kat Noppharat Thara beach.
Penjual tu banyak cakap betul. Peramah.
 
 
 
Som Tam! Kitorang order 1.
 
 

Duduk makan tepi pantai.
Air laut surut.
 
 
 
Ours.
Si penjual tu bagi pinjam tikar untuk kitorang duduk. Hehee~
 
 
Yang kanan bawah tu diorang panggil "sticky rice". Kita kat Malaysia panggil benda tu pulut jer. Masa penjual tu offer sticky rice ni, aku tak faham la apa yang dia offer tu. Sebab dia sebut "sticky-RAI".
 
Aku macam...haaa? Menatang ape "sticky rai" tu? Pastu dia tunjuk yang kat dalam bekas dia. Oh, sticky rice rupanya. Hahahh~ susah bebenor nak paham. ;D
 
 
 
First time makan Som Tam. tersangatlah sedap!
Dengan rasa masam2nye, ada rasa manis sikit2.
Tambah pulak dengan pedas. Perghhh~ memang terbaek.
*tetiba terliur nak makan lagi. -.-
 
 
 
Pancake!
 
 
 
Egg pancake. ;) 
 
 
 
Akhirnya.....banana pancake!
Tapi letak gula & susu jer.
Kalau banana chocolate lagi best tau.
 
 
 
Sambung jalan2.
Berhenti kjap ambik gambar kat sini.
 
 
Gigih la set self-timer & berlari2 beberapa kali.
Nasib baik kat depan tu ada tunggul.
Boleh la letak kamera atas tu. ;p
 
 
Motif ambik gambar kat sini?
Padahal bukan stay sini pun.
 
 
Sebenarnya kitorang singgah kedai kat sebelah Sala Talay ni, pastu sibuk nak ambik gambar kat sini. Sala Talay Resort ni betul2 tepi pantai & mengadap laut. Sederet dengan Aonang Buri Resort, Srisuksant Resort, Aonang All Seasons Beach Resort, Aonang Andaman Resort. So kalau yang prefer hotel yang betul2 tepi pantai, sila la pilih antara hotel2 ni yer. & banyak lagi hotel2 lain. ;)
 
Bila dah nampak hotel ni, baru aku boleh agak kat mana arah tempat yang nak dituju. Masa tu rasa blur sebab dari google maps yang aku tengok (sebelum datang Krabi), kitorang tak sepatutnya lalu kat sini. Eh aku memang dah buat research semua ok sebelum pegi sana.
 
Then lepas dah sampai Malaysia, baru aku tegok balik google maps (maklum la kat Krabi kitorang memang tak guna internet), then baru la tahu yang selama 4 hari 3 malam kitorang kat sana, kitorang silap lalu jalan jauh. Kalau ikut jalan dekat, supposedly tak lalu pun Noppharat Thara beach & kawasan Sala Talay ni. Patut la naik motor sampai 10 minit baru sampai hotel. Ish ishh... Konon2 dah buat research. Tapi silap jalan jugak.  -.-
 
 
 
 Akhirnya jumpa jugak kawasan yang nak dituju.
Kitorang cari pakej island hopping kat area hotel2 ni.
 
 
Kat kawasan ni banyak hotel - Ananta Burin Resort, Buri Tara Resort, Aree Tara Resort, Centara Anda Dhevi Resort & Spa, Apasari Krabi, Aonang Nagapura Resort & Spa, The Small Hotel Krabi, Red Ginger Chic Resort. Hotel2 kat area ni biasanya jadi pilihan honeymooners. Kitorang jer yang nak cari kelainan, pilih hotel jauh sikit. Boring lah kalau semua orang cerita pasal hotel yang sama jer. Kan? ;p
 
 
 
Kitorang beli pakej kat sini.
 
 
Kitorang beli 2 pakej. Satu pakej Island tour, untuk dua orang. Untuk island tour ni, kitorang pilih pakej Phi Phi Island tour. Harga dia bagi 900 Bhat seorang. Eh ni dah kira murah sangat. Maybe sebab low season. Biasanya harga 1500 - 1800 Bhat camtu. Paling murah pun boleh dapat 1300 Bhat kot, kalau pandai tawar menawar. Aku tengok harga kat phamplet diorang pun tulis 1800 Bhat (harga tak masuk akal).
 
Pakej ke-2, Jungle tour. Ni termasuk elephant trekking, Hot Stream, Emerald Pool, ngan Tiger Cave Temple. Yesss~ boleh naik gajah! ;p Jungle tour ni dia bagi 900 Bhat (ejen kat sebelah aku tengok harga 1000 Bhat ok). Then tawar2, dia bagi 850 Bhat. Alahai...boleh la.....
 
Pastu kitorang bertanya la jalan nak ke Krabi Night Market. Terus dia pujuk suruh beli pakej Krabi Night Market ngan dia jugak. Actually takde la pakej pun. Just transport pegi balik jer. Harga 300 Bhat seorang. tapi dia bagi 250 Bhat, sebab dah beli 2 pakej dah.
 
Pikir punya pikir, ok la kitorang pegi ngan diorang jer. Niat tu memang nak pegi sendiri. Tapi bila fikirkan dah nak malam, pastu tak tahu jalan. Jalan nak ke sana pulak macam ada hutan2 sikit. Tambahan pulak (eh banyak betul alasan) kitorang dah penat sangat. Larat ke nak naik moto mencari2 night market tu. So melebur lah RM50 mak. Takpe la, lain kali kalau datang lagi, boleh pegi night market sendiri jer, ngan moto yang disewa. Eh2 asyik sebut "lain kali" jer. ;p
 
Teksi pick up pukul 6pm (kat Malaysia pukul 7pm), and ambik balik pukul 9pm. So kitorang tinggal moto kat depan kedai ejen ni jer. Sementara van datang ambik, pusing2 dulu kat kawasan tu.

 
 
Mahalnyer dobi kat sana.
 
 
Massage.

 
Sepanjang 4 hari kat sana, kitorang tak pernah pegi mengurut. Aku ada jugak ajak Encik Suami pegi urut. Tapi dia taknak pulak.

 
 Finally sampai juga ke Krabi Night Market.


Masa dalam perjalanan ke sana tu aku cuba tengok & mengingat & mengecam jalan. Kan tadi cakap lain kali nak pegi sendiri? Ekekekee~

Oh ya. Krabi Nigjh Market ni hanya ada pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Kitorang sampai Krabi hari Ahad. Sempat la pegi night market ni. Oh memang niat aku nak pegi night market ni. Sebab tu pilih pegi Krabi hujung minggu.


 
 

Mango sticky rice.
 
 
Teringin jugak nak try mango sticky rice ni. Tapi sebab petang tadi dah makan sticky rice & still rasa kenyang, takut muak la pulak makan benda ni.
 
 
 

Ni aku tak tahu ape benda. -.-
 
 



Bags.
 
 

Barang antik pun ada.
 
 

Ni aku rasa dah murah.
Nasib baik takde model Myvi. Kalo tak, dah beli dah. ;D
 
 

Apesal mahal sangat.
 
 
 
Ini pun aku rasa cam mahal.
 
 

Singgah beli air kelapa.
 
 
Air kelapa 20 Bhat. Dah kira murah kot. Tetiba jer abang yang jual ni kecek kelate ngan kitorang. Tahu2 jer kitorang ni dari Malaysia. Sempat la borak sekejap ngan dia. Katanya dulu dia pernah duk kat Golok.
 
 
 

Refreshing. ;)
 
 

Paint t-shirt.
250 Bhat. 25-30 minit.
 
 

Kuih muih. Otak2 pun ada.
 
 
Lukis2 lagi.
Tapi ini just lukis karikatur kat lukisan jer, bukan t-shirt.
80 Bhat. 5 minit sahaja.
 
 
Ais krim goreng!
 
 
Ramai gila orang tengah tunggu ais krim goreng ni. Nampak macam menarik. So kitorang pun order la satu cup. Boleh campur perisa. Kitorang order perisa strawberry + mango. Tambah cream kat atas. Letak coklat lagi. 40 Bhat. Kalau tak letak cream tu murah sikit la.
 
 

Macam2 perisa ada.
 
 
Ais krim goreng siap!
Unik ok. Tak pernah try lagi ais krim goreng camni.
Kalau kat Malaysia, ais krim gorengnya lain, tak macam ni.
 
 
Best sangat2 lah! Kenapa sedap sangat ni? Macam tak cukup jer 1 cup ni. Masa aku nak order, Encik Suami cakap tak payah orderkan untuk dia, sebab dia taknak. Tapi bila aku suapkan ais krim aku ni kat dia, nak pulak dia makan. Berkali2 suap pulak tu. Sebab sedap katanya. Kehkehh~ ;D
 
 
 

Kitorang beli udang tu 1 pinggan.
Ayam goreng dia aku macam tak berani nak beli.
Coz tak tahu halal ke tak.
 
 
Oh ya. Kalau nak beli makanan kat sini, sila pastikan korang betul2 yakin benda tu halal. At least korang tengok si penjual tu Muslim, bertudung tu dah kira ok kot. Atau pun korang beli seafood jerlah. Tak payah beli ayam atau daging.
 
Masa kitorang tengah jalan2 kat sini, ada jugak yang jual pork salai. Sekali ngan makanan ringan cucuk2 tu. Erk. Yang tu dia siap tulis "pork" kat situ.
 
So please be careful masa pilih makanan yer.
 
 

Ikan itu sangat menyelerakan. ;p
 
 

Pad Thai.
 
 

Pad Thai in the making.


Pad Thai kami sedang dibungkus.
Pad Thai ni macam kuey tiaw goreng jer. Tapi boleh tahan sedap.
 
 

Pastu singgah kat depan pentas ni.
Cari meja, duduk, makan2. Sambil tengok persembahan.



 
 

Ini yang paling menarik perhatian.
 
 

Manusia teramat ramai.
Yang baju merah tu suami saya. ;p
 
 

Sempat beli souvenier. Buah tangan untuk diri sendiri jer.
Nak beli banyak2 nanti cari kat kedai2 kat Ao Nang jer.
 
 

Kalau kat Malaysia ada manusia emas, kan (eh betul ke ni).
Kat Krabi Night Market? Entah la apa diorang panggil ni.
Boleh conteng2 dia yer. Tapi jangan la lupa sumbang kan beberapa keping Bhat dalam box depan tu. ;p
 
 

Sempat lagi tu.
 
 

Dah penat jalan2, jom la balik.
Ni tengah tunggu teksi datang ambik.


Masa on the way balik, aku tanya Encik Suami : "kalau kita datang sendiri ni macam mana yer" (sambil tengok kat jalan raya & merujuk pada perjalanan jauh tu ngan keadaan badan yang penat). Encik Suami cakap : "ishh...tengok jalan ni, penat jugak nak datang sendiri".

Kehkehh~ ;D

Sampai2 jer kat bilik/villa kitorang, pintu tak dapat bukak! Dah unlock ngan anak kunci. Tapi rasa macam tersekat kat bawah. So Encik Suami pegi bagitau owner dia. Bila owner dia datang, rupa2nya.....selak dah terjatuh, masuk dalam lubang selak tu, so pintu tu dah terkunci dari dalam. Selak tu jenis yang kat bawah, bukan selak tepi. Erk..faham ke tak?

Yang kitorang ni pulak, tak tahu pun pintu tu ada selak kat bawah. Agaknya selak tu terjatuh masa kitorang tutup langsir kat pintu tu. Pastu masa nak keluar, masa aku tarik pintu nak tutup, dah bunyi benda pelik. Tapi aku buat bodo jer. Haishh~

Owner dia nak panggil tukang kunci. Tapi ntah kenapa, diorang ubah plan. Tahu tak diorang buat macam mana? Diorang panjat ngan tangga, masuk ikut toilet. Sementara tu diorang bagi bilik lain untuk kitorang rehat2. So masa duk villa sebelah tu, dengarlah diorang duk bertukang untuk bukak bumbung bilik air.

 
 


Kitorang pilih villa lain sebelah jer.
 
 

Bila pintu dah boleh bukak, baru diorang panggil ambik barang pindahkan ke villa sebelah. Rasa macam malu pulak kat owner tu. Diri sendiri yang cuai. Tapi owner tu pulak yang mintak maaf. Katanya, staff dia pun tak bagitau ada selak kat situ. -.-'
 
Esoknya, kami ber-island hopping pulak. Tunggu entri seterusnya yer.

Till then, thanks for reading. ;)
 
 
 
.

4 comments:

Mila Ahmad said...

ncn best ! mahal tak p sana ?

Nini Mohd said...

@Mila Ahmad
memang best pegi sana.
tak mahal sangat kot.
kos pegi sana blh refer kat entri sy sebelum ni : http://ninimohd.blogspot.com/2012/10/honeymoon-krabi-day-1-part-1-our-hotel.html

Norhidayah Yusni said...

tQ sesangat bagi banyak info..
tapi hotel yang u bagi tu sumer dah arga mahal 2013..
klu 2014 xtau la arga dier macamana.. sbb dah planing nak g 2014

Nini Mohd said...

@Norhidayah Yusni
yeke? i rasa harga ikut musim kot. bukan ikut tahun, makin lama makin naik.
kalau peak season, rate hotel memang mahal.
i pegi haritu non-peak season. so rate murah jugak la.
sbb i pernah check rate hotel2 tu untuk tahun ni. sama jer kot.
u kena check date yang u nak pegi & cuba compare kan dgn date bulan2 lain.