As-salam dear readers.
Sambungan dari entry Langkawi Day 1.
Kami mulakan hari ke-2 dengan breakfast. Kami booking bilik kat hotel ni termasuk breakfast. Kat hotel ke-2 nanti takde breakfast yer.
Sambungan dari entry Langkawi Day 1.
Kami mulakan hari ke-2 dengan breakfast. Kami booking bilik kat hotel ni termasuk breakfast. Kat hotel ke-2 nanti takde breakfast yer.
Mine.
His.
Kenapa kuantiti makanan dalam pinggan aku lagi banyak dari dalam pinggan Encik Suami yer? Ntah. Aku pun heran. Kahkahh~ tapi sebenarnya tak habis pun aku makan semua tu. Nafsu dan godaan syaitan semata-mata. -.-
Lain2.
Dah selesai breakfast, kami terus naik ke bilik dan kemas2 barang. Then terus check out.
Sebelum keluar. Sempat lagi posing depan cermin. Hewheww~ ;p
Check out.
Good bye Hotel Bahagia.
Hotel ni dekat jer ngan Kamdar.
Tapi aku tak singgah pun.
*orang datang sini nak beli coklat, bukan beli kain. fine*
Then, kami menuju ke Cable Car. Kami pilih pegi ke Cable Car pada hari kedua, sebab hari kedua ni kena check out. Hari2 lain kami nak ber-island hopping & aktiviti yang maybe akan balik hotel petang. Mana boleh check out petang, kan. So hari kedua ni la yang boleh check out tengahari.
Macam berkonvoi la pulak kereta2 kecik ni.
Depan Kelisa, tengah Kancil, belakang Kelisa (kami).
Semua warna silver. ;p
Selamat datang!
Masa kami sampai tu, tempat parking kat depan semua dah penuh. So kami parking kat belakang ni jer. Tapi disebabkan kereta kami ni banyak barang (luggage jer), so kami pastikan parking kereta depan gerai2 orang meniaga kat situ. Beringat sebelum kena. You know what I mean.
Kali pertama datang sini, masa tingkatan berapa ntah. Ikut rombongan sekolah. Tingkatan 4 kot? That was more than 11 years ago! Lamanya! Sekarang datang berdua ngan hasben pulak. ;)
Caricature.
Kamu macam berminat jer dengan t-shirt itu. ;p
Eco Fun Ride.
Kalau nak naik benda ni, sila la bayar RM17.00.
6D Cinema. Macam menarik.
Tapi kitorang tak masuk pun.
Tiket naik cable car RM30 seorang. Kalau warganegara, dapat separuh harga = RM15 seorang. Jadi, sila la tunjuk MyKad masa nak beli tiket cable car ni yer.
Sebelum naik sky cab.
Weeee.....dah lama tak naik sky cab ni. ;)
Btw, ada komen kat facebook (untuk gambar ni), katanya sepesen jer muka kami.
Btw, ada komen kat facebook (untuk gambar ni), katanya sepesen jer muka kami.
Yeke? Ntah ler. Sepesen tang mana tu. haha.. ;D
Persinggahan pertama.
Kalau petang2, boleh tengok sunset yer kat sini.
Mesti cantik, kan.
*teringin nak tengok sunset kat sini*
Boleh nampak Pantai Kok.
Subhanallah. Cantiknya....
Jambatan ni tutup plak masa kami pegi.
Jadi, hanya mampu tengok dari jauh jerla.
Kalau tak, nak jugak jalan2 merentas gunung ganang.
Errr...berani ke?
Persinggahan kedua. Kami berhenti makan.
Makan dadih jer. Beli kat Pasar Malam kat Pekan Kuah hari sebelumnya.
Tak larat nak habiskan semua makanan malam tadi, kami bawak la ke sini.
Tak larat nak habiskan semua makanan malam tadi, kami bawak la ke sini.
700 meter above sea level.
Cuaca panas. Tapi angin sejuk. Nyaman jer.
Tak terasa sangat cuaca panas. ;)
Nak turun dah.
Agak gayat masa nak turun ni. Tapi seronok ;p
Kedai kat Cable Car ni ada jual accessories made from pearl.
Tapi harganya agak mahal la bagi aku.
Kat Krabi lagi murah. eh? ;p
Singgah The Zone. Beli air jer.
Kat The Zone ni pun ada jual coklat jugak.
Tapi harganya?
Of course la kat Haji Ismail Group lagi murah. ;D
Kat sini banyak sangat ikan. Nampak tak?
Masa kitorang datang, ada sepasang suami isteri tengah bagi ikan makan.
Memang berlumba2 la ikan tu berebut nak makan.
Makanan untuk ikan ni ada jual kat tepi ni jer.
Tapi kitorang, bagi makan jajan yang kitorang bawak jer kat ikan ni.
Sukahati kitorang jer kan. ;p
Makanan untuk ikan ni ada jual kat tepi ni jer.
Tapi kitorang, bagi makan jajan yang kitorang bawak jer kat ikan ni.
Sukahati kitorang jer kan. ;p
Oh ya. Yang warna kuning tu ape ntah nama dia. Kalau korang rasa kaki korang berstamina kuat, boleh la sewa untuk makan angin kat tasik ni. Kayuh2 la sampai lenguh kaki. Berapa ntah harga sewa dia. Lupa dah. Haha.. ;p
Bagi yang minat ngan arnab, boleh jugak nak bagi arnab makan.
Tapi macam biasa la, makanan tu kena beli. ;p
Next, aku teman Encik Suami memancing. Dia ni kannn.........kalau tak memancing, tak sah. Pegi mana2 pun nak memancing. Menyampah betol. *menyampah pun ikut juga. support juga*
Tunggu next entry yer. Penat dah resize gambar & letak watermark. -.-
Till then, thanks for reading. ;)
.
Tweet
8 comments:
seronoknya honeymoon kat langkawi..dah lama xpergi..last masa blajar dulu..hehe... bab jambatan tu..adeiii..kite gayat..xberani =)
rindunya langkawi. so far pergi 2 kali tak pernah tak happy huhu.
langkawi best. i duduk hotel tepi pantai dulu tapi yang biasa-biasa je. asalkan best kan
bila la nak sampai sini lg
btw muka u dgn suami memang sepesen la huhu
wuuuu kitorang tak pegi sini... nyesalll!!!
bestnye honeymoon :)
@mama ila
hahaa..tu la.
tak tau berani ke tak nak naik jambatan tu.
macam nak try. tp macam gayat pulak. ;D
@cha
cha, i pun datang langkawi ni duk hotel biasa2 jer.
percutian bajet gitu.
yeke sepesen? ramai yg ckp cmtu.
tp xtau tang mana yg sepesen tu.
huhuu~
@Syima Syaz
laa...nape tak pegi?
tak sah pegi langkawi kalau tak naik cable car nih. huhuu~
@combi
hee...
best jalan2 tengok tempat org. ;)
Post a Comment