Showing posts with label Pejabat Tanah Daerah Kluang. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Tanah Daerah Kluang. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Kluang Rail Coffee & Ayer hitam.

Hari Khamis lepas, outstation ke Kluang. Encik Tunang tengah cuti & dia balik JB. So, dia temankan.


Yeeaaayyyy~ dah lama tak ber-outstation ngan Encik Tunang. Teringat zaman susah dulu. Takde lesen, takde kereta. Masa tu Encik Tunang la yang tolong hantar pegi sana sini, pinjam kereta akak dia.


Sekarang alhamdulillah...walaupun takde la senang sangat, tapi ok la sebab dah ada kereta sendiri. Senang sket, sebab keje aku ni memang sentiasa kena outstation.


Masa sampai kat tol Skudai, orang PLUS tengah agihkan air botol.




Rezeki harini.
Tapi air berkarbonat la pulakk~
Aku tak suka minum air bergas. -.-



Lepas habis kes, pegi lunch kat Kluang Rail Coffee. Sebab Encik Tunang tak pernah makan kat situ, tu yang aku bawak dia pegi sana. Hajat hati nak bawak pegi Kluang Rail Coffee yang kat stesen keretapi tu. Tapi tutup pulak. So, kitorang pegi kat cawangan lain pulak, yang dekat dengan Jalan Pejabat Kerajaan (dekat round about).







Kopi susu ais.
Satu kemestian!



 Roti keping bakar.
Satu kemestian jugakk! ;p
Sangat rangup & yummyyy~



 Spagetti bolognese.
Aku punye.



Spaghetti with chicken & mushroom.
Macam lebih kurang jer ngan spaghetti aku, kan?




Ok, spaghetti ni sangat berminyak! Berkilo2 lah lemak kitorang ternak haritu. Erkkk~ [x_O]


Rasa spaghetti ni pun agak kureng la bagi aku. Then sempat beli 2 paket serbuk kopi. 1 paket untuk kakak aku kat kampung. 1 paket lagi untuk bakal ayah mertua. ;p


Then singgah kat Ayer Hitam. Beli few things untuk wedding nanti.




*p/s : lagi 18 hari ke hari itu. banyak lagi yang tak siap ni. ya Allah...permudahkan lah segala urusan kami.



.

Monday, January 9, 2012

Cuci mata @ Ayer Hitam. Yess,,,aku suka outstation job. ;)


Good morning Monday blues! -.-



Last Thursday, 05.01.2012 kena attend auction kat Pejabat Tanah Kluang. Dari last lasttt Friday, which is 30.12.2011, bila dapat list untuk pegi Mahkamah & tengok nama aku tertera untuk pegi PTD Kluang, dah tersenyum lebar dah. Hihii..tak sabar menunggu hari itu. 


Aku hepi kalo kena outstation camni. Sebab....boleh singgah cuci mata kat Ayer Hitam. Hehee~ Padahal bukan nak beli barang pun. Hello, i'm bride to be. What do you expect, kan. Mesti suka tengok barang2 untuk wedding nih.  ;p


FYI, fikiran aku ni dah 70% fikir pasal wedding thingy, 30% jer yang fikir pasal keje. Refer jerlah kat ENTRI NI. Sangat tepat ngan situasi aku. Kat office pun takde hati nak buat keje. Eventhough lagi 4 bulan lebih. Melampau tak??? Errr...maybe aku terlalu risau sebab banyak benda yang tak settle lagi. T_T





So, lepas habes lelong tu, singgah la kat Ayer Hitam kejap. Eh, ini bukan ponteng keje yer. Biasa la B2B, kan. Kalo ada ada peluang, of coz kena curik peluang tu. Kehkehh~ 


Sebenarnya aku singgah kat Ayer Hitam tu just nak cuci mata jer. Nak shopping mopping dah takde budget. I'm totally broke this month. Lagipun Chinese New Year nih nak balik kampung. Kena la berjimat. Wuwuwuuuuuuu~ T_T 


So, meh la cuci mata jer.




Ok, chop..sebelum pegi ke cerita kita. 
05.01.2012. 
Yang ni pun dah nak sampai 30,000...!!! 
Maksudnya next service. Maksudnya $$$$ lagi. T_T 



For sure hujung bulan ni cukup 30,000km. Or maybe lebih. Kan nak balik kampung yang beribu-ribu-ribu-lemon kilometer tu. Ok, over plak.


Back to our story. 


First, mesti la masuk kedai PISB yang tersergam indah tu. 


Berkenan giler ngan bunga telur niiiiii....!!!! 
And the idea of putting it on the bicycle. So sweet~
*Siap ngan harga lagi tu aku snap. ;p



Biru pun ada! 
Sangat match ngan tema sandingku!! 
Mahu yang iniiiiii~ 




Nasib baek takde budget. Kalo tak, dah beli dah. Errrr...nak DIY boleh? Rajin la sangaaattttt nak DIY.




Yang ni pun cantek.



Aku beli TQ tag ni jer. Tapi tak tau lagi nak buat ape. 
Emmm...maybe letak kat bunga telur yang aku duk berangan nak DIY tuuuu???




Dah puas cuci mata kat Ayer Hitam, bertolak la balik ke JB. Jangan melampau sangat curi masa! 


Err...sebenarnya tak puas pun jalan2 kat sana. Dah la banyak sale. Kalo boleh semua nak beli. Itu nak, ini nak. Takpe, sabar2. Next time boleh singgah lagi. T_T 











On the way balik. 
Erk...seram. 



Masa aku on the way pegi Kluang pagi tu pun dah ada treler ni kat dalam longkang tu. Sampai tengahari baru diorang dalam proses nak alihkan. Nasib baik time pagi tu blom jem. Kalo tak, haruslah lambat sampai PTD Kluang. Phewww~  -.-'




.

Saturday, October 22, 2011

Breakfast at Kluang Rail Coffee. Dah halal, ok.

Minggu lepas (Rabu, 12.10.2011) aku pegi Pejabat Tanah Daerah Kluang. Ada land equiry, i.e. urusan kerja la. Ni first time aku pegi PTD Kluang. Siap tengok Google maps lagi sebelum pegi sana. Tapi bila dah sampai, pusing2 jugak. Huhuu~


Lepas settle kerja kat Pejabat Tanah, singgah kat Kluang Rail Coffee, kat Stesen Keretapi Kluang.


Dulu kecoh ngan isu tak halal, kan. Lepastu Jabatan Agama Islam Johor menjalankan operasi penyamakan kat cawangan Kluang Rail Coffee. Walaupun penyamakan bukan satu proses untuk memohon sijil halal, tapi at least boleh kurangkan rasa was-was orang ramai dan customer kedai kopi tu.





So, dah alang2 aku sampai kat Kluang, singgah la kat kedai kopi tu. Lagipun dekat jer ngan PTD. Walaupun sorang2, pedulik hape aku. Makan tetap makan. Walaupun kena makan sorang2.



Dari luar. 
Ada jugak customer muslim time tu. 




Kat dalam kedai.



Sijil halal dipaparkan kat kaunter. 




Meh kita zoom~ 



(Klik gambar untuk imej lagi besar) 
Haa...dah dapat sijil halal ea. 



Bagi yang masih was-was ngan status halal Kluang Rail Coffee ni, boleh check kat Direktori Halal Jabatan Agama Johor. Klik KAT SINI dan search "Kluang Rail Coffee" (mukasurat 7). Few months lepas kecoh isu tak halal, diorang dah dapat sijil halal. Tapi Kluang Rail Coffee cawangan Plaza Kotaraya takde pulak kat senarai tu, kan.




So, ape lagi. Aku order la makanan. Dah lapar giler time tuh. Masa tu around pukul 11am. Ni bukan lunch, tapi breakfast. Breakfast pukul 11pagi? Uhuu~





Nasi lemak. 



Sikit jer nasik lemak ni. Memang tak kenyang kalo makan sebungkus jer. Takpe la kan. Lagipun time tu nasi lemak dah tinggal sebungkus jer. Masa aku tengah makan nasi lemak ni, ada sorang makcik datang & nak makan nasi lemak jugak. Tapi dah abes dah. Kesian la pulak kat makcik tu. Sebab the last nasi lemak dihabeskan oleh aku yang tengah lapar ni. Ishkk~ aku ni bukan boleh tengok orang tua camtu. Cepat kesian. -.-



Roti bakar. 
Oh my, ini sangat sedap.
Seriously rasa macam tak cukup 1 keping nih. -.-



Kopi ais. 




All these cost me only RM3.70. Murah je,kan. Murah + sedap!


Actually ni kali kedua aku pegi makan kat sini. Kali pertama pegi tahun lepas. Kebetulan masa tu pegi wedding kawan kat sana. Member2 bawak la pegi makan kat kedai kopi tu. Masa tu belum timbul isu tak halal tu. Erk~




.