Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

PC Expo @ Persada JB. Shopping jugak eh?

Salam hari Sabtu.


Erk. Dah malam baru nak bagi salam. -,-


Minggu lepas ada PC Expo kat Persada JB. Disebabkan memang dah lama aku duk tunggu PC Expo nih, of coz la aku wajib pegi. *minggu lepas punye cerita, harini baru nak story mory la???*


Kebetulan seminggu sebelum tu aku ada beli laptop baru nih, so nak jugak cari gadget2 yang berkenaan. *ayat ape ntah. harap paham*


Encik Tunang pulak kirim beli laptop. Beli skali dia punyer laptop la. Dengki la tu tengok aku pakai laptop baru. ;p


So, hari Jumaat lepas habes keje, terus pegi Persada. MasyaAllah....ramainyer manusia. Pening kepala aku. Sungguh tak suka crowded camtu. Tapi apakan daya. memang tempat camtu ramai orang. -.-'




So here is the items yang aku beli...




Ini lah dia laptop yang aku pilih untuk Encik Tunang. 




Macam aku punyer.
Jenama Asus jugak. 
Tapi model lain sket la. 



Aluminium tough. 



Huihhh...pening kepala aku tahu tak, nak pilihkan laptop untuk Encik Tunang. Sedangkan nak pilih barang untuk aku pun aku selalu confuse & susah nak buat keputusan. Inikan pulak nak pilihkan barang untuk orang lain. -.-' 


Seriously, aku memang jenis yang susah nak buat keputusan. Kadang2 boleh jadi migrain kalo nak buat pilihan. Betul, tak tipu.  



Free gift tak banyak. 
Macam biasa, beg laptop. Keyboard protector & mouse. 
Wayar mouse tu sangat pendek, ok. Tak best nak pakai. 





Tapi ada satu free gift yang aku paling sukaaaaaaaaa........  --------->>>> 






















Printer! 




Weehhoooooo.....dapat printer! 

And this will be mine! Walaupun dapat free masa beli laptop Encik Tunang, tapi tak kira la. Nak jugak. Upah beli laptop la kan. Hihii~ 


Sebenarnya free gift dia bukan printer. Tapi upgrade RAM ke 4G ke 6G ntah. Tapi aku request untuk printer. Kenapa? Emmm...ada la sebabnya. Encik Tunang pun ok jer. ;)


Kenapa aku suka sangat dapat printer nih? Sebab kalo project DIY untuk wedding yang kena pakai printer, kan senang. Tapi tak tau la project ape aku nak buat eh? Printer ni pun blom try pasang lagi. -.-


Disebabkan tak banyak free gift untuk laptop Encik Tunang, kena la beli beberapa lagi barang untuk laptop dia, i.e. cooling pad ngan mouse pad.



Cooling pad & mouse pad. 



Tapi cooling pad kat atas ni bukan untuk Encik Tunang. Aku bagi kat dia cooling pad yang aku dapat free gift masa beli laptop aku haritu. Sebab cooling pad aku tu jenis kecik & boleh lipat. Sesuai la untuk Encik Tunang. So, cooling pad yang ni untuk aku. =)


Pink laptop case for my pink laptop! 



Err...sebenarnya aku nak beli yang kaler hitam atau hitam+pink. Tapi tak jumpa plak yang aku berkenan. Tak banyak pilihan. So, terpaksa la beli yang ni jer. Melampau pulak laptop pink + cover pink. PINK SANGATTT LAHHHH!!! 




Hello Kitty pendrive!! 
OMG!!! 





And you know what, hari Ahad tu aku pegi lagi kat PC Expo tu. Hajat hati nak beli USB hub jer. End up..... 



Speaker & USB hub.
Murah2 jer USB hub. Nampak kan harga kat situ? 



Yang ini untuk Encik Tunang. Actually Encik Tunang kirim beli USB hub jer. Tapi bila tengok kat speaker tu, eh...jatuh cinta plak. Terus belikan untuk Encik Tunang. Aku yang berkenan, tapi belikan untuk dia. Ade camtu eh? ;D 


Tapi sedih...takde warna yang cantik2. Aku nak belikan warna hitam jer. Tapi takde. Warna kelabu ade la. Tak cantik ok. Warna pink ade. Oh, so cute. Tapi takkan nak belikan warna pink untuk dia, kan. ;p


Encik Tunang request kaler kuning. Tapi takde. Warna oren jer ade. So, aku beli jer kaler oren nih. 



USB hub & pendrive lagi. 



Yang ni aku punyer. USB hub aku lain sket dari Encik Tunang. Sebab aku pakai external hard disk. USB hub macam Encik Tunang tu tak sesuai untuk connect external hard disk. Sebab power tak cukup. Ni salesboy tu la yang cakap. So, beli yang ni jer. 


Kenapa beli pendrive lagi? 


Sebab sekarang ni memang aku dah takde pendrive. Cuma ada external hard disk jer. Pendrive aku dah rosak. Camane ntah boleh kena air. Hampeh betol la. Berbulan2 jugak la aku takde pendrive. So, pendrive Hello Kitty kat atas tu just for collection la. Sayang giler nak pakai hari2. Ade camtu? ;p


So, yang ni la utk pakai hari2. ;)




Errr...ni boleh di klasifikasikan sebagai shopping ke?



Lari budget. Kena kejar balik la ni. Tapi camane nak kejar? T_T



.

Friday, December 23, 2011

goodbye Hello Kitty, welcome pinky.

Entri semalam aku duk sedih laptop aku rosak. Harini lepas kerja, terus pegi beli laptop baru. Wahh...kemain pantas lagi kan.


Kenapa aku memilih untuk beli yang baru, instead of repair yang rosak tu? Ada banyak sebab. 


Firstly, sebab laptop lama tu dah lama giler. Maybe 5 tahun kot. Since aku belajar kat UKM. Aku rasa masa aku tahun 2. Tak pun masa semester 2 tahun 1. Aku rasa 5tahun tu dah cukup "tua" untuk laptop. So, memang dah agak nazak la laptop ni. 


Kedua, sebab dah banyak kali rosak, banyak kali repair, sampaikan aku pun dah takde mood nak repair lagi. Motherboard dia pernah rosak masa aku study dulu. Dah pernah tukar. RM700 lebih jugak tukar motherboard masa tu. Sekarang motherboard rosak lagi & kena tukar lagi? Huh. 


Ketiga, memang aku dah plan nak beli laptop baru. Sebab laptop ni dah agak lama, dan aku dah agak tak lama lagi innalillah ler laptop nih. Tapi tak ku sangka secepat ini. Hukhukk~ T_T


Dan sebab musabab yang membolehkan aku beli yang baru, mesti la sebab bonus baru masuk. Baru jer masuk, dah keluar balik. Huwwaaaaaa~ T_T





Heyyy....mana boleh takde laptop. Susah hidup aku nanti. Macam2 kerja yang nak kena buat. Mesti kena ada laptop. Kan?? 


So, aku malas nak fikir panjang sama ada nak beli ke tak. Malas nak pening2 lagi. So ini lah dia.....


goodbye hello kitty. 
welcome pinky. ^_^ 



OMG, you are soooooo PINKKKK!!!



and i'm soooooooo in love with you~  ^_^ 



Alumimium tough. I loike~




Dan free giftnyer.....


Beg.
Macam biasa, kalo beli laptop mesti dapat beg, kan. 


Hamper! 
Owh, first time dapat hamper macam ni.



Macam2 ada. 
Headphone, set skru, keyboard cover, mouse, cooling fan, LCD cleaner, and look...a Hello Kitty mouse pad. ;)



Actually aku tengok risalah laptop ASUS ni masa tengah tunggu amoi tu check laptop aku yang rosak semalam. Sekali pandang, terus jatuh cinta ngan laptop ni da... *errr..pernah ke aku tak jatuh cinta ngan barang2 berwarna pink nih? -.-'


So, ape lagi. Harini lepas keje terus aku pegi Danga City Mall & beli laptop nih. Takde nak survey2 dulu. Muahahaa~ Beli laptop macam beli keropok lekor jer. Nampak keropok lekor jer terus beli. Aku kan suka keropok lekor. Err...apa kaitan ngan keropok lekor nih. Ok fine.


Now hepi giler dah dapat laptop baru. Pink pulak tu. Macam yang aku duk mengidam selama ni. Rasa hepi macam kanak2 dapat lolipop. Atau kanak2 dapat cotton candy? Err...tapi bila terkenangkan $$$, terus rasa DOWN. *abes lah bonus.* 


Pengsan. 




Ok bye. 


Nak bersuka ria ngan new pinky lappy. ;p 



.

Thursday, December 22, 2011

Laptop rosak lagi. =(

Masa sampai rumah lepas balik keje tadi, macam biasa aku on laptop.Tapi tak boleh on! 


Ok, memang nerveous. Aku try berkali2. Try cabut charger. Pasang kat plug lain. Try berkali2. Memang tak boleh on!! 


Huargghhhhh....rosak lagi ke??? 


Terus aku bawak pegi klinik. Eh, silap. Bawak pegi kedai. Amoi tu try test (erk? try test?) 


Amoi tu cakap motherboard yang rosak. Kalo nak repair, dalam RM300 ke RM500 jugak la. 


Motherboard rosak lagi??? Masa aku study kat UKM dulu, dah pernah rosak camni jugak. Time tu kena tukar motherboard. Around RM700 plus duit terbang. 


Sekarang selepas beberapa tahun, rosak lagi motherboard tu. Huwaaaaa..!!! T_T


Dan sekarang aku rasa macam dah takde mood nak repair. Lagipun laptop ni memang dah nazak dan dah banyak kali rosak. Macam2 yang rosak. 







Yerlah, aku beli laptop ni masa aku tahun 2 kat UKM. Dah lebih 5 tahun la rasanya. 



Hmm....kena beli yang baru ke ha? Camane? Pening kepala aku nih. Tulunnnn..!!!! -.-'

Thursday, March 31, 2011

beringat sebelum kena

Ni pengajaran dari kisah laptop diserang malware dalam ENTRI SEBELUM NI. Ni pengajaran dari pengalaman aku, dari manusia yang bukan pakar computer.

1. Simpan dokumen dalam (D:) Local Disk, bukan dalam My Document. Supaya dokumen tak hilang kalau kena virus. Kalau format pun dokumen dalam (D:) Local Disk takkan hilang.

2. Kalau boleh, simpan jer dokumen dalam external hard drive. 

3. Install perisian anti malware. Ni bagi korang yang selalu guna internet dan suka google dan masuk laman web yang macam2. 

4. Jangan kelik laman web yang macam tak boleh dipercayai, tak selamat, suspicious dan sebagainya. *tapi dalam kes aku nih, takde warning pun kat tepi laman web masa aku google tu.





5. Ape lagi ek? Errr~ korang la bagi cadangan. ;D



Ok bye! 


.

laptop diserang virus. kau ingat laman web lucah je ade malware?

Assalamualaikum~ 

Nak cerita (yang agak panjang berjela-jela) pasal laptop aku yang terpaksa di-format untuk kali ke-empat (kot) setelah diserang oleh malware.

Semalam lepas join segmen DECO DECO BENG BENG BOONG Encik Ben Ashaari, niat di hati nak blog-jogging. Sambil jalan2 kat blog orang, try la google pasal berita pengharaman tarian poco-poco. Ada banyak yang aku baca. Tapi nak try jugak bukak laman web Mufti Perak. Mesti kat situ ada berita, kan. 

Laman web tu : http://mufti.perak.gov.my

Aku try bukak laman web tu, tak boleh pulak. Bila aku enter address tu, dia boleh masuk website lain plak. Tak tau lah website ape. Aku try lagi, tak dapat juga. Pastu tetiba jer laptop aku jadik hang. Then ada warning critical error on hard drive. Lama jugak la hang camtu. Aku dah agak dah, mesti ada virus ni. Pastu keluar malware warning. Haahhhhh~~ 

Pastu laptop aku tu terus ter-re-start. Bila laptop ni dah on balik, laptop ni jadik kosong. Kat desktop takde apae2, just ada My Computer, My Document ngan Recycle Bin kot. Aku bukak My Document, KOSONGGGG....!!!! Semua dokumen aku, gambar2, semua takde! Waaaaaaaaaaa~~ nanges! Memang sah kena virus. Giler kentang punyer dahsyat lah virus tu. Sampai berjaya mengosong dan "melicinkan" laptop aku. Terus aku down. Takde mood dah nak online. Terus tutup laptop dan terus tido~
Nasib baik kebanyakan dokumen aku simpan kat external hard drive pink aku tu. Takde la frust sangat. Kalo tak, lagi giler lah aku meroyan kalo hilang semua dokumen ngan fail2 aku. Tapi kat My Document pun banyak gak. Semua dah hilang. Sedih jugak la. Wuwuwuwwuuuwuuuuuu~~  T_T

Seriously, rasa dah malas nak google apa2 lagi. Dah serik kot. *eleh kau, serik kejap jer kan. ;D

Haaa...jangan ingat laman web lucah jer ada malware. Banyak laman web yang kita ingat macam selamat, tapi sebenarnye lagi bahaya dan  bawak ancaman kat komputer atau PC kita. Tapi tak tau la dari laman web mana punca malware tu. Masa tengah bukak laman web Mufti Perak tu, ada jugak aku bukak laman web lain. Tapi dah agak lama bukak. takde apa2. Bila bukak jer laman web Mufti Perak tu, terus jadik hang dan keluar warning. Hmmm~~

Malware tu ape?

Malware, short for malicious software, (sometimes referred to as pestware) is a software designed to harm or secretly access a computer system without the owner's informed consent. The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code.



Klik KAT SINI. 


Susah aku nak hidup tanpa laptop, dan tanpa internet. Masa tu aku ytak fikir nak repair ape dah. Terus fikir nak format jer. Sebab format jer yang boleh hilangkan semua benda yang ada kat laptop tu. Ni berdasarkan pengalaman yang dah beberapa kali laptop rosak.

So, ape lagi, pagi tadi terus bawak laptop pegi keje. Tengahari tadi pegi hantar untuk format kat Danga City Mall. Sebab kat situ jer yang aku tau dekat ngan tempat keje aku. Petang tadi dah siap. Fuhh~ lega sangat2. Dah tak sanggup dah hidup lama2 tanpa laptop macam dulu. Giler terseksa. Nak buat keje pun susah.

Tapi kat Danga City Mall tu mahal la pulak format laptop. Dulu aku format kat area rumah aku ni RM60 - RM65 jer. Kat Danga City Mall tu RM70 plak. Nak cepat punyer pasal, redah jer lah. Tapi takpe, memang aku puas hati. Walaupun orang tu buat keje slow jer, tapi program yang dia install ni pun takde yang mengarut2. Installer pun bukan yang bahasa cina macam yang aku pegi format sebelum nih.


Terbang lagi duit aku.
Picture from www.clipartof.com


Harap2 lepasni takde la laptop aku ni kena macam ni lagi. Wuwuwuwuuuuu~~ T_T



.

Sunday, January 16, 2011

laptop buat hal. ada la alasan tak update blog

Salam & Hello bloggers.

Dah 5 hari tak update blog. Keyboard laptop aku nih dah nazak sangat dah. Still boleh guna, tapi masyaAllah…punya lah susah nak menaip. Sejak repair haritu, dah teruk. Tapi aku redha jerla. Lepastu ok la sket. Sekarang dah teruk balik. Huruf “y” asyik nak muncul jer kalo aku menaip, walaupun aku tak tekan key “y”. Kalo aku tekan, tak muncul plak. So, kalo menaip, memang terpaksa edit2 balik. Buang semua lebihan huruf2 yang ada. Contoh ayat yang aku tak edit :


Wahyaiy laptop, kenyapa awak buat hyal macam niy? Tau tak saya dahy banak hyabiysykan duiyt untuk reypaiyr awak syeylama niy? Awak tak keysyiyan key kat saya? Key awak nak saya belyiy laptop laiyn dan tiynggalkan awak?



Huahua. Dah macam terencat pun ada. Haha~ korang paham tak apa yang aku mengarut nih? Setelah di edit….





V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Wahai laptop, kenapa awak buat hal macam ni? Tau tak saya dah banyak habiskan duit untuk repair awak selama ni? Awak tak kesian ke kat saya? Ke awak nak saya beli laptop lain dan tinggalkan awak?


Sekarang dah paham?

Kalo aku tekan key ENTER pun huruf “y” akan muncul. Kalo lepas huruf “y” tiba2 muncul dan aku tak terus tekan huruf lain, maka huruf itu akan terus muncul sampai berjela2. Contohnya :-

Wahyaiyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyya


Huuiiiiiii…giler lah. Tu aku just nak taip “wahai” jer. Aku tekan key “a”, baru la kegilaan tu stop.

Saket hati, kan. Bayangkan kalo nak menaip, brape lama masa yang aku habiskan untuk siapkan satu entri? Bukan masalah masa nak menaip jer, masa start laptop ni pun ada bunyi kuat macam nak meletup. Dan banyak lagi masalah yang susah aku nak cerita panjang lebar kat sini.

Beberapa minggu yang lepas (lepas keluar "workshop"), ada masalah lain. Minggu ni, masalah key “y” plak. Minggu depan tak tau ape plak yang menanti. Wuwuwuwuwuuuu~~ xP

Si apek kat kedai tu cakap, keyboard dah rosak. Haritu pun dia cakap susah nak repair, dengan keyboard yang ber-problem camni. Bayangkan camane dia repair? Muahahahaa~~ Kesian kat apek tu. ;D









ni la masalah yang dihadapi sebelum hantar repair haritu.
Takleh nak ON.
Dan aku tau apa punca dan penyebabnya.
Redha jerlah. xP



So, kalo nak repair, kena tukar keyboard. Kalo nak tukar keyboard, kena caj RM160. Wuwuwuuwuuu~~~~ Dah banyak tau duit abes untuk repair laptop ni. Dua tahun lepas, motherboard rosak. RM700 lebih gak melayang. Beberapa bulan lepas, rosak lagi. Awal bulan ni baru aku bawak pegi repair. Beberapa keping gak uwang aku melayang. Keyboard ni pun sepatutnya aku repair masa awal bulan aritu, tapi disebabkan bulan ni aku banyak nak pakai duit, so terpaksa la rilek dulu bab tukar keyboard ni. Cuba untuk alirkan budget ke perkara yang lebih penting. *di mana minggu depan akan nampak hasilnya.takleh sabar dah ni.kih kih kih~ ;p









wahai laptop, ape gunanya awak comel tapi asyik menyakitkan hati saya jer?
Ok2, aku tetap bersyukur sebab walaupun keyboard ada masalah, aku tetap boleh online dan menaip, walaupun dengan perasaan macam nak kena sawan. xP



Tapi laptop nih memang dah lama sangat berbakti dan berjasa kat aku. Sejak aku kat zaman universiti lagi. Dah 5 tahun kot. Memang patut lah saket camni. Nak beli laptop baru ke? Blom ade rezeki lagi kot.

Itu lah sebab aku malas nak menaip entri dan update blog. Just blogwalking jer sikit2. sobsob. T_T

Haha~ ade jgak la alasan untuk aku tak update blog. Betol lah ni. Tak tipu pun. :|



*p/s : sabor jerlah.


.

Monday, January 3, 2011

byebye Toshiba lappy | ada ke orang tido macam ni?

Yesterday. Sunday. Went to my sister's house at Taman Delima 2. Nothing much to say. Mood tak ok sekarang ni. Tambahan plak, laptop ni masih belum pulih sepenuhnya.

Okay2, aku cerita sket. Aku pegi umah akak aku sebab nak hantar laptop. Laptop ni aku dah pinjam dari akak aku sejak beberapa bulan yang lepas. Dah 2 bulan kot. Sebab laptop aku dah rosak (untuk kali kedua). Haritu aku cakap nak pinjam kejap jer. Tapi ter-lajak la plak. Bukan ape. Laptop aku masih belum repair.

So, weekend haritu terpaksa la pegi me-repair laptop yang dah 5 bulan lebih rosak. Dah keluar dari "workshop", tapi laptop nih masih tak ok. Dah repair hard disk (dia betulkan software kot), dah format. Pastu keyboard plak kena tukar. Tapi tang keyboard tu tunggu la dulu. Lain kali baru aku tukar. Kena RM160 tu kalo nak tukar keyboard. Tengok la, kena survey2 dulu tempat lain. Mana tau kalo dia caj mahal ke. Dia cakap RM160 tu dah murah, kira special price la tu dia bagi aku. Eleh~ ntah boleh caya ke tak. Tak semudah itu aku terpedaya.

Lagipun kedai tu bayaran2nye agak mahal berbanding ngan kedai lain. Format laptop RM65, sedangkan kedai lain selang beberapa pintu dari situ RM60 jer untuk format. Backup dokumen kena caj RM10. Pastu masa dia repair hard disk, aku ada kat sebelah dia. Bukan susah pun. Dia scan dulu, pastu ape ntah dia godeh2 kjap jer. Camtu pun dia caj RM30. Huiihhh~~ mentang2 la dia terer, dan aku plak memang buta IT, kemain lagi dia caj.

Tu yang aku taknak tukar keyboard kat tempat dia. Sekarang ni, tersangat lah seksa nak online, nak blogwalking, apatah lagi nak menaip. Memang seksa. Kadang2 ok, kadang2 memang boleh buat aku saket jiwa! Nak taip satu entri jer makan masa berjam2 kot. Memang takde mood langsung nak taip2 entri.

Nanti la lepasni baru aku repair. Atau mungkin aku perlu beli komputer baru? Tak perlu pakai laptop ni lagi? InsyaAllah...laptop ni pun dah nazak sangat dah. wuuuu~~~ ;'|


laptop Toshiba kepunyaan kakak ku yang telah banyak berjasa selama 2 bulan ni.
telah selamat dipulangkan kembali ke pangkuan tuan punya. huhuu~~ :{



heyya! watcha doing?




facebook-ing?




Owhh...main game.





and few hours later...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






10.52 pm.
Guess what? He's sleeping.
Ada ke orang tido macam ni? muahahaa~ ;DD
(nak tido kena pakai pampers. muahahaa~ ;D)



Terhibur melihat telatah budak mulut becok nih. Pot pet pot pet tak abes2. ;D



.

Saturday, December 18, 2010

Nikon semi-pro sebijik!

Semalam ada Long-call kat Mahkamah Tinggi JB. Memang la Long-call buat kat Mahkamah Tinggi jer, kan. Mana ada kat Mahkamah lain. Kepada sape2 yang tak tau Long-call tu ape, sila klik kat sini (Chambering) dan kat sini (Long-call).

Ade 4 chambering student yang Long-call, dan salah seorangnye chambering kat firma aku few months ago. Master dia bos aku. Kebetulan semalam memang turn aku pegi Mahkamah. Ada kes kat Mahkamah Sesyen. Ingatkan nak pegi la tengok Long-call diorang lepas abes semua kes. Coz Long-call tu depan Her Ladyship Yang Arif Puan Supang Liang. Wah~ tak pernah tengok plak Long-call depan dia. So, teringin la jugak nak dengar apa nasihat dia kat budak2 4 orang tu kan. Ade sebab la aku nak tengok dan dengar apa nasihat dia. Tapi tak boleh dedahkan kat sini. Bahaya! Kehkehkeh~ ;p

Tapi tak sangka la plak boleh stuck lama giler kat Mahkamah Sesyen tuh. Banyak sangat ke kes kat sini? Menyampah betul menunggu lama2 camnih. Lepas abes kes & lepas semua keje aku dah settle, aku pegi la kat Long-call tu. Around 11.00 a.m camtu. Tapi masa tu Long-call depan mahkamah terbuka dah abes dah. Tunggu makan jer. Ok tak kesah. Perut aku pun dah menyanyi2 lagu heart broken time tu. Eh, ape plak tiba2 heart broken nih? (O_x)

Pastu masa kat luar mahkamah terbuka tu, ade la sorang mamat nih. Mungkin ahli keluarga atau saudara kepada salah seorang yang Long-call time tu. Aku nampak dia pegang camera, sebijik ngan camera yang aku berkenan masa aku pegi PC Expo haritu!

Perasaan aku masa tu..."Awak awak! saya berkenan kat kamera awak. saya pun suka camera ni! awak beli berapa? berapa megapixel? ok tak kamera ni? boleh saya tengok?"

Tapi takkan lah aku ni muka tak tau malu plak nak gedik2 camtu kat orang yang aku tak kenal. Nanti mesti dia ingat aku ni otak tak betul. Dah la mamat tu boleh tahan gak ke-handsome-an beliau. Eh eh? Tetiba gatai? Gurau jer ok.

Tapi serius lah. Memang aku jatuh cinta pandangan pertama kat kamera tu masa first time tengok kat PC Expo kat Persada Convention Centre 2 minggu lepas. Masa tu aku just nak survey2 + beli external hard disk jer. Bila dah dapat & dah beli external hard disk yang aku berkenan, rasa gatal la plak kaki ni nak merayap2 lagi kat Persada tu, & survey2 gadget2 yang ada.

Singgah la kat booth Nikon. Berangan jap macam nak beli DSLR. Macam la ter-lebih mampu. Pastu terpandang kat satu kamera yang kecik + comel * tapi takde kaler pink ;p

Ape lagi, godeh2 la. Sales-boy tu yang tolong godehkan untuk aku. Puas la dia promote kat aku. Aku cuma mendengar dengan penuh minat. Memang aku sangat berminat. Harganya pun takde lah mahal sangat berbanding ngan DSLR. Yerlah, dah tentu la ni semi-pro jer. RM799 kalo tak silap aku. Tapi tak terjangkau akalku untuk membelinya hari kejadian tuh. Kalo aku beli jgak, abes lah bajet aku untuk bulan nih.

Aku dah tak ingat apa model kamera tu. Tapi lebih kurang (mungkin sebijik) dengan yang ni...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

v




Nikon CoolPix P6000.
looks simple, kan. tapi ok la bagi aku.



Bagi aku, sesuai la kamera ni dengan aku. Kecik, boleh letak dalam beg aku yang kecik kalo nak pegi mana2. DSLR kan besar *cuba sedapkan hati. Sesuai juga untuk orang yang baru nak berjinak2 dengan camera canggih macam aku nih. Aku kan buta gadget *sadis. Harga pun ok berbanding ngan DSLR. Cuma mungkin function kurang sket kalo nak dibandingkan ngan DSLR yang gempaks tu, kan.

Tak termampu plak aku nak mengidamkan DSLR. Eh, mengidam tu boleh. Cuma kalo nak memilikinya tu, mungkin agak susah *bukan mustahil. Mungkin makan masa berbulan2, tanpa boleh shopping2, tak boleh enjoy2 dan perlu mengikat perut. Yerlah, aku ni orang susah. Kalo nak ape2, semua kena berusaha sendiri. Dari pakaian, kasut, mekap, makan, tengok wayang, lesen, kereta, semua la *eh, kereta belum lagi ;p. Semua sendirian berhad, ok. Tak macam sesetengah orang yang senang2 jer dapat sponsor dari pa-ma. Semua nak mesti dapat. Awak semua sangat bertuah ok. Sedih nasib saya nih. Ok dah.

Okay, sila lupakan angan2 untuk memiliki DSLR. Mari kita mengidam untuk memiliki Nikon semi-pro yang comel *macam saya* pula. ;p


.

Sunday, December 5, 2010

SAMSUNG External Hard Drive

Semalam lepas abes blaja kete, aku pegi PC Expo kat Persada Convention Centre, JB. Niat hati nak cari external hard drive. So, aku pusing punye pusing. Pilih punye pilih, akhirnye jumpe jugak yang aku berkenan.

Tapi masa tu punye la penat tahap cipan. Manusia2 kat situ tersangat lah ramai. Pening kepala aku nih. First aku pegi kat satu booth ni. Jual hard drive. Ape ntah jenama dier. 320GB = RM139. 500GB = RM169. Tapi kalo nak pouch, kena tambah RM10. Murah gak tu. Tapi jenama ntah pape kan. Taknak la nanti cepat rosak atau ade masalah plak.

Then aku survey2 lagi. Haihh~~ mahal2 gak hard drive nih. Kalo beli yang mahal kang lari plak budget aku. Dah la banyak benda nak buat & nak pakai duit bulan ni.

Pastu aku pegi kat satu booth ni. Ade jual macam2 hard drive. Dan aku terpandang kat SAMSUNG hard drive yang berwarna pink! Mak aihh..kali pertama terpandang, terus aku jatuh cinta! Cinta pandang pertama la kan. hihii~

Masa tu aku macam..OMG OMG..!!! ITS SOOOOO PINKKK!!!! I WANT THISSS!!!!

Naseb baek tak terpengsan kan. Excited la sangat.

Tapi yang ni mahal sket la berbanding yang aku survey tadi. Aku pikir2. Pening2 kena decide nak beli ke tak. Pikir2. Ishh...lebih baek beli yang ni. Ok sket berbanding yang tadi.

Lagipun yang ni ade kaler PINK!

So, aku beli la. Ade 6 kaler - black, brown, gray, white, pink & blue. Of coz lah i pilih warna pink. ;p


dalam kotak



siap dengan accessories



OMG! i'm soooo in L.O.V.E with you!!!



Accessories. Pouch & cable.



Habes juga beberapa keping kertas yang berharga dalam purse aku. Sob sob~~ ;[

Tapi takpe. Yang penting, puas hati. hmmm~~

Pastu, aku pusing2 lagi tengok gadget. Ishhh...macam nak gile tengok gadget yang bermacam2 tuh. Haisshh...kalo ikutkan hati dan nafsu serta keinginan yang tak dapat dikawal nih, aku nak semua yang aku berkenan tu. Dan yang aku berkenan memang banyak. Notebook, camera, DSLR, e.t.c.

Tapi mane la aku mampu nak beli semua tu. Berangan jer lebih. Kalo aku beli jgak, abes lah budget aku. Haihh~

Makin pusing2, makin banyak plak yang aku berkenan. So, lebih baik aku cepat2 blah dari situ, sebelum aku rambang mata dan mengosongkan purse aku nih. blah!

Ok, actually aku nih ade hati gak nak beli notebook (yang kecik, 10"), walaupun dah ade laptop. Sebab nanti senang nak letak dalam beg & bawak pegi mane2. Takde la bahu tercabut nak bawak laptop kan. Pastu nak beli camera baru. Sebab camera yang aku ade nih tak cantik lah gambar, megapixel tak tinggi.

Tapi semua tu masih dalam wishlist. Kalo ade rezeki boleh la beli kan. Buat masa ni, pakai jer ape yang ade. Bersyukur jerlah dengan ape yang ade. Daripada takde langsung, kan. *cuba sedapkan hati. xP


.