Showing posts with label wedding monthsary. Show all posts
Showing posts with label wedding monthsary. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

11th month




01.05.2013.



Sebulan jer lagi nak cukup 1 tahun. Cepat jer masa berlalu. 

Ok, since dah nak masuk setahun usia perkahwinan kami, so kami plan nak bercuti. 2nd honeymoon la ni konon2nya. Eh, 3rd honeymoon kot. 

Nak kemana kali ni? 



Memang TERINGINNNNNN sangat nak pegi sana. Tapi tak tahu la boleh pegi ke tak ni. Well...kita merancang jer kan. InsyaAllah kalau ada rezeki pegi sana, ada la. 

Tapi still tak boleh booking awal2. Berangan jerla dulu. Tengok la camane nanti.

Till then, thanks for reading. ;) 



.

Monday, April 1, 2013

10th monthsary

Harini genap 10 bulan.





Malam tadi (i mean, awal pagi), gigih tunggu Encik Suami balik keje. Lambat pulak dia balik. Kapal delayed katanya. Pukul 2 pagi baru dia sampai rumah.

Bulan2 sebelum ni just wish melalui telefon atau facebook jer. Maklum lah, PJJ. Tapi kalini, boleh wish depan2 gitu. ;)

Alhamdulillah dah genap 10 bulan kami bergelar suami isteri. Dan jauh lagi perjalanan kami sebagai suami isteri ni. Semoga hubungan ni berkekalan hingga akhir hayat. Amin....

Tinggal dua bulan lagi untuk cukup 1 tahun. Masa untuk merancang next trip! Tapi tak tahu nak kemana. -_-


.

Friday, March 1, 2013

9 monthsary. End of Long Distance Marriage =)

Salam dear readers!

Harini genap lah 9 bulan usia rumah tangga kami.




Dan hari ini juga bermula episod baru kami suami isteri. Episod baru? Well...sebelum ni kami kan PJJ, i.e. Perkahwinan Jarak Jauh @ Long Distance Marriage. Tapi start harini, kami bukan lagi on PJJ. Tapi dah duduk sebumbung.

Encik Suami dah pindah ke sini, ke Johor Bahru. Pagi tadi dia balik sini. Petang tadi start keje kat JB. Ya, permohonan Encik Suami untuk transfer ke JB dah diluluskan. Syukur alhamdulillah.

Alkisahnya, 3 hari lepas Encik Suami baru dapat tahu yang permohonan dia untuk transfer ke Johor Bahru diluluskan. Sebelum ni pernah ada kekosongan kat JB ni, dan Encik Suami dah mohon untuk ditukarkan. Tapi tak dapat. Kecewa toksah cakap la wife dia ni, kan. Frust!

Sebab apa, kat JB ni bukan selalu ada kekosaongan. So bila ada kekosongan, tapi permohonan untuk transfer tak dibenarkan, memang la kecewa tahap gaban. Masa tu fikir : ntah bila la lagi ada kosong nih. ntah bila la kami nak mulakan hidup berdua duduk bersama2 di bawah satu bumbung. ntah bila la nak berterusan PJJ macam ni. *nampak tak betapa stressnya aku masa tu? ;p

Pastu bulan lepas ada kekosongan lagi. Cepat2 dia apply lagi. Alhamdulillah lepas sebulan, dapat keputusan yang positif. Masa mula2 Encik Suami bagitau pasal tu, betapa gembira dan bersyukurnya aku masa tu. Terharu sangat2. Rasa macam nak nangis pun ada. :)

Sebelum ni Encik Suami dah jumpa bos, jumpa orang tu, jumpa orang ni. Untuk mintak transfer. Sampai dia cakap macam nak putus asa dah. *eh, mana boleh putus asa! ;p 

Tadi aku tanya Encik Suami, apa perasaan dia bila dapat transfer ni?

Him : Menjerit. 

Me : Menjerit? maksudnya? 


Rupa2nya dia memang menjerit siap melompat lagi bila kawan dia bagitau dia dapat transfer. Melompat depan orang ramai ok, kat tempat keje! Eh tak malu ke? Dia cakap, tak malu. Haha~ Aduhaiii.... ;D

Dan tadi aku cuti half day. Encik Suami masuk keje tengahari. Masa kami nak pegi keje tengahari tadi, rasa macam......ntah la ea camane nak explain. Bersiap sama2. Pastu pegi keje sama2 (sebab tadi aku hantar dia pegi keje, pastu terus masuk office). Terharu sangat. I dont know how to explain. Rasa macam hidup normal. Rasa macam ada suami. 

Eh? 

Bukan aku cakap sebelum ni takde suami. Tapi faham2 la kalau PJJ ni kan. Macam part time jer rasa jadi isteri tu. Pastu bila suami tak balik sini, rasa macam orang bujang jer. Hahahh~ ;p

Syukur alhamdulillah, sekarang kami dah duduk sebumbung. No more PJJ/LDM, no more ulang alik sana sini.


9 months ago. :)


Thanks for reading.



.

Saturday, February 2, 2013

8 months




Alhamdulillah. 
Dah 8 bulan menjadi seorang isteri. 
Jauh lagi perjalanan kami. 
Semoga dapat menjalani kehidupan berumahtangga dan hari2 mendatang dengan lebih baik. 
Amin...



.

Wednesday, January 2, 2013

7 months



Daisypath Anniversary tickers

Semalam. Genap 7 bulan.
Happy 7th monthsary husband! ;)




.

Saturday, December 1, 2012

6 months.

 
 
 
 
♥
 
.

Sunday, November 4, 2012

5th Month.


 01.11.2012. 
♥ you, husband. :)


.

Tuesday, October 2, 2012

4th month.

01.10.2012.

Semalam genap 4 bulan menjadi isteri Encik Suami.

Dan semalam juga genap 6 tahun arwah mak pergi. Dulu mak lah segala2nya bagi aku. Ayah dah meninggal masa aku umur 13 tahun lagi. Semua yang aku buat untuk mak. Belajar, masuk universiti. Apa yang mak tak suka, memang aku takkan buat. Cita2 aku memang nak bahagiakan mak. Tapi baru setahun aku kat U, mak dah pergi untuk selama2nya. Rasa terkilan sebab tak sempat tatap wajah mak untuk kali terakhir. Rasa sangat terkilan sebab tak sempat balas jasa mak. Maklumlah kami orang susah.

Bila mak pergi, aku rasa macam dah hilang tempat bergantung, hilang tempat untuk berkasih sayang. Rasa macam dah hilang tujuan hidup.

Oh itu 6 tahun lepas. Mungkin terlalu sedih. Tak dapat terima kenyataan. Sebab mak pegi pun secara tiba2.

Harini rasa bersyukur sebab dikurniakan seorang suami. Seolah2 suami dikurniakan untuk ganti kasih sayang mak. Itu yang aku rasa. Kami bercinta beberapa bulan (i think 6 bulan kot) lepas arwah mak meninggal.

Walaupun kasih sayang ibu tiada galang ganti, tapi kini aku dah ada tempat untuk berlindung, tempat mengadu, tempat berkasih sayang. Alhamdulillah, walaupun suami dan aku sendiri tak sesempurna mana, tapi aku bersyukur dengan jodoh dan kehidupan yang Allah S.W.T kurniakan. :')

Sekarang masih dalam proses untuk mendalami diri pasangan, walaupun dah 5 tahun lebih bercinta. & masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri masing2.



 Alhamdulillah...



Semoga dipermudahkan jalan hidup kami. Amin...





Al-fatihah untuk arwah ayah & mak.




.

Sunday, August 12, 2012

Berbuka puasa @ IT Roo Cafe | 2 bulan

Berbuka puasa ngan Encik Suami. Ini pun dah lama, almost two weeks ago. 31.07.2012. Maklumlah, sejak akhir2 ni memang takde mood + takde masa nak mengupdate blog. Hehee~


Kebetulan haritu aku keje, nak masak macam tak sempat. Then, nak celebrate our 2nd month. Sebenarnye bukan celebrate sangat pun. Niat just keluar makan2 jer.


So, ajak ler Encik Suami berbuka kat luar. Disebabkan laki bini ni duk mengidam nak makan western (Encik Suami teringin nak makan lamb/mutton chop and aku plak nak makan chicken chop), so kitorang pilih tempat yang dekat ngan office. Lagipun lepas tu nak hantar Encik Suami pegi airport. So, tak payah membazir masa pegi cari tempat berbuka yang jauh2. hee~


Kitorang sampai kat IT Roo Cafe tu awal lagi, around pukul 6.30ptg. Waktu berbuka 7.19mlm. Lepas order and reserve meja, kitorang jalan2 dulu. Kalo tak reserve meja, jangan haraapppp nak bukak puasa kat sini.


Masuk kedai bundle depan IT Roo Cafe. OMG, banyak baju cantek2. Tapi kena tahan nafsu. Sila window shopping sahaja. -.-




Suasana dalam kedai tu memang agak 'romantik'. *kunun*


 Aku suka dress2 yang kat depan ni.
Serius cantik! Vintage sangat.
Rasa macam nak borong jer semua.
Tapi saborrr jerlah. *urut2 dada*

 



 Harga pun boleh tahan lah. Ada yang murah. Ada yang mahal sikit.









Belek2, tapi tak beli ponnn. hahahh.


Pastu nak pegi Bazar JB. Tapi mana la gerai2 kat situ bukak lagi. Kan awal lagi. Diorang baru tengah pasang khemah & susun barang.


Dah dekat2 waktu berbuka, balik la ke IT Roo Cafe tu. Sambil tunggu waktu berbuka, ternampak ni ---->>>




 Newly weds tengah buat post-wedding kat sebelah cafe tu.



Alololooo~ sweetnyer kitorang tengok chinese kapel tu. Serious comel. Mesti tema post-wedding tu vintage/oldies, kan. Tengok pakaian diorang, & pos-wedding pun kat tempat camni.


Ok, meh layan gambar makanan pulakk~



 Kacang & kurma.




 Mutton chop.
Encik Suami punyer.



[the best] Chicken chop [in town].
Mine.
Extra mushroom sauce (dalam bekas kecik kat hujung belah kiri tu~).



Aku kalo makan kat sini, confirm akan mintak extra mushroom sauce. Sebab rasa macam tak cukup jer mushroom sauce yang ada dalam pinggan tu. Serius sedap!



 Encik Suami - Sirap bandung.
Me - Sirap bandung soda.  



 Jemput makannnn~



The best chicken chop in JB.
Must try.
Sangat best. Serius.



Pastu pegi hantar Encik Suami kat Senai airport. Cuti dah habis, Encik Suami nak balik Selangor.  Sobs~ T_T


31.07.2012.
2 bulan sebagai suami isteri.


Errr...sebenarnye keesokan harinya (1st July) baru cukup 2 bulan. Tapi sebab Encik Suami kena keje esoknye, maka tak sempat la celebrate our 2nd monthsary. So, celebrate awal sehari. Itu yang buka puasa kat luar haritu. Bulan sebelum ni (our 1st month), aku masak jer untuk dia. Hehee~


Ok bye. ;)
.

Monday, July 2, 2012

Sebulan.

Semalam, 01.07.2012. Sedar tak sedar, genap sebulan kitorang bergelar suami isteri. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang dianugerahkan Allah. Bersyukur kerana dikurniakan seorang suami untuk jadi teman, kekasih, tempat berteduh dan tempah mengadu kasih.


Sebulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam akad nikah. Eh, boley camtu? Hahahh~ ;p 


Buat masa ni masih dalam proses untuk menyesuaikan diri ngan kehidupan suami isteri. Dah belajar masak, sebab dulu memang aku langsung tak tahu masak. Sekarang memang excited nak try macam2 menu untuk suami. Aku ni nak kata rajin, memang tak la. Tapi kalo dah start rajin, memang melampau pulak rajinnyer. *serius, tak tipu. 


Tengah belajar merajinkan diri. Sebab time sebelum kawen dulu, memang pemalas. Tengah belajar terima dia sebagai suami, bukan sebagai kekasih macam dulu. Layanan kepada kekasih tak sama macam layanan pada suami. Harap maklum. ;p 


Eh bukanlah bermaksud aku masih tak boleh terima dia sebagai suami. Cuma cara cakap, layanan dulu dan sekarang kan dah lain. So, kena la belajar hormatkan suami. Betul tak?





01.07.2012. 
Sempat lagi paksa Encik Suami ambik gambar sebelum dia pegi keje. hewheww~




Minggu lepas Encik Suami balik JB. Duk sini 4 hari. Pastu hari Jumaat lepas keje, aku plak ikut dia balik Selangor. Spend weekend kat sana. Boring duk umah sorang2, ikut la dia balik. Walaupun kat sana pun dia keje, bukannya boleh pegi jalan2 berjoli sana sini ngan aku, tapi at least berada di sisi suami, takde la boring sangat (cewah ayat tak boleh blah-nak muntah. hahahh~). 


So, dapat la bersama ngan Encik Suami untuk wish "happy 1stmonthsary". Oh, sangat ber-nilai sentimental bila dapat wish depan2, kat telinga dia (ok, sila muntah sekarang).


Pastu time nak balik JB, sedey. Ishh ishhh...tak habis2 tacing.


Ok bye. 



* Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan hidup kami. Amin...   




.