Sunday, January 20, 2013

Honeymoon @ Krabi (Day 3) : Tiger Cave Temple

Sambungan dari entri sebelum ni : Krabi Emerald Pool.

Next, kami ke Tiger Cave Temple pulak. Atau dalam bahasa Thai, dipanggil Wat Tham Sua. Ada sesetengah orang taknak pun pegi Tiger Cave Temple ni. Maybe sebab takde apa2 yang menarik. And ada yang pegi sendiri jer, tak ambik pakej ngan ejen. Kitorang pulak, sebab dah termasuk dalam pakej, so kitorang on jer. Apa salahnya melawat tempat orang, kan.

Jom layankan gambar.



Dah nama pun Tiger Cave Temple, mesti la ada tiger kat sini, kan.
Walaupun bukan harimau yang real. 


Ni mintak sorang chinese guy snap-kan. 
Sebab sebelum tu dia mintak kami snapkan untuk dia. 
Give and take la katakan. ;p 
Kemain speaking ngan dia. 
Rupa2nya orang Malaysia. -.-


1237 anak tangga. 
Kau mampu nak menapak? 
*gambar ni ada sorang mat saleh yang offer nak tolong snap-kan. hehee~


Up to you la. ;p


Kat sini banyak monyet. 
Iols pun seram nak jalan2. -.-


Kat sini ada gerai.
Tapi aku tak beli apa2. Ntah halal ke idok.
Kat gerai ni pun monyet2 tu asyik nak cari peluang jer.
 & akak yang meniaga tu memang duk pegang kayu panjang jer.
Hoih, penat meniaga makanan kat tempat camni.


Ni la mat saleh yang snap-kan gambar kami tadi. 


Dia ada beli 1 plastik buah tembikai kat gerai tadi. Ape lagi, terus la monyet2 tu duk ikut dia. Siap lompat2 nak rampas plastik tu lagi. Nasib baik sempat diselamatkan. So, sila la simpan makanan korang dalam beg. Jangan gatal2 nak keluarkan & makan sambil jalan kat sini.


Ok, we are going to start our journey! *gitew


Belum apa2 lagi dah berhenti rehat sat. -.-


Pemandangan dari atas.


244 anak tangga. 
Ini sajork lah yang kami mampu. 
Orang lain ada yang teruskan menapak. 
Kitorang? Nak sampai ke sini pun dah tercungap2. Penat wooo~


Jom la turun. Penat dah. -.- 


Ok jom. ;p


Poyo jer. ;p


Disebabkan kami tak mampu nak menapak sebanyak 1,237 anak tangga, tak dapat la nak tengok depan mata & snap depan mata. Google jerla kami mampu. -.-

Ni la rupa Tiger Cave Temple kat atas sana  ======>>>>

 Sumber : Panoramio

 Sumber : Asiaphotos


Turun dari anak tangga ni, kami duk rehat2 sekejap sementara tunggu tourist yang lain. Confirm diorang menapak jauh ke atas. Sambil rehat2, sambil makan aiskirm. Beli kat mini mart kat sini. Oh, heaven juga makan aiskrim dalam cuaca panas.

Oh ya, masa kat Emerald Pool, Encik Suami telah tertinggal-kan topi aku yang beli kat Noppharatthara Beach masa first day haritu. Topi tu aku beli untuk pegi island hopping, then bawak untuk jungle tour hari ke-3 ni. Masa nak salin baju lepas mandi manda kat Emerald Pool tu, aku letak la topi tu kat atas beg, dengan harapan beliau akan tolong bawak topi tu. Tapi bila dah dalam van, baru aku perasa yang dia tak ambik topi tu. Katanya tak perasan ada topi tu kat situ. Sampai hatimu wahai Encik Suami. T_T

Tapi takpe la, topi harga RM10-RM15 jer pun. -.-

And then..........kat Tiger Cave Temple ni pun Encik Suami tertinggal barang lagi. Kalini botol air dia pulak. Botol air yang macam besi tu (gambar ke-4 dari atas ni). Yang tu dia sendiri yang pegang. Hahaa~ Bila dah balik hotel baru perasan yang botol air tu takde. Adui...geleng kepala aku bila teringatkan Encik Suami. Katanya, sayang la sebab botol tu kakak dia yang hadiahkan (eleh). Nak buat camane. Diri sendiri yang pegang, diri sendiri yang lalai. Tu la, sape suruh tinggalkan topi wife dia ni. Kan dah kena kat diri sendiri. ;p

Bila tengok balik gambar2 kat sini, aku dah boleh tahu dah kat mana dia tertinggal. Mesti tertinggal masa berhenti rehat kat tangga tu. Last seen la gitu. ;p

Masa turun tangga, tak perasan plak botol tu ada kat situ. Maybe dah ada orang ambik. Padahal sekejap jer pun kami tinggalkan kat situ. Takpe la yer, lain kali jadikan pengajaran. Jangan jadi pelupa akan barang orang lain dan juga barang sendiri. ;p

Next, kami di bawa ke tempat naik gajah pulak, untuk elephant trekking. Yeay! Excited betol. ;p


.

2 comments:

cha said...

macam scary je sini huhu. haha upatah balikla eh. i takut monyet lg plak moneyt2 liar ni eeee

Nini Mohd said...

@cha
apa yg scary tu dear? hehee..
dah sampai 244 anak tangga, i turun balik la.
x larat lah nak naik lagi. semput~ -.-
a'ah, takot jugak tgk monyet2 tu.
tp asalkan x bawak makanan insyaAllah xpe, x kena kacau. ;)