Showing posts with label weight and diet. Show all posts
Showing posts with label weight and diet. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Berpantang boleh kurus?

Yes memang boleh kurus. Malah, lebih kurus dari sebelum bersalin.


Ini cerita pasal seseorang yang baru lepas bersalin. Staff kat office aku. Akak ni cuti bersalin 2 bulan. Minggu lepas dia start keje balik. Teruja betul aku tengok dia. Sebab dia dah kurus! Lebih kurus dari sebelum dia pregnant.


Aku ape lagi. Terus korek rahsia. Katanya masa berpantang tu dia just makan nasik sikit jer. Makan nasik just 1 kali sehari. Jangan ambik lauk yang berminyak, bergoreng, or ape2 yang tak menyihatkan. Just ambik lauk yang direbus, dipanggang. And i think dia cakap just makan ikan jer kot. Memang itu makanan orang berpantang, kan. Cuma dia kurangkan nasik. Yer, memang aku tahu cara ni boleh buat kita kurus. Cuma aku jer yang tak mampu nak buat.


Berat dia sebelum pregnant around 83kg. Masa pregnant 90kg lebih. Sekarang? 70kg sahaja.


OMG. Can you believe that? Within 2 months sahaja.



Aku pun nak kurus jugakkk~ T_T



Hari2 duk tengok akak tu lalu lalang depan aku. Ishhh~ jeles betol. Duk merungut dalam hati : bila la aku nak kurus nih. (sambil kunyah coklat cadbury habis 1 bar. erkk~)



Ok bye~



.

Thursday, March 8, 2012

85 hari lagi. Diet oh diet.

85 hari?

OH EM GEE~  -.-'



Lebih kurang 2 ke 3 minggu lepas aku dah start diet. Konon la diet nak kurangkan makan nasik. Dalam seminggu tu makan nasik 1 kali ke 2 kali jer. Tu pun makan separuh jer. Hari2 lain aku tukar menu. Just makan mihun, buah, roti. Atau tak makan langsung makanan ruji. Korang tahu kan ape tu makanan ruji? *skema plak sebut makanan ruji nih. -.-


Dalam seminggu lebih tu turun 1kg. Happy? Excited? Giler tak. Mesti la terlebih happy, terlebih excited. Semangat dah berkobar2 untuk meneruskan misi menghapuskan lemak2 dalam badan.


Then minggu lepas Encik Tunang balik JB. Macam biasa la, kalo dia balik, aktiviti kitorang mesti la jalan2 cari makan. Masa tu aku fikir : eh, takpe. Makan sikit jer. Nanti diet balik.









Hari 1st, makan McD. 2nd day, pegi makan Nasi Lemak yang femes kat Bandar Baru Uda yang superrr delicious (sebab dah berbulan2 janji ngan Encik Tunang nak belanja dia makan kat situ).


Hari ke-3, makan kat kedai mamak. Makan Roti Nan Cheese with Tandoori Chicken. Perghhh~ Yummyyyy giloss~


Lepas hampir seminggu, aku timbang berat badan. Oh em geeee~ almost 2 kilo naik!!! Lagi berat dari sebelum aku berdiet. Hampessss~


Makan macam tu pun boleh naik berkilo2 ke?? Mungkin sebab badan baru nak hilang lemak & dah lama tak terima makanan berat. Then tetiba jer dapat makanan yang banyak, mesti la "kejutan budaya", kan. *Ok, teori aku jer. T_T


Terus rasa down sangat2 masa tu. Stress giler kauu~ Masa tu terfikir : lagi 3 bulan nih. Sempat ke nak capai misi nak kurangkan *beberapa* kilo tu?


And terus buat kiraan, berapa kilo aku kena turunkan sebulan. And terus tobat dah. Taknak abaikan diet lagi and nak buang pemikiran "takpe, boleh diet nanti".


Sekarang dah turun 1kg balik. 6kg to go~


6KG?? Mampu ke aku??? T_T


Mampu ke tak mampu, memang kena diet. Bulan depan nak balik fitting baju. Giler kalo baju tu tak boleh zip! Or worst, tak boleh sarung pun? Tidaaakkkkkkkkk~





.

Monday, January 3, 2011

kenapa makin gemok ni?

*okay, tajuk sangat obvious*

Entri yang sebelum ni aku duk membebel pasal berat badan yang semakin meningkat. Pastu berangan nak kurus, walaupun masih makan banyak dan tak exercise! Huh.

So kali ni mari kita kenal pasti punca2 kegemukan aku tu.



1. Aktiviti menternak lemak bersama Encik Kuneng

Haa..beberapa bulan yang lepas, suka sangat jalan2 cari makan ngan Encik Kuneng. Tak kira lah kat mana2. Dari kedai mamak, ke restoran masakan kelantan, sampai la McD, KFC, Benafee Village, e.t.c. Memang best jalan2 cari makan nih. Tak tau la kenapa aku suka jalan2 cari makan dengan dia jer. Lagi selesa ngan dia kot. Atau mungkin sebab jarang dapat peluang keluar dengan dia. So, kalo ada peluang, mesti la nak jumpa dia kan.

Kalo ada peluang jer, mesti aku ajak dia pegi makan kat mana2. Rasa hepi kot kalo dapat spend time & jalan2 ngan dia. Kalo ngan orang lain, takdenye aku bernafsu makan nak pegi cari makanan sampai jauh2 camtu.


best jalan2 cari makan ngan awak. :)





2. Nafsu makan yang membuak2 beberapa bulan sebelum raya

Tak tau la kenapa aku asyik lapar jer. Pagi dah breakfast, tengahari dah makan banyak, lepastu balik keje rasa lapar lagi. Mula la cari makan dan melantak sampai berpinggan2. Yang jadi mangsa, Encik Kuneng sebab kena teman aku cari makan. Sampai dengan dia sekali dah jadi makin muncet. muahahaa~ ;D

Dan aku dah boleh agak, kesudahannya mesti berat badan aku akan bertambah. Tapi tetap tak peduli. Nak makan puas2 jugak!



3. Makan banyak masa bulan puasa

Sahur dah makan makanan yang berat. Yerlah, untuk dijadikan tenaga di siang hari la konon. Bukak puasa plak melantak tak ingat dunia. Nafsu orang puasa, paham2 sendiri la. Masa tu aku dah risau, confirm aku gemuk lepas raya. Sebabnye, yang aku faham dengan keadaan badan aku ni, aku hanya boleh makan satu kali jer sehari kalo nak kekalkan berat badan. Sebab berat badan aku memang cepat naik. Nak turun jer yang susah.

Masa tu aku fikir : takpe la, lepas raya boleh diet (kunun).



4. Rumah terbuka Aidilfitri

Haaa...yang ni tak boleh blah. Lepas raya, memang tersangat banyak aku pegi open house. Open house tu yang bersangkutan dengan kerja jer. Yang aku boleh ingat, open house kat Bank Muamalat, kat rumah pelelong Wahidah Bachok, dan a few lagi.

Dan yang paling tak boleh ditahan2 nafsu makan aku, masa open house kat Iskandar Investment. Pegi ngan bos aku dan sorang lawyer lain. Makanan kat situ...perrghhh~~ toksah cakap lah. Dah la banyak bermacam2 jenis, pastu best plak tu. Klik kat SINI.

Diorang buat stall, banyak stall, dan semua stall tu menyediakan makanan Johor. Contoh yang ada : Laksa Johor, burasak, kacang pool (camni ke eja), mee bandung, kuzi kambing (seekor kambing dipanggang, pastu ada nasik dalam perut kambing tu. perghh~ mantop!), soto, nasi beriani, rojak, ABC dan macam2 lagi la. And you know what? i makan semua tu tau. muahahaa~

Bukan ape, ni la peluang aku nak merasa makanan Johor. Semua makanan ada kat satu tempat, free plaktu. Ape lagi, melantak la puas2. Masa tu tak fikir dah pasal diet ke, lemak ke, berminyak ke, boleh jadik gemuk ke. Semua aku ketepikan.

Aku rasa kan, masa ni la paling banyak lemak yang aku ternak.



5. Banyak makan makanan berlemak berminyak + junkfood

Setiap hari menu aku penuh dengan lemak dan minyak. Paling aku suke makan time lunch : nasik + ayam goreng (boleh geng ngan Upin & Ipin sebab suka ayam goreng) + kuah masak lemak. Perghh~~ Memang sedap hingga menjilat jari lah makan makanan yang berlemak nih. Kesudahannya, tanggung lah sendiri.

Dan junkfood? Sape yang tak suke junkfood? McD? KFC? French fries? Coklat? Setakat sepapan coklat Cadbury atau sebatang Toblerone tu, kejap jer aku boleh habis kan. Bak kata pepatah, celah gigi aku jer. Huh. Cepat betul lemak2 membiak dengan semua makanan tu, kan.






6. Tak exercise


Exercise? Emm...takde pun exercise. Alasan yang dah biasa dalam kamus hidup aku : busy, penat, takde masa nak exercise. Dari aku tambah penat ngan exercise, lebih baek aku tido dan merehatkan badan yang penat ni. Camtu la pemikiran orang yang malas nak exercise macam aku.

Okay, lagi la cepat lemak beranak pinak dalam body nih.







SEKIAN!



*p/s : autopost entry. busy pegi umah kakak, melayan anak saudara yang mulut kecoh. windu budak kecik tu! ;)



.

Sunday, January 2, 2011

Saya dan Diet

Salah satu azam pada tahun ni, nak buang beberapa kilo lemak kat badan aku nih.

Camana cara untuk kuruskan badan? Macam biasa la yang kita tau : Diet dan Exercise.

Tapi aku ni boleh ke buat semua tu? Seingat aku la, kalo aku berazam nak kurus dan cuba berdiet, usaha aku tu takkan berjaya. Dulu aku pernah gak diet masa berat badan aku dah meningkat (beberapa tahun yang lepas). Tapi susah betul lah nak diet2 nih. Kena kurangkan makan segala. Pastu tak boleh makan makanan yang best2, tak boleh makan favourite food. Sengsara betul nak diet2. Akhirnya, kembali balik ke cara pemakanan yang tak sihat.

Exercise? Lagi la hampeh. Seumur hidup aku ni, boleh kira ngan jari brape kali jer aku exercise. Masa zaman Universiti dulu pernah gak la jogging sampai semput. Ade la dua, tiga kali pegi jogging kat tasik kat fakulti kejuruteraan tu. Tapi itu pun masa 1st year. Lepas tu dah takde dah. Sampai la beberapa bulan yang lepas, pegi ber-aerobik dan beriadah dengan Encik Kuneng. Tapi berapa kali jer. Lepastu dah takde exercise, sampai la sekarang ni.

Pendek kata, aku memang tak pernah berjaya kalo bab2 berdiet dan nak kuruskan badan nih. Tapi cuba kalo aku tak stress-kan diri sendiri untuk diet? Confirm aku boleh kurus. Hahaa~ jangan tak caya. Dulu aku pernah diet2, tapi tak berjaya. Keazaman tak boleh melawan nafsu makan aku! haha. Lepastu stop diet. Tak pedulikan langsung pasal diet2 nih semua. Makan jer apa yang ada. Pastu camane ntah boleh kurus. Kawan2 semua cakap yang aku nih dah kurus. Wah, suke la haku masa tu kan.

Masa balik kampung (time tu tengah study kat UKM), family aku pun cakap aku dah kurus. Ada yang terkejut tengok aku camtu. Yerlah, balik kampung bukan selalu. Bila dah lama tak jumpa, dan jadi kurus camtu, of coz la diorang terkezut kan.

Encik Kuneng pun pernah tanye : nape kurus sangat ni? Pastu kalo keluar makan ngan dia, mesti dia suruh aku makan banyak2. Sampai la aku tak larat nak habiskan makanan. Huuu~~ kesian aku kena buli. xP

Yer, dia memang tak suke kalo aku kurus sangat. Kalo aku cakap aku nak diet, memang dia tak suke dan tak bagi aku diet. muahahaa~ ;D

Aku plak, suke la kan, tak diet pun boleh kurus. Tapi bila orang tanya tips, aku tak tau nak cakap ape. Yerlah, nak bagi tips ape, sebab memang takde tips pun.

Tapi itu dulu. Ketika zaman universiti. Kat Uni memang lah boleh kurus, walaupun tak plan pun nak diet atau kuruskan badan. Sebab :-
  • terlalu busy dengan assignment, kelas, tutorial, discussion, e.t.c sampai makan pun tak teratur.
  • malas nak pegi cafe. haa..kalo dah penat + ngantok dan dah duk kat bilik, memanglah malas bebenor nak keluar dari bilik dan pegi ke cafe untuk cari makan. jawabnye, duk la terperap dalam bilik tu sambil makan megi + biskut jer. ni biasa terjadi time weekend dan hari takde kelas.
  • nak jimat duit. of coz la kena jimat. aku kan student yang bergantung penuh pada duit PTPTN jer. tak pernah mintak dengan arwah mak aku, walaupun aku dah takde duit langsung. cuma mintak dengan abang dan kakak jer, itu pun kalo dah betul2 kering.
  • ada satu peristiwa yang terjadi masa aku semester pertama tahun 2, iaitu ibuku yang aku sangat kasihi telah dijemput mengadap Maha Pencipta. masa tu bulan puasa (01.10.2006). lepastu aku terus takde selera nak makan, dan berterusan selama beberapa bulan kemudian, dan setahun kemudian. pastu hilang lah lemak2 kat badan aku nih. *serius, selera makan aku terus hilang lepas mak aku meninggal dunia, sampai setahun kot aku kurang selera makan.

Sekarang dah keje, haa..hambik kau. Dah naik berkilo2. Dulu seingat aku la, berat aku dalam 50kg camtu (maybe lagi ringan. tak berapa pasti sebab jarang2 je timbang berat badan). Dah kira ringan la tu kan, walaupun tak langsing slim macm model. Setelah setahun setengah keluar dari alam universiti dan bergelar tenaga buruh ni, berat aku naik mendadak sehingga ke 57kg! WOWW!!! Hebat kan aku. Telah berjaya menternak lemak dengan jayanya!


16.10.2008
wow. agak langsing aku ketika ini.
perut pun tak buncet.
sekarang? huh.




10.04.2009
fokus pada peha. sekarang dah jadik drumstick!
lengan? sekarang dah flabby arm!
oh, aku mahu kembali seperti dahulu!



20.07.2010
dah berisi. berlemak sana sini.


dan beberapa bulan kemudian
(November 2010)




makin gemuk.






makin banyak lemak




=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


aarrggghhhhhhh~~

tak perlu la aku letak gambar gemuk sekarang ni.



Baju dan seluar aku banyak yang dah tak muat, terutamanya seluar. Peha dah jadi drumstick. Goreng pon sodap! xP

Serius nih, aku mahu kembali seperti dulu. Waaa~~ tulun la haku. Camane nak kontrol diri sendiri. Camane nak disiplin kan diri sendiri untuk kurangkan makan dan exercise!

Sekarang ni aku cuba diet lagi. Tak tau la berjaya ke tak nih. Aku mula diet dan kurangkan makan sejak bulan November 2010. Masa tu berat aku 57 kg (berat macam gajah!). Sekarang lepas 2 bulan, hanya turun 2 kilo jer, ke 55kg. Eleh..aku nih hangat2 taik ayam jer. Bulan November tu jer aku bersungguh kurangkan makan. Sebulan kemudian, dah makan banyak balik. Ape lah, makan jer kurangkan. Tapi tak exercise pun. Ade hati nak kurus.

Pastu ada hati plak nak letak ticker kat sidebar blog ni ===>
konon2 sebagai pembakar semangat lah. Ape nak semua orang tau yang kau tu berat macam gajah? bahahaahhh~~~ ;D

Ada hati nak turunkan berat badan ke 48kg plak? Memang misi hampir mustahil! Sebab aku dan diet memang tak serasi bersama. muahahaa~


.

Monday, November 15, 2010

Awak makin gemok!

Tadi ade colleague tanya aku "kau put on wieght ea?" Masa mula2 aku datang keje sini, muka kau bujur sket" (aku tau dia nak cakap sekarang muka aku dah bulat).

Dengan jujurnya aku cakap, "a'a la, dah berkilo2 dah naik nih".

Sorang lagi colleague cakap, "takpe la. badan naik maksudnya happy. kalo ade orang cakap i dah semakin gemok, i akan jawab - yea, coz i'm happy".

Okay, thanks. Tapi tak guna nak sedapkan ati aku. Coz aku memang tak suka jadik gemok!

Argghhhh~~~~

Minah ni dah orang ke-berapa ntah yang 'complaint' pasal badan aku yang dah semakin GEMOK!

Minggu lepas ade sorang budak ni, dah lama tak jumpa aku. Dia cakap ; "Kak murni dah makin gemok".

Tiga minggu lepas jumpa kawan yang dah setahun lebih tak jumpa. Dia cakap ; "eh,u dah semakin..." *sambil tunjuk muka dia, aku tau maksudnya dah semakin BULAT* Aku jawab : Yeye, i tau. Semua orang cakap camtu.

Then dia tanya ; "apa rahsia?"

Haa? Nak rahsia plak. Tu la, orang kurus nak gemuk, orang gemuk nak kurus plak. Haih. Ambik jerla lemak2 kat badan aku nih. Confirm kau boleh gemok! xP

Bulan lepas plak, senior lawyer yang complaint pasal body aku yang dah makin membesar. Mula la dia nasihatkan aku, kena jaga badan, nanti semua seluar baju tak muat. Ishhh...

Seminggu lepas raya plak, kawan aku tegur, aku dah makin bulat. Ishh...last jumpa dia, dalam bulan puasa. Lepas raya, dia cakap camtu. Arghh~~~


Oh tidak. Aku bukan 89 kg okay.



Aku tau. Berat badan aku dah naik mendadak. Compare ngan time aku study dulu, berat aku dah naik 6, 7 kilo! Gila, kan. Dalam setahun enam bulan ni aku menternak lemak. Dan aku rasa paling banyak lemak dikumpul masa bulan puasa, masa raya dan lepas raya. Lepas raya banyak sangat open house. Makan tak ingat dunia. Semua nak melantak, semua nak rasa. Makan berpinggan-pinggan.

Akibatnya, jadi la si gemok. Sampai si dia pun dah panggil aku gemok sekarang ni. Ishh..nak kena lempang nih! Awak lagi gemok, okay! ;p

Bila dah sedar badan dah naik berkilo2, mula la berazam nak diet. Tapi malangnya hanya 3 hari diet, terus kembali ke cara pemakanan yang tak sehat. Ughh~~ susah betol nak diet.

Dah la kecik pendek. Sekarang dah katek, gemok. Huh~ dah takde dah kecik molek. huuuu~~~



.