Showing posts with label Cafe Para Para. Show all posts
Showing posts with label Cafe Para Para. Show all posts

Monday, June 10, 2013

1st Wedding Anniversary : Dinner at Grand Paragon Hotel

As-salam dear reader. 

Happy monday blues! -.- 

Ni rentetan dari entry aku sebelum ni : late night dinner. 

So on 1 June tu, kami keluar ber-datingan untuk celebrate our 1st year wedding anniversary. Plannya nak dinner kat Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel. Aku dah booking hari Jumaat lagi. Sebab setahu aku, kat sini selalu penuh.

Kitorang sebenarnya nak lunch. Tapi hujung minggu takde lunch. Ada dinner jer. Takpe la, dinner pun dinner la. 

Dinner kat sini start pukul 6.00 petang sampai 10.30 malam. Kitorang pegi agak lambat jugak la. Pukul 7 baru sampai. Ingatkan kitorang dah lambat. Rupanya ada lagi yang datang lagi lambat. Huhuu~

Oh..tahu tak haritu hujan selebat2nya. So kitorang gerak lambat. Anddddd.....kitorang merempit jer, naik moto. Aku pakai dress, tapi pakai baju hujan. Kitorang pakai selipar dulu, sebab takut kasut basah. Sampai kat bandar, baru tukar kasut & simpan baju hujan tu. 

Nak pegi dinner kat hotel, tapi merempit jer. Nak tergelak pun ada ngan keadaan kitorang masa tu. Hahahahh~ ;D Sungguh takkan aku lupakan pengalaman ni.

So ini lah lemak2 yang berjaya diternak oleh kami malam tu :- 


mine. 



Ours.


Hub's.


Ours.


Me.


Encik Suami. 


Yummy~


Semua sangat sedap, kecuali yang ni. 
Erkk~ tak tertelan rasanya. -.-'


Full house. 
Semua dah booking awal2. 
Tapi masa ni ada jugak yang masih belum datang.


Sup, pengat nangka, etc. 
Encik Suami siap cakap kalau ada kenduri, nak buat pengat nangka camtu sebagai pencuci mulut. 
Sebab macam special katanya. 
Ewahh....kenduri ape tu yer. ;p 
Tapi sungguh, pengat nangka tu sangat sedap. ;)

Ada show sikit dari uncle nih.


Ice cream!


Fruits.


Cuba teka ni ape? 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini lah ABC buatan Encik Suami. 
Aku tergelak jer tengok ABC nih. Hahahahh~ ;D





Muka hepi dapat makan eskrim. 
Eh2, macam la tak pernah makan eskrim. ;p


Teruja dan terpesona dengan alunan muzik dari this lady.
 

Pastu uncle ni masuk balik. 
Kalini dia nyanyi plak. 
Oh my, suara dia memang best ok! 
Ni boleh masuk vokal bukan sekadar rupa. ;D


Nak balik dah. ;)


Theme of the day : pink. 
Real men wears pink. 
Gituuuu..??? ;p



Ni kali pertama kami makan kat hotel berdua. Sekali sekala apa salahnya kan.

Sekali sekala takpe. Kalau selalu, pokai la kami. -.-

InsyaAllah bulan puasa ni nak buka puasa kat sini sekali lagi ngan Encik Suami. Sebab masih teringat2 keenakan durian goreng kat sini. Yummmmyyyyyyy~ 

Ok, lepas dinner, kami pegi tengok wayang pulak. Merempit ke KSL jer. Sebab dekat. 

Kami tengok movie Epic. Sebenarnya nak tengok Jurassic Park atau Star Wars. Tapi lambat lagi waktu tayangannya. Ada yang late-night movie. Tapi kami dah tak larat nak tunggu. Nanti kang ada yang tak boleh nak bawak motor sebab ngantok sangat! Huhuu~ 

Serius, dah lama tak keluar dating camni. I mean, keluar berdua on weekend, jalan2. Biasanya keluar tengok wayang time weekdays jer, lepas aku habis keje. Pastu terus balik. Maklumlah, hari berkerja kitorang tak sama. Jarang2 sangat dapat cuti sama2 on weekdays.


Thanks for reading. ;)



.

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. Durian goreng sangat sedap. =)

Berbuka puasa kat Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. 2 hari berturut-turut. Hari pertama, Selasa 09.08.2011. Ada orang belanja. Tapi tak sempat ambik gambar. Around 10pm baru gerak balik rumah. Banyak betul cerita yang nak dikongsi, sampai pukul 10. Perghh~ orang lain pegi terawih, kitorang duk bergosip pulak. Ishhh~~


Hari kedua, Rabu 10.08.2011. Kalini boss belanja. Eh, kiranya ni anjuran office la. Tahun lepas berbuka puasa kat New York Hotel. Aku ingatkan tahun ni takde majlis berbuka puasa anjuran office ni. Tapi ada jugak ye. =)





Buffet.



Roasted Lamb. Bestnyeerrrr~



Ni baru 1st round punyer melantak. Kehkehkehh~ ;DD




1 baris daripada 4 baris meja staff2 SANCO.



Kami.




Haritu  maybe dalam 60 orang kot staff yang datang. Tak semua yang dapat datang. So, almost 1/3 daripada Cafe tu yang kitorang conquer. Dah la havoc tak hengat. Hahh~



Aku punyer. Sebahagian sahaja.
Banyak lagi yang tak sempat nak snap, terus masuk dalam perut dengan selamatnya. ;p




Durian goreng. Sangat yummyyyy okeh.
Dan aku telah berjaya melantak 8 bijik durian goreng nih. Kahkahh~ hebat kan aku?? ;DD



Ni sebenarnya dah 2nd roungd aku ambik durian goreng ni. First, ambik 4 bijik jer. Tapi aku makan 3 bijik jer. 1 lagi orang lain makan. Lepas tu bila nampak durian goreng tu baru masak & baru di angkat dari kuali, cepat2 aku pegi ambik lagi sebab nak rasa yang panas segar dari kuali. 


Aku ambik 5 bijik sebab nak share ngan diorang. Skali takde orang nak makan. Nak tinggal camtu membazir pulak. Tak baik kan membazir makanan. Lebih2 lagi di bulan pose nih (cehh..alasan baik punyer. ;p). So, kena la habiskan 5 bijik durian goreng tu. Sampai muncit perut aku kena paksa habiskan durian durian goreng tu.



Sate ayam + sate daging + roasted lamb.
Gile tak larat nak habiskan. [O_x]



Ishh..isshhh...apo nak di kato. Tak pernah dibuat orang.
Datang budak2 SANCO jer, terus havoc Cafe Para-Para nih.







Nak balik dah. Bye2. =)
Kekenyangan. Alhamdulillah.




Last but not least, menu kat Cafe Para-Para nih memang banyak. Everyday takde la lauk sama jer. Ada yang sama. Ada yang berubah. Yang paling best, of coz la durian goreng. Melantak tak hengat. Hahahhh~


Tapi kalo nak makan kat sini, confirm la kena buat reservation dulu. Sebab selalu penuh. Dan biasanya penuh dengan reservation. Nanti kang kalo just walk-in jer, takde meja kosong pulak. Susah pulak, kan.




Ok lah, bye~ ;)

.

Wednesday, January 19, 2011

lunch @ Cafe Para Para

Hello bloggers, readers and visitors.

Ini kisah semalam. Tapi disebabkan semalam sampai umah pun dah tengah malam, memang penat + mengantok giler nak post entri. Sempat pos pasal binatang kaki empat bulat tu jer.

Semalam aku dengan jayanya telah berjaya menternak lemak kat Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel. Perghhh~ kemain lagik menternak lemak kat hotel you!

Pagi aku dah breakfast cum lunch kat court. Sebab kes setel awal, sempat la breakfast dulu. Time tu dah pukul 10.30 camtu la.

Skali...tiba2 plak kena pegi (tak terpaksa pun ;p) lunch ngan client kat Grand Paragon Hotel. Dengan beberapa orang lawyer lain dan bos serta big boss. Alamaakkk~ wa dah makan tadi.  Nasib baik la wa makan yang ringan2 jer tadi. Tapi tetap rasa macam dah kenyang. Takpe la, perut wa ni boleh terima makanan lagi kot.




keadaan kat dalam Cafe Para Para. 
time ni dah ramai orang. 
segan plak nak ambik gambar makanan.


kalo nak buat reservation, boleh la call nombor yang tertera. 
sekian terima kasih.


Masa tengah makan pun memang aku tak ambik gambar makanan. yerlah, kan dengan client. Gile kau nak snap2 gambar makanan camtu? Jakun ke ape? 

Kesimpulannya, memang best lah menternak lemak kat situ. Makanan semua best. Lagi kalo buffet camni, memang seronok mengisi pinggan. Walaupun kali ni aku makan takde lah sebanyak macam sebelum ni, tapi puas hati la jgak. yang penting, boleh try daging Ostrich (black pepper) untuk pertama kali. Perghh~ lazat  lemak berkrim. Lembut jer dagingnyer. Macam daging lembu pun ada. Tapi lagi lembut dari daging lembu.

Ada senior lawyer cakap, tak boleh makan banyak sangat daging ostrich tu. Dia cuma makan sikit jer untuk try. Sebab dia terbayangkan binatang ostrich tu sendiri, macam tak sanggup nak makan. Ishhh~ jangan la bayangkan binatang tu. Memang la tak boleh nak makan. Cuba bayangkan ayam kampung yang duk mencakar ta** tu. Pastu korang tangkap, sembelih dan masak. Eeee~~ geli nyah! Tak payah lah nak bayangkan rupa binatang tu kalo kita nak makan daging-nya yang telah dimasak, okay. Bayangkan dan rasai kelazatannya sahaja sudahhh~

Btw, aku just makan lauk jer. Tak ambik nasik pun. Sebab takot terlalu kenyang. Nanti perut tak boleh terima, kang ter-keluarkan balik camane? (keluar ikut atas, bukan ikut bawah. haha~ paham tak?) Haru la jawabnye. Tapi berpinggan2 jugak lah aku melantak, walaupun tak berapa lapar dan dah 1/3 kenyang (tapi tetap tak sebanyak macam sebelum ni). Dan yang penting, ada eskelim sebagai penutup hidangan. I suke eskelim tau. ;p 

Pastu mula terfikir : abes lah diet aku. 

Eh, aku kan dah stop diet sejak berat aku turun 2 kilo haritu. Sudah lah kau. Diet kununnn~~~

.