Thursday, August 20, 2015

Lombok Day 1 : Gili Trawangan Night Market

Assalam dear readers.
 
Sambungan entri Lombok. Untuk baca entri sebelum ni boleh klik kat sini yer : Lombok Day 1 : Johor Bahru - Lombok.
 
So lepas rehat 2-3jam, kami menuju ke area pantai. Nak jalan2 cari makan. Sebenarnya lama sangat tu kami rehat. Hajat hati nak rehat sekejap jer. Pastu jalan2 cuci mata . Tapi lama pulak Rabbani tidur. Penat sangat agaknya. Kesian pulak dekat dia, tak sampai hati nak kejutkan. So biar jerlah dia tidur.
 
Meh layan gambar suasana malam sekitar area kedai2 kat pantai Gili Trawangan ni, dan sekitar pasar malam.

Live performance.
 
 
Kat sini banyak jugak la bar. Kebanyakan bar ada live performance.
 

Dinner sambil melepak tengok laut waktu malam.
Menarik, kan. Feeling2 romatik gitu...
Bila tengok restoran ni, terus cakap kat Encik Suami, nanti nak makan malam kat sini la.
Tapi sampai hari last pun tak pegi jugak makan kat sini.
Duk explore tempat lain jer. Kikikii~




Kedai jual pakaian pun banyak kat sini.



Aku ada beli beberapa helai baju kat area kedai ni.
Harga baju memang sangat mahal. Yerlah, sebab kat pulau, kan.
Tapi sebab nak sangat, beli jerla. Huhuu~





Seafood pun banyak. Pilih jer nak masuk restoran/café mana.




BBQ.
Pilih jer seafood mana yang korang nak makan.



Nampak macam menarik jer.
So kami beli la untuk 2 orang.
Harganya IDR20,000 untuk satu scoop. Kalau 2 scoop IDR30,000.
Ada macam2 perisa.
Kami beli 2 scoop sorang.



Home made katanya.
 
 
Gili Gelato = Aiskrim Gili. Hanya terdapat di the Gili's. So kalau datang Gili Trawangan ni, wajib makan aiskrim ni. Kat Gili Air pun ada jugak jual aiskrim ni. Sebelum beli tu kami siap tanya dulu halal ke tak. Yerlah, walaupun memang kat sini memang semua orang muslim, tapi kena la confirmkan dulu, kan.



Tengah tunggu aiskrim.



Fuhhh...bestnya sampai menjilat jari.
Tak cukup 2 scoop nih.
Walaupun cepat cair, tapi rasanya sedap.



Spa pun ada.



Farmasi & klinik pun ada jugak.



Then kami survey2 pakej snorkelling untuk hari esok.


Pakej snorkelling ni aku tengok semua ejen jual IDR120,000 termasuk lunch. Masa baru sampai kat jeti petangnya (ENTRI NI), ada sorang lelaki (maybe ejen jugak) datang approach kami. Dia offer pakej snorkelling, kalau tak silap IDR100,000. Dia cakap termasuk lunch. Tapi kami cakap nak survey2 dulu. Dia ada bagi nombor fon, just in case kalau kami nak beli pakej tu dengan dia.

Tapi lepas survey2 kat area sini, rasanya better kami beli kat kaunter jer. Risau jugak kalau beli dengan orang yang approach kami tu, takut tertipu ke. Baik berhati2 jerlah. Lagipun kami tengok harga semua kaunter jual IDR120,000 termasuk lunch. Kalau harga IDR100,000, takde lunch. Harga orang yang approach kami tu memang murah. But to be safe....takpe la bayar lebih sikit. Beli kat kaunter camni lagi terjamin.



So kami beli pakej snorkelling kat kaunter ni.
Orang kat kaunter tu akan bagitahu pagi esok pukul berapa kena tunggu kat mana.



Ni pakej ke Pulau Komodo.



Shuttle service.



Kat sebelah kaunter ejen ni ada jual nasi campur.
Lauk2nya macam menarik jer.
Nanti la kita beli yer.



Lauk yang diorang jual.



Lepas dah settle beli pakej snorkelling, kami pegi pasar malam pulak. Perut dan lapar ni. Pasar malam ni dekat jer dengan kaunter ejen tadi. Oh ya, pasar malam a.k.a Gili Trawangan Night Market ni jual makanan jer yer. Tak macam Krabi Night Market, ada jual macam2 dari makanan hinggalah souvenir.



Pasar malam Gili Trawangan.


Ni café yang famous kat sini. Green Café.
Jual nasi & macam2 lauk. Terliur aku tengok.



Seafood!
Korang pilih, pastu diorang akan bakar.



Kami beli seafood kat gerai ni.



Kat belakang gerai ada tempat (i.e. kerusi meja) untuk makan.
 
 
 
Rabbani macam biasa, memang tak reti duk diam.
Nak naik atas meja, nak pegang botol air, nak main straw, nak tarik pinggan, macam2 la.
Kalau nak makan, laki bini kena ambk turn.
Kalau makan sama2, memang boleh. Tapi susah sikit la.
So aku makan dulu, Encik Suami pegang Rabbani.
Pastu baru Encik Suami makan, aku jaga Rabbani.
Biasa la ada anak kecik camni la, kan.
 
 
 
Walaupun pasar malam ni nampak keadaan macam crowded & tak selesa, tapi ramai jugak la yang makan kat sini. Meja pun selalu penuh. Masa kami tengah tunggu seafood kami siap dibakar, ada sekumpulan mat saleh ni duk lepak2 sambil minum2. Dah lama kot diorang duk lepak kat situ. Botol pun dah banyak dah atas meja. Then ada customer lain datang, tapi meja dah penuh. Pastu pekerja gerai tadi datang tanya (dengan polite la), dah habis makan ke belum, sebab ada customer lain nak makan jugak.
 
Nasib baik mat2 saleh tu ok, then terus bangun. Yang lawaknya, sorang mat saleh ni lepas dah bangun & jalan dari situ, boleh patah balik then cakap kat pekerja gerai tadi "hey you....(sambil tangan tunjuk kat lelaki tu), terima kasey...". Lawak sungguh. Dalam hati aku "macam2 perangai orang mabuk ni".



So ni la makan malam kami untuk malam tu.
Kami order udang (tak tahu la apa jenis udang) dengan sotong jer.
Tadi sebenarnya nak order ikan jugak, tapi takut tak habis plak.
Harga untuk semua ni aku dah tak ingat dah.



Udang.


Sotong.
Ampunn...dalam gelap2 nih gambar tak berapa clear.
Dah kena sos dia (ke kicap?), semua nampak hitam jer. Kikikii...


 
Then kami terus balik ke hotel. Rehat ambik tenaga untuk ber-snorkeling esoknya. Nanti aku sambung lagi yer.
 
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
Previous entry :



 
.

4 comments:

azizah green line said...

macam best la pegi sini..aiskrim tu nampak sedapp

Aty_Fared said...

besh sebenarnya lombok ni eh..

Nini Mohd said...

@azizah green line
sedap aiskrim tu. home made. tu yg x cukup makan 1 tu. hihii~

Nini Mohd said...

@Aty_Fared
best2...tu yg masuk dlm list wajib pegi.