Friday, August 7, 2015

Lombok, Indonesia 2015

Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.
 
Bulan Jun baru ni, kami sekeluarga (keluarga kecik jerla) bercuti ke Lombok, Indonesia. Dah lama plan nak ke Lombok ni. Dari tahun lepas lagi. Masa nak pegi ni ada masalah sikit. Hampir2 tak jadi dah. Fikir punya fikir, ok lah, teruskan jer. Lupakan segala masalah, release tension, spend time dengan family, happy2 jer. Hal lain tolak ke tepi. Fikir sampai migrain pun takkan habis. Lantak pi la. This is family time.
 
Ok dah la tu mengarut.
 
So ini sebenarnya holiday untuk anniversary kami yang ke-3. Alhamdulillah, dah 3 tahun usia perkahwinan kami. 01.06.2012 - 01.06.2015.
 
Macam biasa, kalau bercuti mesti guna privilege Encik Suami sebagai staff Air Asia. So dapat la tiket murah. Tiket jerlah murah. Accomodation, makan minum, souvenir, semua lu fikir la sendiri. Kehkehh~
 
Disebabkan terlalu banyak gambar, post ni aku buat sneak peak jerlah dulu.
 
Kami ke Lombok pada 2 Jun, balik ke Malaysia 6 Jun 2015. 5hari 4malam. Dapat cover 2 tempat, Gili Trawangan dan Senggigi. 2 malam stay di Gili Trawangan, 2 malam lagi stay di Senggigi. Air Asia ada direct flight dari Senai Airport, JB ke Lombok. So tak perlu la kami susah2 ke KL dulu.
 
 
Hari Pertama, 02.06.2015
 
 
Dari atas flight.
Dah Nampak 3 gili : Gili Air, Gili Meno & Gili Trawangan.
& kalau tak silap itu Gunung Rinjani.
 
 
 
Industri pembuatan tenun.
Tempting!
 
 
 Sampai di jeti Gili Trawangan.
 
 
 
 Ni la rupa jeti nya. Jeti untuk bot awam.
Kalau jeti bot laju, kat sebelah kanan sana.
Ada proper jeti.
Yang ni kau turun dari bot, terjun dalam air tu jer. Lol.
 
 
 
 Seafood!
Gili Trawangan night market.
 
 
Hari Ke-dua, 03.06.2015 

 
Glass-bottom boat untuk snorkeling.



Its snorkelling time!
Subhanallah, airnya sangat2 cantik!
 
 
 
Sunset @ Gili Trawangan.
 


Hari Ke-tiga, 04.06.2015

 
 Depan jeti bot awam Gili Trawangan.
 
 
 
3rd day. Art Market, Senggigi.  
 
 
 
 Traditional art performance.
Art Market, Senggigi.
 
 
Hari Ke-empat, 05.06.2015

 
Ni kat tempat pembuatan tembikar, pasu etc.
 
 
Di lokasi penggambaran Dia Isteri Luar Biasa.
Perkampungan tradisional suku sasak sade.
 
 
 
Bukan kat Bali jer ada Pantai Kuta.
Kat Lombok pun ada. Hee~
 

 
Tanjung Aan.
Seriously sangat cantik.
 
 
 
 Ke Art Market lagi kita.
 


Hari Ke-Lima, 06.06.2015

 
 Hari ke-5.
Farewell Lombok. :)
 
 
 
 
Ni antara makanan & souvenir yang sempat grab kat Lombok.
Makanan tu ada lagi sebenarnya yang tak masuk dalam gambar.
Sedap2 jugak la makanan dia. Menyesal tak borong banyak2. -_-
 
 
 
InsyaAllah entri review akan menyusul tak lama lagi. Berapa lama tu aku tak boleh janji. Aku malas sebenarnya nak edit gambar, resize, letak watermark. Lagi duk berperang ngan askar kecik bernama Muhammad Arif Rabbani ni. Memang tak sudah keje aku. Duk pilih, edit, resize & letak watermark untuk entri ni pun dah ambik masa lama. Sigh~
 
Tapi kena buat cepat2 jugak ni. Makin lama makin lupa. Sekarang ni pun dah banyak yang aku tak ingat pasal cuti2 kat sana. Maklumlah, urat dah banyak putus. Lol. Dah jadi makin pelupa sekarang ni.
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
 
 
.

10 comments:

Han Hanni said...

seronoknya dapat bercuti kat sana..
pemandangan pun cantek,,

LindaF said...

Share more info pliss nini... Stay mn? Transportation etc..

Nini Mohd said...

@cik hani alhamdulillah, memang seronok. Lombok memang sangat2 cantik. :)

Nini Mohd said...

@LindaF insyaAllah nnti i buat entri review.

Nanie said...

HYE nini- bole tak email itinerary kat nanie (nanie_nakata@yahoo.com) sebab plan nak g with my sista. sesuai ke peremmpuan bdua je. tq

Nini Mohd said...

@nurul harnani kasmari Hai nanie. so far yg kiorang tengok, takde masalah pasal keselamatan. so kalau nak pergi dengan kakak, takde masalah rasanya. ni i tengah duk buat post pasal itinerary ni. nanti i update k. :)

Unknown said...

wahhh..best jugak ye tempat2 kat Lombok nie..hihih..belum pernah sampai lagi Lombok..boleh masuk lam list nie..hmmmm

Nik_aisyah said...

Ada pergi air terjun yg famous tu tak?

Nini Mohd said...

@mama ila
memang best. tempat dia pun cantik. memang wajib masuk dalam list. :)

Nini Mohd said...

@Nik_aisyah
air terjun sendang gila tu ke?
tak pergi. coz x sempat. lgpun air terjun tu jauh. kitorang decide pegi tour ke pantai kuta jer.
lombok ni kalau nak explore semua tempat, seminggu pun tak cukup.