Friday, May 10, 2013

Langkawi : kisah phone hilang

Masa bercuti ke Langkawi tempoh hari, terjadi perkara yang buat aku sedih dan stress sampai menangis. Hahaa....menangehh kau?? 

Handphone ku hilang.

Kisah nya macam ni....... 




Hari ke-3 kat sana, lepas ber-island hopping, petangnya kami ke Underwater World.

Lepas keluar dari Langkawi Underwater World, kami menuju ke kereta dan drive ke Cenang Mall. Nak jalan2 kat Cenang Mall pulak. Kereta tu Encik Suami parking kat depan Restoran Nasi Kandar Tomato. Lepastu masa jalan2 kat Cenang Mall, aku cari la henfon buruk aku tu dalam beg. Nak snap gambar dalam Cenang Mall tu. Sebab masa tu kamera dah habes bateri. So kena la snap ngan henfon jer. 

Cari punya cari dalam beg tu, tak jumpa. Dah neves dah masa tu. Ok, maybe beg aku tu besar sangat dan banyak sangat barang bersepah dalam tu. Sebab tu susah nak jumpa. Suruh Encik Suami try call. Encik Suami try call, ada bunyi berdering katanya. Tapi aku tak dengar apa2 dari beg aku, malah rasa vibrate pun takde kat beg aku tu. Dah nak nanges dah. Suruh Encik Suami call lagi. Kalini dah tak dengar apa2, macam fon tu dah di-switch off. Lagi rasa nak nanges. 

Maybe fon jatuh masa nak turun dari kat parking kereta tadi? Cepat2 aku ajak Encik Suami pegi kat tempat parking tadi. Cari punya cari, tak jumpa. Encik Suami try call lagi, tapi memang tak dapat dah. Fon dah off. 

"Camane ni sayang" aku tanya kat Encik Suami. 

Encik Suami SMS kat nombor aku tu. Mintak orang yang jumpa fon aku tu pulangkan balik fon tu. Pastu aku SMS lagi, in English pulak. Yerlah, mana la tahu kot2 yang jumpa tu mat salleh ke, kan. 

Pegi duduk kat depan Cenang Mall. Pastu nanges. Tak tertahan dah. Wuwuwuuuu~ T_T 

Apa perasaan korang kalau fon korang hilang? Mesti rasa sedih dan stress gila, kan.

Well...fon aku tu bukanlah fon canggih pun. Bukan smart fon. Hanyalah fon Sony Ericsson yang ada keypad tu. Fon buruk pulak tu. Aku dah guna fon tu dah 5 tahun kot? Fon tu pun asyik "wengg", selalu hang dan selalu ter-off sendiri. 

Tapi......bukan masalah fon buruk ke fon baru atau fon murah ke fon canggih. Tapi sebab nilai sentimental fon tu dan sebab apa yang ada dalam fon tu (nombor2 fon semua orang, macam2 nombor akaun -yer, aku tahu memang tak patut simpan nombor akaun dalam fon-, gambar2, SMS, etc).

Gila tak sedih kalau fon hilang? Rasa macam kena start it all over again la kalau fon hilang nih. Dan confirm akan lost contact ngan kawan2 lama. Especially yang takde FB etc ni kan. 

Lagipun fon tu Encik Suami yang belikan masa aku study kat UKM dulu (ke Encik Suami tambah duit jer eh. ingat2 lupa). Sebab masa tu pun fon aku hilang (ni pun sebab kecuaian sendiri). Nanges2 jugak masa tu, walaupun fon yang hilang tu pun dah cukup buruk dan "nazak". Masa tu Encik Suami takde la keje gaji besar sangat, dan aku pun tengah susah. So, i do appreciate it a lot.

So kiranya ni dah kali ke-2 fon aku hilang. Terussss teringat balik masa fon hilang dulu. Sobs~ T_T
Ok, berbalik pada cerita. 

Dah duk nanges2 tu, Encik Suami ajak balik. 

Encik Suami tanya "Dah takde mood nak jalan2, kan?"

Wuwuwuuuu~ tahu2 jer. T_T

Plan asalnya kami nak beli t-shirt Langkawi dan beli souvenir la malam tu. Tapi dah takde mood dah aihhh nak jalan2. 

So kami balik la ke hotel. Aku try tukar nombor fon kat CIMB Click secara online. Yerlah, untuk TAC number kan guna nombor fon tu. Plus, macam2 ada dalam fon aku tu. Tapi tak boleh tukar kat website. Password pun tak boleh tukar. Kena tukar kat mesin ATM jugak. So, aku ajak ler Encik Suami pegi cari mesin ATM kat Pekan Kuah tu. Nasib baik hotel dekat jer ngan bank.

Masa tu aku dah cuba redha jer. Cuba berfikiran positif and fikir : maybe sebab fon tu dah buruk sangat, so mintak kena tukar la tu. Dah sampai masanya tukar fon la ni. Walaupun tak berapa nak redha, tapi tetap cuba nak kurangkan rasassedih tu.

Mula2 rasa macam tak percaya jugak la fon hilang. Tapi pastu baru teringat yang sebelum tu aku selalu terbayang2 fon akan jatuh, fon akan hilang. Maybe petanda fon akan hilang. Macam mimpi ngeri jadi kenyataan pulak. -.- Ni dah kali ke-3 ke kali ke-4 ntah fon jatuh dari riba masa turun dari kereta. Tapi setakat jatuh jerla. Pastu ambik balik. Haihh....memang masa tu agak ralat jugak la, sebab tak ambik iktibar dari kejadian lepas. Tak beringat.

Ok, berbalik pada cerita lagi. 

Lepas tukar nombor fon, sempat lagi jalan2 kat kawasan bank tu. Ada booth2 jugak kat situ. Jual pakaian, beg dan souvenir.

Masa tengah jalan2 tu, tiba2...........................Encik Suami terima panggilan dari nombor fon aku. Orang yang call tu nak cakap ngan aku sendiri. 

Aku ringkaskan camni la : orang yang call tu keje kat Restoran Nasi Kandar Tomato. Dia cakap ada orang jumpa fon tu kat depan restoran tu dan bagi fon tu kat dia. Dia cakap fon tu ter-off dan tak boleh nak hidupkan balik. Itu pun dia masukkan simkad aku dalam fon dia, baru boleh call. Dia suruh datang ambik kat restoran tu pagi esoknya, sebab time tu dia dah balik keje. Masa tu dah pukul 10malam kot.

Ya Allah....syukur alhamdulillah. 

Tak putus2 kami ucapkan syukur. Encik Suami pun happy sangat ada orang nak pulangkan fon tu. Terharu sangat. Again, walaupun fon tu buruk tapi tetap berharga. 

So next day, lepas balik dari snorkeling kat Pulau Payar, kami terus ke Restoran Nasi Kandar tu. Bila dia nampak jer kami melangkah masuk, terus dia panggil kami. Tak perlu nak cari2 pekerja yang call kami semalamnya. Agaknya dia dah tengok kot gambar2 dalam fon tu. Sebab tu dia cam jer muka kami. -.-

Susah nak jumpa orang jujur sekarang ni. Ada ke manusia zaman sekarang ni yang nak pulangkan balik barang yang dia jumpa? Especially handphone. Mungkin ada, tapi mungkin semakin pupus.

Syukur alhamdulillah... :) 


Haiiiii PINK. Kamu menggiurkan. 
Yer, 5s memang menggiurkan. 
Tapi berangan jerlah dulu. -.-



Again, fon aku fon Sony Ericsson yang ada keypad tu jer. Buruk plak tu. & asyik buat hal jer. Tak lama lagi kena tukar la tu. -.-

Thanks for reading. :)



.

10 comments:

Mila Ahmad said...

Alhamdulillah nasib baik dapat jumpa

Unknown said...

Dah sampai seru utk pakai smartphone

http://www.uniquecloset.com.my/

Fahimah Mahayuddin said...

Alhamdulillah...syukur jumpa bali. yup! bukan banyak dah org yg jujur ni dkt dunia. selalu jumpa yg xjujur. jumpa barang buat harta sendiri. dah sama mcm mencuri kan? huhu..

Syima Syaz said...

huhh kalu dah sentimental value,mmg sayang nini kan... even baju buruk pun tetap syg...

cha said...

alhamdulillah rezeki u dpt balik hp tu kalau i pun dah nangis u haha. eh tak tau plak iphone dh ada 5s? setau i latest ni 5 je. apa lg beli la u hasutt ni haha

Nini Mohd said...

@Mila Ahmad
alhamdulillah. syukur sangat2. :)

Nini Mohd said...

@farah liluniquecloset
huhuu~
maybe dah sampai seru.
tp masih belum ada rezeki. :)

Nini Mohd said...

@IMaH
tau takpe.
kalau jumpa barang x pulang balik tu memang dah macam mencuri la.

Nini Mohd said...

@PuanSyimaSyaz
tu la. kalau baju buruk pun sayang.
inikan pulak handphone.
walaupun buruk, tetap tak ternilai. -.-

Nini Mohd said...

@cha
belum keluar lg dear.
akan launch soon. dgr cerita tahun ni.
x tau la bila.
hehee~
memang teringin nak pakai 5s tu.
tgk nanti camane bila dah launch nanti. ;)