Monday, August 17, 2015

Lombok Day 1 : Johor Bahru - Lombok

Assalam dear readers.

Seperti yang dijanjikan, ni entri review percutian ke Lombok bulan Jun lepas.

Hari Pertama.
Selasa, 02.06.2015

Sehari selepas hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3. Dan 2 minggu sebelum hari lahir Rabbani yang ke-1. Kiranya ni holiday untuk anniversary kami dan pre-birthday celebration untuk Rabbani la. Gituuu....

Penerbangan kami dari Senai International Airport. Nasib baik ada direct flight dari Senai ke Lombok. So tak perlu la kami travel jauh ke Kuala Lumpur untuk naik flight kat sana.

Flight pukul 6.50am. Agak kelam kabut jugak la pagi tu. Maklum la, bawak anak kecik ni banyak barang nak kena packing. Malam tu aku tidur lambat. Takut jugak terbabas tidur. Kang terlepas flight, naya ooooo.....nasib baik airport dekat jer dengan rumah. Bertolak lambat sikit dari rumah pun masih ok. Heee~



 Superman nak naik flight.
 
 
 
 Si kecik ni pukul 5am dah bangun.
Ni duk bergurau2 sebelum take off. Lepas take off, aku terus tidurkan dia. 
Lena dia tidur. Maklum la, awal2 pagi dah bangun.


Flight full. Kebanyakannya orang Lombok. Maybe ramai yang balik untuk sambut puasa. Masa kami pegi ni, lagi 2 minggu nak puasa. Sebelah Encik Suami tu orang Lombok. Rancak berbual dengan Encik Suami & duk agah2 Rabbani. Katanya dia kerja kat restoran kat JB. Baru kerja tak sampai setahun. Ni balik Lombok untuk sambut puasa. Lepas raya baru balik JB. Waaa....lamanya cuti balik kampung. Syok la. Kalau kita pun boleh cuti lama camtu kan best. Huhuuu~ Tapi kebanyakan diorang memang macam tu. Kerja straight setahun takde cuti. Lepas tu cuti lama. Fuhh~

Masa penerbangan lebih kurang 2jam 50minit. Sampai kat airport, kami survey2 harga teksi kat kaunter untuk ke Bangsal Harbour. Sebab kami stay kat Gili Trawangan dulu selama 2 malam. Lepas tu baru stay kat Senggigi pulak 2 malam.

So kat airport ni korang boleh survey teksi kat kaunter dulu. Ada beberapa kaunter. Lepas dah bayar kat kaunter, baru korang di bawa untuk naik teksi. Ada siap dengan pakej sekali dengan boat ke Gili Trawangan. Ke tempat lain pun ada.

Kebanyakan kaunter teksi charge IDR280,000. Tengah kami duk survey2 tu, ada sorang lelaki datang offer teksi. Aku rasa "ulat" kot. Lepas tawar menawar, dia charge IDR250,000. Ok la, murah la dari kaunter2 tadi. Kalau tak silap, bas awam pun ada jugak ke Bangsal Harbour. Tapi kami ni bawak anak kecik, dengan luggage yang banyak ni. Ambik teksi jerlah.




 Pak supir tengah bawak salah satu luggage kami. 
Teksi kami yang bonet terbukak tu, warna hitam. Jenis MPV.


Masa on the way ke  Bangsal Harbour, pak supir tu ada tanya kami, nak singgah tengok pembuatan tenun tak. Aku ok jer. Sebab memang nak singgah pun. Tapi dinasihatkan, kalau hari lain korang ada ambik pakej lain contohnya tour sasak village atau macam kami ni, ambik tour pegi Pantai Kuta (hari ke-4 kat sini), tak payah la singgah kat tempat buat tenunan masa on the way dari airport ni. Sebab dalam pakej tu pun nanti ada singgah tempat buat tenunan ni jugak. Lagipun singgah2 ni ambik masa. Dah la jauh airport tu dengan Bangsal Harbour. Nak singgah makan tengahari lagi. Aduhh....



 So pak supir tu bawak kami ke sini. 
Industri Kerajinan Patuh.


Ni diorang tengah tenun kain songket. 





Satu kain songket boleh ambik masa sampai sebulan untuk siap. Bergantung pada corak kain. Lagi complicated & banyak corak, lagi lambat siap. Sebab tu harga kain tenun @ songket dia mahal. Katanya, gadis2 kaum Sasak kena pandai menenun. Kalau tak, tak boleh kawen. gituu....



 Ni boleh buat table runner. Kain tebal.
Cantik2. Tempting sungguh aku tengok. 
Berkenan sungguh dengan yang warna hitam benang emas tu. 
Tapi harga dia......telan air liur. Mampu tengok jer. 
Kalau tak silap aku, lebih kurang IDR700,000 kot (ingat2 lupa).



 Yang ni kain 2 meter kot. Ke 4 meter. Lupa daa...


 Yang ni pun cantik.


 Yang panjang tu aku tak tahu apa namanya. 
Harga IDR150,000.
 

 Kopiah pun ada.


Kami beli beberapa kain kat sini. Kain pelikat untuk ayah mertua, kain songket (untuk buat sampin) untuk Encik Suami dengan sehelai kain 2 meter untuk aku. Boleh buat kain untuk baju kurung ke, baju kurung moden ke, kebaya ke. Nanti la fikir, kan.

Kat sini pun dah habis hampir IDR1juta. T_T

Tapi puas hati sebab dapat beli tenunan dari sana. Memang dah plan nak beli tenunan dari Lombok. :)


 Kat luar pusat tenunan ni ada rumah padi. 
So ape lagi, ambik gambo la. Hee...
Rumah padi ni memang simbol untuk Lombok.


Oh ya, kalau nak try pakaian tradisional kaum Sasak pun ada kat pusat tenunan ni. Ramai yang try pakaian tradisional tu dan ambik gambar kat rumah padi ni. Tapi tak tahu la kena bayar ke tak. Kami tak try pun.


 Sambung perjalanan ke Bangsal Harbour. 
Suap makanan kat Rabbani sikit2. 
Cous cous + ikan bilis jer.
Ni salah satu sebab aku pilih untuk naik teksi.
Sebab nak ruang yang luas & supaya senang nak suap Rabbani makan.
*tu Rabbani duk gigit kain tenun yang ibu dia beli tadi.



Dah tengahari, perut pun dah lapar. So kami singgah makan kat Lesehan Taliwang Nada. Ni pak supir yang bawak kami ke sini. Kalau korang nak cepat sampai ke Bangsal Harbour, tak payah la singgah2 ni. Boleh makan kat Gili Trawangan. Tapi sebab kami dah lapar & perjalanan nak ke Bangsal Harbour pun jauh lagi, kami makan jerla dulu.


 Budak botak tertidur kepenatan.
Dari dalam teksi, Encik Suami dukung sampai ke restoran ni pun dia masih tido.
Tapi tak lama pun. Makanan sampai jer, dia bangun.


Kalau datang Lombok ni, wajib makan Ayam Taliwang.
Kami belanja sekali pak supir makan. 
Tapi dia tak makan sekali ngan kitorang la.
Total hangus : IDR202,000, termasuk makanan pak supir.


 Restoran ni tempat makan dia kat wakaf camni. 
Boleh ambik angin sepoi2 gitu.


 Dah siap makan.
Dah siap lap2 badan Rabbani & tukar baju dia.
 

 Teruskan perjalanan ke Bangsal Harbour.


 
 Bandar Mataram.


 Senggigi.



 Sampai kat Bangsal Harbour. Jeti kat sebelah kiri tu.


 Kaunter tiket.


Untuk ke Gili Trawangan, kena naik bot awam kat Bangsal Harbour ni. Lebih kurang 20minit untuk sampai ke Gili Trawangan. Kalau nak naik speed boat pun boleh. Lagi cepat & selesa. Jeti dia kat tempat lain. Not sure apa nama jeti dia, tapi dekat jer dengan Bangsal Harbour. Untuk yang bajet ciput macam kami ni, naik bot awam pun ok.  Harga tiket IDR15,000 seorang. Untuk Rabbani takde bayaran.

Oh ya, masa nak naik bot tu, biasanya ada orang offer untuk angkat beg naik bot @ terus angkat beg korang naik bot. Tu bukan free service yer. Diorang bukannya pekerja jeti @ pekerja bot awam tu. Kalau diorang angkat beg, kena bagi upah. Kadang2 diorang main angkat jer, so kita akan ingat diorang ni pekerja kat situ. Tapi lepastu diorang mintak upah. Itu la yang terjadi kat kitorang. Dia angkat jer, tak cakap apa2. Lepas dah settle, mintak upah. Terpaksa la bagi.

Masa tu kitorang takde duit kecik. Yerlah, kan baru sampai. Duit yang paling kecik IDR2,000. Itu pun balance yang aku pegi Bali 2 tahun lepas. Hasben aku bagi IDR2,000 tu. Hahaa~ Harus la dia taknak. Dia mintak IDR20,000. Tapi kitorang takde. Ada IDR50,000 jer. Terpaksa la bagi. Sakit jugak hati aku. Kalau dari awal diorang cakap kena bayar, takde la sakit hati sangat. Ini tak, diorang main angkat jer. Takde cakap apa2 pun. Alih2 mintak upah. Rasa tipah tertipu betul.

Sebenarnya masa aku duk google2 info pasal Lombok ni, aku dah baca dah kat blog mana ntah, yang bagitau pasal benda ni. Tapi sampai sana aku boleh lupa pulak. Kan dah terkena. So korang hati2 la yer kalau kat sana. Kalau beg korang betul2 berat atau korang memang tak larat nak angkat beg tu naik bot, atau memang saja2 taknak angkat, boleh jer nak guna khidmat diorang ni. Tapi kalau boleh angkat sendiri, baik angkat sendiri jer.




Dalam bot awam. 
Budak botak ni dah mengantuk dah ni.
P/S : untuk keselamatan, sila la pakai life jacket. ni camane ntah ibu dia tak terfikir nak pakaikan life jacket. padahal bawak jer life jacket sendiri untuk Rabbani. tapi aku tak pasti la bot ni ada sediakan life jacket tak untuk passengers.





Pemandangan dari atas bot.



Parasailing.


Menghampiri jeti bot awam. 
Kat sana tu jeti speed boat.


Air kat jeti/pantai ni pun dah cantik menghijau~ 
(kat gambar ni lagi jelas nampak jeti untuk speed boat, kat hujung sana tu) 


Kau tengok, kat jeti ni pun ada mat saleh dengan minah saleh duk berjemur.


Ni la rupa jeti bot awam kat Gili Trawangan ni. 


Jeti kat Bangsal Harbour pun sama jer macam ni. Kena masuk dalam air untuk naik bot/turun dari bot. Memang basah la seluar aku. Kalau nak jeti yang proper yang tak perlu masuk air, naik la speed boat. 

Dari Malaysia, memang kitorang pakai kasut. So masa nak naik bot tu kena tanggalkan kasut. Dah leceh nak kena pegang kasut tu, dengan barang yg banyak, nak bawak anak lagi. Pastu dah sampai Gili Trawangan, kaki dah basah tak boleh pakai kasut dah. Takkan nak jalan kaki ayam pegi hotel. So kat jeti tu kena la bukak luggage ambik selipar. Kan dah leceh. So dinasihatkan, pakai jerlah selipar dari rumah (i.e. dari Malaysia) atau kalau nak pakai kasut jugak naik flight, korang tukar jer selipar masa kat airport Lombok @ bila dah sampai kat Bangsal Harbour.

Dari jeti/pantai ni, kitorang jalan kaki jer ke hotel. Orang kat pantai ni peramah. Nampak kitorang jalan jer, diorang tanya hotel kat mana. Terus dia bagi direction pegi sana. Tak sempat nak bertanya. 

Jalan kaki tak sampai 5minit jer, tapi sebab kitorang jalan sambil usha kiri kanan, lebih la 5minit tu. Hehee~ 

Sampai hotel jer, terus rehat hilangkan penat seharian travel dari JB ke Gili Trawangan ni. Fuhh...jauh perjalanan nak sampai Gili Trawangan nih. Sebab penat sangat, gambar hotel pun tak sempat nak ambik. Kat sini, kami stay kat Permata Bungalow. IDR700,000 untuk 2 malam, termasuk breakfast (lebih kurang RM205.00). Hotel bajet jer pun. Asalkan boleh rehat. gituu.... 

Sebenarnya aku berkenan kat hotel lain. Lagi selesa dari hotel ni. Cuma mahal sikit la, tapi still can afford. Ada beberapa hotel yang aku berkenan. Tapiiii....lokasi plak jauh. Nanti susah pulak nak jalan kat area pantai ni untuk cari makan malam & souvenir. Kalau naik basikal, banyak aku baca review, jalan kat sini sangat gelap waktu malam. Kalau kitorang berdua takpe. Ni bawak anak kecik lagi. Kalau naik cidomo tiap2 kali pegi balik, dah tambah kos lagi. Gituu cara orang fikir nak jimat budget. Kikiki....so aku book hotel ni jerlah. Tak payah fikir2 lagi.

Hotel kat Gili Trawangan ni agak mahal berbanding dengan hotel kat Senggigi. Biasa la kalau pulau camni. Tapi kalau dekat2 dengan area jeti & pasar malam, banyak hotel budget. So pandai2 la korang pilih kalau nak jimat budget.

Ok, nanti aku sambung lagi entri untuk malamnya pulak yer.

Thanks for reading! :)


** untuk itinerary dan bajet kos percutian kat Lombok ni, korang boleh klik entri ni : Itinerary dan Bajet Percutian di Lombok.
 
.

6 comments:

Nanie said...

good review nini. thanks tau

Nini Mohd said...

@nurul harnani kasmari ur welcome nanie. :)

Norlaili A Wahab said...

Assalamualaikum nini. apa nama pekan dekat area airport lombok tu ye? sebab ke gili trawangan tu kena naik bot jadi tu dah dikira keluar ke pulau kan? thanks ye

Miss Eydha said...

da beli tiket boat awam tu, nanti just terus naik je ker? atau ade tym2 dia..

Nini Mohd said...

@mojaro
w'salam. kalau tak silap, pekan Mataram.
kalau nak ke Bangsal Harbour (jeti utk ke Gili Trawangan) dari airport, akan lalu pekan Mataram. pastu lalu Senggigi. pastu baru la sampai ke jeti.
a'a, kena naik bot, awak. blh naik bot awam @ speed boat.
yup, kalau ke gili trawangan tu dah keluar ke pulau. gili trawangan tu pulau. actually Lombok pun pulau jugak. hehee~

Nini Mohd said...

@Miss Eydha
ada time2 dia, awak.
bila dah beli tiket tu awak tunggu jer kat jeti tu. nanti diorang akan buat announcement @ akan ada org panggil2 penumpang2 kat situ.
tp kena tanya2 jgak la diorang. jgn duk tunggu jer.
sbb masa naik dari jeti Bangsal tu, diorang cakap bot belum ada. tapi bila diorang panggil, bot dah hampir penuh. memang ramai yang naik bot awam tu.