As-Salam dear readers.
Selamat pagi Isnin.
Sambungan dari entry sebelum ni : Langkawi Day 4 (Part 2).
Khamis, 09.01.2013.
Hari terakhir di Langkawi. Flight kami maybe petang. "Maybe", sebab kami tak book tiket. Main terjah jer. Tak bimbang sangat sebab flight KL-Langkawi-KL banyak jer setiap hari. 9-10 penerbangan setiap hari kot.
So pagi2 kami bangun, pegi breakfast dulu. Plan kami harini, nak borong coklat kat Haji Ismail Group, dan nak beli ubat-ubatan kat Sireh Lagenda Langkawi.
Lepas checkout, sempat bergambar kenangan kat depan hotel.
Kat bawah hotel/guesthouse ni ada kedai. Tapi tak pasti la kedai apa.
Sepanjang 3 malam kami duk sini, tak pernah plak jenguk.
Asyik berjalan ke sana kemari jer. Balik hotel pun dah malam. Huhukk~
Macam biasa, breakfast kat gerai ni.
Tapi biasanya kami tapau jer. Harini breakfast terus kat sini.
Sempat borak2 ngan makcik & pakcik tuan punya kedai ni & sorang customer dia yang bercakap tak henti2. erkk..
Gerai ni kat depan Pasaraya Borong Kuah Sdn Bhd.
Menuju ke Haji Ismail Group.
Borong coklat banyak gila!
Ada yang orang kirim, then nak bagi kat family, staff, etc.
Tapi rasanya banyak yang untuk diri sendiri. Aku kan "hantu" coklat. Hukhukk~ ;p
Pastu kami ke Sireh Lagenda Langkawi plak.
Sebenarnya boss aku yang kirim barang kat sini.
Kebetulan aku pun ada nak beli minyak gamat.
Tapi end up, aku yang beli banyak benda. sigh~ -.-
Pastu kami menuju ke Pantai Cenang pulak.
Sebab hari sebelumnya tak dapat ambik gambar kat sini, kan.
Sanggup datang balik semata2 nak ambik gambar kat sini, kan. Kehkehh~ ;p
Yehhaaaa~ ;p
Suasana Pantai Cenang di pagi hari.
Ada jer orang yang duk jalan2 kat sini.
Pastu masa nak pegi ke kereta, lalu ikut chalet2 ni.
Terpesona sekejap. Aku memang pantang tengok chalet2 camni.
Memang berkenan.
Betul2 depan pantai. Bangun pagi, boleh terus terjun laut. Hahaha~
Macam teringin jer nak duk sini kalau datang Langkawi next time. Eh2...
Delta Motel & Restaurant namanya.
Then layan Encik Suami memancing kat tempat yang kami pegi semalamnya, dekat ngan The Lanai Beach Resort.
Encik Suami tak puas hati sebab semalam dapat mancing sekejap jer.
Best jer tengok orang duk main parasailing kat pulau kecik depan tu.
Serius tinggi.
Sebenarnya aku pun teringin nak try aktiviti2 ni.
Tapi.....errrr.....ntah la. Tak berapa confident kot. Hohooo~
Lagipun macam mahal sangat harga dia. -.-
Takpe, maybe next time. ;)
Siap ada orang berenang lagi kat tengah laut, dari pantai tu.
Nak kemana pun tak pasti la plak kan.
Tapi dia siap pakai something kat tangan, macam untuk cepatkan kayuhan tangan dia *hambek, kayuhan kauuuu? ;p
Pantai kat depan The Lanai Beach Resort.
Boleh sewa jet ski jugak kat sini.
Encik Suami agak hampa. Tak dapat hasil. Huhuu~
Deck chairs hanya untuk tetamu hotel sahaja.
Kalau tak takut kena halau, sila la gatal2 pegi duduk rilek2 santai2 kat situ. ;p
Pastu Encik Suami perasan macam ada something bocor dari kereta tu.
Maybe air ke ape ntah.
Alahaii....kereta buruk ni banyak ragam betul la.
Haritu ada bau hangit. Sekarang bocor pulak.
Kecewa sungguh sewa kereta macam ni. -.- '
Masa pulangkan kereta kat abang yang sewakan kereta ni (kat airport), Encik Suami bagitahu la pasal bocor tu. Dia tak tengok pun, pastu cakap ok nanti dia tengokkan. Cehh...bukannya nak bagi diskaun pun.
Sebenarnya kan, agak bengang jugak la sewa kereta macam ni. Dah la buruk, pastu asyik buat hal. Tak sangka pulak dapat kereta camni. Side mirror pun dah patah, hampir2 tercabut. Dia just letak kertas lipat2 jer untuk ketatkan.
Masa hari ke berapa ntah, masa kami on the way ke Cenang lalu short cut, tetiba jer ada bau hangit. Suspen iols. Terus suruh Encik Suami berhentikan kereta kat tepi jalan & matikan enjin dulu. Encik Suami cek2 kat bahagian enjin, macam takde apa2. Tapi tak tahu la kan. Laki aku tu bukannya mekanik. Haha~
Pastu bila hidupkan balik & teruskan perjalanan, ok plak. Maybe tak boleh tekan minyak banyak sangat. Sebab masa tu Encik Suami tekan minyak kemain lagi. Terus keluar bau hangit. Pastu aku asyik pesan jer kat Encik Suami, bawak slow2, bawak slow2...jangan tekan minyak kuat sangat...
Haritu, cermin tak dapat naikkan. Jenuh jugak la kami duk usaha naikkan balik. Takkan nak tinggalkan camtu jer. Bahaya. Berkali2 kami telefon abang yang sewakan kereta tu. Dia ada ajar camana nak naikka. Tapi takde nyer jalan. Puas usaha, sampai aku dah rasa bengang. Nasib baik la dapat naikkan. Pastu memang aku dah tak turunkan lah. Huh.
Eh, bukan nak hina kereta buruk. Tapi macam tak worth la dapat kereta macam ni. Memang la murah, tapi tak patut la sewakan kereta yang banyak problem kat pelancong. Tak kesian kat orang ke. Tak patut la meniaga camni. Tau nak untung jer. Haiihhhh....
So moral of the story, cek la dulu kereta yang korang nak sewa tu. Kalau sewa ngan ulat camni, seeloknya jangan bagi duit dulu sebelum dapat kereta. Kalau dah bagi duit pun & kata la korang dapat kereta buruk yang korang rasa tak boleh jalan, mintak la tukar kereta lain.
Masa mula2 dapat kereta tu, Encik Suami ada jugak tanya ada kereta lain ke tak. Tapi takde. So tak kisah la. Tak sangka pulak jadi banyak masalah camni. -.-'
So ini lah hasil borongan masa hari terakhir kat sana :-
Coklat, gula2, kacang, dan coklat lagi.
Happy sesangat dapat coklat yang banyak! Boleh buat stok untuk beberapa minggu.
Minggu jer ok, bukan bulan. Sekejap jer aku bedal. haha... ;p
Eh, tapi aku tak bedal semua tu la.
Ada yang nak bagi kat orang, ada yang orang kirim.
Yang orang kirim.
Ni yang aku punya. Ada yang nak bagi kat orang.
Fridge magnet!
Rasanya ada la 5 untuk letak kat peti sejuk sendiri.
Yang lain2 tu souvenir untuk family & friends.
Ok, tamat la sudah percutian kami selama 5 hari 4 malam kat Langkawi. Dan tamat lah sudah entri Langkawi ni. Berbulan2 baru habes update. Hahaa~ ;p
Thanks for reading. ;)
.
Tweet
4 comments:
Byknya gula gula diaaaa..
Sedapnya
wah mcm best je g langkawi.. pernah 2 kali je smpi langkawi.. itu masa skola.. trip skola.. hahahaha..
Nini, parasailing tu sgt best okeh! Hehe saya try masa g honeymoon tahun lps...seronok gile. Terbang bebas di awangan. Cewah. Nt boleh la try
Sikit coklattttt! Hehe..kita ada gak fridge magnet london paris. Kalau nak Mek kat www.zuraida.com
Post a Comment