Showing posts with label Nilai 3. Show all posts
Showing posts with label Nilai 3. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Dari Midvalley Megamall ke Nilai 3.

Hari Rabu minggu lepas, aku kat Banting. Disebabkan 1 baju sanding dah siap, misi seterusnya adalah memburu kasut untuk resepsi pulak. Dah alang2 dekat ngan KL tu, so aku decide untuk cari kasut kat KL dulu. Malas nak pegi jauh2, aku decide untuk pegi Midvalley jer. Senang. Naik komuter jer, tak payah tukar2 LRT @ monorail lagi.


Tapi memang sangat sakit hati kalau tunggu komuter. Sejam tunggu, baru sampai. Hampeh. Habis lari perancangan & masa aku. Huh. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah & tak pernah meningkat pun mutu perkhidmatan.


Ok, enough ngan luahan perasaan.


Satu Midvalley tu aku jelajah. Tak jugak jumpa kasut yang memenuhi kriteria & kena ngan warna baju sanding. Dah la ramai manusia. Nak jalan pun pening kepala tau. -.-






Terus pegi The Gardens. Masuk Robinson. Ada berkenan ngan 1 kasut ni. Zhang Toi. OMG. Gojes giler. Aku dah decide nak beli. Tapi bila request saiz, takde la pulak. Kasut yang display size 8 tu la the last pair. Sedih.


Dah malas nak jelajah tempat lain lagi. Takut tak sempat nak pegi Nilai 3 plak. Terus bergegas beli tiket komuter balik Nilai dengan perasaan kecewa. T_T


Dah agak petang baru sampai ke Nilai 3. Kedai pertama yang aku tuju, Thank-Q Pavillion. Mana la tahu kot2 ada clearance sale lepas kedai ni terbakar bulan lepas.


Sayangnyer barang2 dalam kedai nih terbakar. -.-
(klik gambar untuk lebih jelas)



Ada kanopi kat luar. Excited jugak aku time tu. Ada sale ke?


Rupa2nya diorang baru angkut barang letak kat luar & bersihkan rak kat luar tu. Mungkin diorang akan buat sale lepas siap susun barang. Kiranya ter-awal la aku datang ni. Tak kena timing. Mungkin sekarang ni diorang tengah buat sale? Adehhh~ kalo betul, melepas la. -.-'


So, B2B yang duk dekat ngan Nilai 3 ni, boleh la jenguk2 kat sana. Mana tau diorang tengah buat clearance sale sekarang ni. Kan?


Then, aku sebenarnya dah berhajat nak beli bekas kaca untuk letak hantaran kat kedai ni. Tapi takde rezeki la. Dah puas aku pusing2 satu Nilai 3 tu. Takde jugak bekas kaca yang aku nak cari tu. Hukhukk~ 



Oh. Sale di mana2.


Singgah beli Sup Berdengung. Encik Tunang teringin sangat nak makan Sup Berdengung nih.


Terkejut tak? Hewheww~ ;p




Disebabkan masa sampai Nilai 3 tu dah agak petang, tak sempat la nak betul2 jelajah satu Nilai 3 tu. Sempat beli beberapa barang jer. Cuma bekas kaca jer tak dapat beli. Kena cari kat tempat lain la nampak gayanya. -.-


Ok bye.


Thanks for reading. ;)



.

Friday, April 6, 2012

Thank Q Pavillion kat Nilai 3 kebakaran. Yer, aku baru tahu. -.-

Pagi tadi masa on the way pegi keje, dengar radio. Terkejut dan macam tak percaya bila dengar satu announcement ni. Announcement pasal gedung perkahwinan Thank-Q Pavillion kat Nilai 3 musnah dalam kebakaran dan tutup operasi, dan akan dibuka secepat mungkin.


Rasa macam...betul ke ni? Rasa macam baru jer aku pegi kedai ni bulan lepas. Kenapa aku tak tahu ye. So, tadi aku terus Google pasal berita ni. Memang betul pun. Rupanya2 kedai ni terbakar seminggu lepas aku pegi sana bulan lepas.




 Waaa....sayangnyer barang2 ni semua terbakar.



SEREMBAN 15 Mac - Sebuah gedung menjual aksesori serta kelengkapan perkahwinan terbakar dalam kejadian di Nilai 3, Nilai, dekat sini malam tadi, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.

Kejadian pukul 9.15 malam itu memusnahkan empat daripada lapan lot kedai gedung tersebut.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam.

"Seramai 28 anggota bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 telah bergegas ke tempat kejadian.

"Kami tiba di lokasi kira-kira 13 minit selepas menerima panggilan dan mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya di sini hari ini.
...



Sumber : Carigold





Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, gedung yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pusat Perkahwinan Sehenti Terbesar Di Malaysia, musnah dalam kebakaran menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.

Sumber : Harian Metro




2 Juta? Seriously? Giler lah. Maunyer meroyan. Tapi tengok la hasil jualan harian dia. Almost RM50,000-00 ok. RM50,000-00 tu termasuk duit aku jugak. errr...


Kesian jugak kat B2B yang tempah hantaran kat situ. Bayangkan kalo majlis dah nak dekat? Kalo lagi sebulan dua takpe kot. Kalo lagi seminggu? Dua tiga hari? Terus jadik bridezilla.


Pastu aku pun dah rasa tak best dah. Sebab aku dah plan nak pegi beli barang kat kedai tu minggu depan. Nak beli bekas kaca untuk letak barang hantaran, ngan polysterin. Kedai ni jer yang jual banyak bekas kaca & harga pun murah2. Masa aku pegi bulan lepas, banyak betul bekas kaca tu, berbanding ngan masa aku beli bekas kaca tu bulan Februari lepas. Maybe stok baru agaknye. And all of it dah musnah dalam kebakaran sekarang ni? Aduhh~


This is one of my fav kedai. Sebab banyak barang yang murah, berbanding ngan kedai2 lain. Especially bekas hantaran, polysterin, crepe paper.


Nampaknya terpaksa la pusing2 round2 satu Nilai 3 tu lagi untuk cari barang yang aku nak tu. Or maybe boleh pegi kat cawangan dia yang lain kat situ.



*p/s : kesusahan yang menimpa kedai ni, jadi rezeki untuk kedai2 lain. mesti orang beralih kedai lain, kan.


.

Saturday, March 10, 2012

Outstation ke Putrajaya. Singgah ber-shopping di Nilai 3.

Hari Khamis aku out station. Ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Plan asal nak bertolak lepas keje hari Rabu. Tido jer kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting, then pagi terus pegi Putrajaya. Tapi hari Rabu tu banyak pulak keje kat office. Tak boleh balik awal. And badan pun penat yang amat. Mata pun ngantok giler. Tengah keje boleh nak tertido. <---kesan tak cukup tido sejak berminggu2. -.-


Camane nak drive jauh, kan? So, terpaksa la bertolak awal2 pagi hari Khamis tu.




Harini hari Khamis.
Eh, bukan harini la. 2 hari lepas. ;p


Tahu tak betapa nervousnyer aku pegi kes tu? Tuhan jer yang tahu. Tapi kemudiannya keluar dari mahkamah ngan hati yang sangat lega. Alhamdulillah. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat dalam masa tak sampai sejam tu. Rasa sangat bertuah pegi kes tu. Syukur~


Lepastu hati dah berbunga2. Kenapa? Sebab dah plan dari awal nak pegi shopping kat Nilai 3! Yehhooooo!!!!!


Lepas breakfast kat cafe mahkamah, terus pegi ke Nilai 3. Nak beli beberapa barang untuk wedding nanti, i.e. paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin perempuan, doorgift untuk rombongan pengantin lelaki, untuk rombongan pengantin perempuan dan polysterin.


Sebelum ni dah borong banyak barang kat sini. So, kalini tak beli banyak barang sangat, sebab kebanyakannya dah ada & dah beli.



 Here i come. ;p







I'm loving these blue flowers. Tapi mahaiii~



Oh, Nilai 3 haritu sangat lengang, tak ramai orang. Yerlah, kan weekdays. So, agak senang hati nak pusing2 ngan kereta dan nak cari parking.


Yang aku nak cari ni, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki & perempuan.  Untuk kedua2 rombongan ni, nak isi banyak barang. So, nak cari yang besar sikit la. And yang cantik! Cantik di mata aku la, kan. ;p


Sebelum ni dah merata2 aku cari paperbag camtu! Tapi tak jumpa yang berkenan. I mean, yang besar + ikut warna tema majlis + cantik. Adehhh~ kenapa la susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati.


So, masa pegi Nilai 3 tu, aku grab jer mana2 yang ok. Malas dah nak pikir banyak2. Yang penting, cukup besar untuk masukkan barang2, dan tak "lari" dari warna tema majlis.




Paperbag untuk doorgift rombongan lelaki.
Aku mahukan warna biru lembut.
Tapi takde yang memenuhi kriteria yang aku nak.
Warna ni pun ok la.
Nanti aku tambah jer reben biru kat situ. *kalo rajin.



Yang penting, ada pantun ni kat situ.
Khas untuk rombongan pengantin lelaki yang datang dari jauh. ;)



Harga paperbag ni tersangat lah OK. Harga yang tertera kat situ RM7.90. Tapi warna yang ada hanya warna ni dan warna hijau. Tu pun tak banyak. Diorang nak clearkan stok. Takkan nak ambik warna hijau kot? So, aku ambik warna ni, sebab boleh letak riben biru kat situ.


Aku ambik 2 paket. Warna ni ada 2 paket tu jer. 1 paket sepatutnya ada 10pcs, macam biasa la kan. Tapi 1 paket lagi ada 15pcs. Then bila aku bayar, dia bagi harga RM10 untuk 2 paket. Woww~ sangat murah la kan. Bukan setakat OK dah harga dia nih, tp memang murah sangat2. Then orang tu bagi 1pcs lagi, which is balance yang ada kat situ. Huhuu~ So, total aku dapat 26pcs untuk harga RM10.


Oh, lupa nak bagitahu. Paperbag ni beli kat kedai Bagus Setempat.




Paperbag untuk doorgift rombongan perempuan.



Biasa jer paperbag ni. Tapi ok la, sebab besar & muat doorgift yang aku nak letak. Tak suka ngan logo VR Star kat situ. Tapi nak buat camane. Yang ni jer yang aku berkenan dan cukup besar, dan ikut warna tema majlis. Harga pun ok la, tak mahal sangat. RM6.90/10pcs, beli kat VR Star.




Dah cukup besar dah tu.



And aku ada beli ini jugak ---->>>>








Kotak telur.



Harganya seperti tertera kat situ. RM2.00 sahaja. Ada 30pcs. So, satu pc lebih kurang RM0.067. Tak sampai 10sen pun. Beli kat PISB. Banyak jugak kotak telur kat situ. Tapi semuanya stok lama. Stock clearance la ni. Ada yang cantik. Ada yang buruk giler. So, kena pandai pilih. ;)


Actually tak tau lagi nak pakai ke tak. Just prepare jer. Tu pun aku tak beli banyak. Maybe akan guna untuk letak dalam doorgift untuk kawan2. Sebab untuk tetamu lain, dah beli uncang. Letak telur dalam uncang jer. Cute ape. Hihii~


Ok, so kebanyakan barang untuk preparation wedding yang perlu dibeli kat Nilai 3 ni dah beli. Especially barang untuk menggubah hantaran. Lepasni maybe dah tak outstation ke Putrajaya lagi. Tak dapat dah nak singgah Nilai 3. Kes yang aku pegi hari Khamis tu pun dah habes & dah dapat keputusan dah.


Aku hanya pegi Nilai 3 kalo outstation ke Putrajaya atau ada urusan lain kat sana. So, save kos transport sebab kalo outstation, dapat travelling allowance. ;p Takkan la nak datang Nilai 3 dari JB semata2 nak beli barang2 untuk wedding, kan. Memang la barang kat sana murah2 (tak semua). Tapi kos minyak + tol dari JB pun dah brape, kan.


Ada beberapa barang lagi kot yang tak beli. Its ok, lain kali boleh beli. InsyaAllah kalo ada rezeki, boleh datang sini lagi. Or boleh beli kat tempat lain jer.



Ok bye. Nak sambung menggubah hantaran plak. Sambil tengok drama seram kat TV3 nih. ;)




.

Thursday, February 16, 2012

Nilai 3. Ayer Hitam. Untuk ke-sekian kalinyer.

Dua minggu lepas aku outstation. KAT SINI. So, weekend dan time cuti tu memang stay kat rumah kakak Encik Tunang. Jalan2 cari barang, jalan2 cari pasal. Hahaa~

Jumaat 03.02.2012 - Putrajaya, Bukit Bintang, Jln TAR
Sabtu 04.02.2012 - Nilai 3
Ahad 05.02.2012 - GM Klang, Jalan TAR
Isnin 06.02.2012 - Nilai 3
Selasa 07.02.2012 - Ayer Hitam, balik JB



So, as you all can see, 2 hari aku pegi Nilai 3. Tapi disebabkan hari Sabtu tu aku pegi Nilai 3 dah agak petang, & kedai2 kat sana pun tutup awal (around pukul 7pm, banyak kedai dah tutup), so banyak la barang yang aku tak sempat nak beli.


Jawabnyer, kena la pegi lagi hari Isnin tu.


Bungaaaa~


Antara barang yang sempat shopping :-
- crepe paper
- paper twist ribbon
- bunga maggar
- polisterin
- bekas kaca
- satin ribbon
- woven bag
- tassel
- pin (untuk rosset)
- felt cloth
- bunga
- rose petals
- uncang
- etc.


Banyak lagi kot barang yang aku beli. Ntah. Tadi baru aku sempat senaraikan barang2 yang aku dah beli kat Nilai 3 ni & kira total damage yang dah terbang dari purse. So, total damage ------>>>




 WOWW~
Tahniah kerana berjaya mengalirkan duit sebanyak itu. T_T




Tu semua barang aku beli untuk DIY tau. Ape kau ingat nak DIY tu jimat sangat?? T_T


Hari Selasa, pukul 9pagi bertolak balik ke JB. Lebih kurang tengahari, sampai kat Ayer Hitam. Kau expect ape kalau dah lalu kat Ayer Hitam? Mesti la aku singgah walaupun takde plan nak beli ape2 pun.


Walaupun takde plan nak beli apa2 & just nak cuci mata....boleh la pulak, kan?


Masuk PISB. Baru teringat. Bucu/sudut untuk bantal hantaran belum beli lagi. Kat Nilai 3 pun tak jumpa. Kalo ada pun, kaler gold jer. Aku nak kaler siler. Tapi kat PISB pun takde stok. Ada 3 set jer. Cukup untuk 3 bantal. Tak kisah lah. Aku beli jugak. Yang tak cukup tu nanti aku beli kat tempat lain plak.


Andddddd....paling tak boleh blah bila masuk kedai Ah Soon. Cawan yang aku beli sebagai sample kat ENTRI NI, yang bulan lepas harganya RM1.50 per piece. Sekarang dah turun harga RM1.00 per piece.



Ni cawan vintage tu.


So, aku grab beberapa pieces cawan vintage tu. Tak banyak pun. Just nak buat gift untuk VIP jer. Ok, nama jer untuk VIP. Tapi tak semestinya mahal, kan. ;p


Kalo ikutkan, nak jer aku beli 1000 lebih untuk buat doorgift untuk majlis sebelah lelaki. Tapi macam mana aku nak bawak balik? Nak sumbat dalam Myvi aku yang dah sedia penuh ngan barang2 yang beli kat Nilai 3 tu? Muat la pulak. Kalo Myvi tu kosong takde barang pun takkan muat lah 1000 lebih cawan nih. And tak tahu la ada stok ke tak sebanyak yang aku nak tu. T_T


Jar kat ENTRI SAMA pun dah turun harga dari RM1.20 ke RM1.00 per piece. Eh, apekes?


Total damage kat Ayer Hitam ------>>>




Boleh la...


Lepasni tak tahu la bila lagi ada peluang pegi Nilai 3. Sebab maybe aku dah takde outstation ke Putrajaya sampai aku kahwin. Maksud aku, outstation sorang2, bukan ngan boss. Sebab tu haritu aku borong jer semua yang belum beli lagi. Lain kali dah tak datang dah.


Ayer Hitam? Maybe ada peluang nak pegi lagi. Alahh...dekat jer pun ngan JB. Tak payah tunggu out station baru nak singgah Ayer Hitam tu. Cuma kos minyak + tol lah yang bertambah.


Eh, kenapa aku duk bersungut sangat nak ke Nilai 3 & Ayer Hitam nih. Bukannya ape. Kat JB ni susah nak cari tempat yang jual macam2 jenis barang kahwin yang murah2. Kahwin's? Bright Sail? Dios? Yer, memang ada kat sini. Tapi lagi mudah nak membeli belah kat Nilai 3 atau Ayer Hitam, semua barang ada. Betul tak?


Ok bye~


Tuesday, December 13, 2011

Ayer Hitam - Nilai 3 - Kajang - Nilai 3

Minggu lepas minggu yang tersangat busy. Busy dengan macam2 hal. Pegi tengok dewan kat kampung Encik Tunang. Oh, sangat tak puas hati ngan dewan tu. Tak berapa berkenan. Entah lah. Malas nak cakap. 


Hari Ahad, 04.12.2010. Pegi Ayer Hitam. Actually kitorang on the way pegi Selangor. So, singgah la kat Ayer Hitam sekejap. Survey2 apa2 yang patut. Ada la beli few things. 



Comel ok!
And i'm so inspired!
Ni kat PISB, Ayer Hitam. Memang comel. Tapi agak mahal. -.-'



The next day, hari Isnin. Pegi Nilai 3 plak. Beli barang sikit2.


The next day lagi, hari Selasa. Pegi Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Aku saje ambik cuti hari Isnin sebab hari Selasa tu ada kes kat Putrajaya. So, lepas settle kes kat sana, terus aku pegi Kajang. 


Sebenarnya aku tak pernah pegi ke Kajang dari Putrajaya, dan tak tahu pun jalan pegi sana. Aku tawakal jer ikut signboard. Alhamdulillah...akhirnya sampai jugak ke Kajang. 


Bila dah sampai Jalan Reko tu, teringat balik zaman belajar kat UKM dulu. Pekan Kajang tu la aku selalu pegi beli barang. Naik bas RapidKL, pegi Metro Kajang, Mydin, naik bas balik kampung kat hentian bas Kajang. Wahh...memory betol. Dan teringat jugak macam2 kesusahan yang kena dilalui masa study dulu. Yerlah, aku memang orang susah. 


Ok, straight to the point. Buat ape aku pegi Kajang?



Aku ke sini... 
Pasaraya Bekalan Bakeri Bagus. 



Sebelum ni aku ada baca kat blog b2b, tapi tak ingat dah b2b yang mana. Kat sini ada jual macam2 barang bakeri. Doiley paper & paper bag pun ada. Boleh la buat DIY project for wedding, kan. Memang aku tengah mencari doiley paper ngan paper bag nih. 


So, dah alang2 pegi Putrajaya, melencong la ke Kajang kejap. Bukannya jauh pun Putrajaya ngan Kajang. 


Kedai ni kat Metro Point. Sebelah 7Eleven. Alamat :-

NO.3A, Jalan Jelok 6
Metro Point 43000 Kajang, Selangor




Tak susah la nak cari kedai ni. Maybe sebab aku dah agak biasa ngan jalan2 kat Kajang. Sebab selalu datang sini time study dulu. Tapi takde la expert sangat. Sebab dulu pun kalo pegi mana2, naik bas jer. Tak hafal jalan pun.



Nampak tak doiley paper kat situ?


Aku ada beli few things jugak kat sini. Nanti la aku post ea. Sebenarnya aku nak cari color doiley paper. Tapi takde la pulakk~ Kat mana nak cari hah?? -.-


Lepas beli barang kat sini, pegi Nilai 3 pulak. Amboihh...kemain merayap eh.


Tapi disebabkan nak pegi Nilai 3 tu lalu depan UKM, ape lagi. Singgah la UKM kejap. Woahhh...dah lama giler tak menjenguk UKM nih. Kali terakhir datang, masa konvo. Bulan August 2009 kalo tak silap aku. That was 2 years back!


Lepas round2 kat UKM, terus pegi Nilai 3.



Cantek. 
Pelamin kat depan Astana Mayang Sari.



Masa tu la aku membeli tak boleh belah. Hasil boleh tengok kat ENTRI NI. 


Macam2 aku beli.Sekarang kat sana banyak kedai yang ada sale. Hampir semua kedai kot. Tapi tak semua yang murah la. Kena pandai pilih & kena pusing2 banyak kedai banyak kali. Untuk compare harga, cari barang yang betul2 kita nak, dan macam2 la kot. Can you imagine how tired i am??


Nasib baik aku beli belah sorang2 jer. Kalo pegi ngan Encik Tunang, confirm kena bebel. Eh, orang lelaki memang camtu ea. Diorang tak faham ea apa yang kita tengah buat nih. Takkan la pegi satu kedai terus nak beli. Kan kan kan? Eh2, ter-bebel kat sini plak. Tak kisah la kan. ;p


Back to our story. Walaupun dari petang kat sini, rasa macam tak sempat nak beli semua barang. Ada few things yang tak jumpa. Ada yang tak sempat beli. Tau la kalo weekdays. Kedai memang tutup awal.


Its okay. At least dah beli banyak barang untuk DIY macam2 benda. Nanti aku reveal satu2.



So, tu la kisah penat aku dari JB - Ayer Hitam - Nilai 3 - Putrajaya - Kajang - Nilai 3. Bulan depan maybe pegi Putrajaya lagi. Kalo pegi, boleh la singgah beli barang kat Nilai 3. Hopefully masa tu still ada sale. Huihh...sepanjang masa nak sale ajer, kan. ;D




Ok bye~ 



.

Sunday, October 30, 2011

Nilai 3 to Putrajaya to Nilai 3

Last Deepavali aku ke Nilai 3. Actually hari Khamis tu ada kes kat Putrajaya. Then anak saudara pulak dah dapat kerja kat Sepang, kena lapor diri on 28th. So,dia pun ikut la aku sekali, sekaligus jadi teman aku drive & teman berjalan2 kat Nilai 3. Hehee~


Actually (lagi) aku plan nak bertolak pagi. So, maybe tengahari atau petang sikit sampai kat Nilai. Sempat uruskan apa2 yang patut untuk anak saudara aku tu & boleh terus pegi Nilai 3. Tapi hampeh, aku bertolak tengahari. Sebab? Saje, suka2, atau yang paling tepat = MALAS. Heheee..agaknya penat sangat kot. Tu yang malas semacam jer. *alasan 


So, setelah jadi pemandu berhemah (cehh) dengan hanya 110km/hr dari JB ke Nilai dan 90km/hr kat Melaka , sampai la kat Nilai around 4pm. Ke situ, ke sini, ke sana menguruskan apa2 yang patut untuk budak tu. Akhirnya pukul 6++ baru bertolak ke Nilai 3. Dekat pukul 7 malam jugak la sampai sana. 


Dah time camtu, nak jalan pun tak best. Tambah pulak ngan hari hujan. Lagi la tak best nak jalan2. Huaaa~~ Masa ni la nak salahkan diri sendiri sebab tak bertolak awal2. 


Tapi part yang best, kat situ dah tak ramai orang. Sebab masa kitorang sampai, banyak kereta yang tengah nak keluar dari Nilai 3. Kitorang baru sampai, diorang dah balik. Jalan pun jem giler. So, time kitorang balik pulak, jalan dah lengang. Hehee~ part ni yang best. ;) 


Eh eh..baru sampai, dah cerita part balik ke? Belum balik lagi. Baru jer sampai nih. ;p 


Nak parking pun tak susah. Korang bayangkan kalo time cuti, betapa sesaknya Nilai 3  tu ngan manusia dan jugak kereta? Huh.





First kedai yang masuk, mesti la VR Star, sebab tu kedai yang pertama. 



Dilarang ambik gambar. 
Eh, so aku tengah buat ape nih? Kahkahh~ ;p 



Sebenarnya aku ke Nilai 3 ni sebab nak cari bunga & survey barang2 untuk wedding nanti. Survey jer. Beli lain kali, bila aku datang lagi ke sini. Bulan 12 nanti ada kes kat Putrajaya lagi. So, maybe time tu boleh beli apa2 yang patut. =) 
Haritu sempat pegi ke beberapa kedai jer. VR Star, Astana Mayang Sari, U n Me (camni kot nama kedai tu.lupa daa..), dan ada la beberapa kedai lagi. Hari dah malam. Badan pun dah penat. Kedai pun dah banyak tutup. Hari pulak hujan. Wuwuuu~ T_T 







The next day (Thursday, 27.10.2011), pegi Putrajaya.




Nephew yang jadik mangsa kena teman aku pegi Nilai 3 & Putrajaya. ;D




Lepas habis kes, aku bawak budak ni pegi jalan2 kat Alamanda Putrajaya. Upah teman ke? Tapi takde belanja dia ape2 pun. Just belanja makan jer. Itu pun makan kat cafe mahkamah Istana Kehakiman jer. Hehee~ 


Lepas jalan2 kat Alamanda, aku dengan gighnya drive pegi Nilai 3 pulak. Ni semua sebab tak puas jalan2 survey barang semalamnya. Hehee~ 



Bungaaa~


Antara barang yang aku nak survey : bunga, pasu, doorgift, paperbag, errr...ape lagi ek. Semua la kot. Ada yang aku dah jumpa yang berkenan. Tapi bunga tak jumpa. Kaler bunga yang aku nak tu...mak aih....punyerlah susah nak cari. Seriously, susah. Kat Romantika kat Plaza Angsana, JB pun aku dah cari. Tapi takde. Hukhukk~ =(


Akhirnya aku just beli crepe paper ngan white flower tape. Hajat hati nak try men-DIY something. Tapi ntah jadi ntah tidak.


Masa kat Nilai 3 tu ada jumpa doorgift yang macam aku nak (macam yang aku nak, bukan macam guest nak. kehkehh~ ;D ). Harga agak murah untuk doorgift saiz tu. RM1.99/pcs. Actually harga dia RM2.50/pc. Sekarang tengah promosi. Ni diorang yang tulis kat situ la. Tak tau la ni harga just nak impress customer ke ape.


Tapi kalo beli banyak pun, harga tetap sama. Cuma kalo beli banyak tu, dapat free paperbag (jenis kotak tu), sama kuantiti ngan doorgift yang kita beli tu. Ok a tu, kan.


Murah tu memang murah. Tapi kalo aku beli 1000pcs,  dah RM1999 dah. RM1999 Untuk doorgift sahaja? Perghhh~ kayap lah.


Kawen kawen kawen = duit duit duit. 


Duit terbang. Bukan duit masuk poket. 




Ok bye~



.

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali! Ke NIlai 3. =)

Good morning! 
Happy Deepavali to those who celebrating. May the light of Diwali fill your lives with happiness.






Cuti ni korang buat ape?


Aku? Esok aku ada kes kat Mahkamah Rayuan, Putrajaya. So, dah alang2 harini cuti, bertolak la awal2. Japlagi akan bertolak ke sana. Nak pegi jalan2 kat Nilai 3 dulu. Nak survey2 apa2 yang patut. Weehoooo~ *eleh, suka sangat la konon. ntah dapat shopping ke tak. -.-



.

Tuesday, August 9, 2011

Mari bershopping @ Nilai 3. Sampai ke Jusco Seremban.

Bulan lepas aku ngan Encik Kuneng pegi ber-shopping mopping kat Nilai 3. MasyaAllah, dah la barang2 kat sana murah2 giler. Time tu pulak tengah ada SALE. Agak2 apa perasaan korang kalo time tu korang pegi sana? Mesti nak borong semua, kan. hehee~


Tapi aku tak cakap la semua barang murah giler. Ada yang murah kat sini, kat tempat lain mahal. Ada jugak yang lagi murah kat tempat lain, even benda sama jer. In fact, ada barang yang kat JB lagi murah dari sini. So, kena pandai pilih. Yang bestnyer kat sini sebab semua barang ada. Boleh dikatakan dari A sampai Z. Kiranya one stop centre la.





Disebabkan terlalu busy cari barang, memang tak sempat nak snap gambar. Lagipun kebanyakan kedai tak boleh ambik gambar, siap ada salesgirl ikut jer memanjang. So, ambik gambar jalan jerlah. Hahaa~ ;DD






Aku rasa yang agak murah kat sini kedai VR Star kot. Kedai2 lain ada jgak yang murah. Dan haritu, hampir semua kedai peralatan pengantin kitorang masuk. Punyerlah bersungguh kitorang survey. Penat giler ok. Dah la orang ramai giler. Sampai nak parking pun susah. Yerlah, hujung minggu. Tengah sale pulak tu. Mau nyer tak ramai orang.


Dan kitorang membeli tak boleh belah sampai penuh bahagian bonet & bahagian belakang kereta. Hahaa~ Nasib baik pegi 2 orang jer. Ada jugak ruang nak letak barang banyak2. Ape yang aku beli haritu? Nanti la aku post entri lain plak. Gambar barang2 tu masih dalam kamera.


And you know what, lepas shopping kat Nilai 3 tu, kitorang terus ke Seremban, menuju ke Jusco Seremban. Walaupun dah penat tahap gaban pusing2 satu Nilai 3, tetap kuatkan diri meredah Jusco Seremban. Tak puas hati sebab tak jumpa kasut nikah yang dicari. Dan meneruskan misi memburu jam G-Shock untuk Encik Kuneng. Cewah, memburu lagi tu. ;DD





Mari memejam mata. Huahuaa~ ;DD



Dah penat jalan2 tu, tak reti2 ke nak menternak lemak? So, kitorang makan kat Food Court kat Jusco tu jer. Dah penat nak cari tempat makan. -.-




Beef steak untuk si gadis gimuk ini. Sangat sedap okeh.



Chocolate Ice Blended untuk si gadis gimuk jugak.




Encik Kuneng makan nasik lauk ikan + sayur.



ABC untuk Encik Kuneng.




Tapi Chocolate Ice Blended tu memang sangat mencabar keimanan dan kesabaran aku lah. Ade ke patut dia bagi straw yang kecik, sedangkan ada cincau dlam air tu? Korang bayangkan bila korang nak sedut, tersekat ngan cincau. Tak boleh sedut langsung! Even ABC pun dia tak bagi straw. Just bagi sudu jer.


So, Encik Kuneng kesiankan si gadis gimuk yang sedang membebel ini, dia pun pegi la mintak straw yang lagi besar. Tapi diorang cakap takde straw besar. Memang badigol sungguh orang yang jual beverages nih. Kau tau meniaga ke tak tau meniaga nih???


Akhirnya, Encik Kuneng ambik sudu jer untuk aku & aku makan dulu cincau tu sebelum sedut air. Huh.







Dan akhirnya, balik dengan hampa juga sebab kasut nikah yang dicari tak jumpa2 jugak. T_T


And to be fair, jam Encik Kuneng pun tak jumpa jugak.


Tapi tetap sedapkan hati : Takpe, at least harini dah beli banyak barang untuk menggubah hantaran. Hehee~





Ok bye~



.