Showing posts with label bintang kaki empat bulat. Show all posts
Showing posts with label bintang kaki empat bulat. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

sepuluh hari tak update. esok balik kampung. YAYY!!! ;)

Dear bloggie..awak sehat? 







Pehh~ sepuluh hari tak update blog. Dah berhabuk dah blog ni. 

Banyak yang aku nak update, tapi takde masa (alasan yang biasa aku bagi. ;D). 

Dalam seminggu ni aku busy semacam jer. Memang penat giler. Langsung tak sempat nak update blog. Ada jugak jenguk blog orang, blogwalking, dan tinggal comment sikit2. Cuma nak buat entry jer tak sempat. Nak update pasal trip pegi Universal Studio haritu pun tak sempat jgak. Bukan ape, nak upload gambar tu yang malas. Kena edit, letak watermark semua. Memang la aku malas. Nak kumpul gambar dari kawan2 pun dah satu hal. x(




Minggu lepas aku sangat excited. Excited bila kita dikurniakan rezeki dan bila usaha kita membuahkan hasil. Dan bersyukur bila rasa penat lelah kita selama ni berbaloi.

Minggu lepas aku pegi umah kakak aku kat Taman Delima 2. Aku dah cite kat ENTRI NI. Hari Ahad pegi lagi kat taman rekreasi kat Taman Setia Indah. Teman kakak aku ber-jogging. Aku tak jogging sebab tak bawak kasut. Kakak aku try batu refleksologi yang ada kat situ. Dia cakap bagus untuk kesihatan. Dulu dia pernah try. Bila bangun tido keesokan harinya, dia cakap badan rasa lega. 

Aku plak tak pernah try. So, aku try la berjalan atas batu tu.

Perghh~~ 

Saket giler ok. 

Tapi sebab bagus untuk kesihatan, aku gagahkan jugak jalan2, pusing 2, 3 kali kat atas batu tu. Kakak aku plak tabah betul. Lama jugak dia jalan2 atas batu tu. Memang sakit, tapi kesan dia bagus untuk kesihatan & peredaran darah dalam badan.




anak sedara ku yang bermulut becok. 
ek eleh. kau pakai selipar ape barangg?? ;DD






Dalam seminggu ni aku cuba lah membiasakan diri dengan kesayangan baru aku. Aku rasa kalo naik bas, lagi rilex kot. Sebab ada driver. Kita rilex jer kat seat tu, kan. Siap boleh tido lagi dalam bas. Kalo drive sendiri? Pehh~ penat. Dengan jalan jem lagi. Terpaksa plak berhadapan dengan driver2 lain yang tak bertimbang rasa (ada sesetengah driver la). Dah la aku ni baru pandai bawak kete. Lesen pun baru lagi. Wuuu~~ 

Tapi kalo takde kenderaan sendiri, susah jugak nak ke mana2. Keje aku ni bukannya duk diam kat office jer. Kalo duk kat office jer & tak perlu ke mana2, tak kesah la kalo takde kenderaan sendiri. Kesah jugak, tapi tak banyak. ;p

Takpe, aku bersyukur ada dia. Tapi dia kotor giler. Sejak bawak balik dari rumah akak haritu, aku bawak dia ke mana-mana dengan keadaan kotor. Nak basuh, tapi hujan tak henti2 plak kat sini. Kalo basuh, kang kotor balik. Plus, aku betul2 takde masa nak pegi basuh. Pegi keje pagi. Balik keje dah malam. Ada la plak masa nak cari kedai basuh kete?


See? Kotor giler. Macam 4x4 baru keluar dari hutan. 
Siap ada jalur2 lagi. Pastu siap boleh tulis2. 
(yang tulis2 kat habuk tu keje anak sedara aku)
Waaaaa~~~ T_T
Dari jauh dah nampak. Buat malu jer bawak kete kotor camni. 
Mesti orang ckap : pemalas betul pompuan ni nak basuh kete. T_T 


Akhirnya semalam aku berjaya bawak dia pegi kedai untuk di basuh. Lantak lah, hujan pun hujan lah. Yang penting, kotor2 yang berjalur2 tu hilang. Aku bawak ke kedai cuci kete sebelah Benafee Village. Yang bestnyer, lepas basuh kete jer, tiba2 hujan lebat + ribut. Great~ sobsob~ T_T




By the wayyy..sekarang ni tengah busy kat rumah. Mengemas + membasuh + mem-packing. Pagi esok  sebelum subuh insyaAllah aku akan bertolak ke kampung halaman di Terengganu. Wuuhuuuuuuuu~~~  

^_____________^  


Senyum sampai telinga.


Aku cuti seminggu untuk raya cina nih. Start harini. Perghh~ tak agak2. Macam aku plak yang nak beraya. muahahaa~ ;DD

Alah..aku cuti untuk balik kampung jer. Bukan selalu aku balik kampung. Kampung jauh, balik pun setahun 2kali jer kot (paling kurang). Maybe lebih. Sebab kalo nak balik kampung, kena tunggu ada public holiday yang panjang. Pastu tambah la cuti ngan apply annual leave. Baru boleh cuti puas2 kat kampung. Kalo cuti yang aku apply tu tak diluluskan, memang aku mogok ah kan. ngehee~ ;p

Dah lama giler tak balik kampung. Rindu ngan kampung halaman. Tapi risau jugak nih. Sebab sekarang ni banjir kat Johor. Aku dengar banyak jalan tutup. Harap2 perjalanan aku lancar dan takde halangan. Amin...


.

Saturday, January 22, 2011

Bersama kesayangan baru ;)

Salam bloggers.

Aku kembali menulis blog setelah kepenatan hasil pegi bersuka ria kat Universal Studio Singapore (USS) 2 hari lepas. Serius, memang penat giler noks! Semua gambar masih belum dikumpul dari kawan2. So, maybe few days lagi kot baru aku update entri for USS tu. huhuu~





Hujung minggu ni aku pegi umah akak aku kat Taman Delima 2. Datang menjenguk kesayangan baru aku, si JMR XXXX, dengan tujuan untuk menge-test dan untuk bawak dia balik ke Skudai. Happy-nyer dapat melihat dia depan mata lagi, setelah beberapa hari ditinggalkan kat rumah akak aku ni.

Tapi sedih bila melihat keadaan dia yang dah kotor, sebab diletak betul2 di bawah hujung bumbung. Mungkin bumbung kotor (sangat), dan bila hujan, air hujan yang kotor tu kena kesayangan aku. Dan terus lah melekat kekotoran tu kat badan kesayangan aku yang putih melepak tuh. Wuwuuwwuuuu~~ sedihhhh~~ T_T

Harini aku bawak dia berjalan2. Tengahari dah pegi pusing2 kat Taman Daya dan Taman Setia Indah, bawak sekali anak2 sedara. Excited betul diorang nak ikut skali. Huhuu~ Petang plak pegi lagi kat Taman Setia Indah, bawak anak saudara pegi main kat taman, ngan kakak aku.







Best jgak taman ni. Bersih + luas + cantik.



Lepas pegi taman, singgah kat pasar malam plak. Pastu baru balik umah akak. Ewah~ macam dah biasa sangat jer ngan jalan kat kawasan tu. Tak biasa sangat, tapi selalu gak lalu situ.

Yang kelakarnye, sampai jer kat rumah & bukak jer pintu kesayangan aku tu, si Hazaril anak sedara aku yang bermulut macam murai boleh plak cakap : "yay! berjaya!"

Hahaa~ aku tergelak giler. Ntah ape maksud dia pun aku tak tau. Ke dia perli aku? ;D




Sekarang dah rasa agak confident nak bawak kesayangan aku ni balik ke umah aku kat Skudai. Masa first time try bawak dia haritu, rasa takot giler. Alahh..biasa la kan first time, memang nervous. Lagipun aku mana la pernah bawak yang auto camni. Driving class pun guna manual jer.

Lagipun masa tu dah malam. Aku ni kalo dah malam jadik rabun ayam, walaupun dah pakai contact lens. Penglihatan masa pakai contact lens tak se-jelas masa pakai spec. Masa tu plak tak bawak spec. Lagi la seram nak try dia.

Dan esok aku akan bawak kesayangan aku tu balik ke Skudai. Hehee~

Akhirnya kita dapat bersama. *cewahh~  ^______________^


.

Tuesday, January 18, 2011

perkara yang buat saya exited + happy hari ini

"Binatang kaki empat bulat". Kata Nabil dalam movie Sifu dan Tongga.
Alhamdulillah. 

Akhirnya kamu yang bernombor JMR**** itu saya miliki jua. Dan selamat tiba ke pangkuan saya hari ini, iaitu baru beberapa jam yang lepas. (macam la boleh pangku ;p). Nombor kamu pun boleh tahan juga yer, walaupun saya tak pilih dan tak beli nombor yang cantik2 pun.

Tak puas nak belek2 kamu tadi. Bau kamu pun masih melekat pada saya  tau. Memandangkan hari sudah malam, terpaksa saya tinggalkan kamu untuk seketika kat rumah kakak saya. Dan balik ke rumah saya dengan hati berbunga2. Almaklumlah, saya ni rabun. Dah malam camni, lagi la rabun ayam. Lagipun saya belum mahir lagi. Esok lusa kita akan bersama lagi yer. ;)





Ishhh~~ sudah lah dengan ayat macam sewel jer tuh! Geli dowh!






Ok fine.



Actually aku bersyukur sangat2 akhirnya satu daripada wishlist aku dah berjaya aku penuhi, pada hari ke-18 tahun 2011. A good start for 2011. Weee~~ :)

Dan aku sangat gembira bila usaha aku menampakkan dan membuahkan hasil. Usaha sendiri, tanpa sponsor dari sape2. :)) 

Bersusah2 dahulu. Bersenang2 kemudian. Sangat betul, kan.


*p/s : teruja + gembira + bersyukur + puas hati

.