Tuesday, March 26, 2013

Langkawi Day 2 : Pantai Kok, 2nd Hotel & Dinner

Selamat hari Selasa dear readers!

Sambungan dari entri Langkawi Day 2 (part 1).

Turun dari Gunung Mat Chinchang, kami menuju ke Pantai Kok. Ada nampak gerai kat situ. Plan nak makan tengahari. Tapi Encik Suami nak memancing dulu. Layankan jerla.


Mancing kat paya pun jadi lah lakiku nih. -_-
Ni kat depan The Danna Langkawi Resort.


 Memancing di Langkawi, dapat ikan haruan seekor. 
Happy la Encik Suami. Dapat lepas gian memancing dia tu. -.- 
Tapi kami tak bawak balik pun ikan tu.


Bagi kat abang2 polis ni. 


Kebetulan time tu diorang tengah meronda agaknya. Yang seluar biru tu pulak pelancong Itali. Dia travel sorang jer, ngan motor. Bila dia nampak Encik Suami tengah memancing, terus dia berhentikan motor tepi jalan & tengok Encik Suami memancing. Hewheww~

Then kami lunch pulak. Dah dapat ikan haruan seekor, happy lah lakiku. Puas katanya. Walaupun tak dapat makan pun ikan tu. Perasaan si kaki pancing, hanya mereka jer yang tahu. ;p



Kami makan kat sini. 
Tepi Pantai Kok.


Nasi Lemak. 
RM1.00 ke RM1.50 ntah. Lupa dah. -.-


Sikitnya nasinya. Tapi boleh la buat isi perut.


Air. Oren & Cincau. 


Rojak buah. Nyumm~


Pasembur! 
First time makan pasembur. Hihii~ 


Jemput makan.... ;)


Senarai harga. 
Ok la kan harga dia. Murah jugak.


Lepas makan, kami jalan2 ke Tanjung Burau. 
Actually Encik Suami nak cari port memancing. Tapi tak boleh mancing plak kat kawasan ni. huhuu~ 


Fakta.


Lepastu, kami bertolak balik ke Pekan Kuah. Nak check in kat hotel kedua pulak.


On the way. 
Tu dia..!!! 
Hahaa..ni Encik Suami la yang beria suruh ambik gambar. ;p 
Murah memang murah kalau 2pcs RM9. Tapi ni t-shirt yang kain nipis tu kot. 






Anddd..........our second hotel ======>>>>>>>





Bilik luas. Jauh beza ngan hotel yang kami check in semalamnya. 
King size bed. I loike. 
Tapi......bantalnya nipis sangat. Dua jer pulak tu. Adehh....


Air cond + kipas. 
Tak nampak pulak kipasnya.


Toilet. Basic jer toilet ni.


Untuk hari ke-dua sampai hari ke-lima, kami duk kat hotel ni, i.e. Amara Guesthouse. Kos hotel ni untuk 4 hari 3 malam RM320. Murah jer, kan. Macam yang aku cakap kat atas ni, bilik luas, katil besar. Tapiiiiiiiii..............aku tak suka bau toilet dia. Erk.

Lagi satu, kat sini takde room service. Takde kemas2 bilik. So 4 hari kitorang duk sini, 4 hari la bilik tu tak berkemas. Yang ni aku tak kisah sangat la. Tapi yang tak bestnya, bila banyak pasir dalam bilik. Pasir pantai, pasir halus2 tu.

Yerlah, kitorang kan ber-island hopping, ber-snorkeling bagai. Baju2 yang kami bawak balik dari island hopping ngan snorkeling tu mesti la ada pasir. Agak tak selesa bila dalam bilik banyak pasir.

So hotel ni hanya sesuai untuk yang nak berjimat cermat (macam kami). Dan sesuai kalau nak duk sekejap. Kalau duk lama2, mau stress ngan bilik yang bersepah dan banyak sampah/pasir. 

Ok, berbalik pada cerita.

Lepas dah check in dan rehat2 sekejap, kami menuju ke Pantai Cenang.



Cenang Mall.


Kat Langkawi pun ada road block. huhu~


Kami pusing2 dan survey2 pakej island hopping dan pakej ke Pulau Payar.


Lepas dah penat melangkah survey2, dan lepas banding2 harga, kat sini la jual pakej yang paling murah. 


Senarai harga. 


Kami dapat pakej island hopping RM25 seorang, dan pakej snorkeling ke Pulau Payar RM79 seorang. Harga island hopping memang harga biasa la aku rasa RM25 tu. Tapi kebanyakan tempat jual RM30. Harga pakej snorkeling ke Pulau Payar tu, aku rasa paling berbaloi. Sebab mostly kat tempat lain, ada yang jual RM90, RM120. Tak sangka ada ejen yang jual RM79. Murah sangat.

Jadi, sila la survey dan bandingkan harga se-smart mungkin.

Oh ya, pakej ke Pulau Payar ada dua tau. Satu yang snorkeling kat pantai. Satu lagi scuba diving kat platform. Yang kat platform tu mahal sikit la. RM199. Tapi kat tempat lain ada yang jual sampai RM240 seorang.

Kami beli pakej snorkeling kat pantai jer. Tak berani nak scuba diving. Dalam ok kat platform tu! *aku yang takut sebenarnya ni. kalau pandai berenang takpe la jugak. lesen scuba? jauh sekali..... ;p



Tiket bas dan feri pun ada jual kat sini.


Ejen ni kat depan The Cabin Langkawi. Pandai2 la korang cari, ok. hihii~

Lepastu kami terus ke gerai2 kat kawasan tu untuk beli topi. Topi untuk ber-island hopping esok.Then, kami menjelajah ke Cenang Mall pulak.


Encik Suami sibuk mencari barang e-Cigarette nya. 


Tetiba rasa menyesal tak beli t-shirt ni. huhuu~


Jalan2 cari makan. 
Untuk dinner, kami pilih restoran ni. 
Telaga Seafood Restaurant.


Survey2 menu.


Antara menu kat sini.


Suasana dalam restoran ni cantik sangat. 
Masa ni tak ramai lagi orang datang.
Mostly yang datang kat restoran ni adalah mat salleh. 
Orang Melayu ada beberapa ketul jer.


Peace. ;p


Gigih set timer untuk self-capture. 
Beberapa kali jugak duk ulangalik tekan timer tu. huhuu~


Drinks. 
Teh ais limau.


Sotong goreng celup tepung.


Kailan ikan masin.


Ikan siakap masak....masak ape ntah. Stim kot? 
Ntah. Dah lupa. -.-


Before. After. 
Termenung tengok bil. Wakaka..ok, gurau jer. ;p 


Oh harga makanan kat sini teramat lah mahal. Kalau kau rasa harga makanan kat restoran kat Krabi sana sangat mahal, kat sini lagi la............

Kailan ikan masin tu pun dah RM14 sepinggan. Total kitorang makan kat sini....RM...RM...ntah. Tak berapa ingat la. RMlapanpuluh lebih rasanya. Dengan menu itu. Yes.

Jadi, harus kami makan kasi licin. Kalau tak, menangeh tengok makanan yang dibazirkan. Bukan makanan yang menangeh sebab dibazirkan. 

Takpe la. Sekali sekala jer. Lepasni dah tak makan dah kat restoran mahal2 camni. Kate percutian bajet. Kann??? ;p

Ok, perut dah kenyang, kami sambung lagi jalan2.



Cuci mata jer.


Ada juga kedai jual buah & buah potong camni kat sini. 
Teringin nak makan buah. Tapi perut dah tersangat kenyang.


Oh ya. Sebelum jalan2 kat sini, kami park kereta bawah pokok tepi jalan. Lepas dah jalan2 dan nak balik ke hotel, tahu tak apa yang jadi? Tahu tak apa yang jadi kat kereta tu???



Tadaaaaaaaaa.........   =======>>>>>>>>>>





Kena berak ngan burung! 
Yuckkss!!!! 
Penuh tahi burung kat cermin depan ni. 


Nak muntah hoiii....nak muntah. Aku bukannya boleh kalau cermin kereta ada tahi. Kalau atas bumbung dan tak dapat dilihat oleh mata aku, itu takpe. Boleh diterima lagi. Ini tak. Ishhhh......

Maka, mencarik la kami kedai cuci kereta malam2 buta tu. Masa tu dah pukul 10malam. Cari punya cari....ada la satu kedai yang masih buka. Tapi pekerja diorang dah kemas2 dan taknak basuhkan kereta tu. Wuwuwuuu~


Mahaiiiiiiiii nya cuci kereta kat Langkawi nih.


Maka, balik la kami ke hotel dengan kereta yang kotor....errrr....tak sanggup aku nak cakap lagi. Tapi dalam kepala pening dah, sebab pagi esok nak ber-island hopping. Bila masa nak pegi cuci kereta. Dalam masa yang sama, sakit hati sebab nak kena basuh kereta yang disewa, dengan harga cuci kereta yang mahal giler kat sini nih. Haihhh.....

So kesimpulannya, jangan sekali2 park kereta bawah pokok. Kalau nak park sekalipun, tengok dulu kat bawah (kat jalan), ada tak tahi burung. Kalau banyak kesan tahi burung kat situ, maksudnya kat atas pokok tu memang port burung2 melepak. Jadi, jauhilah tempat itu. Sekian.

Thanks for reading. ;)



.

11 comments:

Syu, Syuhada said...

jelesnye ;(
kte tak pergi honeymoon lg..
jeles ngan nini ;(

Nory Zoulkefle said...

bestnya bercuti makan sedap2...hehehe

Syima Syaz said...

hehe this time i rasa u rugi sb makan kat situ..i makan tak jauh dari tmpt u tu tp dalam rm46 untuk lauk n 3 air buah... kenyang n sedap

Nini Mohd said...

@ciksusu
laa...nape jeles plak.
ajak la hasben pegi cuti2.
pegi dekat2 pun ok ape.
cuti2 malaysia pun best.
yg penting dpt spend time berdua. ;)

Nini Mohd said...

@Nory Zoulkefle
kalini jer makan sedap2. i mean, makan katrestoran camni.
hari2 lain, makan kat tempat biasa jer. ;)

Nini Mohd said...

@Syima Syaz
tu la syima.
masa tu tak fikir sgt pasal harga.
sbb memang nk makan kat restoran.
coz hari2 lain nak makan yg budget2 jer.
so, nak try makan kat restoran tu.
tp seriously makanan kat situ mahal.

suhaimi said...

hai, bleh tau no contact yg snorkeling 2 x,

Unknown said...

sis nak tanye la, yang package snorkeling tu sis survry kat mane tu ye?murah la.. saya survey skrg smue mhal2,mybe beli kat sane lagi murah kan.

Nini Mohd said...

@suhaimi
sorry, sy takde la contact no. snorkeling tu.
coz sy walk in jer.
kedai ejen ni depan The Cabin Langkawi.

Nini Mohd said...

@nabilah mohamed
sy survey kat pantai chenang jer.
yup, kalo beli kat sana lagi murah.
lagipun boleh survey2 & bandingkan harga.
kedai ejen ni betul2 depan The Cabin Langkawi.
dekat ngan area Underwater World Langkawi.

Badrul said...

Nak mintak info... Pakej yg ke Pulau Payar tu. Kaunter di kat mana? menarik harga yg dia offer..nak amek...