Friday, August 28, 2015

Lombok Day 2 : Snorkeling

Salam Jumaat!
 
Sambungan dari entri sebelum ni : Lombok Day 1 : Gili Trawangan Night Market.

Lambat sikit nak sambung review nih. Duk cari2 balance gambar masa snorkeling dalam tab, dalam fon & dalam kamera. Tak jumpa plak. Takpe, kita update dulu yang ni. Nanti kalau jumpa gambar lain, kita kasi update entri ni ok.
 
 
Hari ke-2
Rabu, 03.06.2015
 
 

Pagi2 dah kena buli ngan ayah.
Tak duk diam, ayah dia balut dengan selimut.
Aduhaii.... "apa ayah ingat saya ni baby lagi ke nak bedung2 ni".
Tapi tak sampai seminit pun.
Mana boleh balut2 bedung2 ni.
Menjerit2 la dia.


Kita breakfast dulu!
Ni breakfast Rabbani.
Bubur nasi + ikan bilis + puree Heinz + kurma + susu.



Breakfast sambil tengok cidomo lalu lalang.



Ni breakfast ibu & ayah.
Penkek pisang (macam lempeng jer) + sandwich.


Kat hotel kami stay ni takde cafe pun. Just order breakfast, nanti diorang hantar kat bilik. Tapi kat perkarangan & depan hotel ni ada wakaf & tempat untuk duduk2. So kitorang breakfast kat luar jer. Duk kat meja depan sekali. Cuci mata tengok orang lalu lalang.



Depan hotel ni ada tadika.
So pagi2 ni nampak la ibu2 hantar anak diorang kat sini.
Ramai jugak budak2 kat sini.



Ni la cidomo.
Pengangkutan utama kat sini.
Diorang buat angkut barang, angkut tourist. Hehee~
Angkut tourist? macam beca/teksi la.
Tapi "teksi" tu lagi cantik la dari cidomo untuk angkut barang ni.



Lepas breakfast, kami bersiap2  untuk pegi snorkeling. Kena berkumpul kat satu kedai ni. Semalam pekerja kat kaunter ejen tu dah bagitahu kitorang kena berkumpul kat sana. Jalan kaki jer dari hotel pegi sana. Dekat jer pun.



Tengah tunggu bot.
Dah siap pakaikan life jacket kat Rabbani.


Life jacket Rabbani tu aku bawak dari Malaysia yer. Diorang takde sediakan infant life jacket untuk baby besar Rabbani ni.



Like a boss dah si kecik tu.




Suasana pantai Gili Trawangan.



Ibu & Rabbani :)



Bot kami dah sampai.
Ramai jugak yang snorkeling dengan kami.
Penuh bot tu.



Dah ngantok dah dia.
Pkul 6.30pagi tadi dah bangun.
So dah pukul 10.30pagi ni dah ngantok balik dah.



Lepas bagi susu terus tertidur.
Bot terhuyung hayang & bising bunyi enjin pun dia bantai tido.
Ngantok sangat la tu.
Tapi tak lama pun. Setengah jam lepas tu bangun dah.
Kalau bukan sebab bising tu, lama lagi tu dia tidur.



Bangun tidur jer tengok kiri kanan, terus sengih2.  



Glass-bottom boat.
 
 
 

Boleh tengok dengan clear batu karang, ikan kat bawah tu.


 Crystal clear water.



Amboii...syok la tu snorkeling.
Ibu kat dalam bot pegang anak. 


Disebabkan bawak anak, tak boleh la kami snorkeling together2. Kena ambik turn. Mula2 tu Encik Suami dulu ber-snorkeling. Aku jaga Rabbani. Lepas tu turn aku pulak berendam. So tak dapat la berendam lama2. Tapi ok la tu, kan.



Cantik, kan airnya.



Tapi kat sini tak ambik plak gambar dalam air. Gambar aku snorkeling pun Encik Suami tak ambikkan. I is kecewa! Lol.

Tapi lagi kecewa bila tak de ikan masa snorkeling tu. T_T



Ni kat Turtle Point.
Air sangat dalam.
 
 
 

Ayah mana?



Diorang duk kejar turtle kat Turtle Point.



Dapat ambik gambar dari jauh jer turtle tu.


Kat Turtle Point ni Encik Suami jer yang pegi. Sebab boatman dah cakap awal2, kena berenang jauh untuk cari turtle. So aku yang tak reti berenang ni baik duk diam2 jer dalam bot sambil jaga anak. Lol. Encik Suami cakap, penat tu berenang jauh2. Yang pakai kaki itik tu takpe la, lagi senang nak berenang & takde la penat sangat.



 Ni boatman nak pegi kat turtle.
Nampak tak turtle nya?
 
 
 
Ni aku zoom sikit.
Dalam sangat air kat sini.
Turtle pun tak berapa nampak dalam gambar ni.



Itu haa turtle nya.
 
 
 
Sempat lagi tu selfie dalam air.
 
 
Tapi kat area sini banyak obor2. Mat2 saleh semua naik bot dengan tergaru2. Kikikii~ kesian. Nasib baik Encik Suami cakap badan dia tak gatal sangat macam diorang.
 
 

Kepoh jer budak ni.
Duk tengok orang ambik gambar.



Then bot singgah kat Gili Air untuk makan tengahari.




Tengah tunggu makanan sampai.
Punya la lamaaaaa.....jenuh tunggu.


Lunch kami. Dah termasuk dalam pakej snorkeling.
 
 
Kat Gili Air ni kami makan kat cafe. Pastikan korang simpan resit bayaran snorkeling tu. Nanti pekerja kat cafe ni akan check betul ke tak korang dah bayar sekali dengan lunch. Boleh pilih/order dari menu. Tapi boleh order 1 jenis makanan jer, makanan local. Kalau nak order makanan lain, kena bayar lain la. Kami ada order makanan lain jugak, i.e. gado-gado. Harga dah tak ingat dah berapa.



Gili Gelato!
Ni beli kat gerai aiskrim.
Beli 2 scoop. Tapi scoop kat sini lagi sikit dari kat Gili Trawangan.



Dah selesai makan. Cuci mata tepi pantai plak.



Cuaca dah mendung.
 
 
 

Saje2 jer try letak dia kat ombak.
Sekali takut daaa....cuak muka dia. aduhaii....


Rehat kat Gili Air ni lebih kurang sejam (kot?). Pastu sambung snorkeling. Ada 1 point lagi untuk kitorang snorkeling.



Sementara tunggu ayah snorkeling.


Tapi kat sini tak dapat snorkeling lama. Sebab dah hujan. Baru jer Encik Suami turun tak sampai 2 minit, dah hujan plak. Boatman suruh semua orang naik. Sebab takut ada obor2. So tak dapat la aku snorkeling. Huhuu~


Hujan.





Then boat terus menuju ke Gili Trawangan balik.



Sampai kat pantai Gili Trawangan.
Kami sempat berendam dulu sekejap kat pantai ni.



Tapi budak botak ni takut air plak.



Muka cuak.



Peluk ayah kuat2.



Aduhh...Rabbani2...macam mana nak ikut ibu ayah masuk laut snorkeling nih.
 
Lebih kurang pukul 3pm, kami sampai hotel. Rehat2 sekejap sebelum sambung lagi menjelajah pulau Gili Trawangan ni.
 
Nanti aku sambung lagi yer.
 
Thanks for reading. :)
 
.

2 comments:

redmiddle said...

Hi, nice post. In Hong Lombok soon with my 8 months baby. Lucky you mention that there's no infant life jacket there. May I know where u get the life jacket in Malaysia? How big is your children?

Nini Mohd said...

@redmiddle
hi. he was 12months back then. if i'm not mistaken his weight was 9.5kg. i bought this infant life jacket from Lazada. it can fit infant/toddler from 1 to 3 yrs old.
u can check out this link : http://www.lazada.com.my/great-summit-gs1005-baby-life-jacket-yellow-549801.html