Showing posts with label Universal Studio Singapore the Series. Show all posts
Showing posts with label Universal Studio Singapore the Series. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Contest SENYUM PALING CERIA

Salam semua...

Saya nak umumkan...harini saya nak join contest. Ok fine. Takmo ayat skema.

Ni contest ke-2 yang aku join. Dan kali ni aku telah di-tag oleh si cantik manis Cik Milly Molly. Tenkiu kerana telah menge-tag saya *skema lagi. :)



CONTEST SENYUM PALING CERIA!
Klik pada banner untuk ke entry contest tuan punya blog i.e. penganjur, Cik Namee.
Contest berakhir pada hari Khamis, 31.03.2011.


Hadiah seperti yang diumumkan oleh Cik Namee : 
Wang tunai rm100 dan hadiah menarik dari United States menanti!!! :D 


Wowww~ menarik tu..ape lagi, jom la join ramai2. 


Tapi aku ni ade ke gambar senyum yang ceria? Aku tak ceria pun. Nak senyum2 ceria, lagi la susah. Godeh punye godeh dalam laptop nih, jumpa la gambar ni. Gambar yang latest jugak la.


Say cheeseeee!!! ^_________________^


Gambar ni di ambil masa kat Universal Studio Singapore (USS). Masa ni ter-sangat hepi + excited sebab first time pegi USS. Memang seronok tahap kanak2 ribena lah pegi bersuka ria kat USS nih. Boleh main macam2 game, tengok macam2 show, berjalan2 kat theme park, bergambar sana sini, jumpa maskot yang bermacam2 dan watak2 yang bermacam2, contohnye Betty Boops, Charlie Chaplin, Woody Woodpecker, watak dalam The Mummy dan macam2 lagi la. Seronok tak terkata. Sebab tu la ceria jer walaupun tersangat penat. 

Gambar kat atas ni plak tersenyum (tersengih) ceria sebab melayankan si maskot yang ceria dan comel nih. Suke tengok gelagat dia yang comel.


Ok, aku kena tag 3 blogger. Adehh~ nak tag sape ek? Ok, tag awak, awak dan awak :-
  1. Princess Momoy
  2. Ayin 
  3. Yatiek



.

Monday, February 28, 2011

Universal Studio Singapore PART 4 : Sci-Fi City & New York

Hello semua!

Setelah hampir dua minggu PART 3 di-post, baru la ni aku nak sambung cerita PART 4. huhuu~ Busy sangat kot seminggu dua nih. Broadband plak problem, tak dapat online. [x_o]

Ok dah, jom sambung jalan2 dan bersuka ria. 


SCI-FI CITY


Antara yang menarik kat Sci-Fi City ni ialah Battlestar Galactica CYCLON dan Battlestar Galactica HUMAN. Tapi masih belum di buka kepada umum. Yang aku dengar cite plak, dulu pernah bukak, tapi ditutup sementara sebab ada masalah teknikal. Tak tau la mana satu yang betul.

Kitorang ada bertanya kat pompuan yang jaga pintu depan Battlestar Galactica nih. Dia cakap kemungkinan roller coaster nih akan dibuka kepada umum dalam first half 2011. Cuma tunggu kelulusan jer. Tapi walaupun tak bukak, roller coaster nih tetap di-gerakkan. Mungkin untuk test kot. Pastu buat semua orang (yang berani nak try) saket hati dan rasa geram nak try benda nih kan?



Giler kentang. Berani mati kah aku nak try roller coaster nih?


Berpusing 360 darjah! Ohhoooo~ tak berani kot.


Tadaa~ ;p


Ade kerusi kat luar, untuk di-test. Tak boleh naik Battlestar Galactica nih, test seat dia pun jadi la kan. ;p


Berpura2 takot. 
Eleh, kalo naik betol2, takdenyer muka camni. Mesti muka pucat lesi macam hape. ;DD


Accelerator.


Nak naik benda nih! Tapi masa kitorang pegi, ada masalah teknikal pulak. Adoihh~



NEW YORK






Macam New York tak?


Kat New York pun ade breakdance. 


Yellow Cab. Co.


Welcome to New York! 


Charlie Chaplin. Tengok cara dia act pun aku dah tergelak. Memang betul2 menjadi. ;DD 


UNNECESSARY NOISE PROHIBITED. Harap paham. ;D


Klasik.


Kereta polis incik polis New York.


Sangat klasik ini kereta.




I’m loving their performance. 

BEST kannn..????



Uikkss..takde plak aku nampak show nih.
Huhuu~ soo cuteee.. ;)


Hey look! Its Betty Boops! So cute. Comel jer tengok keletah dia.
Putih melepak. Tapi terlalu kurus, tak sama macam Betty Boops yang betol.


Siapalah aku bila berdiri di sebelah Betty Boops yang cun + putih melepak nih. 
Terserlah kehitaman aku. xP
(Macam **tuttt** jer muka aku. Konon2 nak tiru Betty Boops.)


By the way, mana Marilyn Monroe? Tak meriah la pulak takde Marilyn.


Kat New York ni sempat tengok show Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Best la jugak.


Lepastu sampai balik kat Hollywood. Actually nak tengok rock and roll musical kat Pantages Hollywood Theater, tapi tak sempat la pulak. Bila keluar jer dari show Lights, Camera, Action!, rock and roll musical pun dah abes dah. Tu la show yang terakhir (pukul 6.15 petang). Wuwuuu~~ T_T





Pose sebelum mengakhiri perjalanan dalam USS.



Tiba2 terjumpa si comel nih. Ape nama dia aku pon tak tau lah. Woody Woodpecker’s wifey maybe?



Tak lengkap jalan2 kalo tak beli souvenir. Tapi aku tak beli banyak souvenir pun. Aku just habiskan voucher souvenir SG$5.00, then tambah sikit duit sendiri. Itu pun beli magnet yang lekat kat peti sejuk jer. Souvenir pun mahal giler. Giler kentang lah. Memang banyak yang berkenan di hati. Tapi tak termampu nak membeli belah banyak2.



Tips jalan2 :- 
  • Bawak duit cukup2 dan banyak2 untuk beli souvenir. Tapi tak perlu sampai membazir, sebab souvenir kat sini memang mahal giler.



Nak balik dah. Byebye.


Tips jalan2 :-
  • tak perlu mekap2. Sebab nanti sure bertompok2. Kite nak ber-adventure satu hari, sampai ke petang. Memang tak sesuai nak bermekap sebab nanti kita akan berpeluh2. Takde masa nak kontrol2 ayu. Jangan jadi macam aku nih. T_T

Berjalan2 bersuka ria bermain2 sampai ke petang. Lenguh kaki + penat badan toksah cakap lah. Dah la bawak beg berat. Semua benda ada dalam beg tu. Yang penting, air mineral 2 botol. Sebab cuaca panas dan memang haus setelah main game dan bersuka ria nih.


Tips jalan2 :-
  • Bawak air mineral yang cukup untuk atasi dehidrasi. 
  • Bawak topi sebab cuaca panas giler.

Oh ye, semua game dan show stop pukul 7p.m yer. Tapi suasana malam kat sini pun best jgak. Cantik dan meriah dengan lampu2nyer.

Banyak lagi la game/permainan yang tak mampu aku ceritakan kat sini. Ada jgak few game yang aku tak try. Ada yang tak sempat try pun. Yang paling best, of coz la kat Far Far Away ngan The Lost World. Ancient Egypt pon best jgak, sebab ada roller coaster Revenge of the Mummy.

Kalo nak rasa, pegi sendiri kat USS nih, ok. Tak bestnyer kalo baca/dengar cerita orang jer. Rasa sendiri lagi best. ;)

Aku pulak, rasa macam tak cukup jer bersuka ria kat USS nih. Rasa macam nak pegi lagi. Belum keluar dari USS tu, dalam fikiran aku dah terfikir : nak datang lagi la kat sini dengan Encik Kuneng. Hehee~ ;D

Tapi dengar cite, bulan Mac ni entrance fee mungkin akan naik lagi. Haa…so, pegi cepat2 ok.


*p/s : seronott~~ ^_^
*p/s lagi : yess..!!! akhirnye berjaya jugak aku update entri USS ni, setelah tertangguh selama sebulan lebih. Tahniah kepada diri sendiri. Harap semua berpuas hati. Kalo tak puas hati, sila berseronok secara live di USS. :)



Siri jalan2 :-


.

Wednesday, February 16, 2011

Universal Studio Singapore PART 3 : The Lost World & Ancient Egypt

Hye awak semuaa~~ 

Kita bertemu lagi dalam rancangan Universal Studio Singapore The Series. *ntah pape. muahahaa~ 

Ni sambungan dari PART 2. Tanpa membuang masa, jom kita bersuka ria.


THE LOST WORLD

Kitorang pegi kat Jurassic Park dulu. Naik Canopy Flyer. Macam roller coaster la jugak. Tapi disebabkan kaki terjuntai kat bawah, ade la rasa seram sikit. Best jugak naik benda alah nih. Pastu naik Dino-Soarin. Aduh..yang ni aku rasa macam kanak2 sket. Tapi disebabkan matlamat utama datang sini adalah untuk bersuka ria dan menerai (try) semua permainan yang ada, aku redha jer jadik kanak2. ;D

Tips jalan2 :-
  • Pakai selipar atau kasut yang selesa sebab korang akan berjalan sepanjang hari. So, memang penting untuk pakai kasut/selipar yang selesa. 
  • Pilih kasut/selipar yang melekat kat kaki. Supaya nanti senang korang nak naik/main game yang adventurous.



Arkk~




Pastu part yang paling tak boleh belah – naik Jurassic Park Rapids Adventure. Benda ni naik bot, so kemungkinan akan basah kuyup. Ade orang naik basah sikit2 jer. Ada yang dah bawak rain coat. Kat situ pun ade jual rain coat. Tapi harga SG$2.00. Pehh..tak ke RM5 jugak tu. Untuk satu baju hujan yang macam plastic? Its ok. I thought basah sikit jer kot. Aku tak beli dan tak pakai la ape2 baju hujan. Semua orang dalam bot kitorang tak pakai baju hujan.



Jom boating sampai basah! Boating sambil menikmati pemandangan Jurassic Park dan berkenalan dengan dinasour2.



By the way, ni nak story sket. Time tengah tunggu turn beratur panjang sampai lenguh kaki tu, kitorang terperasan la ade sorang girl dan sorang lelaki nih. Mulanya aku ingatkan anak ngan bapak. Sebab yang pompuan tu terlalu muda, dan yang lelaki plak agak tua. Pastu rasa pelik plak sebab diorang mesra semacam jer. Sah2 lah boipren ngan girlpren.

Aku bukan nak kutuk diorang tu macam anak ngan bapak (umur jauh berbeza). *Sorry, aku bukan jenis yang pandang umur. Tapi kot yer pun nak bermesra bergurau senda, tak payah lah tunjuk kemesraan tu di depan khayalak ramai. Giler loya tekak berbulu bijik mata aku tengok. Dah la diorang beratur depan kitorang. Yang lelaki tak lebih sangat. Yang pompuan tu tergedik2 macam…emm…tak sanggup nak cakap. Kejap2 peluk si lelaki. Kejap2 cubit pipi lelaki tu. Pastu nak cium2. Ape motif buat semua tu depan orang ramai? Memang time tu orang ramai giler. Tengah beratur nak naik boat.

Korang bayangkan : sorang budak pompuan umur 20 (maybe 18) bermesra berpeluk2an bercubit2an pipi ngan si lelaki umur 60 yang separa botak dan beruban. Depan mata korang. Di khalayak ramai. Tak geli ke? Aku rasa macam nak cakap kat diorang : PLEASE. GET A ROOM!! *bukan berfikiran terbuka.diorang bukan Melayu pun.

Tapi dalam duk berbulu mata + meluat tuh, kesian jgak kat budak tu. Dalam fikiran aku : budak ni tak mature lagi nih. Macam jakun pun ade. Kesian.

So, moral of the story : tak perlu lah tunjukkan kemesraan di khalayak ramai. Takde nyer orang nak jeles. Orang meluat + pelik ngan korang ade la.

Ok dah. Sambung cite boating.

Boat tu melalui taman yang macam Jurassic Park. Siap ada dinasour semua. Yang ni aku rasa biasa2 jer la. Part yang paling seram, bila boat kitorang masuk terowong. Pergh! Dah la gelap gelita. Pastu tetiba jer muncul kepala dinasour kat sebelah. Tak ker terkojut. Then tetiba jer boat kitorang di angkat naik (dalam gelap), dan ade plak kepala dinasour nak telan kitorang kat atas.

Pastu terbukak satu pintu, dan boat kitorang ditolak ke muka pintu tu. Bila keluar jer dari pintu tu….Mak aihh…tinggi nyer!!! Terus terjunam ke bawah boat kitorang. Hape lagi. BASAH KUYUP LAH.

Ade la 2, 3 orang dalam boat kitorang tu yang basah kuyup lencun! Muahahaa~ aku plak yang tergelak tengok diorang.

Aku takde la basah kuyup sangat. Kasut yang banjir. Sebab boat pun banjir. Baju basah sikit2. Tapi yang sedihnya, beg aku pun turut basah. Bukan setakat basah. Tapi banjir giler. Beg tu letak kat kaki jer. Bila air masuk dalam boat, beg aku pun turut banjir. Almaklumlah, beg tak kalis air. Yang sedih lagi, baju spare dalam beg tu pun turut basah. So, tak boleh salin baju. Jadi, pakai la baju basah sikit2 tu sampai balik.

Tapi nasib baik jugak valuables i.e. passport, camera, handphone tak basah. Kalo tak, mau nanges tak berlagu aku kat situ. Especially passport. Kalo rosak nanti, camane mau balik Malaysia tanah airku? ;p




Lepas boating ni, ber-selipar lah aku. 
Nasib baik bawak selipar. Kalo tak, pakai lah kasut basah tu sampai balik. xP


Tips jalan2 :- 
  • Pakai rain coat masa naik boat nih. Kalo nak merasa lagi adventure, tak payah pakai rain coat pon tak pe. Bile lagi nak merasa basah kat Jurassic Park, kan?
  • Bawak baju spare dan kasut/selipar spare. 
  • Pastikan beg kalis air, atau sila bungkus beg anda siap2 dalam plastic bila nak naik boat.


Lepas boating, semua dah lapar giler. Patah balik kat Far Far Away, makan kat Goldilocks kot nama restoran tu. Macam KFC jugak lah restoran tu. Aku pilih yang ada ayam 2 ketul, French fries ngan mash potato, ngan air Sprite. Macam Snack Plate jugak lah. Harga SG$9.80. Perghh~ cuba kau darab dengan 2.34? Bukan dah RM20 lebih ke? Itu aku dah pilih menu yang paling murah dah. Giler kentang lah mahal makanan kat sini.

By the way, lupe plak nak bagitau, tiket yang dibeli ni siap dengan 2 voucher, iaitu voucher makan SG$5.00 dan voucher souvenir SG$5.00 . Nasib baik lah ada voucher nih. So, aku tambah SG$4.80 jerlah.

Lepas dah kenyang menternak lemak kat Goldilocks, masuk balik kat The Lost World. Kali ni pegi tengok show kat Waterworld pulak. Show kat sini penuh aksi lah. Siap ade letup2, bom2, tembakan2, etc.




Kalo nak merasa kebasahan, sila duk kat splash zone. 
*splash zone ke nama dia. lupe dah. yang penting, zone tu kat depan.


Pelakon-pelakon kat Waterworld.



ANCIENT EGYPT

Kita merayap kat Ancient Egypt pulak.





Treasure Hunters. Aku tak naik pon benda alah ni. Coz masa kitorang pegi tu, lama jgak masa menunggu untuk sampai turn. So, kitorang blah jer.




Macam betul2 kat Egypt la pulakk~


Entrance untuk roller coaster Revenge of the Mummy. 
Ada brann??





Erk~ cam seram jer.
Untuk pengetahuan uollss~ natang nih tak boleh direnung. Kalo tak, memang kena kejar. Haritu ada sorang dari kitorang dah kena kejar ngan benda alah nih. Huh~ giler kentang. Terkedu aku kejap.




Mari kita enjoy ngan roller coaster Revenge of The Mummy!


Yeah, roller coaster ni yang paling best kat USS nih (yang aku pernah naik la). Indoor roller coaster, gelap gelita plak tu. Siap ada backward giler kentang lagi. Mau tercabut jantung aku time tu. Pastu memang adventure giler. Macam dalam citer The Mummy lah.

Tapi dalam group yang jalan sama2 ngan aku aritu, 2 orang jer yang naik roller coaster nih. Yang lain semua tak berani. Muahahaa~ Tapi memang patot la diorang taknak naik. Agak seram dan memang boleh buat lemah jantung.

Tapi bagi aku...MEMANG BESSSTTTTTTT..!!!!!




Diorang jumpe Cleopatra masa aku tengah berseronok ngan roller coaster Revenge of The Mummy. Wuhuuu~~ :| 
*sorry, seksi meksi sket gambar ni.


Ok that’s all for this PART 3 yang tersangat panjang *dan siap dengan gosip + mengumpat. Nantikan PART 4, kita bergembira di Sci-Fi City dan New York pulakk~



Siri jalan2 :-
.

Universal Studio Singapore PART 2 : Far Far Away

Sambungan dari PART 1.

Kat sini yang paling banyak gambar. Jenuh nak meng-upload. Ok. Tanpa membuang masa, jom skodeng gambar2 aku bersuka ria kat sana. ;)



Kat sebelah Far Far Away Kingdom, berdirinya rumah Shrek the Ogre! *ceh ayat.
sejibik, kan?



That mat saleh is not with us ok. Too obvious lah kan. ;DD



WARNING. OGRE OUTHOUSE AHEAD!



Aku bukan ketawa sebab suka hati. Tapi tergelak sebab terkejut.
Terkejut sebab ada suara Shrek : “Stay away!”
Terkojut den! ;DD



Welcome to Far Far Away.


It's Far Far Away Kingdom!


Yay! Can’t believe I’m here! ;D


Ok, sila abaikan perempuan bermuka boolat dan bersunnies boolat kat bawah tu.


Enchanted Airways. It’s a roller coaster. Besttt wooooo~~
Tapi kejap sangat. Tak puas la pulakk. Nak naik lagi nak naik lagi!



Shrek 4D. Bukan 3D. Macam menarekk. Jom menonton-nya! *apekah? ;DD




Tengah beratur nak tengok Shrek 4D.




True love. Sweetttt~~ ;)


WANTED.



Ini bukan dalam disko. We are going to watch Shrek 4D!



Sekadar pemanas show. Agak boring gak time nih. 
Pastu baru lah kitorang di bawa ke hall sebelah.



Ini baru betul nak menonton Shrek 4D! :)



Menggediks jap. Macam tutttttt~~ jer! xP




Shrek 4D memang tersangat sangat sangat BESSTTTT!!!!! Macam tak puas tengok jer. Memang tak puas pon!





Keluar dari hall 4D, masuk ke Fairy Godmother’s Potion Shop. 
Kedai cenderahati.



Ngeee~ memang takleh tiru gigi Donkey.



Cute-nyer Shrek tu. 
Tapi Encik Kuneng cakap : “xla...musyuk b lg cute la.”
Ok sila muntah sekarang. Muahahaa~ ;DD



Rapunzel!




Aku bukan seorang gadis yang suke pose menggediks~ [x_0]



Masuk Donkey Live Show pulakk! Ni la satu2nyer show yang hampeh. Untuk budak2 boleh la kot.
Tapi pompuan ni shantek giler ok. English pun superb!
*Of coz la. Kalo tak, takkan boleh keje ngan USS nih kan. ;)



Memang best kat Far Far Away nih. Rasa macam betul2 dalam movie Shrek. *konon. ;p

Yang paling best, Shrek 4D show. Memang betul2 live. Kalo boleh nak masuk tengok lagi. Tapi apakan daya, perjalanan harus diteruskan. *sobsob* Lagipun Show ni ada time dia. Bukannyer setiap setengah jam sekali.

Ok dah. Tamat PART 2. Nantikan kemunculan PART 3. Kita bersuka ria di The Lost World dan Ancient Egypt pula! 


.