Monday, May 20, 2013

Langkawi Day 4 : Snorkeling di Pulau Payar

Salam pagi Ahad.

Sambungan dari entry sebelum ni : Langkawi Underwater World.


Selasa, 08.01.2013

Hari Ke-4, kami ber-snorkeling di Pulau Payar Marine Park. Pakej snorkeling ni kami beli masa hari ke-2 kami kat sini. Klik ENTRI NI.

Kalau hari sebelumnya (island hopping), kami kena pergi sendiri ke Cenang, kalini ada transport yang akan ambik kami kat hotel. Sebab untuk ke Pulau Payar, memang akan naik feri kat Jeti Kuah. Dekat jer ngan hotel kami.

Btw, ada satu peristiwa pagi tu yang buatkan kami kelam kabut. Kelam kabut takut kena tinggal ngan transport yang akan datang ambik. Sebab masa beli pakej, diorang cakap transport akan datang ambik pukul 8.00pagi (ke pukul 7.30 pagi ek? lupa plak). Rupa2nya itu untuk yang stay kat Cenang. Kami kat Kuah ni memang dia ambik lambat sket.

Kelam kabut betul laki bini nih. Memang tak boleh lupa. Bila ingat balik, memang boleh tergelak. Hahahaa~ ;D

Sebelum van datang ambik, kami sempat beli nasi lemak dan makan dulu sementara tunggu transport datang ambik. Beli nasi lemak kat gerai makcik dekat ngan hotel tu, macam hari sebelumnya. Cuma kalini kami tak bawak bekal ke Pulau Payar tu, sebab pakej snorkeling tu memang dah termasuk dengan makan tengahari. So kami bawak air dengan makanan ringan jerlah.



Naik feri kat Jeti Kuah.


Siap kena pakai benda alah ni lagi tau. 
Diorang bagi sebelum naik feri.


Dah lama tak naik feri. 
Kali terakhir naik feri masa ke Langkawi time sekolah dulu. huhuu~


Perjalanan ambik masa sejam lebih (tak ingat dah exactly berapa lama).


Sampai kat platform. 


Kami yang beli pakej snorkeling kena turun kat platform ni dan kena naik bot kecil untuk ke pantai. Kat gambar atas ni bot kecil yang takde bumbung. Bagi yang beli pakej scuba diving, diorang turun kat sini jer and memang ber-scuba diving kat platform ni. Agak dalam jugak la kat sini. Tapi.....masa kat dalam feri ni, kitorang still boleh nampak ikan duk berenang2 kat permukaan air kat platform ni.


 Sila ambik life jacket masing2. :)



Naik bot. Heading to the beach. ;)


Dari atas bot, memang boleh nampak ikan kat bawah bot ni. 
Excited pulak tengok ikan2 nih.


Itu lah platform tadi.


Jeti ke pantai Pulau Payar.


Subhanallah...cantiknya...... 
Air menghijau gitu...


Here we are. :)


Peace.


By the way, gambar ni kami mintak tolong sorang chinese lady ambikkan. Dia pulak yang excited ambik gambar kami. Suruh kami pose kat sini plak. Hahaa~ nice la dia tu.


hubs. dengan life jacket-nya. dan air yang menghijau. ;p


Kena dengar penerangan (dan nasihat) dulu.
Jangan buang sampah merata-rata. 
Jangan tangkap ikan. 
Jangan memancing. 
Jangan ambik batu karang. 
Jangan bawak makanan masa snorkeling. 
Jangan bagi makan baby shark masa dalam air, etc.
Dan juga ada cerita mengenai seorang tourist yang kena gigit ngan baby shark sampai berdarah2 tangan dia, dan terpaksa tahan sakit naik feri dari Pulau Payar ke main land selama sejam lebih (kat pulau ni memang takde hospital @ klinik yer). Sebab apa? Sebab feeding baby shark sambil snorkeling. 
Sila bayangkan ketajaman gigi ikan jerung. Erk~


Oh ya. Kat sini memang ada ikan jerung. Tapi baby shark jerlah. Masa snorkeling nanti memang ada baby shark. So kitorang ber-snorkeling ngan baby shark lah. Hahahh~ Seram? Agak seram la. Tapi asalkan korang tak bawak makanan, insyaAllah selamat.

Lepas dengar penerangan (dan nasihat) tu, kena simpan beg dan barangan berharga kat locker dulu. Lepastu sila la berendam dan ber-snorkeling puas2.

Oh ya, lagi satu nak pesan. Kalau ke Pulau Payar ni, tak payah la bawak barang berharga. Cukup la duit sikit, kamera, kad pengenalan atau apa2 yang korang rasa perlu. Supaya tak perlu simpan beg korang kat locker.

Sebabnya? Tahu tak berapa bayaran locker kat sini? RM20. Yes, ringgit malaysia dua puluh. Bukan dua ringgit yer. RM20.00.

Terkejut beruk aku dengar harga locker dia. Tapi sebab risau punya pasal, kitorang letak la jugak kat locker. Kamera jer tak letak dalam tu. Tapi lepas ambik gambar & posing kat pantai tu, kamera tu still jugak kami letak dalam beg dan letak beg tu tepi pantai. Lepastu masuk laut snorkeling. Ok jer. Alhamdulillah selamat jer beg kami.

So kesimpulannya tak payah la letak beg korang dalam locker. Mahal sangat. Lagipun locker tu bukanlah locker yang betul2 tu, bukan locker besi yang ada kunci tu. "Locker" tu hanyalah bekas besar (macam bekas ikan/ais) and diorang just balut beg kita ngan masker tape, pastu tulis nama kita. Then letak beg kita sekali ngan beg2 tourist lain dalam bekas tu.

Pergh~ Korang bayangkan, berapa ratus atau berapa ribu yang diorang dapat sehari dengan so called "locker" tu?

Rasa macam geram/sakit hati pun ada jugak. Kenapa letak harga mahal sangat? Perlu ke mahal camtu? Harga locker kat Universal Studios Singapore yang lagi proper dan lagi canggih pun tak mahal camtu lah. Haishhh~ kat mana2 ada jer manusia yang nak ambik kesempatan.

Eh, sori. Ter-emo pulak.

Ok, sambung cerita.


Ready untuk berendam. ;)


Weeee~~~ 
Akhirnya dapat jugak ambik gambar dari dalam air. 


Sebenarnya kitorang ambik gambar bawah air ni ngan handphone cabuk jer. Cover kalis air tu kami beli kat Cenang sehari sebelum tu. Tapi gambar tak berapa clear la sebab handphone pun biasa jer. Pastu letak dalam cover pulak. Lagi la tak clear. Ada gambar yang nampak titisan air, sebab ada beberapa titik air masuk dalam cover. Hukhukk~


Ikan memang banyak sangat. 
Banyak dan jinak. 
Tapi bila nak pegang, pandai pulak larik. huhuu~


Ikan ni asyik gigit kaki Encik Suami jer. 
Ntah la sama ada dia ingat makanan ke atau sebab ikan ni memang garang ke ape kan. 
Kesian Encik Suami kena gigit. Yang hairannya, kaki aku tak kena gigit pulak.
Maybe sebab Encik Suami pakai seluar pendek kot. 
So bila nampak jer ikan ni, memang kami cepat2 lari jauh2. Hahahh~ 
Tapi still ikan tu ikut jugak. ;D
Lepas dah keluar dari air, Encik Suami tunjuk betis & kaki dia. 
Memang merah2 kesan kena gigit. So, beware dengan ikan ni ok. ;D




Banyak lagi gambar ikan yang kami ambik. 
Tapi tak berapa clear plak. 


Peace. ;)


So ini makanan tengahari kami.
Tak best pun. Nasi agak keras and dah sejuk. Fries pun sama. 
Tapi sebab lapar punya pasal, lantak lah. 
Kira bersyukur la dengan apa yang ada ni. 
Lagipun tak baik membazir makanan.


Lepas snorkeling, tukar pakaian & ambik gambar dulu kat sekitar pantai ni sebelum balik.


Oh ya, Kat sini ada toilet. Tapi air kat toilet tu adalah direct dari air laut. Air masin. So, memang tak boleh mandi la. Just boleh hilangkan pasir jerlah sebelum salin pakaian. Agak melekit jugak badan ni.


 photo anigif_zps7311b411.gif
Ni idea Encik Suami. 


Byebyee~


View dari atas jambatan tadi.


Poyo jer kamu nih. ;p 


Masa nak balik, diorang bagi makan kat baby shark. 
Bagi roti pun berebut ikan2 ni sambar.


Aku yang dah sedia berkulit gelap, memang sekejap jer jadik hitam. 
Eh2, iols nampak kurus la dalam gambar ni. i loike. hahahahh~ ;p


Encik Suami sempat lagi bagi makanan kat ikan2 kat bawah tu.


MasyaAllah....banyak sungguh ikan kat sini.


Bot dah datang ambik.


We are going back. 
Tak puas rasanya snorkeling kat sini. 
Sekejap jer rasanya. huhuu~



Menuju ke platform.


Dalam feri balik ke Jeti Kuah, kemain lagi Encik Suami tidur. Aku pun tidur jugak. Tapi tidur2 ayam jer. Penat sangat kot laki bini ni snorkeling sampai tengahari.


Pulau Payar Marine Park.


Balik ke hotel, kami dihantar dengan bas persiaran. Tapi malangnya bas tak hantar sampai ke depan hotel kami. Sebab jalan masuk ke hotel tu kecik jer. Takpe la, jalan kaki sikit jer dari jalan besar tu.

Overall, memang happy dapat ke Pulau Payar. Pemandangan kat dasar laut masa snorkeling tu memang cantik. Terumbu karang, ikan, baby shark, ikan2 lagi. Tapi......

Ada tapi tuh.

Agak kecewa jugak la. Sebab tak macam yang dijangka. Mungkin expectation aku lagi tinggi kot. I mean, lagi cantik. Eh2...macam2 la aku nih. Takpe, next vacation nak ber-snorkeling lagi. InsyaAllah....

Entry Langkawi bersambung lagi.

Thanks for reading. ;) 




.

4 comments:

NinaAz said...

Menariknya ikan2 tu. Uh. Mcm seram jea kena gigit baby shark. Huu
Acaner buat pic gerak2 tuuuu

Nini Mohd said...

@NinaAz
buat ngan Photoscape. ;)

Unknown said...

Terbaik..saya duduk langkawi xpernah pergi lagi..insyaAllah akan ke sana jugak..
busy dengan bisnes shj...

mdsaid said...

Awak book dgn agen mana yer..bpa rm?