Wednesday, February 18, 2009

Lawatan Evidence Law

Haaiiihhh…tadi baru lepas test. Test Undang2 Keterangan. Walaupun open book test, tapi cam takde beza ngan test yang tak open book. Nape? Sebab jawapan dier bukannyer ade dalam buku. Kan problematic. So, kne pikir sdiri lah. Malas nak cakap banyak pasal test. Arini nak cakap pasal crite semalam. Semalam pegi lawatan kat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia & Makmal Siasatan Jenayah kat Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Actually kne berkumpul kat foyer fakulti pukul 8pagi. Tapi aku boleh terlupe lak yang aritu ade lawatan. Dalam pukul 7.20 baru aku bangun. Tu pun sebab Encik Kuneng sms. Kalo bukan sebab sms dier, mungkin aku terus tido & terlepas lawatan tu. Mase tengah sms ngan dier, aku teringat; “eh, arini kan ari Selasa, 17 haribulan. Bukan ke lawatan tu 17 haribulan?” So, aku tengok la buku nota aku, & belek2 balik notes yang aku tulis dua minggu lepas. “Hah! Memang arini.” Kelam kabut aku bersiap. Yerlah, aku kan bersiap lambat. Mase tu dah kol 7.30pg. Pukul 8pg baru tunggu bas. Naseb baek ade yang tumpangkan pegi fakulti. Huhuu~~

Kitorang satu kelas ade 108 orang jer. Tapi untuk lawatan ni, kitorang dibahagikan kepada 3 group. Minggu lepas dah ade 1 group yang pegi. Minggu ni group kitorang plak. Group ke-3 miggu depan. Group kitorang ni ade student USIM join skali. Diorang 23 orang jer.


Pusat Perubatan UKM.

Dulu dikenali sebagai Hospital UKM (HUKM). Sekarang dah tukar, jadi PPUKM. Destinasi kitorang – Unit Forensik. Dengar Unit Forensik, memang excited. Excited sebab nak tengok diorang bedah mayat (post mortem). Hihii~~ Tapi bile sampai kat sane, kecewa. Sebab aritu takde kes. So, takde la nak buat post mortem. Group yang pegi minggu lepas kira beruntung la, sebab mase tu ade kes, & dapat gak peluang tengok post mortem.

So, kitorang dengar talk jerla (atau lecture). Mase tu Dr. Swarhib (betul ke tak name dier, aku dah lupe.susah nak ingat), iaitu Pensyarah kat Unit Forensik ni yang bagi lecture. Bahagian pengenalan, boleh dier tanye bawak ke tak Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code/CPC). Buat lawak plak. Kan lawatan. Takkan nak bawak buku or akta. Dier just tanye pasal seksyen 328, 330 & 331 CPC jer. Kitorang tak blajar pun smua tu, coz tak termasuk dalam syllabus. Time tu baru blajar. Aku taknak lah cakap pasal seksyen2 nih. Boring,kn? Cuma nak crite pasal ape yang Dr tu crite. Best gak dengar dier crite, tengok slide & gambar2 yang diorang buat post mortem. Banyak crite yang menarik. Yang kesian pun ade.

Salah satu crite yang menarik – pasal sorang lelaki yang jatuh dari flat tingkat 8. Korang boleh bayangkan tak camane keadaan orang tu kalo jatuh dari tingkat 8? Yang pertama; mesti la (confirm) mati. Yang kedua, dari segi fizikal; mesti cedera parah, berdarah dan sebagainya. Yang ketiga, dari segi dalaman; kite tak nampak,kn? Sebab tu la kne buat post mortem. Lagi satu, untuk tahu sebab kematian, & untuk tahu sama ada dier ni bunuh diri, kne bunuh atau kemalangan jer.

Aku tengok gmbar post mortem,ngeri gak. Kesian pun ade. Teruk gak kecederaan dalaman dier. Yang kat luar, tak payah cerita lah. Yang kat dalam, hampir semua organ dalaman pecah atau retak. Hati, buah pinggang, jantung – pecah. Tengkorak pun retak. Untuk tengok sama ada tengkorak retak ke tak, diorang kne bedah kepala, potong tengkorak ngan gergaji (percayalah), buang otak dalam tengkorak tu & kosongkan tengkorang. Baru la nampak kesan retak kat tengkorak. Memang mengerikan.

Organ dalaman plak diorang akan potong kepingan demi kepingan (slice), untuk tengok ade kecederaan laen. Mase tu baru aku tau, kalo kite kne heart attack, jantung kite akan luka. Lepas luka tu sembuh, tinggal kesan parut, same la cam kulit kite. Mase post mortem ni boleh la nampak kesan parut kat jantung tu, warna putih. Jantung pun boleh luka? Cam pelik,kan? Tu la ke-agungan tuhan.

Tu crite yang di rekodkan. Crite yang off record – camane orang tu boleh terjatuh. Ni bukan nak mengaibkan sape2, tapi hanya untuk pengajaran. Malah, aku tak sebut pun name sape2 kat sini, name tempat pun tak sebut. Yang jatuh tu lelaki. Dier ade kapel ngan sorang perempuan, yang mane ayah si perempuan tu drug addict. Si ayah tu tak suke lelaki ni kapel ngan anak dier, malah mintak duit dari lelaki tu. Si lelaki ni dah lme melarikan diri dari ayah aweq dier & tinggal bersame2 ngan aweq dier selama setahun lebih (tanpa kahwin.pasangan melayu). Diorang sewa salah satu bilik kat flat yang ade 3 bilik.

Ayah perempuan tu plak dah lame cari diorang nih. Satu ari, si ayah tu datang kat flat diorang & pecahkan pintu bilik diorang (sebab pintu berkunci). Mase tu pasangan tu ade dalam bilik. Si lelaki tu tengah isap rokok kat tepi tingkap. Mase si ayah masuk, si perempuan ni toleh kat ayah dier. Bile dier pandang bali kat pakwe dier, tengok2 jer lelaki tu dah jatuh ke bawah. Tak tau la setakat mane kebenaran cerita tu, sebab hanya ade 3orang jer yang ade dalam bilik mase tu, & sorang dah meninggal dunia.

Sampai sekarang kes ni tak settle lagi, masih naik turun mahkamah. Tak tau sama ada lelaki tu bunuh diri atau dibunuh (ditolak dari tingkap) atau dier terjatuh (kemalangan). Tingkap tu paras pinggul jer, & kalo tolak, ade kemungkinan orang tu akan jatuh. Wallahualam. Ape pengajaran dari kisah ni? Ntah. Aku malas nak cakap. Korang pikir la sdiri.

Satu lagi kisah, yang ni aku rase kesian & rase sangat marah kat setan2 yang buat bnde tu semua. Aku rase diorang patot kne sula jer. Konek kasi potong. Pastu jemur diorang tengah panas. Buat pameran kat tempat awam, biar semua orang tengok. & bagi peluang kat orang ramai pakat2 baling batu kat diorang, macam baling batu kat setan. Biar diorang rase terseksa. Huh, panjang lak luahan amarah aku.

Kisah dier camni. Bnde ni terjadi kat sorang pelajar kolej (perempuan). Kawan dier ajak pegi makan malam, so dier ikut jerla. Kawan dier ni perempuan gak, tapi tak macam perempuan (tom). Sebenarnye kawan dier ni bukannye nak ajak makan, tapi nak culik budak ni & mintak duit dari ayah dier. Si membe tu buat keje ni ngan sorang lagi kawan dier (lelaki). Bile tak dapat duit, diorang bunuh la bdak perempuan yang tak bersalah ni. Bukan setakat bunuh jer, bdak lelaki tu rogol bdak ni.

Tau camane diorang bunuh perempuan tu? Tangan bdak tu diorang ikat ngan kabel plastik kaler putih (macam kabel yang ikat plastik kat pasaraya.yg kat pasaraya kecik jer.tapi diorang gune yang besar, lebar dier lebih kurang jari kelingking). Pastu diorang jerut leher bdak perempuan ni ngan kabel camtu gak. Korang bayangkan, tangan kne ikat, leher kne jerut. Tak boleh melawan langsung. Ade gak dier melawan, sebab ade kesan pergelutan. Tapi ape yang boleh dier buat? Diorang bunuh bdak tu sebab bdak tu dah cam muka diorang, taknak kne tangkap. Memang tak berhati perut setan2 tu. Ape la salah bdak perempuan tu smpai camtu skali diorang buat.

Satu lagi crite – pasal bunuh diri. Ade crite potong lengan & gantung leher. Ishh…baru 2 hari lepas cakap pasal hiris2 lengan. huhuu~~ Dr tu cakap, bdak2 sekarang ni terlalu terikut2 ngan movie yang diorang tengok, walaupun yang sebenarnye movie tu sebenarnye merepek, & kalo korang buat pun, takkan same dan takkan jadi cam diorang buat. Dalam movie, diorang bunuh diri ngan hiris lengan & gantung leher. Tapi korang tau tak, kalo hiris lengan, korang takkan mati serta merta. Kalo nasib tak baek, takkan mati langsung & terpaksa menderita dan menanggung kesakitan dalam wad plak. Dr tu tanye, nape orang yang nak bunuh diri suke hiris lengan? Mungkin sebab nak potong arteri. Korang tau tak, arteri kat lengan sangat dalam ke dalam – deep inside (ntah betul ke tak ni.taktau camane nak explain).

Nasihat – kalo nak hiris lengan, kne tau anatomi lengan korang dlu. Kne tau kat mane arteri korang. Walaupun korang potong arteri kat lengan, arteri tu kecik jer. Lebih baek korang hiris arteri yang kat leher, lagi cepat “pergi”. hahaa~ ni nasihat yang bodoh jer, untuk orang2 yang bodoh. Pastu Dr tu crite lagi – crite orang2 bodoh yang nak bunuh diri. Diorang nak hiris lengan, tapi baru hiris sket, dah rase saket. Hiris sekali, tak mati lagi. Diorang hiris lagi. Dah banyak hiris, tak mati2 jgak. So, diorang ambik keputusan – gantung jerla. Adoiii…bodohnyer..smua orang gelak, termasuk aku.

Kepada sape2 yang terasa nak bunuh diri, tak kira la hiris lengan kea tau gantung diri, pikir la masak2. Tu smua keje bodoh. Kalo yer pun nak mati, sabar la. Smua orang akan mati gak. Tu smua keje tuhan. Tak payah nak jadi tuhan, nak ambik nyawa sendiri, nak tentukan sendiri bile korang nak mati. Ye dak?

Lepas dengar talk ni, kitorang di bawa melawat bilik bedah mayat. Isshhh…bau dier…susah aku nak explain. Pening kepala aku mase tu. Haaihh,,tu baru bau bilik jer. Kalo bau diorang tengah buat post mortem, camane? Aku ni semangat jer lebih nak tengok post mortem. Tapi tak tau la kalo tengok betul2 nanti camane. Aku ni bukannye boleh tengok darah (darah sikit takpe,jangan banyak membuak2). Tak pe, yang penting semangat kne ade, & semangat kne kuat. Tul tak? Lagipun ni jer peluang nak tengok post mortem. Lepas dah abes belajar, mane nak dapat peluang camni lagi.

Sebenarnye banyak lagi crite2 yang menarik aku dengar aritu, tapi tak termampu aku nak crite smuanye. Banyak pengetahuan & pengetahuan yang aku dapat kat PPUKM ni. Best. Tapi perasaan kecewa tetap ade – tak dapat tengok post mortem. Tapi aritu Dr. Anisah (lecturer Undang2 Keterangan) ade cakap, kalo tak dapat tengok post mortem mase lawatan ni, kitorang boleh pegi tengok bile2 laen kali, & pegi sendiri la, bukan lawatan. Tapi mesti dalam tempoh belajar ni. Dah abes study, dah tak boleh. Hmmm…ade peluang lg.

Dalam pukul 2.10 petang, kitorang gerak ke Maktab PDRM Kuala Lumpur lak. Destinasi – Makmal Forensik PDRM.



Maktab PDRM Kuala Lumpur – Makmal Forensik PDRM.

Kat sini tak banyak sangat crite yang menarik. Sebab kne pegi banyak seksyen – seksyen balistik, seksyen jenayah computer, seksyen cap jari, seksyen dokumen & banyak lagi la. Yang paling menarik, mesti la seksyen CSI. Bukan menarik sebab ape, tapi menarik sebab kat dinding luar seksyen tu ade logo CSI besar giler. Menarik untuk buat port bergambar. hihiii~ keluar jer dari seksyen tu (lepas dengar penerangan), kitorang smua serbu port tu & bergambar. huhuu~


.SNAP.SNAP.







.

No comments: