Friday, March 13, 2009

mock trial

entri ini ditulis tanpa consideration kepada ejaaan,tatabahasa,penyusunan ayat,dan juga..(ntah,semua lah).takde mood.otak kosong kot.


ugh,sudah lama tidak ber-blog.kebelakangan ini agak busy,dan mungkin juga takde mood untuk ber-blog.sekarang ni busy dengan preparation untuk mock trial.aku dapat kes criminal,iaitu kes murder,sebagai pendakwa raya.buat 3orang;aku,zira & mei na.memang kes inilah yang aku inginkan (dan idam2kan) selama ini.mungkin sebab agak mencabar, best, seronok, complicated, dan macam2 lagi la kot.

aku agak excited bile dapat kes murder.tapi aku tau,mesti banyak keje. lagipun kitorang public prosecutor. agak banyak keje lah. tambahan pulak, kitorang (lebih2 lagi aku) tak tau sangat prosedur camane. so,agak blurr. even untuk benda yang agak remeh pun kitorang confuse.

hah,dapat opponent lak yang,,,hmmm...tak best.aku just wondering;nape selalu kena (kena kerjasama) ngan dia? conveyancing, civil procedure, advocacy and litigation, dan sekarang mock? MY GOD. dah nasib lah nih? TAK BEST.

kenape sesetengah orang suke berlagak pandai,suke mengarah2, meninggikan suara bila bercakap, bajet bagos, asyik nak kite dengar cakap dia aje,,,, & macam2 lagi lah. nape ek?mungkin takde kesedaran dalam diri.

pihak lawan (opponent/pembelaan/defence) asyik mintak itu,mintak ini.ade yang logik,& memang sepatutnya kitorang bagi. okay,kitorang bagi jerlah,walaupun bnde tu agak rush & diorang nak cepat2.tapi kalo bnde tak logik,patot ke di mintak?

wahai rakan2,budak2 law,lawyer2 & sesiapa saje lah yang ade pengetahuan dalam bnde ni,aku nak tanye.dalam kes jenayah,perlu ke Diari Pegawai Penyiasat (IO) diberikan kepada pihak pembelaan?logik kah itu?logik kah di mintak?

bila kitorang cakap tak boleh bagi,dia cakap;"tau,tapi korang confirmkan la dulu". hellooooo......???? nak dengar cakap dia aje.budak law,tak tau ke bnde tu memag tak boleh bagi?oh,mungkin anda tidak mempunyai pengetahun (walaupun anda rasa anda sangat pandai dan tau banyak perkara).jadi,dengan rasa rendah diri nya,saya pohon anda rujuk Seksyen 119 Kanun Acara Jenayah, terutamanya subseksyen (2) dan proviso.

itu secara undang2.& begitulah juga secara praktisnya.sebab kitorang dah tanye pendakwa raya (pendakwa raya yang betul,real punya,bukan yang olok2 seperti kami).

adakah anda faham?so,tidak perlulah anda meminta sesuatu yang tidak logik,dan yang tidak perlu di minta.kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan seperti DUNGU, dan juga MEMPERBODOHKAN diri sendiri.


MORAL OF THE STORY:
jangan lah terlalu berlagak pandai,bajet bagos dan suka mengarah orang.kalo bercakap,jangan tinggikan suara,kerana ia kelihatan seperti anda tidak menghormati orang lain dan ingin mengarah orang.dan jangan nak orang ikut cakap kita aje.its really, really,,,really ANNOYING.bukankah lebih elok jika kita bekerjasama dan sama2 mendengar pendapat orang lain?bukankah itu akan menyenangkan kerja kedua2 belah pihak?ade otak,ade akal & masing2 sudah dewasa,sudah matang.bak kata nabil; LU PIKIR LA SENDIRI.
.

No comments: