Sunday, April 5, 2009

mock trial - hari terakhir.

semalam aku pegi tengok mock trial.yg ni last day punye.ade dua group,pagi & petang.saje nak tengok untuk kali terakhir.huhuu~

judge pada hari tu (utk kedua-dua pagi dan petang), sangat baik.cara judge tu bagi nasihat pun macam seorang ayah bagi nasihat kat anak-anak.minggu lepas Tuan Imran (judge untuk mock trial group aku) cakap judge ni garang & dia siap pesan supaya yang buat mock semalam sediakan tisu banyak2 dalam poket.tapi yang aku tengok,takde langsung ciri2 garang.mungkin Tuan Imran saje nak taku-takutkan kitorang (eh,aku tak termasuk la).

judge ni tak banyak sangat interrupt.kalo ade leading question pun dia biarkan jer (mock trial petang).tp aku tau,tujuan dia buat camtu untuk bagi peluang kat pihak satu lagi untuk buat bantahan sendiri.masa leading question tu (by pp),judge tengok jer kat defence.tunggu defence bantah la tu.kadang2 jer judge akan interrupt.

mungkin judge tak nak banyak interrupt sebab ni just mock trial jer.kan best kalo trial ni smooth jer (mock trial aku tak smooth,so tak best).

lagi satu,bab masa.kalo pp & defence ambik masa lama sangat kat sesuatu part,judge akan tegur dan ingatkan pasal masa.sebab library dah nak tutup.masa submission pun dia suruh ringkaskan jer,& dia suruh bagi peluang kat kawan yang lain jgak. [mock trial aku tak macam ni pun?sedeyy..]

macam biasa la,lepas habis mock trial judge akan bagi komen.aku rase semua judge bagi komen yang sama; mock - its not about winning or losing.

masa mock trial pagi, judge ada bercerita,berkongsi pengalamannya dalam mengendalikan kes.judge bercerita pasal kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.agak menarik.


KISAHNYA;

seorang lelaki ditangkap,dengan memiliki 2 kg (2 kilogram???) kanabis dalam jaketnya.judge ni (actually he's a lawyer lah) kena defence lelaki tu.tapi judge (aku panggil Tuan Najib la,coz tu nama dia.lagi senang & tak confuse) tak tau camane nak defence.coz memang takde defence pun.masa trial,Tuan Najib cakap dalam hati; mati la budak ni.

tapi Tuan Najib cakap,mungkin tuhan nak tolong.ada satu kesilapan di peringkat penyiasatan,dan kesilapan itu adalah berkenaan dengan gambar kanabis tersebut.

masa dijumpai,kanabis itu adalah dalam bentuk mampat.bila dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis,kanabis tu akan dihuraikan (aku tak tau ape perkataan yang betul) menjadi bentuk yang terlerai (again,aku tak tau ape perkataan yang boleh menjelaskannya).

sepatutnya gambar kanabis dalam keadaan mampat dan belum dileraikan itu perlu di ambil terlebih dahulu (perlu ada gambar dadah masa mula2 dirampas).tapi dalam kes tu,gambar sebelum dileraikan tidak diambil.

so,ade la peluang untuk Tuan Najib defence anak guam dia.alasan - dadah yang di analisis oleh Jabatan Kimia itu bukanlah dadah yang dijumpai pada badan anak guamnya.dan hakim bagi kes itu bersetuju dengan Tuan Najib.

pp mesti la tak happy dgn decision tu,& appeal ke Court of Appeal,before Gopal Sri Ram JCA (wahhhh...???).tapi Gopal Sri Ram JCA juga bersetuju dengan pendapat & hujahan Tuan Najib.maka,terselamat lah anak guam Tuan Najib dari hukuman yang sepatutnya diterima.

apa hukumannya kalau convicted under Section 39B Dangerous Drugs Act? GANTUNG MANDATORI.


LAIN ORANG,LAIN PRINSIP HIDUP

mungkin ada yang berpandangan bahawa lelaki tersebut tidak perlu dibela.pada mata kasarnya - YA. memang tidak patut dibela.bayangkan,seorang lelaki memiliki dadah seberat 2 kilogram.untuk apa dadah itu?tujuannya hanyalah satu - untuk merosakkan anak bangsa.

tetapi,cubalah meletakkan diri anda ke tempat peguam itu (put yourself in their shoes).mungkin masing2 ada prinsip masing2.tetapi itu kerana kita berada di posisi hidup yang berlainan.hidup kita berlainan dengan orang lain.maka,prinsip hidup kita juga berlainan dengan orang lain.

kalo aku jadi lawyer satu hari nanti (kalau),aku pun tak sanggup nak biarkan anak guam aku dijatuhkan hukuman mati.kalau benda tu terjadi,mungkin aku tak dapat tidur dan dihantui rasa bersalah (for the rest of my life).

jika seorang dijatuhkan hukuman mati,bukan seorang sahaja yang "mati".bagaimana dengan keluarganya?anaknya?isterinya?suaminya?dan banyak lagi perkara yang akan berlaku (ada consequence) selepas itu.

so,bagi sape2 yang mempunyai prinsip hidup tersendiri, dan suka mengutuk orang lain yang mempunyai prinsip hidup yang berlainan daripadanya (ade yang mengutuk tindakan sesetengah lawyer yang membela "orang jahat"), cubalah berfikiran jauh. tak salah untuk kita mempunyai prinsip hidup (aku rase,semua orang perlu ada prinsip hidup), tapi tak perlu lah mengutuk orang yang kita tak tau pun (dan tidak faham) bagaimana cara dia bekerja dan bagaimana dia perlu menyelesaikan kerjanya.


MORAL OF THE STORY

ada sesetengah kerja dan tanggungjawab yang sangat sukar untuk dilaksanakan. tidak boleh ada sebarang kelalaian dan kesilapan. kadang2 hanya kerana satu kesilapan yang remeh (atau kesilapan teknikal), semua hancur.

ugh,takOt..
.

No comments: