Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

semua orang mempunyai ibu. tidak kira lah sama ada dia memang dibesarkan oleh ibunya, atau tidak pernah langsung mengenali ibunya. kita tetap lahir dari perut ibu, kan.

sungguh bertuah kita mempunyai ibu. dan teramat lah bertuah mereka yang masih mempunyai ibu di sisi mereka. tapi ada juga yang tak menghargai apa yang mereka ada. mungkin memang sifat dan lumrah manusia. susah (atau mungkin juga tidak pernah) nak menghargai apa yang mereka ada.

bila dah kehilangan sesuatu atau seseorang yang mereka sayang, baru lah terasa kekosongan dalam hati kita.masa tu baru kita rasa, betapa ruginya kita kerana telah mensia-siakan peluang yang kita ada. peluang untuk menghargai sesuatu yang kita sepatutnya hargai. betul...percayalah....




percaya atau tidak, aku tidak ada satu pun gambar bersama-samanya. tidak ada satu pun yang boleh dibuat kenangan. yang ada, hanyalah kenangan dalam kotak memori aku. itu sudah cukup memadai, namun ada sedikit perasaan kesal. hanya gambar candid ini yang aku simpan sejak 3 tahun lepas.

mungkin aku ini suka berlengah2. aku fikir, lain kali boleh buat. tapi takkan mungkin aku ada "lain kali" untuk selama-lamanya. ayat ini bukan bermaksud aku tak menghargai insan yang paling aku sayang ni. tapi ada banyak perkara yang aku nak buat utk dia, nak buat bersamanya, dan nak bagitau dia. terlalu banyak. tapi tiada lagi masa untuk aku buat semua tu.



hargai lah apa yang kita ada, sebelum kita kehilangannya.




"syurga terletak di bawah tapak kaki ibu".
ramai (atau mungkin semua) yang tahu pepatah ni. tapi berapa ramai kah yang mengambil pepatah ini secara serius? fikir-fikir kan lah.







kepada IBU2, Selamat Hari Ibu.
kepada ANAK2, hargai lah apa yang korang ada.


bestnyer dapat sambut hari ibu, kan?










SELAMAT HARI IBU. 10th May 2009.



.

No comments: