Saturday, January 30, 2010

Reben Putih Selendang Putih


Dah cukup seminggu dah rakyat kat Johor ni berkabung. Semalam hari last berkabung.

Minggu lepas aku teman akak aku pegi beli reben putih. Reben tu untuk lilit kat songkok anak dia. Yerlah, kan anak dia sekolah. Takkan taknak pakai songkok yang takde lilitan putih.

Sampai kat kedai tu, tokey kedai tu kata reben putih dah abes. So, nak taknak akak aku terpaksa lah beli benda alah yang buat pinggang baju kurung tuh. Ape ntah nama dia. Yang aku tau, benda tu biasanya digunakan untuk buat pinggang kain baju kurung (bagi orang yang taknak guna getah). Benda tu warna putih jugak. Cuma keras lah. Akak aku kata, ok lah dari takde langsung.

Wahh~ boleh sold out ek reben putih.

Akak aku plak nak cari tudung putih untuk dia. Dah banyak kedai yang kitorang pegi, tapi semua takde tudung putih. Semua dah sold out. Akhirnya, kitorang sampai kat satu kedai ni. Ada tudung putih. Tapi putih dia, memang betul2 putih. Macam tudung budak sekolah yang baru beli. Sah2 lah stok baru. Mase akak aku nak beli tu pun, ade la dalam 2 - 3 orang yang beli jgak.

Wahh~ selling fast.

Aku plak, tiba2 jer teringin nak beli selendang putih. Sebab mase tu aku stay kat umah akak aku, dan akan stay kat sana untuk seminggu tuh. Memang kena berkabung seminggu, kan. Aku plak tak bawa tudung putih. Tudung hitam ade la. Yang lain semua ade kat umah aku kat Skudai. Malas lah nak balik ambik.

So, aku pun cari la selendang. Coz aku lebih suka pakai selendang. Simple jer.

Tapi takde la plak selendang putih. Time aku nak, time ni la takde. Haishhh~~

Akhirnya jumpa lah satu selendang putih kain georget kat satu kedai nih. Ada satu tu jer selendang putih. So, lepas tanya harga dan tanpa banyak soal, aku pun beli lah.

Tapi bila sampai kat umah, akak aku tengok2 lah selendang yang aku beli tuh. Bila akak aku dah bukak...rupa2 nye bukan selendang. Tudung empat segi rupanya. Lahh.. Tu la, main beli jer. Tak check dulu.

Aku ingatkan selendang. Sebab kalo kain jenis camtu (jenis georget), biasanye selendang. Confident sangat kan. Sampai umah pun aku tak check. Kalo akak aku tak tengok2 tudung tu, mungkin aku takkan sedar lagi kot yang selendang tu sebenarnya tudung!

Never mind lah. Kan boleh pakai jgak. Tapi tak best lah pakai tudung kain jenis camtu. adoii..

Hari Isnin plak, mase aku pegi Menara TJB, aku tengok ade sorang pakcik nih jual songkok yang dah siap ade lilitan putih. Kat depan Wisma Persekutuan. Pakcik tu tak bukak gerai. Cuma dia letak songkok kat dalam bonet kereta jer. Memang lah bagus. Sebab kalo ade sape2 yang takde songkok camtu, boleh beli & pakai terus. Tak payah susah2 nak beli lilitan putih & lekatkan kat songkok tuh.

Tapi malangnya kat lilitan tu dia just letak tape ajer. Tapi ade jgak orang beli.

Ntah papelah meniaga camtu. Tau nak ambik kesempatan jer. Nak ambik untung. Kalo yer pun nak meniaga & nak ambik untung time camni, buat lah ikhlas sket. Cubalah jahit lilitan putih tu. Biar nampak kemas sket.

Mase aku kat court 3 hari lepas, ade sorang abang nih. Nama kat tag dia, nama Melayu. Tapi dia tak pakai songkok. Just pakai lilitan hitam kat lengan kiri.

Confuse aku. Dia ni Islam ke tak? Nama Melayu. Lilitan hitam kat lengan kiri hanya untuk orang bukan Islam. Ntah lah.

Kat office aku plak, yang sebelum ni free hair, dalam tempoh berkabung nih boleh plak pakai tudung. Tudung putih lah. Bagos lah.

Cehh~ macam lah aku ni baik sangat & selalu pakai tudung. Pegi keje jer pakai tudung. agagaa~~ ;D

Pendek kata, dalam seminggu nih macam2 lagak manusia yang aku boleh tengok. Manusia ni ada macam2 perangai, kan. Ada macam2 kisah.




*semoga roh Almarhum DYMM Sultan Johor dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah...


.

No comments: