Tuesday, February 23, 2010

Melecur

Ceh. Tajuk macam gempak sangat. Ceritanya macam ni. Dua hari lepas (hari Ahad) aku terkena minyak panas masa tengah masak. Pehh,,,saket takpayah cakap lah. Pedih giler! Cepat2 aku basuh ngan air lengan aku tuh. Aku tak tau lah betul ke tak tindakan aku tuh.

Masa tu la aku tiba2 jer teringat kat arwah mak aku. Sebab arwah mak aku ade petua untuk orang yang kena minyak panas. Dulu arwah mak aku pernah kena minyak panas, lagi teruk dari aku. Tapi takde melecur ape2. Aku tak tau ape petua dia. Aku rasa dia guna telur & garam, then adela dia baca ayat. Tapi aku tak berapa ingat. Sebab dah lama sangat. Mungkin masa tu aku Darjah 6 or Tingkatan 1.

Masa tu semua orang panik, sebab diorang pikir mesti mak aku akan melecur teruk. Sebab satu kuali minyak yang tengah menggelegak tuh, tumpah atas dia. Tapi nasib baik lah arwah mak aku nih memang pantas. So, takde melecur langsung. Mase tu aku pun panik & takot. Rase menyesal pun ade. x(

Sekarang ni rasa macam rugi jgak lah tak belajar petua tuh dari arwah mak aku. Bukan setakat petua tu jer, tapi ade banyak lagi bnde yang aku tak sempat nak belajar dari dia. xP

Ok, balik kepada cerita aku. Aku bukannya tak biasa kena minyak panas. Sebab aku memang selalu masak. Ceh, macam terer sangat. Sebenarnya baru nak belajar2. Pastu cuai kat dapur!

Tapi ni la yang paling teruk. Kat umah aku plak takde ubat. So, terpaksa mintak bantuan dia untuk belikan aku ubat. Nasib baik dia dah balik dari kampung. Kebetulan masa aku kena tu, dia SMS aku, bagitau dia baru sampai umah. huhuu~


ini lah dia tangan orang yang cuai. xP
yang kaler biru tu adalah ubat yang dibeli oleh dia.



Memang saket giler. Pedih. Sampai ade naik gelembung lagi. huhuuu~~~ *T.T*

Abes lah berparut lengan aku nih. Dah la lengan memang dah buruk, banyak parut! Tambah lagi ngan parut melecur nih. Huh. Tu la, lain kali cuai lagi! xP



.

No comments: