Wednesday, April 14, 2010

Filing Form 6, 7 & 8

Semalam aku pegi KL. pegi berjuang untuk masa depan! ;p

Takde la berjuang. pegi filing borang 6, 7 & 8. Borang-borang ni untuk dapatkan date Long-call. Long-call tu ape? Long-call adalah...emm..hari di mana aku akan admitted to the Bar (diterima masuk & didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara).

Dah cukup tempoh Chambering 9 bulan, dah lulus exam Ethics, baru boleh pegi filing. huh~ ingat senang nak jadik lawyer? duhh~~

Aku bertolak dari JB pukul 12.30 a.m, 13/04/2010. masa aku beli tiket kat Larkin, aku check la tiket tu. Bila tengok kat tempat turun, tercatit : Stadium Bukit Jalil.

eh? aku nak turun kat Pudu, bukan kat Bukit Jalil. dia ni silap bagi tiket ke?

aku tanya mamat kat kaunter tuh : "ni knape turun kat Stadium Bukit Jalil? Bukan turun kat Pudu ke?"

dia jawab : "Pudu sekarang dah tutup. ade renovation."

aku : "owh.yeke."

aku macam..yeke dia nih. (camni la orang yg tak baca surat khabar, tak tengok berita & taktau perkembangan semasa. ;p)

aduh..aku bukannye tau area Bukit Jalil tuh. Tak pernah pegi situ ngan public transport. pegi ngan kete ngan kawan2 pernah la. Camane aku nak pegi Bar Council dari Stadium Bukit Jalil? kelam kabut la aku tanye member aku lepas tu.

Tawakal jer lah. Masa sampai kat Bukit Jalil, hari masih gelap, masih sangat pagi. Pukul 5.00 pagi (lebih kurang la,aku pun tak ingat). Nak cari LRT, aku risau jgak. Aku ni bukannye nampak sangat kalo ari gelap camni. So, aku tunggu jerlah dulu kat situ. Sampai la pkul 5.45, ade bas transit RapidKL, pegi Pudu. Ok, cantek. takpayah cari LRT. terus jer naik bas tuh.

Huh~ akhirnye selamat jgak aku sampai ke tempat yang dituju. Pegi Disciplinary Board kat Wisma Maran, then pegi Bar Council, pastu baru pegi filing kat KL High Court.

Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Petang tu jugak aku terus balik ke JB.

Senang pegi sorang2. Ikut kaki sendiri jer bila nak pegi, bila nak balik, & mana nak pegi.



Hentian bas sementara kat Stadium Bukit Jalil.


Nasib baik masa aku sampai kat Bukit Jalil tak hujan & tak panas sangat. Agaknye baru lepas hujan, coz basah jer jalannye. Aku tengok hentian bas sementara nih tak mesra pengguna lah. Walaupun Hentian Puduraya tuh sesak ngan manusia, tapi lagi ok dari Stadium Bukit Jalil nih.

Kalo panas masih ok kot. Tapi kalo hujan? hujan lebat? Ishh..memang seksa. Tapi takpe lah. Untuk sementara jer. Maybe bila renovation kat Pudu dah siap nanti, lagi selesa dari dulu.

Aku balik ke JB membawa amanah yang besar.*ceh Aku bawak balik file chambering aku dari KL High Court, yang diamanahkan oleh Mr. Murali, ke JB High Court. Sebab aku nak Long-call kat JB. Kena la bawak balik file tu ke JB.

Mr. Murali siap tulis "DO NOT OPEN" lagi kat sampul file tuh. saje je kan? ceh~ aku tau ler. takkan aku nak bukak plak. ;p

Dan tadi, selamat lah sudah aku filing Notis Perbicaraan kat JB High Court dan jugak serahkan amanah yang besar tu kat person in charge kat JB High Court nih, i.e. Datin Maheran.

Harap2 dapat ler tarikh Long-call cepat. Master aku plak nak pegi bercuti ke oversea 25 haribulan nih. Kalo dapat date Long-call lambat, takde Master la aku time Long-call nanti. aduhh~ risau gak..


.

No comments: