Friday, May 28, 2010

Cuti Wesak Day

Hari ni cuti hari Wesak. Esok Sabtu, lusa Ahad. Office aku off ari sabtu ni. So, 3 hari la aku cuti. Suppose aku spend time cuti ni ngan dia. Dah plan nak berdating. Maybe hari ni jer boleh kluar ngan dia. coz aku tau hari Sabtu dan Ahad maybe dia kena keje. Dah lama tak kluar & spend time ngan dia. Tapi kita hanya merancang, kan. Hmm...

Saturday, May 22, 2010

ber-BBQ di rumah kakak

harini aku ber-BBQ di rumah kakakku di Majidee. ayam bakar, daging bakar, ikan bakar, ikan pari bakar, frankfurter bakar, udang bakar, dan juga nasi kerabu. nyum nyum..dah lama tak makan nasi kerabu.

duhh~ kenyang giler. sampai nak tengok smua tu pun dah tak larat. walaupun aku tak makan banyak. sebab ramai sangat orang kat situ. segan la plak. ;p

nasib baik aku makan jer, bukan tukang bakar & kipas. hahahh~ ;D
.

Monday, May 10, 2010

My Long-Call Day

07.05.2010. Ini lah hari yang aku nantikan selama ini. Setelah sembilan bulan berhempas pulas menderita menanggung seksa*ceh, akhirnya aku telah dipanggil! Ini lah Long-Call aku.


Oh gosh! Muka aku BULAT giler!!


AKHIRNYA..


Him.



Friends.



My Master.



Anak2 yang suke bunga! ;p


Family.
Brother, Sisters, Nephews.


If only my late parents were here to celebrate this day with me. Especially my Mom. Mom,look..i've became a lawyer now. I've done all this for you. :'(




.

Wednesday, May 5, 2010

Tentang Chambering

Sementara aku masih bergelar Chambering Student nih, aku nak menulis dan bercerita tentang chambering. Lagi beberapa hari aku nak Long-Call, kan. Lepas ni dah tak bergelar Chambering Student lagi dah (walaupun sebenarnye aku memang dah tak bergelar Chambering Student lagi, sebab Chambering period aku dah tamat dan hanya menunggu Long-Call).

Ape itu Long-Call? Buat korang yang tak tau, meh aku explain. Yang dah tau tuh, kalo aku silap explain jangan nak mengutuk aku plak. Aku cuba explain seringkas dan semudah yang mungkin.

Bagi sape2 yang nak jadik lawyer, lepas je abes study (macam aku ni, ambik Law Degree), kena melalui Chambering period. Kena jadik Chambering Student dulu. Macam praktikal la kot, senang cite. Contohnya nak jadi doktor, kena jadi doktor pelatih dulu (yeke ni? aku tak brape pasti). So, Chambering Student nih macam lawyer pelatih lah.

First, korang kena pilih lah firma guaman mana yang korang nak chambering. Pastu korang kena melalui pupillage (tempoh chambering) selama 9 bulan (macam pompuan pregnant plak). Lebih takpe, kurang tak boleh.

Masa Chambering nih, korang kena ade Master, dan korang kena belajar di bawah tunjuk ajar Master korang nih. So, status korang adalah Pupil. Tapi ini secara "tradisi" jer kot. Hakikatnya, nama jer ade Master, tapi ade yang tak dapat langsung belajar ape2 ngan Master diorang. Ingat Master tu ade mase ke nak ajar Pupil dia. Master tu pun banyak keje lagi nak buat. Whatever la kan.

Master korang tu plak mesti dah practise sekurang-kurangnya 7 tahun. So, korang kena la siasat sendiri sama ada Master korang tu dah cukup 7 tahun ke tak. Call la Bar Council tanya pasal Master kau tu. Tak salah pun, kan.

Ade kawan aku nih, dah beberapa bulan jadik Chambering Student. Masa nak Short-Call, orang dari Bar Council call & bagitau yang Master dia tu tak cukup 7 tahun! So, terpaksa la dia batalkan Chambering dia dan start balik dari awal. Tak ke naya camtu? Maybe dia pun cuai sebab tak check dulu betul ke Master dia dah cukup 7 tahun. Orang lain pun mungkin ingat dia dah cukup 7 tahun. Tapi masalahnya, si tuan punye badan (Master) tu tak sedar ke yang diri dia masih belum cukup 7 tahun practise?? Wallahualam. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung.

Kalo Master tu dah jadik lawyer dari tahun 2003 sampai sekarang (2010), tak semestinya dia dah cukup 7 tahun practise. Maybe dia ade "cuti" dari jadik lawyer ni kjap, or maybe ade tempoh dia tak practise untuk beberapa minggu, atau beberapa bulan. So, calculation tempoh practise tu dah lain. Senang cite, tanye je pihak yang bertanggungjawab dan lebih arif pasal tu - iaitu Bar Council - sama ada Master korang tu dah cukup 7 tahun ke tak. Kalo tak nanti korang jgak yang susah.

Mula2 chambering, kena failkan Borang 1 dan Borang 2 kat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tak kira la kat mana korang nak chambering (Johor, Kelantan, Pahang, Penang, etc, kecuali Sabah Sarawak), memang korang kena naik KL dan failkan Borang-borang tu kat KL High Court.

Borang 1 dan 2 tu ape? Borang-borang tu adalah borang untuk daftarkan nama korang untuk jadik Chambering Student lah (explanation yang paling senang). Lepas dah settle pasal Borang 1 dan 2, kena failkan Borang 3, 4 dan 5 plak. Yang ni kena failkan kat Mahkamah Tinggi kat negeri yang korang Chambering. Macam aku ni chambering kat Johor Bahru, so aku failkan kat Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Borang 3, 4 dan 5 tu ape plak? Borang-borang tu untuk dapatkan tarikh Short-call korang. Short-call tu pulak, adalah tarikh di mana korang diberi Perintah oleh Mahkamah bahawa korang dibenarkan untuk hadir ke Mahkamah dan menghadiri kes-kes bagi pihak firma guaman yang korang chambering. Lepas Short-call, separuh dari diri korang dah jadik lawyer. Blom jadik lawyer lagi, walaupun korang dah boleh pegi Mahkamah*dan berlagak macam lawyer.

Sepanjang tempoh 9 bulan tu, macam2 yang terpaksa dilalui. Jangan ingat lepas cukup je 9 bulan, boleh terus jadik lawyer. Ohh..bukan semudah itu. Salah satu syaratnye, kena cukupkan 14 hari menghadiri Legal Aid. Sama ada berkhidmat di Legal Aid Centre (Pusat Bantuan Guaman), atau melawat penjara, atau menyertai Kempen Kesedaran Undang-undang (Law Awareness Campaign) yang dianjurkan oleh Legal Aid Centre. Aku plak 2 hari pegi Law Awareness Campaign (satu kat Hutan Bandar JB, satu kat Plaza Angsana), 12 hari lagi serve kat Legal Aid Centre.

Satu lagi syarat untuk menghabiskan korang punye chambering - Standard Professional Course (Ethics Course). Arghhh~~~ aku paling TENSEN yang nih! Bukan tensen sebab kena pegi kursus, tapi tensen sebab kena ambik exam. Aduh~

Ade orang cakap, exam Ethics ni senang. Ade yang cakap susah. Aku cakap : no comment.

Ade yang cakap ambik kat JB susah nak lulus, kat KL senang lulus. Ade yang cakap ambik kat JB senang lulus, kat KL susah lulus. Aku cakap : eh, merepek jerlah. Sama jer kalo ambik kat mane pun. Orang yang sama jer check paper tuh (kot).

Tapi memang ramai yang tak lulus exam nih. Kalo yang bernasib baik (tak semestinye pandai,ok. ;p), ambik sekali jer dah lulus. Kalo nasib tak baik, ambik 3, 4 kali pun masih tak lulus. Ade yang ambik 5 kali, masih tak lulus. Last2 dia stop chambering dan jadik cikgu. aduh~ sadis aku mendengarnya.

Ade kawan aku plak, 4 kali ambik baru lulus. Tau nape tak lulus? Sebab untuk Bahagian Esei, dia buat dalam bentuk point form, i.e buat ringkasan jer. Sebab tu pun boleh tak lulus? Haiyaaa~~~ ini exam aa..banyak menusahkan olang oo...

Seriously, aku memang bencik giler ngan exam Ethics nih. Korang bayangkan lah ea, paper tu ade beberapa bahagian (5 bahagian kot). Korang kena lulus semua bahagian. Kalo tak lulus 1 bahagian, satu paper tu kau tak lulus, walaupun bahagian2 lain korang dapat markah penuh. Dan korang kena re-sit lagi dan ambik semua bahagian, sampai kau lulus semua.

Aku plak ambik brape kali? Hee~~ segan nak cakap. ;p

Dah abes study dan dah graduate pun masih lagi kena ambik exam camnih. Batapa menyampah, meluat dan memberontaknye aku bila terpaksa berhadapan dengan exam nih. hadOoiihhh....

Haa..satu lagi jangan lupa, kena dapatkan Pengecualian Menduduki Peperiksaan Bahasa Melayu dari Lembaga Kelayakan Undang-undang (bagi yang BM korang kredit dalam SPM). Kalo Bahasa Melayu korang tak kredit, kena la ambik exam Bahasa Melayu. Naseb baek BM aku ok (dapat A, ok. haha~ ;p).

Lepas dah cukup syarat-syarat semua tu, dan dah cukup tempoh 9 bulan, boleh la pegi failkan Borang 6, 7 dan 8 plak, kat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Borang-borang ni untuk dapatkan tarikh Long-call. Borang-borang ni sama jgak macam Borang 1 dan 2, kena failkan kat KL High Court, tak kiralah kat mana pun korang Chambering (kecuali Sabah dan Sarawak).

Masa filing Borang-borang tu, korang boleh pilih nak Long-Call kat mane. Ade kawan aku Chambering kat KL, tapi Long-Call kat Pahang sebab parents dan family dia kat sana, & parents dia susah nak datang KL. Aku plak, Long-Call kat JB jerlah.

Disebabkan aku nak Long-Call kat JB, so aku di amanahkan oleh Mr. Murali (yang incharge bahagian chambering kat KL Hig Court) untuk bawak balik fail aku yang ade kat KL High Court tu balik ke JB, untuk diserahkan kepada Mahkamah Tinggi JB plak, iaitu kepada Puan Maheran.

Pehh..amanah yang besar tuh. Kalo hilang fail tu, hancur masa depan aku.

Dah sampai kat Mahkamah Tinggi kat negeri yang korang nak Long-Call, korang kena serahkan fail dari KL High Court tu kepada orang yang incharge bahagian chambering kat Mahkamah tu plak. Pastu kena failkan Notis Perbicaraan kat Mahkamah tu. Dalam Notis Perbicaraan tu la korang akan dapat tarikh Long-Call.

Long-Call - masa ni korang dapat Perintah dari Mahkamah dan korang akan diterima masuk dan didaftaraikan (didaftarkan) sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Tapi sape2 yang Chambering kat Semenanjung Malaysia, hanya dapat practise kat Semenanjung jer. Kalo nak practise kat Sabah dan Sarawak, kena pegi Chambering kat sana la. Kat sana Chambering 12 bulan wok! Setahun tuh. Even kalo korang dah jadik lawyer bertahun2 kat Semenanjung, korang tetap kena buat chambering balik kalo nak practise kat sana.

Tapi bagi warga Sabah dan Sarawak yang dah chambering kat sini, boleh sambung chambering 3 bulan jer kat sana. Cukup la 12 bulan. Dan Long-Call lagi sekali kat sana. Boleh la practise kat sana. Special sket, kan.

Bagi yang dah Long-Call, masa tu korang dah officially jadik Peguam. Tapi blom boleh practise lagi. Kena dapatkan Practisisng Certificate (Sijil Amalan) dulu. Sijil ni macam lesen korang la. Kalo takde lesen, tak boleh practise. Masa ni tandatangan pun tak laku. Takboleh sign surat, tak boleh pegi Mahkamah. So, duduk la office dulu, buat keje2 office. Gaji pun tak naik lagi, masih belum dapat merasa gaji lawyer. *sigh.

Lepas dah dapat lesen tuh, baru lah rasa macam betul2 jadik lawyer. Tanggungjawab pun dah semakin berat. *poket pon berat kot. agagagaa~~ ;p

Then, bersedia lah korang menghadapi dunia nyata! *kata2 ni ditujukan untuk aku sebenarnye nih. duh~

Kebanyakan orang cakap, Chambering Student nih "Cheap Labour". Even Lecturer aku pun pernah cakap camtu. Kenape? Sebab dapat (salary) sikit, keje menimbun2. Sabo jerlah eden. Orang cakap bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tul tak??

Haihh..sepanjang jadik Chambering Student nih, memang kena banyak bersabar lah. Wa cakap lu. Ape yang orang buat, ape yang orang cakap, kita terima jerlah. Bukan sebab takut atau senang dibuli. Tapi sebab kita masih dalam proses belajar. Masih banyak yang kita tak tahu dan kena belajar. Even yang dah practise (jadik lawyer) bertahun2 pun masih banyak yang diorang tak tahu, kan.



P/S : kau ingat senang nak jadik lawyer?


.

Tuesday, May 4, 2010

Dijemput ke Long-call Saya ;)

Anda semua dijemput ke Long-call saya.
Oops..Long-call kami. hehee~ ;p

Date : 07.05.2010 (Friday)
Time : 9.00 a.m
Venue : High Court (5), Johor Bahru

Before Her Ladyship Yang Arif Dato' Hue Siew Kheng



*poyo jer nih. padahal saje jer nak tunjuk invitation card. ;p