Pagi Ahad, 6 Jun 2010. Aku terima panggilan telefon dari akak aku yang stay kat Majidee. Membawa berita mengenai kakak aku yang tinggal di kampung, di Kuala Besut, Terengganu. Berita yang buruk dan sangat tragis. Aku menangis mengenangkan nasib akak aku kat kampung. Kenapa manusia boleh bertindak kejam seperti itu? Sedangkan kakak aku itu adalah seorang yang kurang upaya.
Akak aku yang stay kat Majidee dan abang aku yang stay kat Pasir Gudang mahu balik kampung. Aku mahu balik kampung dengan akak dan abang aku. Tapi bila fikirkan aku banyak keje kat office, especially satu keje urgent yang aku bawak balik umah ni (Reply To Defence), aku macam serba salah plak nak balik kampung.
Tapi kalo tak balik kampung, lagi aku serba salah. Mane yang lagi penting, KERJA atau KELUARGA? Keje ni sampai bila2 pun takkan abes. Lagipun aku dah lama tak balik kampung. Lepas aku fikir2, aku nekad, AKU KENA BALIK KAMPUNG!
Aku siapkan keje aku tu (dalam keadaan otak yang serabut) secepat mungkin. Sebab malam nak gerak balik kampung. Dan keje tu aku save dalam pendrive & bagi kat Encik Kuneng. Aku mintak dia tolong hantar ke office aku pagi esknye (pagi Isnin), bersama dengan dokumen2 yang aku bawak balik. Nasib baek ade dia. Dan dia jugak lah yang hantar aku pegi umah akak aku malam tu. Aku balik ngan abang aku, & abang aku ambik aku kat umah akak.
Sepanjang perjalanan balik kampung (dalam kereta), aku tak henti2 menangis. Sedih sangat bila kenangkan nasib akak aku. Tapi aku cuba control. Taknak nanti abang aku tegur.
Ini lah yang berlaku........
Sinar Harian (Edisi Timur).
08.06.2010, muka depan.
08.06.2010, mukasurat T3.
08.06.2010, mukasurat 18.
08.06.2010, mukasurat 5.
Akak aku cerita, malam tu dia tidur kat ruang tamu, sorang2 coz laki dia takde, pegi keje. Lampu dia bukak. Tapi dalam pukul 5pagi, tiba2 dia tersedar dari tidur dan tengok keadaan gelap. Dia ingatkan elektrik takde. Bila dia toleh ke kiri, tiba2 jer ade lelaki datang terkam dia dan suruh dia diam. Akak aku cuba jerit, tapi lelaki tu cakap kalo menjerit, dia bunuh. Lelaki tu letak pisau kat leher akak aku. Bila akak aku cuba melawan, makin kuat dia tekan pisau tu.
Masa bergelut, lelaki tu cabut subang kat telinga akak aku. Dia pijak perut akak aku sebab taknak akak aku bangun. Mase tu akak aku tengah baring, coz dia tengah tido. Akak aku cakap, lelaki tu pijak kuat giler, sampai akak aku sesak nafas.
Ya Allah..akak aku tu kurang upaya. Kedua2 kaki dia cacat. Kalo tolak sikit pun dia dah jatuh, perlu ke sampai pijak perut dia semata2 taknak dia bangun dan taknak dia melawan.
Lepas ambik subang dan henfon, lelaki tu terus lari. Akak aku plak menjerit & terus pitam. Tak lama lepas tu dia sedar & pegi kejutkan jiran kat situ.
Pagi tu, dia turun darah. Dia dapat agak, mesti dia dah keguguran. Masa tu dia pregnant 2bulan. Iyerlah, kalo dah pijak perut kuat giler sampai akak aku sesak nafas, camane kandungan tu nak selamat.
Kat hospital, kandungan akak aku kena cuci. Akak aku cakap, saket giler sampai dia meraung. Ishh..aku tak boleh tahan bila dia cerita. Tau tak saket keguguran lebih saket dari bersalin biasa? Bayangkan akak aku yang kurang upaya tu nak menanggung saket camtu. :'(
Akak aku cakap, dia cam suara penyamun tu. Yerlah, camane tak cam, dah tentu akak aku kenal budak tu sejak kecik lagi. Dia stay pun kat belakang umah aku jer.
Dan untuk pengetahuan semua, budak tu memang SAMPAH MASYARAKAT. Dah banyak kali samun umah orang, dah banyak kali kena tangkap. Asal dapat je, semua dia curi. Sebelum ni dia curi kain batik (kat kedai kat kampung aku), curi ikan kering (ikan kering mahal la, kalo jual banyak gak yang dapat), dan macam2 lagi la kes kat kampung tu. Dulu dia keje kat kedai kat Kuala Terengganu, tapi abis barang tokey tu dia curi. Kaki pil kuda. Sebab tu selalu sangat buat keje samun camni.
Kali ni, umah aku kat kampung plak yang dia pecah masuk. Agaknye dah lama dia duk tunggu line clear kat umah aku tu, sebab kat sekeliling umah tu penuh ngan tapak kaki dia.
Kenapa ade manusia (manusia ke?) macam ni dalam dunia ni? Berhati binatang. Tak berperikemanusiaan. Binatang pun tak berhati binatang macam tu.
Kalo yer pun nak merompak, menyamun atau mencuri, ambik jerlah barang yang kau nak. Tapi jangan sampai mencederakan orang lain. Akak aku tu kurang upaya. Memang tak berdaya nak melawan. Tak perlu la sampai nak tampar, tumbuk dan pijak perut dia sampai dia patah gigi dan keguguran camtu.
Memang sedih mengenangkan nasib akak aku. Umur dia dah 46 tahun. Ini anak pertama dia. Baru beberapa bulan (dua, tiga bulan) yang lepas dia kawen. Dia teringin sangat nak anak sendiri. Tapi bila dah mengandung, jadi camni plak. Dia ade cakap, pegi cuci saket & rasa macam dah serik nak pregnant lagi.
Semua akhbar melaporkan : “kandungannya selamat”. Hakikatnya, kandungannya keguguran. Berita di akhbar bukannye betul sangat.
Lepas kejadian tu, akak aku fobia. Dia tak boleh tido. Bila lelapkan mata, mesti mengigau dan meracau2 sampai menangis. Its so hurts to see her crying at night.
Semoga Tuhan membalas perbuatan penyamun & pembunuh yang kejam itu dengan balasan yang sangat “kejam”...
.
Tweet
No comments:
Post a Comment