Tuesday, July 20, 2010

25 Years-Old



Its my birthday today. I wake up as a 25 years old (girl) today. Betul ke aku dah 25 tahun? Cepatnyer masa berlalu. Dah 25 tahun rupenye aku nih. (tapi tak rasa macam 25 pon. hahahh~~ ;D)


25 Years Old

Adakah korang merasakan 25 tahun itu TUA? Ade yang cakap 25 tahun sudah tua. Ade yang cakap sudah patut kawen. Kalo blom kawen, diorang panggil anak dara tua @ andalusia(WTH?). Ade yang cakap, umur sebegini sudah ade brape orang anak, ade yang cakap..bla bla bla...

Bagi aku plak, umur sebegini sepatutnya sudah ada kehidupan yang baik. "Kehidupan yang baik" tu plak sangat subjektif. Semua bergantung pada keadaan masing-masing, ape yang korang inginkan, pada umur berapa korang mula dapat mengatur hidup, dan macam2 lagi la.

Dan keadaan aku sekarang, takde la baik sangat kehidupan aku nih. Biasa la kan, baru stat keje. Dan tak perlu la tergopoh-gopoh nak kawen. Banyak lagi yang ingin dicapai sebelum menuju ke arah itu.

Bagi aku, tak kisah la umur brape. Yang penting pemikiran dan sikap kita yang mencerminkan tahap kita yang sebenarnye. Kalo dah 30, 40, or 50 tapi perangai masih tak mature & bangang tak abes2, tak guna jugak. Lebih baek budak umur 15 yang tahu berfikir menggunakan otak dan tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara dan boleh berfikir sebelum bertindak.

So, its not about age. Its about who you are and how you act.

Tapi bagi aku, umur 25 tahun masih belum tua. Bagi yang cakap "dah 25 tahun?", aku plak cakap "baru 25 tahun".

Whatever la kan. Ape yang ade pada umur. Seperti kata t-shirt ku di bawah ini : AGE IS A MATTER OF MIND.


erghh~ aku sudah semakin gemok. berat badanku naik mendadak. xP



Ape yang ade pada umur? Itu hanyalah pemikiran jer. Hayatilah ape yang t-shirt aku cakap tuh, ok. Jangan berfikiran kolot. Sampai bila pun tak maju (cewahh~).

So, terpulang la pada pandangan masing-masing. Yang penting, aku masih kelihatan muda, dan tidak seperti perempuan (gadis) yang berumur 25 tahun, ok (cuba perasan muda jap). Hahahahhh~~

Semoga aku menjadi insan yang lebih baik di hari-hari mendatang (sebab dah makin tua nih ;p). Semoga aku dapat mencapai apa yang aku impikan (dan usahakan). Dan semoga sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Aminn...


On My 25th Birthday

Harini bangun pukul 10pagi. Actually pukul 7pagi tadi dah tersedar, maybe sebab dah biasa bangun pagi2 (nak pegi keje). Pastu aku sambung tido balik. Tapi tak nyenyak. Coz SMS birthday wishes "bertalu-talu" (ceh) masuk ke Inbox henpon aku, dari kawan2, bos, rakan sekerja dan kerani kat office. Termasuk dari Celcom (dapat SMS & panggilan free, 7hari beb) dan dari Bank Islam. Agak mengganggu tidur. Tapi ku amat menghargainya. Anyway, thanks pada yang mengingati. Ku reply juga SMS-SMS tersebut dengan mata tertutup dan mengantok. xP

SMS yang buat aku tersenyum (tergelak sket kot) dalam mamai :

"Happy bufday 2 u..Happy bufday 2 u..Happy bufday happy bufday..Happy bufday 2 uuuuuuu!!!! ;) Slm syg dari K.adi"

SMS dari kerani office aku. Boleh nyanyi dalam SMS ea. Huhuu~~


Dan SMS ini:

"Hepi besday..moga pnjg umur..murh rzki..cpt bl kete n cpt2 kwin..he"

SMS dari lawyer kat office aku. OK, part yang cepat2 kawen tu yang tak tahan. Hahh~~ ;DD


Ketika aku terbangun pukul 7pagi tadi, aku tergerak untuk check henpon. Ku mahu SMS dari dia. Ku tertanya-tanya, adakah dia akan memberi ucapan harijadi padaku. Itu perkara pertama yang terdetik di hatiku sebaik sahaja aku membuka mata (tiba2 jer ayat jiwang kat sini).

Dan...yeah, SMS dari dia. Tepat pukul 12.01 pagi. Awak selalu mahu jadi yang pertama, kan?

Ku ingatkan dia takkan SMS ku lagi, dan akan melupakan harijadiku. Hmmmmm...............

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........


Harini aku cuti. Dapat off-day. Office tu memang bagi cuti kalo birthday. Best, bukan?

Nothing much to do today. Bangun pukul 10 pagi, guling2, baring2, malas2 dulu. Masak lunch. Tengok TV. Basuh baju. Buat keje umah. Snap some pictures. Jumpa dia kjap. Pegi pasar malam. Online Facebook. Update Blog. Dan sekarang...masa untuk tidur.

Ergghhhhh~~~ malasnyer nak keje esok! xP


*p/s : thank you so much pada semua rakan2, rakan se-office, bos, facebooker, dan semua yang memberi ucapan harijadi padaku harini, terutamanya pada si dia. you sooooo much! :')



.

No comments: