Wednesday, October 20, 2010

Penangan Belajar Memandu

Harini aku MC. yay! *eh2, saket pun suke?

Ni la akibat dan penangan belajar memandu kereta tiga hari yang lepas. Masa belajar tu memang panas gile. Start belajar pukul 1.30 tengahari. Cuaca plak panas terik! Balik umah jer aku rasa pening semacam jer.

Hari Isnin, tekak aku saket. Kalo tekak aku saket camni, tu petanda nak demam. Biase kalo saket tekak camtu, memang confirm akan demam.

Hari Selasa, kena pegi Mahkamah. Bangun pagi, aku rasa tak sehat. Tapi tak teruk sangat. Sampai kat Mahkamah jer, dah makin teruk. Bersin tak henti2. AdOoiiii..dugaan betul la. Cepat la kes abes, aku nak balik office nih. Tak tahan dah camni!

Suara pun dah berubah. Mase aku call office, reception tu dah tak cam suara aku.

"siapa ni?"

"cik murni la"


Petang, makin teruk. Memang dah tak bermaya. Ade staff kat office aku tegur.

"Cik tak sehat ke? muka pucat semacam jer. Pegi la klinik".

Yer, memang aku tak sehat nih.

"demam la kak. esok lah saya pegi klinik. confirm esok MC nih. tadi sebab kena pegi court. takkan nak ambik MC setengah hari"


Pastu ade lagi staff yang tegur, dia tengok muka aku semacam jer.

Balik, aku tumpang bos aku. Masa drop kan aku, dia siap pesan.

"jangan lupa makan ubat"

"Aa..ok"


Ishh~~ siap pesan lagi. Taknak aku cuti esok la tu. Tapi kalo dah tak sehat, kena la berehat, kan? Kalo paksa diri bekerja dalam keadaan tak sehat camni, lagi memudaratkan dan membahayakan kesihatan. Nanti lagi menyusahkan orang plak. duhh~~

Seperti yang dinasihatkan, aku makan gak ubat sebelum tido. Sebenarnye aku malas nak makan ubat. Pagi esok kan nak pegi klinik, tu yang malas nak makan ubat sebelum tido. Tapi macam2 plak bende buruk aku fikir. Aku takot nanti pagi esok...ishh!! Astarfirullahalazim...nape aku nih. pikir benda camni! Terus aku makan ubat!

Dapat MC satu hari. Ni la penangan belajar kereta. Tengah panas! xP


.

No comments: