Sunday, May 1, 2011

HOMETOWN DAY 2 : Misi Mencari Lokan

Sambungan dari ENTRI NI.


Jumaat, 04.02.2011 


Pagi2 kitorang pegi Pasar Tani kat Kuala Besut. Jalan kaki jer ke sana, sebab jarak tak sampai 300meter (kot) dari rumah aku. Best bawak Encik Kuneng jalan2 kat pasar tu. Yerlah, bawak orang bandar (bandar la sangat) ke pasar kat kampung, kat pasar yang banyak barang2 yang murah2. Ape lagi, rambang mata lah Encik Kuneng tengok barang2 kat sana. Haa....pilih2, jangan tak pilih. ;D

Then petangnyer, kakak aku ajak pegi cari lokan pulak. Katanya dah lama tak makan lokan. Kat kawasan rumah aku tu banyak jer lokan kat sungai (kat sini kitorang panggil alor). So, kitorang beramai2 pegi cari lokan. Encik Kuneng pon excited nak cari lokan jugak. Kakak aku siap bawak anak2 & husband dia lagi masuk sungai yang berselut (berlumpur) tu. Sorang lagi abang ipar (ayah kepada Adam), pegi sorang jer. Bini ngan anak dia tengok dari jauh jer. Yerlah, kan Adam tu kecik lagi, takkan nak masuk sungai kot. Kiranya 2 family la pegi cari lokan, cuma aku ngan Encik Kuneng jer yang blom berstatus family. Muahahaa~ ;D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Dan aku sebenarnye segan nak letak dua gambar kat bawah ni. Takot Encik Kuneng tak suka. Tapi lepas dah dapat green light dari dia, aku upload la jugak. Siap mintak izin lagi tuh... ;p



=
=
=
=
=
=
=
=
=
 = 
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




Tadaaaa....



Amboiiii~ khusyuknyer Encik Kuneng cari lokan. 
Ni la aktiviti kat kampung. Dah lama tak cari lokan. Dulu selalu jgak ikut arwah mak cari lokan.
Yer, aku ni budak kampung jer. Comot pulak tu. Kau hadoo??? muahahaa~ ;D



Lokan yang kitorang dapat kecik2 jer.




Adam si budak comot.



Ini lah dia rupa lokan yang kami semua dapat.






Kampung halaman.





Kat belakang rumah.
Siap ada perigi lagi. Kau hadoo? ;D






Eh2, jangan ler curik2 snap gambo sayeww. 
Malu la sayewww~ Dah la muka comot blom mandi lepas balik dari cari lokan. 
Muahahaaa~ ;DDD





Bersambung lagi di bahagian 3. 


Ok bye!


.

No comments: