Sunday, June 12, 2011

[MOVIE] X-Men First Class. Agak Keciwa.

Wednesday-movie-day. Pegi tengok movie X-Men First Class. Dengan perasaan teruja. Sebab dah lama tunggu untuk tengok movie nih. Kihkihh~




Trailer.



Sinopsis camni :-

Directed by Matthew Vaughn and starring James McAvoy, Michael Fassbender, Kevin Becon, Rose Byrne and January Jones amongst others, the film takes you back to where it all started. The storyline of the movie revolves around the friendship between Charles Xavier a.k.a. Professor X and Erik Lensherr a.k.a. Magneto before it evolved into an eternal war between Magneto’s Brotherhood and Professor X’s X-men.



Sebenarnya aku pun tak reti nak explain movie ni camane. Kiranya  movie ni permulaan kisah X-Men la. Camane Xavier (sebelum lumpuh dan sebelum bergelar Professor X) cari mutan2 untuk kumpulkan mutan2 tu, dan apa yang membuatkan Prof X kumpulkan mutan2 tu. Dan kisah camane Xavier berjumpa dengan Erik (sebelum bergelar Magneto) dan bersahabat baik dengan Erik tu. Dan camane Xavier boloeh lumpuh & kemudiannya dah tak kawan lagi ngan Erik.

Movie ni takde la best sangat macam yang aku expect. Ceh. Keciwa betol aku. Maksud aku, jalan cite dia tak best, tak kuat, tak banyak visual effect (visual effect ke? whatever la kan).


Haa...yang ni boleh menjelaskan sket movie nih.



Oh, ini zaman Presiden Kennedy.



 Xavier si telepathy.


 Erik a.k.a Magneto.
Rupa2nya mende alah kat kepala Erik tu asalnya bukan dia punya.
Tapi milik "pencipta" dia yang Erik cari untuk balas dendam.



Dalam movie ni, Erik tengah cari "pencipta" dia, iaitu Shaw yang telah mengubah Erik menjadi mutan dan yang telah membunuh ibu Erik. Dan Erik cari Shaw sebab nak balas dendam. Dalam misi membalas dendam tu la dia bertemu dengan Xavier, dan masa tu Xavier yang selamatkan Erik dari lemas dalam air masa nak balas dendam kat Shaw. Lepastu bermula la persahabatan diorang.

Xavier bergabung ngan Erik untuk menghentikan Perang Dunia (eh, perang dunia ke?) yang akan berlaku, dan berpunca dari Shaw. Erik pulak memang nak cari Shaw untuk balas dendam. Misi diorang (Xavier dan Erik) ni macam sama, cuma matlamat & cara jer lain. Sebab Erik nih takde belas kasihan, dan matlamat dia hanyalah satu - nak bunuh Shaw.

Hahaa~ pening tak baca cerita yang aku ceritakan nih? Aku pun pening jugak nak buat sinopsis cerita nih, sebab ceritanya agak hampeh. -.-



Kuasa Erik boleh angkat kapal selam dari laut. 
Fuyyooohhhhh~




Azazel. Power dia nih seram sket. Bahaya tuh. 
Especially masa dia serang tempat CIA sebab nak cari budak2 mutan tu.
Kesian yang kena serang tuh. Tragis sungguh mati camtu.



Oh man. Ini Alex Gonzalez. 
Janos Quested @ Riptide kot nama dia dalam X-Men nih. 
Ensem, kan. Muahahaa~ ;DD







Dan....





Jeng jeng jenggggg............





Omaigosh!!! It's Wolverine!!!!!


Ya, anda semua pasti akan teruja terlebih2 excited bila tengok Wolverine muncul dalam movie nih. Seperti saya dan semua orang dalam hall masa tu. Tapi lepastu anda semua pasti akan kecewa. Seperti saya dan semua orang dalam hal masa tu (lagi). Nak tahu kenapa? Kena la tengok sendiri.


And you have to watch this :-



Go f**k yourself?
Muahahaa~ 
This is hilarious. Kuang ajo, kan. ;DD


Kesimpulannya, agak kecewa ngan movie nih. Dan "agak keciwa" tu bukan sebab Wolverine nih. Tapi sebab jalan cerita, dan keseluruhan cerita nih. Sepatutnya boleh jadik lagi best kot. Tapi ntah kat mana silap. Wah wahhh~ macam la expert sangat aku nih nak buat review camnih.


Takpe2. Kita tunggu Transformers pulak. Ke Green Lantern? Super 8 blom tengok lagi. Oh, Encik Kuneng pulak nak tengok KL Gangster. Kena tunggu dia balik, baru boleh tengok sama2.

Tak agak2 semua movie nak tengok kat wayang. -.-


Ok bye! 


.

1 comment:

MOHD DIAH said...

cantek helmet si magneto tu kn :P
hahahah.

law hampeh xmo la tgk xmen :(