Saturday, July 9, 2011

[MOVIE] Transformers 3 : Dark of The Moon. Sangat best ok!

Good morning everyone!


Akhirnya Transformers 3 : Dark of The Moon yang ditunggu2 dah keluar kat panggung. Aku tengok hari Rabu lepas. Tapi tiketnyer mahal giler. Sama jer macam hari biase. Hampess~


Tapi yang paling aku sakit hati, aku masuk lambat. Setengah jam lambat! Yer, tersangat lah LAMBAT!!! Huh. Bengang jer aku. Atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. Grrr~ Dah la tiket mahal. Kalo tak masuk, lagi la membazir duet haku. Bila masuk jer, dah tak paham jalan cerita camane. -.-


Takpe la. Nanti nak tengok lagi sekali ngan Encik Kuneng. In 3D pulak. Yayyy! Eh2, blom ape2 lagi dah bersorak. Ntah dapat tengok ke tak nih. -.-

Ok, strainght to the point. Meh layan trailer dulu.




Trailer.



Kalini Decepticons dalam usaha nak bawak Cybertron ke Bumi. Manusia dan Optimus ter-masuk dalam perangkap Decepticons untuk "menghidupkan" semula Sentinel. Autobots plak dihalau keluar dari Bumi, dan akhirnya diorang akur dan ambil keputusan keluar dari Bumi untuk keselamatan Bumi dan manusia sendiri. Tapi diorang tak tau, itu memang plan Decepticons.


Lepas autobots keluar dari Bumi, Decepticons ambik peluang tu untuk musnahkan Bumi, bunuh manusia, dan hidupkan "teras" yang akhirnya membawa Cybertron ke Bumi. Robot2 Decepticons semakin banyak datang ke Bumi dan memusnahkan Bumi.


Apa yang berlaku lepas tu? Berjaya ke Decepticons membawa Cybertron ke Bumi? Berjaya kah manusia menghalang mereka? Haaa...kena la tengok sendiri. ;D


(ni aku cerita yang aku paham jerla. nak buat camane, masuk hall pun dah lambat. -.- )



Bagi aku, cerita ni best la jugak. In fact, memang sangat best. Paling best tengok autobots bertukar dari kereta ke robot. Terbaek lah. Tapi ada orang cakap Transformers 3 ni kureng sket dari movie sebelum ni.




Perang antara autobots. Manusia & bumi yang jadik mangsa.


Ni la saat2 yang paling cemas. Nervous kejap aku tengok. '-.-



Sentinel. Harapkan pagar, pagar makan padi. Cengitu la lebih kurang. ;D
Niat dia baik. Cuma cara jer yang salah.



Tak puas nak tengok Bumble Bee. Sebab macam kurang la plak scene dia.
Ape2 pun, lagi best tengok Bumble Bee kot dari autobots lain.  


Chevrolet Camaro.
Oh man. You are B-E-A-U-T-I-F-U-L.




Rossie Alice Huntington Whiteley  ---  Megan Fox
Aku rasa Megan Fox lagi hot dan lakonan dia lagi best dari Rossie Alice Huntington Whiteley.
Korang rasa?




Megan Fox tak jadi heroin dalam filem ni bukan sebab dia pernah mengata Michael Bay as "Hitler", tapi dia sendiri yang taknak berlakon dalam filem ni. Err...ni aku dengar dalam berita few months ago.
And i'm wondering kenapa Megan Fox cakap Michael Bay tu "Hitler".
Adakah Michael Bay sangat kejam?





Itu sahaja untuk review movie yang aku sendiri pun terlepas SETENGAH JAM. Huh.


Ok bye.



P/S : Auto-post entry. On the way to KL - Nilai. Yaayyyy...!!!!! ;DD


.

No comments: