Tuesday, August 23, 2011

Mari membeli belah @ Orchard Road, Singapore.

*ceh, tajuk macam aku menjelajah satu Orchard Road tu jer. -.-


Hujung minggu lepas pergi berjalan2 sambil bershopping2 kat Orchard, Singapore. Actually bukan hujung minggu lepas. Tapi hujung hampir 2 minggu lepas. Eh, betul ke ayat nih? Muahahaa~ Whatever la kan.


Plan kitorang memang nak pegi Singapore untuk cari barang hantaran. Kemain cari barang hantaran sampai ke Singapore. Nasib baik ada Encik Kuneng. Kalo tak, takkan la aku nak pegi sorang2. Kang tak pepasal sesat pulak. Sebab tak pernah masuk Singapore sorang2 & naik public transport. -.-



 Berjalan2 dengan tersangat penat. =|
Ni lepas pegi Lucky Plaza yang penuh ngan manusia. Nak jalan pun susah. Oh gosh, is it payday or what? Nape penuh sangat ngan manusia? Dan ia sebenarnya penuh dengan Filipinos.




Orang ini pun penat. ;p




Masa ni aku tengah cakap ape ntah. -.-



Obviously, its Charles & Keith.
Ion Orchard.



Masuk kedai Charles & Keith, terus jadi tamak haloba. Tengah sale! Ada kasut semurah SGD$19!! Kalo boleh, semua nak rembat. Tapi tak boleh la terlalu tamak. Kena fokus pada tujuan asal jer - kasut untuk letak atas hantaran. Fine lah. Takpe, lain kali boleh shopping lagi. -.-




Ramai giler orang dalam nih. Pening kepala aku.





Mana satu pilihan hati?



Pening2 duk pilih kasut, akhirnya beli jerlah mana yang berkenan. Tak boleh terlalu memilih. Sebab tengah kejar masa. Lagipun Encik Kuneng nak kejar flight pukul 10.15.


Walaupun Orchard road sebenarnya banyak shopping mall, tapi tak sempat nak menjelajah ke semua shopping mall tu sebab kesuntukan masa. Sempat pegi Ion Orchard ngan Lucky Plaza jer. =|


Lepas beli kasut, terus balik JB. Warrggghhhhh~ penat giler. Sampai kat CIQ jer dah azan. So, berbuka puasa kat KFC CIQ jer.






Masa pegi hantar Encik Kuneng kat airport, tetiba boleh ada roadblock pulak. Eh, bukan roadblock. Ni just polis buat sekatan untuk bagi laluan kat sultan kot.


Wargghhhhh~ kitorang tengah kejar masa. Time tu dah pukul 9.05 pm. Flight pukul 10.15pm. Tiket flight pon blom lagi. Seriously aku risau. Takot tak dapat beli tiket sebab dah lambat. Tapi nasib baik sempat jugak. Huhuu~













 Ini yang di beli dengan tergopoh gapah haritu. Eh, betul ke perkataan tergopoh gapah itu?
Kehkehh~ Whatever la kan.
Isi kandungannyer akan di-reveal-kan nanti. ;)



Sempat jugak lari dari matlamat asal. Hihii~
Mana boleh buat bodo jer kalo tengok benda2 nih.
So, ape lagi. Rembat la barang satu dua item. ;D



Ok bye~



P/S : 10 more days to our E-day. =)


.

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka puasa @ Starhill Golf & Country Club

Ini cerita minggu lepas. Hari Khamis, 11.08.2011. Actually ni Majlis Berbuka Puasa anjuran beberapa licensed auctioneers. Wakil dari firm kitorang just 3 orang jer. 2 lawyer (termasuk aku) ngan sorang chambering student. Yang lain taknak pegi coz agak jauh (kat Kempas) & nak berbuka puasa ngan family. So, kitorang yang bujang ni kena la menghadirkan diri kat Majlis Berbuka Puasa nih. 


So, minggu lepas 3 hari berturut-turut la berbuka kat luar. Fine lah, bukannya rugi ape2. Datang makan jer. Walaupun agak penat asyik balik lambat jer. -.-


Berbuka puasa kat sini ok jugak la. Lauk pauk best. Tapi tak banyak pilihan macam Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. Ntah la, aku rasa lauk agak banyak jugak. Tapi Cafe Para-Para lagi best kot. Lagi2 kat Cafe Para-Para tu ada durian goreng kan. Oh, tetiba teringat, jadik terliur pulakk~ [x_O]


Kitorang bertolak dari office around 5.45 pm, lepas abes keje. Ok, orang lain semua pakai cantik2 pegi kat situ. Aku pakai the-so-boring-black-and-white. Urghhh~~ Nak buat camane, coz pagi tu pegi Mahkamah. Kena la pakai hitam putih. Tapi, nape la aku sengal sangat tak bawak baju extra & just tukar je baju sebelum pegi sana? Ahhh~ ape kesah. Kan nak pegi makan jer. Kan? *ok, cuba sedapkan hati.


Masa nak pegi kat Starhill Golf & Country Club nih, agak confuse jugak la nak nak mencari tempat tu. Sebab agak jauh dari office dan takde langsung sign board yang boleh dijadikan petunjuk untuk pegi tempat tu. Ingatkan dah tak jumpa dah. Nasib baik ada kain rentang "Majlis Berbuka Puasa 2011" kat luar Starhill Golf & Country Club nih. Terus la kitorang masuk jer.



Aku punyer. Nasi beriani + macam2 ada.





Otak2 goreng + samosa + sushi + ikan bakar + sotong bakar + kerang bakar + bubur lambuk.
Sushi pon ade kaww~
Kerang bakar tu best jugak. Tapi susahnyer nak makan. Sebab susah nak bukak.
Last2, makan 3 bijik jer yg dah sedia terbukak. sedihhh~ T_T
Errr...btw, ni 3 orang makan ke brape orang yg makan nih? ;p





Btw, masa majlis berbuka puasa ni, ada sumbangan untuk anak2 yatim jugak. Kiranya untuk charity jugak la majlis berbuka puasa nih. 




Kain rentang ni la yang ada kat luar pintu masuk Starhill Golf & Country Club tu.
Tapi ini yang kat pintu masuk dewan dia.




So, itu jerla gambar yang dapat di-reveal kat sini. Tak boleh upload banyak2. Hahahh~


Ok bye~



.

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa @ Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. Durian goreng sangat sedap. =)

Berbuka puasa kat Cafe Para-Para, The Paragon Hotel. 2 hari berturut-turut. Hari pertama, Selasa 09.08.2011. Ada orang belanja. Tapi tak sempat ambik gambar. Around 10pm baru gerak balik rumah. Banyak betul cerita yang nak dikongsi, sampai pukul 10. Perghh~ orang lain pegi terawih, kitorang duk bergosip pulak. Ishhh~~


Hari kedua, Rabu 10.08.2011. Kalini boss belanja. Eh, kiranya ni anjuran office la. Tahun lepas berbuka puasa kat New York Hotel. Aku ingatkan tahun ni takde majlis berbuka puasa anjuran office ni. Tapi ada jugak ye. =)





Buffet.



Roasted Lamb. Bestnyeerrrr~



Ni baru 1st round punyer melantak. Kehkehkehh~ ;DD




1 baris daripada 4 baris meja staff2 SANCO.



Kami.




Haritu  maybe dalam 60 orang kot staff yang datang. Tak semua yang dapat datang. So, almost 1/3 daripada Cafe tu yang kitorang conquer. Dah la havoc tak hengat. Hahh~



Aku punyer. Sebahagian sahaja.
Banyak lagi yang tak sempat nak snap, terus masuk dalam perut dengan selamatnya. ;p




Durian goreng. Sangat yummyyyy okeh.
Dan aku telah berjaya melantak 8 bijik durian goreng nih. Kahkahh~ hebat kan aku?? ;DD



Ni sebenarnya dah 2nd roungd aku ambik durian goreng ni. First, ambik 4 bijik jer. Tapi aku makan 3 bijik jer. 1 lagi orang lain makan. Lepas tu bila nampak durian goreng tu baru masak & baru di angkat dari kuali, cepat2 aku pegi ambik lagi sebab nak rasa yang panas segar dari kuali. 


Aku ambik 5 bijik sebab nak share ngan diorang. Skali takde orang nak makan. Nak tinggal camtu membazir pulak. Tak baik kan membazir makanan. Lebih2 lagi di bulan pose nih (cehh..alasan baik punyer. ;p). So, kena la habiskan 5 bijik durian goreng tu. Sampai muncit perut aku kena paksa habiskan durian durian goreng tu.



Sate ayam + sate daging + roasted lamb.
Gile tak larat nak habiskan. [O_x]



Ishh..isshhh...apo nak di kato. Tak pernah dibuat orang.
Datang budak2 SANCO jer, terus havoc Cafe Para-Para nih.







Nak balik dah. Bye2. =)
Kekenyangan. Alhamdulillah.




Last but not least, menu kat Cafe Para-Para nih memang banyak. Everyday takde la lauk sama jer. Ada yang sama. Ada yang berubah. Yang paling best, of coz la durian goreng. Melantak tak hengat. Hahahhh~


Tapi kalo nak makan kat sini, confirm la kena buat reservation dulu. Sebab selalu penuh. Dan biasanya penuh dengan reservation. Nanti kang kalo just walk-in jer, takde meja kosong pulak. Susah pulak, kan.




Ok lah, bye~ ;)

.

Wednesday, August 10, 2011

Cincin tunang. Dah settle. Tak payah pening2 lagi. =)

Alhamdulillah, akhirnya cincin tunang dah settle. Sebelum ni takde masa nak pegi cari cincin tunang. Pernah jugak pegi survey2 kat beberapa kedai. Tapi semua design tak berkenan. Aku rasa aku ni bukannya kenis yang terlalu cerewet. Tapi kadang2 boleh jadi sangat cerewet. Hahahh~

Actually aku nak cari cincin yang biasa jer. Taknak yang terlalu besar dan banyak batu. Kalo cincin belah rotan camni pun dah ok.







Tapi nak jugak yang lain sikit dari cincin belah rotan. So, kena survey2 lagi. Akhirnya, jumpa jugak yang berkenan, which is tak terlalu besar, dan tak terlalu sarat. Sebab cincin nikah dah banyak batu2 berlian.



Cincin tu lebih kurang camni kot.
Eh tak, bukan camni. Lain sket.


Malas lah nak ambik gambar cincin tu. Nanti lepas tunang baru boleh reveal. Alah, lagipun bukannya mewah sangat cincin tu. Biasa2 jer. =)



 Oh my. cantek, kan.



Yang ni pun cantek. & simple. Tapi aku taknak yang ada batu berlian camtu.



Woahhhh~ yang ni perfect! so simple + sweet + sangat sesuai untuk tunang.
Design pun macam rare.
Nape lah aku tak jumpa design camni masa survey2 haritu. -.-




Sebelum ni punyer lah pening nak beli cincin tunang. Memang tak reti nak pilih cincin yang camane. Sedangkan cincin kawen pun kena mintak tolong akak pilih sama2. Huhuu~ Sekarang dah tak payah pening2 nak fikir pasal cincin tunang. Sebab dah settle dah. =)


So, sekarang ni kena siapkan gubahan untuk hantaran cincin nih. Tapi sangat blurrr tak tau nak gubah camane & tak tau nak letak cincin ni atas ape. Tiram @ kerusi @ kereta kuda @ bekas cincin biasa jer. Yang aku nak tu tak jumpa. :(





& sebenarnya cincin ni aku beli almost 2 weeks ago, maybe. ;)




Bye~




.

Tuesday, August 9, 2011

Mari bershopping @ Nilai 3. Sampai ke Jusco Seremban.

Bulan lepas aku ngan Encik Kuneng pegi ber-shopping mopping kat Nilai 3. MasyaAllah, dah la barang2 kat sana murah2 giler. Time tu pulak tengah ada SALE. Agak2 apa perasaan korang kalo time tu korang pegi sana? Mesti nak borong semua, kan. hehee~


Tapi aku tak cakap la semua barang murah giler. Ada yang murah kat sini, kat tempat lain mahal. Ada jugak yang lagi murah kat tempat lain, even benda sama jer. In fact, ada barang yang kat JB lagi murah dari sini. So, kena pandai pilih. Yang bestnyer kat sini sebab semua barang ada. Boleh dikatakan dari A sampai Z. Kiranya one stop centre la.





Disebabkan terlalu busy cari barang, memang tak sempat nak snap gambar. Lagipun kebanyakan kedai tak boleh ambik gambar, siap ada salesgirl ikut jer memanjang. So, ambik gambar jalan jerlah. Hahaa~ ;DD






Aku rasa yang agak murah kat sini kedai VR Star kot. Kedai2 lain ada jgak yang murah. Dan haritu, hampir semua kedai peralatan pengantin kitorang masuk. Punyerlah bersungguh kitorang survey. Penat giler ok. Dah la orang ramai giler. Sampai nak parking pun susah. Yerlah, hujung minggu. Tengah sale pulak tu. Mau nyer tak ramai orang.


Dan kitorang membeli tak boleh belah sampai penuh bahagian bonet & bahagian belakang kereta. Hahaa~ Nasib baik pegi 2 orang jer. Ada jugak ruang nak letak barang banyak2. Ape yang aku beli haritu? Nanti la aku post entri lain plak. Gambar barang2 tu masih dalam kamera.


And you know what, lepas shopping kat Nilai 3 tu, kitorang terus ke Seremban, menuju ke Jusco Seremban. Walaupun dah penat tahap gaban pusing2 satu Nilai 3, tetap kuatkan diri meredah Jusco Seremban. Tak puas hati sebab tak jumpa kasut nikah yang dicari. Dan meneruskan misi memburu jam G-Shock untuk Encik Kuneng. Cewah, memburu lagi tu. ;DD





Mari memejam mata. Huahuaa~ ;DD



Dah penat jalan2 tu, tak reti2 ke nak menternak lemak? So, kitorang makan kat Food Court kat Jusco tu jer. Dah penat nak cari tempat makan. -.-




Beef steak untuk si gadis gimuk ini. Sangat sedap okeh.



Chocolate Ice Blended untuk si gadis gimuk jugak.




Encik Kuneng makan nasik lauk ikan + sayur.



ABC untuk Encik Kuneng.




Tapi Chocolate Ice Blended tu memang sangat mencabar keimanan dan kesabaran aku lah. Ade ke patut dia bagi straw yang kecik, sedangkan ada cincau dlam air tu? Korang bayangkan bila korang nak sedut, tersekat ngan cincau. Tak boleh sedut langsung! Even ABC pun dia tak bagi straw. Just bagi sudu jer.


So, Encik Kuneng kesiankan si gadis gimuk yang sedang membebel ini, dia pun pegi la mintak straw yang lagi besar. Tapi diorang cakap takde straw besar. Memang badigol sungguh orang yang jual beverages nih. Kau tau meniaga ke tak tau meniaga nih???


Akhirnya, Encik Kuneng ambik sudu jer untuk aku & aku makan dulu cincau tu sebelum sedut air. Huh.







Dan akhirnya, balik dengan hampa juga sebab kasut nikah yang dicari tak jumpa2 jugak. T_T


And to be fair, jam Encik Kuneng pun tak jumpa jugak.


Tapi tetap sedapkan hati : Takpe, at least harini dah beli banyak barang untuk menggubah hantaran. Hehee~





Ok bye~



.

Monday, August 8, 2011

Bona Fide Chicken @ Popeyes. Pusing2 Midvalley sampai nak tercabut kaki.

Ini kisah bulan lepas. 09.07.2011. Yeahhh..tepat2 sebulan kemudian. Lama sungguh cerita nih terperap dalam kepala, dan lama sungguh gambar2 nih terperap dalam laptop.


So haritu aku turun KL, dan meneruskan misi memburu barang2 hantaran. Hehh, memburu la sangat. Actually pegi KL sebab nak cari kasut nikah kaler putih. Dah puas cari kat JB, tak jugak jumpa. Kalo ada pun, yang tak berkualiti. Taknak la beli yang kualiti kureng camtu. Membazir duit jer. Lebih baik beli yang mahal sikit, asalkan kualiti bagus. But not so expensive la. Nanti lagi membazir.


Hajat di hati nak letak kasut tu sebagai barang hantaran untuk tunang nanti. Lebih baik bagi hantaran tu barang2 untuk nikah. Senang dan jimat. First, pegi Midvalley. Dah janji ngan Encik Kuneng mau jumpa kat Midvalley. And nak cari barang2 hantaran untuk Encik Kuneng jugak. Ewah, kemain lagi cari barang hantaran sampai ke KL. Bukan kat JB takde, tapi dah alang2 ke KL, terus la cari apa yang patut. Lagipun kat KL sana lagi banyak pilihan kot.


Dan tak lupa jugak, nak cari jam G-Shock yang Encik Kuneng mahukan. Dah puas cari merata2, tak jugak jumpa model yang dia nak.


Before jalan2 cari barang, kita isi perut dulu. Dah la datang dari jauh. Sampai ke petang tak makan. Lapar tau ngakk. Dah la nak masuk KL pun jalan jem sebab ada road block sebab ada perhimpunan haram Bersih 2.0 tuh. Grrr~~  menyusahkan rakyat jelata sungguh!


Pusing2 Midvalley, tak tau nak makan kat mana. Last2 kitorang makan kat Popeyes jer. Ok, first time makan kat sini. Yerlah, kat JB mana ada Popeyes.



Bona fide chicken.
Pheww~ sangat lembut dan juicy.



Kitorang pilih set untuk 2 orang. Ape ntah nama dia. Meal for 2 kot. Ada 4 ketul ayam, 2 bread, etc seperti gambar2 kat bawah ni. Sila scroll lagi. Hahaa~


Btw, bread dia sangat lah pelik rasa-nya. Aku ngan Encik Kuneng memang tak tertelan roti tu. '~'



Shrimp. Woahhh~ so lembut, so yummehhh~




Fries pun sangat best. Tapi agak masin.



Mashed potato & jagung.





Errr..air ape ntah ni. Epal kot. Aku punyer.
Lupa dah sebab lama sangat "kejadian" nih. -.-'




Strawberry. Encik Kuneng punyer.




Berseleranyer dia. ;DD



Bona fide chicken.



Memang bona fide.
Errr...bukan yang tengah minum tu.
Tapi gambar kat belakang tu. Kehkehh~ ;DD



Lepas masing2 dah kenyang, misi diteruskan ngan perut FULL HOUSE kekenyangan. Pusing2 satu Midvalley, sampai ke The Gardens. Tak jugak jumpa kasut yang aku nak. Hampir semua kedai kasut kitorang masuk. Seriously memang takde. Wuwuwuwwuuuuu~~ T_T


Akhirnya, just beli kasut kulit ngan perfume untuk Encik Kuneng. Jam G-Shock yang Encik Kuneng nak pun tak jumpa.


Hajat hati nak pegi shopping complex lain lagi. Tapi tak dapat round satu KL sebab Encik Kuneng kena keje malam tu. Cari barang pun cepat2, dan hanya tumpukan untuk cari barang yang kitorang nak cari jer. Masa agak suntuk. Dah la masa tu tengah sale. Semua kedai ada sale. Oh, look! Charles & Keith juga tengah SALE!!! Tapi terpaksa pandang2 sahaja dengan penuh kesabaran, sambil mengingatkan diri akan tujuan ke Midvalley. Sakitnya hati. Wuwuwwuuu~ ;'((((




Muka penat. -.-




Tertarik dengan ini.
Eleh, konon2 surprise la ni ea. Just tunjuk rangka jer.




Yeah, ini perempuan punya muka lagi manyak penat wooo..
Lagi2 pusing satu Midvalley sana sampai The Gardens ngan high heels. Perghhh~ rasa macam nak tercabut tapak kaki aku. Yayyy!! Tahniah pada diri sendiri! T_T
*leopard harem pants. i'm loving it! =)




Masa ni la terfikir, oh selipar jepun juga yang paling best. '~'




Kesian Encik Kuneng terpaksa teman aku cari barang2 hantaran. Dah la baru balik keje, and malam tu pulak kena keje. Meaning, that day Encik Kuneng tido beberapa jam sahaja. Sorry yep sayang. Tapi nak cari barang2 untuk awak jugak. Hehee~


Tapi terpaksa menanggung perasaan kecewa sebab kasut yang aku nak tak jumpa jugak. :'(((





Byebyee~



.