Ni salah satu aktiviti aku masa bulan puasa hari tu, i.e. kat kampung halaman. Memandangkan masa tu sibuk dengan persiapan untuk bertunang, maka aktiviti aku kat kampung hanyalah berkaitan ngan persiapan untuk majlis tu jer.
Sebenarnya tak sempat pun nak cari @ beli makanan yang aku mengidam nak makan dan hanya ada kat kampung @ hanya ada masa bulan puasa jer. Nak prepare semua yang perlu untuk majlis pertunangan pun tak sempat, ini kan pulak nak merayap jalan2 cari makan. Seriously, nak pegi bazar ramadhan pun tak sempat. Dah jadi kebiasaan, kalo balik kampung mesti nak makan semua makanan yang hanya ada kat kampung jer.
Antara yang aku teringin, nak minum air tuak.
Minum air tuak? Haa? Air tuak tu boleh ke diminum? Halal ke? Tak memabukkan ke? Iskk~ janganlah pikir camtu. Sebenarnya ni air tuak yang tak memabukkan. Bukan air tuak masam tu.
Kebetulan one day (29.08.2011) aku keluar cari barang, sempat jugak la pegi cari air tuak sekali. Actually masa memula balik kampung pun dah berhajat nak pegi beli air tuak. Tapi takde kesempatan. Dan hari terakhir ramadhan tu, aku nekad ajak anak saudara pegi cari air tuak. Kihkihh~ nekad la sangat.
Nasib baik bawak anak saudara, dia tahu selok belok jalan kat kampung tu, termasuk tempat jual air tuak yang fresh segar dari ladang. Hehee~
So, anak saudara aku bawak pegi kat Semerak. Eh, aku yang bawak dia pegi sana. Dia tunjuk jalan jer. Aku dah tak ingat dah nama kampung tu apa. Tapi tempat ni betul2 sempadan ngan Kelantan. FYI, kampung halaman aku kat Kuala Besut, Terengganu. Memang dah dekat ngan sempadan Kelantan.
Tempat yang dia bawak tu memang baek lah. Sebab orang tu jual air tuak yang baru di ambil dari atas pokok kelapa. So, memag fresh dan segar dari ladang lah, kan. Dan tak perlu was-was sama ada air tuak tu ada dicampur dengan air atau tak, dan tak perlu risau orang tu jual air tuak yang dah lama @ dah masam. Kalo dah masam, confirm la tak boleh minum.
Kat situ tu ada 2 tempat yang jual air tuak. Masa kitorang sampai tu, dalam pukul 5.30 petang. Kat tempat pertama, air tuak dah SOLD OUT! Kalo ada pun, semua orang dah book/order awal2. Huaaa~
Pastu pegi ke tempat lain kat situ. Hah! Naseb baek lah ada lagi. Yaayyyy!!! Tapi ramai yang duk menunggu. So, agak lama jugak la baru sampai turn kitorang. Takpe, tunggu jerlah.
Air tuak dibawa turun dari pokok kelapa.
Segar dari ladang beb~
Terus dibungkus dalam plastik.
Air tuak kat sini agak murah jugak la.
Fresh + murah. Memang puas hati.
Ni first time aku beli air tuak kat kebun. Biasanya beli kat kedai @ bazar ramadhan jer. Memang puas hati la dapat minum air tuak yang segar dari ladang camni. Sangat berbeza ngan yang beli kat kedai. Hehee~
Akhirnya dapat jugak merasa air tuak dalam bulan puasa haritu. Sebab biasanya hanya dalam bulan puasa jer air tuak ni banyak dijual. Kalo bukan bulan puasa, tak pernah pulak jumpa orang jual air tuak.
Tapi masa kitorang duk tunggu turn, pakcik tadi sempat bercerita. Katanya bulan puasa jer ramai orang datang untuk cari air tuak kat kebun kelapa dia tu. Hari2 biasa jarang orang datang. Kadang2 takde orang datang langsung. Sedangkan hari biasa pun dia ada jual air tuak kat situ. Mungkin orang ingat dia jual time bulan puasa jer.
Laaa...yeke. Aku pun ingat air tuak ni dijual masa bulan puasa jer. Sebab tu taknak lepaskan peluang untuk minum air tuak time bulan puasa haritu. Ok, lepas ni kalo balik kampung, boleh la pegi kat tempat pakcik tu lagi.
Huiiihhhhh~ aku nih memang suka air tuak, coz memang best. Tak caya, try la.
Ok bye~
.