Salam hari Selasa!
Harini kat mana2 semua orang sibuk duk cakap pasal bola.
Honestly, aku sebenarnya takde la minat sangat tengok bola. Aku bukan jenis yang akan duk depan TV semata2 nak tengok bola. Bukan peminat fanatik la maksudnya.
Semalam aku cuti. Pegi menjelajah beberapa shopping mall. Misi mencari kasut nikah katanya. Tapi hampa. Dari Plaza Angsana, AEON Bukit Indah, Sutera Mall. Sangat hampa.
And thanks to that football match, jalan raya sangat lengang semalam. No traffic jam! I mean, time dekat2 pukul 8pm la. I guess semua orang duk mengadap TV, duk bersorak kat rumah or kat kedai mamak. Takde la stress sangat aku nak drive & nak kejar masa.
Sampai rumah around 10.15pm. Bukak TV3. Oh look, its football match. Masa tu dah separuh masa ke-dua. So, macam biasa aku duk online, meng-google sambil tengok tv.
Tapi bila dah tengok bola, google meng-google ni kurang di-beri tumpuan. Mata lebih kepada TV. Kesudahannya, memang tolak ketepi dah laptop ni. Hahahh~
Eh, memang suspen betol la. Tak pernah aku tengok bola suspen macam ni tau. Nasib baik aku tak menjerit2. Kalo menjerit? Erkkk...mana syiok duk menjerit sorang2 kat rumah. Rumah2 sebelah ada la yang duk menjerit2.
Sambil tengok bola, sambil SMS Encik Tunang. Semangat jugak dia nak tau perkembangan score. Hehehh~ Maklaumlah, dia keje shift malam. So, tak dapat la nak tengok match tu. I think lagi half an hour nak habes match baru dia dapat tengok kot. Itu pun sebab waktu rehat.
Nasib baik la harimau muda menang. Kalo garuda muda yang menang? Erk...tak boleh bayangkan. Bagi aku, kalo kalah lawan ngan negara lain ok kot. Tapi kalo kalah lawan ngan Indonesia...memang teruk la kena bahan. Dah la masalah "perkauman" membuak2. Korang paham la maksud aku, kan.
Dan tadi, pagi2 buta Encik Tunang SMS : td bebudak air asia sambut bola malaysia balik
Aku yang baru bangun tido blur~blur. Sambut bola Malaysia balik? Ape tu?
Lepas tu baru paham. Owh, rupa2nya pasukan bolasepak Malaysia. Ape da...
Untuk pengetahuan, Encik Tunang keje kat Air Asia Sepang. Semalam pulak dia keje shift malam. So, agaknya sempat la diorang sambut pasukan harimau muda kat LCCT tu.
Around 2.30 am dah sampai M'sia.
Sumber
Sumber
Err...lepas habis match terus naik flight balik Malaysia? Fuhh..penat berebut bola pun belum hilang. Memang penat tuh. 120 minit duk kejar bola. Kalo aku, 12 minit pun dah semput. Atau 2 minit dah semput? Erkk~ Ok fine, memang aku takde stamina.
Tahniah harimau muda. Walaupun diheret hingga ke penentuan sepakan penalti dan jelas semua pemain kepenatan, harimau malaya tak mudah mengalah. Akhirnya harimau muda berjaya mengalahkan garuda muda 4-3. Tahniah tahniah! Bersyukur kerana maruah Malaysia berjaya diselamatkan. & wa tabik spring sama itu apek.
Gol terakhir yang membolehkan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.
Terlihat jelas kekecewaan penjaga gol Indonesia.
Bola yang ditampan masuk juga ke gawang gol.
*eh, apesal ayat skema dah macam wartawan sukan neh? ;p
.
* P/S : harini cuti umum bagi negeri Johor. Hari Keputeraan Sultan. so, misi mencari kasut nikah akan diteruskn harini. harap2 jumpa la yang aku duk berkenan tu. PLEASEEEEEE!!!!
.
Tweet
No comments:
Post a Comment