Sunday, February 12, 2012

Pelamin bertandang booked. Alhamdulillah.

Tengok ticker kat sebelah. Tinggal 111 hari lagi untuk ke hari itu. 3 bulan 2 minggu 5 hari. OMG, banyak lagi yang tak settle. Kalo masa tinggal 3 bulan lebih camni and pelamin still tak book, OP pun belum book, ape perasaan korang?


Aku? Stress giler kot.


Untuk majlis bertandang, masih banyak yang belum settle. Bukan setakat majlis bertandang, untuk majlis kat umah aku pun banyak yang masih belum settle.


Semalam lepas keje (halfday), pegi discuss pasal pelamin bertandang kat butik akak tu. Akak mana? Nanti lepas majlis baru aku reveal ea.


Sebenarnya masa tu just nak survey2 je dulu. Duit untuk deposit pun aku tak bawak. Aku tanya la pasal pelamin yang aku berkenan. Sebelum ni aku tengok kat facebook dia jer.


Masa discuss2 tu, akak tu bagi aku harga yang sangat lah reasonable untuk pelamin dewan. Below RM3K. Yes you read it. BELOW RM3K.


Tapi bukan complete package la. Sebab aku tak ambik baju sanding tu. Kan dah tempah ngan tailor. ;)


Terus aku letak deposit. Nasib baik akak tu tak mintak banyak deposit. RM100 atau RM50 pun boleh. Aku letak RM50 jer. Dah itu jer yang ada dalam purse aku ni. Hehee~


Ok, sebelum tu meh tengok dulu pelamin2 yang aku duk berangan dulu...







Source : Cerita Jaja



First time tengok pelamin ni,,,,OMG. Jatuh cinta giler. Sangat2 fairy tale. Terus berangan nak sanding kat pelamin camni. Tapi lama2, aku rasa macam over la pulak pelamin ni. Ok, cancel.







Source : pu3mcphee



Pelamin macam ni pun ok kalo nak buat tema fairy tales. Cinderella pumpkin. Comel, kan. Very the fairy tales. Macam pelamin Ayu Raudah, kan? Tapi tak termampu kot. Yang aku duk survey2 kat sini pun takde pelamin camni. Kalo ada pun, caj pengangkutan ke tempat Encik Tunang sangat lah mahal. T_T



Then, berkenan pulak ngan pelamin kerawang2. Sweet giler kot pelamin kerawang2 nih. For me la kan. Pendapat orang lain, aku tak tahu. ;p




 
Cantik!
Giler mewah nih.
Source : Elmoblog


 OMG, canteknyer biru nih.
Tapi mana pengantin? Erkk~



I loike!!!
Source : frzm.inside

 
Pelamin macam ni pun cantek!
Suka bunga2 putih yang besar kat tengah tu.


Ok, macam ni boleh buat pelamin tunang @ nikah jer.
Tapi frame dia cantek!!




Pelamin yang aku book tu kerawang2 macam salah satu gambar kat atas ni. Tapi tak 100% macam yang aku nak. Tapi ok la dari tak sama langsung. Harga pun reasonable.


So, which one is my pelamin? Tunggguuuu~ *ceh, poyo. ;p
 
 
Actually aku dapat satu lagi pakej ngan butik lain. Dia bagi harga orang kampung. Sebab Encik Tunang sekampung ngan dia. Below RM2K. Siap FOC kek lagi. OMG, terkujat aku bila akak tu quot harga tu. Murah killer. Pelamin dia memang up to date. Tapi dia takde pelamin kerawang2 macam yang aku nak tu & memang tak boleh buat macam tu.
 
 
And 1 more thing, pelamin dia yang satu ni, yang paling up to date, dah ramai orang kampung tu pakai. Erk? Korang paham tak maksud aku? Maybe korang pikir - ape lah, pelamin memang la dah ramai orang pakai.
 
 
Oh no no...aku nak yang lain sikit. Taknak la pelamin yang bulan lepas orang kampung pegi, pelamin tu jugak. Bulan ni majlis aku, pun pelamin tu jugak. Ape kes.
 
 
Korang paham tak? Tolong lah paham. ;p
 
 
So, aku choose pelamin yang aku suka, cuma kena tambah duit sikit. Tak kisah lah. Aku nak kawen sekali seumur hidup jer. Mesti la nak puas hati ngan majlis sendiri. Nanti kalo tak dapat yang aku duk berangan tu, mesti aku tak lena tido malam. Asyik fikirkan pelamin tu jer. Itu memang sifat semulajadi aku, tak dapat diubah. Kalo tak dapat apa yang aku nak, mesti asyik duk terbayang2 benda tu jer. Nantiterbawak2 dalam mimpi kot. Hahaa~ 
 
 
Alhamdulillah, lega sangat2 satu benda lagi dah settle.
 
 
OP jer belum book lagi untuk majlis bertandang ni. Sape yer OP yang best kat JB nih??
 
 
 
.

1 comment:

Hunny Kitty said...

lawa lawa pelamin..hehehehe..hopefully pelamin impian u jadik kenyataan..mcm pelamin impian ai..~