Saturday, March 31, 2012

Do support Earth Hour.



*Do support Earth Hour tonight*
Swith off the lights!
8.30 - 9.30pm
60minutes could save our earth. =)




Masa duk beli barang kat Tesco petang tadi, diorang buat pegumuman, pasaraya tu akan switch off sebahagian lampu selama 10minit sahaja. Takpe la, 10minit pun dah ok, at least support jugak. Yerlah kan. Tak boleh switch off semua lampu & tak boleh la switch off selama 1 jam. Bahaya! Nanti kang tak pasal2 bila dah switch on lampu balik, rak2 kat pasaraya tu dah kosong! hahaa~ jangan ada sesapa yang ambik peluang nak memanjangkan tangan jerla ea.


Dan hari ini juga hari tanpa plastic bag. Tadi pegi Tesco & Pasaraya Hwa Tai. Gigih beli barang bawak kat tangan camtu jer. Takde plastic bag. Lupa nak bawak beg lain untuk letak barang. Hahaa~


Ok bye~



Tuesday, March 27, 2012

the green wedding.

Hari Sabtu lepas pegi wedding. Ex-staff office aku. Nun jauh kat Kangkar Pulai. Lepas keje (halfday), terus pecut ke sana.


Hijau : scallop canopy, skirting meja, pelamin, baju pengantin, kek, air minuman kat meja beradab, paperbag doorgift, mug doorgift, baju pengapit, baju parents pengantin. Semua hijau. Hihii~







OMG. Baju pengantin perempuan gorgeous giler! Actually baju pengantin tu warna hijau turqoise. Cantik giler ok warna tu. Tapi dalam gambar ni nampak macam biru plak ea. Mekap pengantin pun gorgeous yang amat!


Menu sangat sedap. Dan sekali lagi telah merosakkan diet aku. Sigh~ T_T








Ni doorgift untuk kawan2 pengantin kot. Sebab bila kitorang cakap kitorang ni staff office "dot dot dot", terus mak pengantin keluarkan doorgift ni dari kotak lain. Macam lebih kurang jer doorgift ni ngan doorgift aku nanti. Hehee~


Ramai giler tetamu kat majlis nih. Especially masa pengantin tengah bersanding. Sampaikan takde tempat nak duduk. Erkk~ terus aku seram, takot benda yang sama jadi kat majlis aku nanti.


Majlis kat Terengganu : jumlah jemputan tak ramai. Tapi ada beberapa perubahan sikit. Aku rasa maybe kena call akak owner canopy tu & kena tambah 1 lagi canopy.


Majlis kat JB : dewan sangat kecik. Dah tambah 2 canopy kat luar dewan. Tapi aku sangat risau, takot tak cukup kerusi meja untuk tetamu yang datang. Sangat2 risau. Urghhhh~



.

Monday, March 26, 2012

Buah tangan meja makan beradab. Perlu ke?

Hari Khamis lepas out station ke Batu Pahat. On the way balik, sempat singgah kat Ayer Hitam. Tak tahu nak beli ape pun sebenarnye. Just cuci mata. Then survey2 barang untuk buah tangan kat meja makan beradab. Pegang itu, pegang ini. Last2 tak beli pun. Sebab tak tahu nak beli apa.


Lagipun nak kena confirmkan betul2, berapa orang kat meja makan beradab tu. Untuk majlis kat Terengganu & majlis kat rumah Encik Tunang. Taknak la sampai lebih banyak sangat @ membazir. Sebab buah tangan kat meja makan beradab rasanya nak beli yang lain sikit dari cenderahati untuk tetamu lain & looks nice. ;)


Actually dah ada yang berkenan di hati. Tapi tak beli. Hold dulu. Hehee~


Biasanya ape yang orang letak kat meja makan beradab yer?



Cupcake.




I'm loving this idea! Tapi kena letak epal yang real punyer la. Hehee~
Salah satu buah tangan yang dalam pertimbangan.





Bekas telur pun ok jugak.
Yang ni pun salah satu buah tangan yang dalam pertimbangan. =)
Harga around RM2.50/pc. 



Atau maybe bekas macam ni? Cantik jugak.
Isi jer coklat kat dalam tu.
Dah survey2. Harga around RM2.50 - RM3.90/pc.



Atau idea yang paling murah kos-nya. Jar.
80sen - RM1 jer untuk 1 pc.
Boleh isi gula2/coklat/macaron.
Errr~ muat ke macaron nak masuk dalam jar kecik ni?




Ape lagi yer idea untuk buah tangan kat meja makan beradab ni?


Persoalan : perlu ke ada buah tangan kat meja makan beradab?



.

Thursday, March 22, 2012

Gaun pengantin terpanjang di dunia


Jom layan gambar dulu.



















Emma, a 17 year-old model, poses as she wears the wedding dress with the longest train in the world during a Guinness World Record attempt in Bucharest, March 20, 2012. The 2,750 meter long train broke a previous record of 2,488 meters. It is made of 4,700 meters of material using 1,857 needles, taking 100 days to made.





Huwaarghhhhh~ giler lah kalo wedding gown macam ni. Hampir 3km panjang. Naik belon panas pun tak terangkat semua ekor dia. Kalo setakat nak cipta world record boleh la kot. Kalo untuk wedding yang betul2, seriously sangat menyeksakan. Berapa orang ye pengapit yang diperlukan untuk pegang ekor tu?


Ada B2B yang nak cipta world record jugak ke? ;p



Sumber : Yahoo News 





*p/s : teringin nak pakai veil meleret 3 meter untuk wedding nanti. cane?  -.-



.

Monday, March 19, 2012

Kursus Kahwin : Done.

Telah selesai menjalani kursus kahwin.

Aku ngan Encik Tunang pegi kursus hari Sabtu dan Ahad. Tapi bukan pegi kursus bersama-sama. Aku pegi kursus kat Johor Bahru, Encik Tunang plak pegi kursus kat Nilai.


Aku kursus kat Masjid Jamek Sultan Abu Bakar. Anjuran Pusat Bimbingan Keluarga A-Falah. Hari Sabtu, aku sampai kat situ pukul 8.25pagi. Pendaftaran start pukul 8.30pagi. Aku ingatkan dah ok la timing tu. Tapi masa aku sampai tu, dah ramai yang sampai & dah daftar. So kiranya aku ni lambat la. -.-'


Untuk hari ke-dua, ceramah start pukul 8 pagi. Tapi penganjur cakap kena ada kat situ pukul 7 pagi atau 7.30 pagi. I was like.....what???? Pukul berapa aku nak gerak dari rumah? Pukul berapa aku nak bangun? On weekend pulak tu. Blerghhhh~


Pukul 7.40pagi baru aku sampai kat situ. Aku ingatkan dah lambat. And you know what? Takde ape2 pun pukul 7.40pagi tu. Ramai peserta yang dah sampai. Tapi ceramah start around pukul 8.05pagi. Cehhh~ aku ingatkan diorang nak bagi taklimat lain sebelum start ceramah, thats why suruh kitorang datang awal.


Adoii nye pun~ bukan main aku nerves sebab ingatkan dah lambat. -.-'


Ramai jugak perserta yang datang kursus nih. Dalam 130orang lebih. Lebih dari jangkaan penganjur. Sebab tu la breakfast pada hari pertama tu tak cukup, & penganjur kena order breakfast lagi untuk kitorang (termasuk aku).


Btw, bagus jugak pegi kursus kahwin ni. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat kat kursus nih. Paling tak boleh blah, bila ada part lucah2 tu. Errkkk~ Bukan bagus sebab ada part camtu ea. Banyak lagi yang penceramah2 tu bagi ilmu kat kitorang. Tapi part yang mengandungi unsur2 hubungan suami isteri tu la yang paling ramai peserta teruja nak dengar. Amboiii~ ketawa bukan main lagi ea. Kalo tak, mengantok ajer.


Ada peneramah yang best, & tak buat kitorang mengantok. Ada penceramah yang aku rasa terlalu formal kot. Haa...time ni la boleh tengok ramai yang tido. Terutamanya lelaki!  Selamba jer diorang nih. Aku pun ngantok jugak. Tapi sayang pulak rasanya kalo tido time ceramah tu. Membazir jer bayar yuran mahal2 kalo terlepas apa yang penceramah cakap. Pegi kursus kahwin ni bukan setakat nak sijil jer, ok. Ilmu pengetahuan pun penting jugak. *ececeee~ kemain aku bagi ceramah kat sini pulakkk~ ;DD


Alhamdulillah, takde plak aku mengantuk sampai tersengguk2 sepanjang kursus 2 hari ni. Setakat menguap2 tu ade la. Hehee~

Aku rasa orang yang dah plan nak kahwin @ yang dah dekat nak kahwin jer yang sesuai pegi kursus kahwin. Kenapa? Bukan aku cakap orang yang belum nak kahwin dalam masa terdekat tak boleh ambik kursus kahwin. Tapi dari apa yang diorang bagi ceramah, rasa macam....errrr~ hanya sesuai untuk yang dah nak kahwin jer kot? & aku rasa boleh buat korang tak sabar2 nak kahwin. Muahahaa~ ;D

*ok, just kidding. ;p





Akhirnya...setelah 2 hari "terseksa" dalam dewan tu, dapat jugak sijil nih.





Aku rasa kursus kahwin ni kursus kahwin yang paling mahal kat Malaysia nih. Yuran kursus RM120. Kat negeri lain RM80 jer. T_T  Ke ada tempat lain yang lagi mahal?




.

Sunday, March 18, 2012

unique visitor. =)

Salam malam Ahad!


Wooootttt~ What a tired weekend! *nanti aku cerita, ok. ;p


Ni nak cerita pasal visitor kat blog nih. First time unique visitor kat blog nih lebih dari 100. First time kot. ;)









Dah lama aku tak bukak Nuffnang. Semalam sesaje jer bukak Nuffnang. Check duet yang tak berapa nak bertambah, check visitor. Wahhh~ excited bila tengok UV lebih dari 100org. Walaupun satu hari jer, i.e. on Tuesday, 13.03.2012.


Ni first time UV lebih dari 100. Paparan lebih dari 200. Errr...first time ke? Ntah la. Yer kot. Sebab dah lama tak check. ;p


Nape aku excited jer nih? Blog orang lain UV beribu riban, tak kecoh pun kan. Yerlah, blog ni blog tak seberapa & ntah pape. Dulu takde orang masuk pun. Kadang2 UV tu 0. Wahhh~ hebat betol UV 0. Muahahaa~ ;DD


Actually blog ni just untuk suka2, just untuk simpan semua memori dalam hidup aku nih. Bukan blog untuk femes atau nak dikenali ramai. So, tak kisah la UV berapa pun. Tapi aku sangat berterima kasih & menghargai semua visitor yang masuk blog nih. Walaupun hanya masuk sahaja & tak baca pun entry2 aku.


Thanks a lot! ♥ ♥ ♥ =)




.

Saturday, March 17, 2012

Bekas Kaca. Akhirnya..

Pecah kaca pecah gelas. Eh, apehal tetiba nak berpantun nih. Hahaahh~


Actually nak cakap : lega sangat2 sebab dah jumpa bekas kaca nih ---->>>>>












Merata2 dah aku mencari. Akhirnya kat Nilai 3 jugak jumpa bekas kaca nih. Beli bulan lepas, masa ber-shopping sakan kat Nilai 3.


Kat JB ni pun ada jugak kedai yang jual bekas kaca nih. Kat Nilai 3 & Ayer Hitam pun banyak. Tapi nak mencari saiz & bentuk yang aku nak tu susah betol. Nak cari yang murah, kualiti bagus, kaca tebal)..lagi la hampeh. So, bersyukur jerlah dengan apa yang ada nih.


Bekas yang bulat besar 2 biji tu aku beli kat Thank Q. Agak murah. Bekas yang tinggi sket tu beli kat PISB. Mahaiiiii~


Cer teka aku nak buat apa?  ;p



.

Friday, March 16, 2012

DIY Hantaran : Hantaran for me - done.

Setelah beberapa hari duk bertungkus lumus potong2 polisterine, cucuk2 bunga...akhirnya siap jugak gubahan hantaran. Alhamdulillah. Rasa lega sikit. Sebab sebelum ni memang duk risau sebab takde masa nak buat hantaran nih.


Pagi2 pegi keje. Balik keje dah malam. Weekend pun busy - ngan keje, etc. Pastu asyik ke sana ke sini, ngan out station, and macam2. Kalo ada masa pun, aku dah tersangat penat. Macam mana nak buat preparation kawen. Nak meng-Google apa2 pasal wedding pun takde masa. -.-'


So, aku curi2 jugak masa yang ada. Lepas balik keje, aku buat. Walaupun dapat buat 1 gubahan atau hanya dapat potong polesterine jer, aku tetap buat jugak. Sampai tido lewat malam & mengantuk time keje.


On last weekend, gigih duk menggubah secara pukal.





Bekas. Bentuk shell.
Aku sukaaaaa~ ;)




Gabus.




Aku beli gabus bentuk empat segi yang besar. Pastu aku potong 4, then potong jadik bentuk bulat macam dalam gambar atas ni. Gabus bulat pun aku ada beli jugak. Tapi yang saiz sederhana & tak banyak pun. Gabus bulat tu dah tak payah potong2 & bentukkan dah. Yang aku bentukkan sendiri ni just untuk gabus yang kecik jer.


Kalo buat camni, jimat sikit. Sikit jer pun. Gabus sederhana tu RM1.80/pc. Kalo gabus petak ni harga RM4.40. Boleh buat 4 gabus bulat. So, dapat RM1.10 setiap satu. Total aku jimat RM5.60 untuk 8 gabus kecik.




4 jenis bunga.
Over pulakk pakai banyak2 bunga nih.  -.-



Lekatkan bekas kat gabus.
Then aku cucuk2 jer bunga kat sekeliling gabus tu.




And hasilnya......tunggu lepas majlis, ok. ;p


Tapi ini just hantaran untuk aku. Aku buat dua2 gubahan hantaran, i.e. hantaran untuk aku & hantaran untuk Encik Tunang. Tamak kan? ;p


Tamak tak tamak, yang penting aku puas hati ngan dua2 hantaran tu. ;)


Hantaran untuk Encik Tunang belum buat lagi. Ini pun belum siap 100%. Ada 2 dulang belum siap, i.e. gubahan mas kahwin and gubahan sirih junjung. Sebab takde idea lagi nak gubah macam mana. Mas kahwin pun tak tahu lagi nak letak dalam bentuk duit ke atau nak buat bank draf jer.


Takpe la kan. At least dah settle 7 dulang. Bagus guna artificial flower nih. Boleh gubah awal. Walaupun teringin jugak nak guna fresh flower. Tapi kalo kat kampung nanti, kat mana pulak aku nak cari fresh flower, kan?


Pastu sempat la pulak nak buat gubahan fresh flower tu, kan. Mana nak DIY pelamin lagi, meja makan beradab lagi, nak tolong family lagi, macam2 la. Kalo guna fresh flower, memang kena gubah last minute. Huuuuu~ -.-'


One of my friend cakap : awalnyer buat hantaran. Err...awal ke? Aku rasa apa2 yang boleh di-setelkan sekarang, better aku buat. Takut tak sempat plak kalo buat last minute nanti. Kalo nak balik kampung nanti boleh terus bawak balik jer hantaran yang dah siap digubah tu. Hihii~


Errr...jap2. Mas kahwin boleh buat dalam bentuk cek @ bank draf ke? Takpe ke? Di-bolehkan ke? Ke mas kahwin tu hanya boleh disediakan dalam bentuk tunai masa majlis tu?? Helppp~




*p/s : warna hantaran untuk aku nih sangat STRIKING!



.

Thursday, March 15, 2012

Kisah tassel rambu ramba.





Tassel ni beli kat PISB, Nilai 3 bulan lepas. Harga RM1.50 per piece. Yes, you read it. RM1.50 PER PIECE. Mahal bukan?





Nah..hambek kau. RM1.50 per pc.





Masa tu aku dah jenuh pusing satu Nilai 3 tu, and tak jumpa pun tassel yang aku nak, which is warna pink atau purple. Kalo ada pun, tak cukup stok. Aku perlukan 36 pieces. 4pcs untuk satu bantal. Bantal ada 9.


Bila jumpa kat PISB, terus aku grab. Pejam mata jer bayar RM54. Luluh hati aku nak bayar RM54 kat amoi tuh.


Then tahu tak 2 minggu lepas aku ada out station kat Pontian. Baru aku perasan, dekat ngan Pejabat Tanah Pontian tu rupanya ada kedai pengantin, i.e. Nona Pengantin. Then aku saje jer masuk cuci mata. Tahu tak aku terjumpa & terlihat tassel nih ada jual kat situ. Tahu tak berapa harga dia??? Tahu tak??? *Ok, enough with your TAHU TAK!


Harganya RM0.60 per piece. 60SEN!!! Cuba kau kira kalo 36 x 60sen berapa? RM21.60. RM21.60!!!


Cuba kau kira RM54 - RM21.60 berapa? = RM32.40. So aku rugi RM32.40!!!!


Ya Allah...masa tu lagi la luluh sakit hati aku nih, memang tak terkata dah. Kenapa jadi macam ni????


Ok, memang aku penuh ngan emosi sekarang. B2B semua mesti faham perasaan aku kan. T_T


Ok, fine. Maybe sebab tassel yang aku beli kat PISB tu jenis yang lain sikit dari yang kat Nona Pengantin tu. Sebab yang aku beli tu ada kilat2 sikit. Tassel yang kat Nona Pengantin tu takde kilat2, yang biasa jer. *cuba sedapkan hati.


Tapi sape kesah ada kilat2 ke tak? Janji ada tassel kat bucu bantal hantaran tu. *FRUST.


Ok fine, aku cuba sedapkan hati lagi "benda ni memang akan sentiasa terjadi kat B2B yang beli barang ape pun". Kat aku pun selalu terjadi. Tapi kalini memang melampau sangat lah, sebab 2 kali ganda harganye (lebih sikit dari 2 kali ganda kot). T_T


Masa pegi Nilai 3 minggu lepas pun ada jugak jumpa tassel yang murah. Cesss~ masa aku pegi, takde plak jual tassel tu. Sedih. Tapi redha jer. Dah beli dah pun. Nasik dah jadi bubur. Takpe la. Lagipun tassel yang aku beli tu pun lain dari tassel yang murah tu. *sedapkan hati.




*p/s : entri yang penuh emosi. sori. T_T





.

Wednesday, March 14, 2012

Pegi ambik penyata KWSP. Jakun. ;D

Semalam pegi Bangunan KWSP. Sebab nak ambik penyata KWSP. Sebelum ni rasa macam malas giler nak pegi ambik penyata. Sebab yang ada dalam bayangan dalam kepala aku nih : mesti lambat. mesti kena ambik nombor giliran, pastu kena tunggu "ber-jam2". mesti lambat lahh!!


Then semalam, bila sampai kat kaunter KWSP tu, "terperasan" kat sebelah tu ada beberapa kiosk. Terus tertanya2 sorang2 : eh, boleh dapatkan penyata tak ea kat kiosk nih?





Terus beratur kat situ & tengok orang depan buat. Eh2, boleh dapatkan penyata KWSP la kat situ. Ok, terus excited sebab tak payah tunggu giliran yang lama kat kaunter. Punyer la JAKUN. ;p






Tak sampai 5 minit, dah dapat penyata KWSP dah! Yayyy!! Tak sangka semudah ni nak ambik penyata. Hanya perlukan MyKad dan ibu jari kanan (untuk cap jari la. ;p). Tak perlu nak enter nama korang ke, nombor KWSP ke. Bagus betul ada E-Kiosk camni, kan. Ok, memang aku tak tahu selama ni E-Kiosk ni dah lama wujud. Kalo tak, dah lama aku pegi ambik penyata tu.


Maklumlah, sebelum ni tak pernah berurusan kat kaunter KWSP nih. yang aku tahu, tiap2 bulan gaji kena tolak 11%. Hal2 lain, aku tak ambik tahu.


Err...11% tu aku rasa sangat "berat" dan besar jumlahnya. Tapi bila tengok jumlah caruman kat penyata tu......wahhhhhh~ tak sangka dah banyak tu ea caruman aku. Kalo dapat guna duit tu untuk wedding, perghhh~ memang fabolous sangat2. Ceh. Pemikiran aku sekarang ni semuanya menjurus ke arah wedding jer. Semua hal nak kaitkan ngan wedding. Muehehee~


Eh, jangan silap faham. Aku tak keluarkan pun duit KWSP tu. Semalam aku just ambik penyata jer. Hehee~



.

Tuesday, March 13, 2012

Photographer booked.

Alhamdulillah, akhirnya dah berjaya book photographer. Setelah berbulan2 duk survey sana sini (ceh, over plak). Dan setelah mengalami banyak kekecewaan (sebab ada beberapa photographer yang aku sangat berkenan ngan hasil tangan diorang & harga yang jauh sangat reasonable).


Akhirnya....bila dah jumpa photographer yang aku rasa OK, dan harga yang reasonable, and aku pun dah malas nak fikir2 dah, terus aku decide nak hire dia. Petang tadi terus bayar deposit jer.


Eh, tapi ni photographer untuk majlis akad nikah & sanding kat Terengganu sahaja. Untuk majlis resepsi kat Johor Bahru, belum book lagi. Baru nak survey2. Erkk~ T_T


Well...aku rasa tarikh 1 & 2 June tu lagi "hot" dari tarikh 9 Jun. Tarikh 1 & 2 June lagi ramai pasangan kahwin. So, keutamaan nak cari photographer adalah untuk majlis kat Terengganu. Walaupun sebenarnya kalo ikutkan, hal booking2 photographer ni sepatutnya dah setel berbulan2 yang lepas, termasuk untuk majlis kat JB. T_T





One of his pictures.




Sape photographer kitorang ni? Nanti aku review, ok. Atau mungkin akan di-review selepas majlis? Hehee~ ;)



.

Menternak lemak @ wedding. There goes my diet.

Hari Sabtu yang lepas aku attend wedding, one of my staff. Ngan kawan2 se-office. Semangat nak attend wedding dah tinggi dah sejak akhir2 nih. Err...sebenarnye bukan sejak akhir2 ni. Tapi sejak bebulan2 lepas.


Nasib baik rumah pengantin perempuan dekat jer. Kat Taman Tun Aminah, Skudai. Kalo tak, malas jugak nak pegi jauh2. Sebab weekend haritu sibuk duk menggubah hantaran. =)




 Kek pengantin.




Tengah buat ape ntah diorang nih.






What a pink wedding. Dari pelamin, canopy, bunga telur, etc. Except for baju pengantin. -.-


Now lets talk about food. Pegi wedding = makan nasik beriani yang yummy, daging beriani yang berlemak, daging (kambing) yang berlemak & berkalori tinggi, ayam masak merah yang berminyak. Walaupun makan nasik sikit jer, tapi tetap rasa bersalah. Sebab berminyak giler. There goes my diet!!!


Adehhh~ dah la baru turun 1 kg nih. Tak turun2 lagi dari minggu lepas. I need to lose at least 2kg this month. Or maybe 3 kg? -.-'


Ok bye~




.

Monday, March 12, 2012

Bantal hantaran.





Ya ampun...


Tak ku sangka rupanya nak buat bantal hantaran nih sangat lah cerewet dan memakan masa. Tobat lepas ni taknak buat dah. Aa memey ar. Nak buat untuk sape lagi, kan. Kehkehh~


Comot2 jer bantal yang aku buat nih. Tapi puas hati la ngan hasil tangan sendiri. 2 bantal terakhir yang aku buat tu, baru aku tahu macam mana cara yang betul untuk buat bantal ni. Ok, lepasni kalo nak buat bantal hantarana lagi, dah tahu dah nak buat camane supaya tak comot & kemas. *eh, tadi kan cakap lepasni dah taknak buat dah bantal hantaran camni. ;p


Total bantal : 9. Tapi nak buat bantal ni berbulan2! Errr...over plak. Yang jadi berbulan2 tu sebab aku buat sikit2. Biasa la i kan busy woman. *ceitt~


Yang ni tak complete lagi. Nak lekatkan tassel ngan bucu bantal. Tapi bucu bantal belum beli lagi.


Aku rasa warna kain ni terlalu terang. Sepatutnya aku beli kain warna pink yang tak terlalu terang. Warna lembut jer. Tapi masa aku nak beli tu, dah banyak kedai aku pegi tapi takde warna yang tak terang & tak lembut sangat. Aku nak yang sederhana jer. Last2, beli yang ni jer. Tak kisah lah. Biar striking sket hantaran aku tu. ;p


By the way, kalo guna gam panas (gam yang ada pistol tu la~), mesti terkena gam yang panas tu, kan. Kalau tak banyak, mesti kena sikit2. Pendek kata, kalo tak kena gam tu, bukan nama menggubah hantaran namanya *ceh. Kalo kena sikit, takpe. Tapi kalo kena banyak, camane? Apa yang jadi?


Jadi macam ni ------>>>>>







Haaaa...ini makannyer.
Terkena gam panas.
Tak perasan gam tu ada kat situ.
MasyaAllah...saket giler!!! Pedih yang amat. T_T




Masa duk gubah hantaran untuk bertunang haritu pun ada jugak terkena gam panas. Betul2 menitik dari hujung "pistol" tu terus ke kaki aku.


Aiyarkk~ Melekat parut sampai sekarang. T_T


Ok bye~


.

Saturday, March 10, 2012

Outstation ke Putrajaya. Singgah ber-shopping di Nilai 3.

Hari Khamis aku out station. Ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Plan asal nak bertolak lepas keje hari Rabu. Tido jer kat rumah kakak Encik Tunang kat Banting, then pagi terus pegi Putrajaya. Tapi hari Rabu tu banyak pulak keje kat office. Tak boleh balik awal. And badan pun penat yang amat. Mata pun ngantok giler. Tengah keje boleh nak tertido. <---kesan tak cukup tido sejak berminggu2. -.-


Camane nak drive jauh, kan? So, terpaksa la bertolak awal2 pagi hari Khamis tu.




Harini hari Khamis.
Eh, bukan harini la. 2 hari lepas. ;p


Tahu tak betapa nervousnyer aku pegi kes tu? Tuhan jer yang tahu. Tapi kemudiannya keluar dari mahkamah ngan hati yang sangat lega. Alhamdulillah. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat dalam masa tak sampai sejam tu. Rasa sangat bertuah pegi kes tu. Syukur~


Lepastu hati dah berbunga2. Kenapa? Sebab dah plan dari awal nak pegi shopping kat Nilai 3! Yehhooooo!!!!!


Lepas breakfast kat cafe mahkamah, terus pegi ke Nilai 3. Nak beli beberapa barang untuk wedding nanti, i.e. paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin perempuan, doorgift untuk rombongan pengantin lelaki, untuk rombongan pengantin perempuan dan polysterin.


Sebelum ni dah borong banyak barang kat sini. So, kalini tak beli banyak barang sangat, sebab kebanyakannya dah ada & dah beli.



 Here i come. ;p







I'm loving these blue flowers. Tapi mahaiii~



Oh, Nilai 3 haritu sangat lengang, tak ramai orang. Yerlah, kan weekdays. So, agak senang hati nak pusing2 ngan kereta dan nak cari parking.


Yang aku nak cari ni, paperbag untuk doorgift rombongan pengantin lelaki & perempuan.  Untuk kedua2 rombongan ni, nak isi banyak barang. So, nak cari yang besar sikit la. And yang cantik! Cantik di mata aku la, kan. ;p


Sebelum ni dah merata2 aku cari paperbag camtu! Tapi tak jumpa yang berkenan. I mean, yang besar + ikut warna tema majlis + cantik. Adehhh~ kenapa la susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati.


So, masa pegi Nilai 3 tu, aku grab jer mana2 yang ok. Malas dah nak pikir banyak2. Yang penting, cukup besar untuk masukkan barang2, dan tak "lari" dari warna tema majlis.




Paperbag untuk doorgift rombongan lelaki.
Aku mahukan warna biru lembut.
Tapi takde yang memenuhi kriteria yang aku nak.
Warna ni pun ok la.
Nanti aku tambah jer reben biru kat situ. *kalo rajin.



Yang penting, ada pantun ni kat situ.
Khas untuk rombongan pengantin lelaki yang datang dari jauh. ;)



Harga paperbag ni tersangat lah OK. Harga yang tertera kat situ RM7.90. Tapi warna yang ada hanya warna ni dan warna hijau. Tu pun tak banyak. Diorang nak clearkan stok. Takkan nak ambik warna hijau kot? So, aku ambik warna ni, sebab boleh letak riben biru kat situ.


Aku ambik 2 paket. Warna ni ada 2 paket tu jer. 1 paket sepatutnya ada 10pcs, macam biasa la kan. Tapi 1 paket lagi ada 15pcs. Then bila aku bayar, dia bagi harga RM10 untuk 2 paket. Woww~ sangat murah la kan. Bukan setakat OK dah harga dia nih, tp memang murah sangat2. Then orang tu bagi 1pcs lagi, which is balance yang ada kat situ. Huhuu~ So, total aku dapat 26pcs untuk harga RM10.


Oh, lupa nak bagitahu. Paperbag ni beli kat kedai Bagus Setempat.




Paperbag untuk doorgift rombongan perempuan.



Biasa jer paperbag ni. Tapi ok la, sebab besar & muat doorgift yang aku nak letak. Tak suka ngan logo VR Star kat situ. Tapi nak buat camane. Yang ni jer yang aku berkenan dan cukup besar, dan ikut warna tema majlis. Harga pun ok la, tak mahal sangat. RM6.90/10pcs, beli kat VR Star.




Dah cukup besar dah tu.



And aku ada beli ini jugak ---->>>>








Kotak telur.



Harganya seperti tertera kat situ. RM2.00 sahaja. Ada 30pcs. So, satu pc lebih kurang RM0.067. Tak sampai 10sen pun. Beli kat PISB. Banyak jugak kotak telur kat situ. Tapi semuanya stok lama. Stock clearance la ni. Ada yang cantik. Ada yang buruk giler. So, kena pandai pilih. ;)


Actually tak tau lagi nak pakai ke tak. Just prepare jer. Tu pun aku tak beli banyak. Maybe akan guna untuk letak dalam doorgift untuk kawan2. Sebab untuk tetamu lain, dah beli uncang. Letak telur dalam uncang jer. Cute ape. Hihii~


Ok, so kebanyakan barang untuk preparation wedding yang perlu dibeli kat Nilai 3 ni dah beli. Especially barang untuk menggubah hantaran. Lepasni maybe dah tak outstation ke Putrajaya lagi. Tak dapat dah nak singgah Nilai 3. Kes yang aku pegi hari Khamis tu pun dah habes & dah dapat keputusan dah.


Aku hanya pegi Nilai 3 kalo outstation ke Putrajaya atau ada urusan lain kat sana. So, save kos transport sebab kalo outstation, dapat travelling allowance. ;p Takkan la nak datang Nilai 3 dari JB semata2 nak beli barang2 untuk wedding, kan. Memang la barang kat sana murah2 (tak semua). Tapi kos minyak + tol dari JB pun dah brape, kan.


Ada beberapa barang lagi kot yang tak beli. Its ok, lain kali boleh beli. InsyaAllah kalo ada rezeki, boleh datang sini lagi. Or boleh beli kat tempat lain jer.



Ok bye. Nak sambung menggubah hantaran plak. Sambil tengok drama seram kat TV3 nih. ;)




.

Friday, March 9, 2012

Freebies Friday. Thank you tag.

Just copy, edit mengikut kreativiti korang & print. Buat TQ tag sendiri. ;)


Click on pictures for larger view.











Source : http://www.etsy.com/listing/91144205/diy-pirate-birthday-party-printable
Haa...korang jangan letak gambar skull camni plak.
Buang tebiat lah kalo buat camni.
Pandai2 la korang edit, ok. ;)























Happy DIY-ing! ;)




.