Sunday, June 24, 2012

Weekend.

Weekend. Tak keluar rumah langsung. 


Ada jugak plan nak pegi Giant @ Carrefour. Nak beli barang dapur untuk masak bila Encik Tunang balik beberapa hari lagi. Tapi macam malas pulak. Sebab Giant @ Carrefour tu sebenarnye bukan jauh sangat. Tapi nak meredah jem tu yang aku boring. Hari Sabtu & Ahad camni memang jem lah jalan kat situ. Oh cukup la meredah jem Isnin hingga Jumaat.


Kalo Giant @ Carrefour tu setakat 3 -5 kilometer jer, tapi nak kena meredah jem sampai almost setengah jam, memang tak la kan. Melainkan kalo betul2 rajin. Tapi dah malas, nak buat camane kan. ;p So, postpone jerlah. Esok lepas keje baru pegi beli barang.


So, hujung minggu ni duk rumah jer. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju yang menimbun tu. Aku paling malas bab melipat baju. Lebih suka sangkut kat hanger. Tapi dah tak muat almari dah nak sangkut. Batang penyakut kat dalam almari tu pun macam dah bengkok. Daripada terjadi apa2 yang tak diinginkan, lebih baik aku lipat separuh baju2 tu. Ergghhhh~ -.- 


Anddd....tadi, try buat sambal belacan. Ok, aku memang tak pandai masak. Sekarang baru nak belajar. Even sambal belacan pun tak pernah buat. Ni pengakuan jujur. Korang nak kutuk pun kutuk lah. Ade aku kesah? Muahahaa~ ;D 





Pedasnyer menyinga wa cakap lu. Confirm saket perut. Aku ni dah la gastrik. 
Encik Suami suka pedas2 nih.




Petang tadi gigih la duk menumbuk sambal belacan ni. Tangan pun panas sampai sekarang. Sebab kena percikan sambal belacan tu. Hukhukk~


Encik Suami, cepat2 balik untuk rasa masakan isterimu yang baru nak belajar memasak nih. Tapi ampun kalo tak sedap. Maklum lah, tengok resepi kat buku jer. Kehkehh~ 


Ok bye~ 



.

2 comments:

Hanys Jehari said...

We learn new things bile dh kawin... Huhu. Nasib goigle dh wujud

Nini Mohd said...

kann?? nasib baik ada mr.google. hohoo~ yes, setuju sgt2. lps kawen ni byk benda yg kita belajar & kena belajar.