Semalam jer dua orang yang tegur badan aku dah gemoks. Masa orang pertama yang tegur, aku rileks jer lagi. Sebab dah tahu memang berat dah naik sejak kawen haritu. Bila datang lagi sorang, cakap benda yang sama, aku dah macam.....errghhhh~ am i that fat???
Balik keje terus memijakkan kaki atas penimbang. And yes, i gain few kilos. Err..brape kilo yer. Kali terakhir aku timbang, sebelum pegi Krabi. Semalam dah naik 1 kilo setengah (or 2 kilos maybe?). Itu dalam masa 2 minggu? Seriously?
Sebelum ni aku timbang, dah naik beberapa kilo sejak kahwin, dan sekarang semakin gemuk. Dan telah kembali ke berat badan asal sebelum berkahwin dulu. Dulu sebelum kawen kemain diet and berazam untuk turunkan at least 5 kilo. And yes, memang aku berjaya turunkan 5 kilo. Walaupun 5 kilo tu tak cukup untuk menjadikan aku selim melim. Dah turun 5 kilo itu pun aku masih bulat & gemoks. Sekarang dah balik ke berat asal sebelum mula berdiet. Punah lah usaha dan keazaman berdiet dulu.
Oh tahu tak betapa susahnya berat aku nak turun? Aku diet 5, 6 bulan kot. Baru turun 5 kilo. Tapi sangat senang nak naik berat badan. Agaknye memang aku ni jenis yang senang gemok susah nak kurus. Or diet tak betul? Err...
Ok lupakan cerita pasal diet dulu2 tu. Sekarang cite pasal badan yang dah makin menggemoks ni. Berbalik pada cerita tadi. Orang ke-2 yang tegur kegemukan aku nih siap cakap semua part dah berisi (oh segan nak cakap), and cakap "aku rasa kau ni dah ada isi la".
Isi? Iyer...memang betul ada isi. Tapi isi lemak lah. Hahahh~
Seriously aku pun dah naik segan ngan keadaan diri nih. Lebih2 lagi tang perut. Kalo betul2 ada isi takpe la. Boleh jugak berjalan dengan confidentnya. Ini isi lemak jer. Nak pakai baju & jalan pun kena cover ha...
Tskkk~
Terus harini takmo makan nasik.
Sobss~ T_T
Dolu-dolu...
4 bulan lepas.
Latest. 18.09.2012, Krabi.
Ok ini mungkin nampak gemuk sebab effect baju tu.
Tapi ini pun gemuk jugak, kan.
18.09.2012.
Oh yang ni ilusi semata2. -.-
Tak kisah la berapa banyak gambar letak pun. Yang penting, berat badan memang dah naik. Ada yang cakap normal la berat badan naik selepas kawen. Happily married la sangat, kan. Oh takmo. Tak mahu terlalu gemok. Dah la pendek. Tskk~ T_T
Tetiba jer rasa macam bersemangat nak pegi joging pagi esok. Err...rajin ke? ;p
Ok bye.
P/S : Review honeymoon next entry yer.
.
Tweet