Mula sakit gusi seminggu yang lepas. Gusi kat bahagian geraham. Mula2 aku ingatkan sakit biasa, mungkin sakit sebab gigi nak tumbuh. Normal la tu, kan. Pastu makin hari makin sakit. Aku ambik panadol jer untuk tahan sakit.
Hari Khamis lepas gusi mula bengkak. Makin lama makin bengkak. Sakit berdenyut2 sampai tak boleh tidur malam. Nasib baik Encik Suami ada. Kejutkan dia tidur, pastu nanges sebab tak tahan sangat sakit. Hahaa~ Tengahari Ahad, pegi beli pain killer kat farmasi. Aku rasa macam makan panadol pun dah tak jalan. Ngan pain killer, kurang sikit sakit tu walaupun gusi dah bengkak teruk & aku rasa dah bernanah. Muka aku pun dah bengkak sebelah. -.-
Semalam pegi klinik gigi. Seram jugak nak pegi klinik. Sebab dalam fikiran aku : kena buat x-ray, kena refer kat klinik gigi pakar Hospital Sultanah Aminah, kena operate. Siap mengadu kat Encik Suami, takut sebab aku takde insuran. Takut jadi apa2. Pastu fikir, takpela boleh guna insuran yang office bayar. *over betol.
Bila pegi klinik, doktor cakap kena buang gigi yang paling hujung tu, and dia akan set appointment. Sementara tu dia akan bagi ubat dulu. Ok la, masa tu aku rileks lagi. Lepas assistant dia bagi date untuk appointment, dia cakap kena operate. Nak pitams jap aku bila dia cakap.
"Pukul 8pagi dah kena ada kat sini, sebab operation start awal, pukul 8pagi. Breakfast dulu sebelum datang (maybe sebab lepas operate tu tak dapat makan untuk beberapa lama. -.-). Bawak duit RM50 untuk bayar kos operate. Kita buat x-ray dulu, nak tengok kalau ada ketumbuhan lain. Kalau boleh buat operation kat sini, kita buat. Kalau tak boleh, kita refer kat pakar".
*PITAMS*
Sebak jap lepas assistant tu cakap. Masuk dalam kete, macam nak nanges. Tapi cover depan Encik Suami. See..memang betol la yang aku fikirkan & takutkan tu. Dah agak dah. Sebab sebelum ni pernah dengar orang cerita pasal operate gusi untuk keluarkan gigi bongsu.
Takut sangat nak kena operate. Walaupun hanyalah minor operation.
Pastu bila masuk office, cerita kat boss sambil nangis2. Gila, kan. Sensitif betol aku masa tu.
Boss cakap "takpe, minor operation jer. kau ni....baru operate gusi, belum beranak lagi".
Aku jawab "beranak takpe".
Ewahh? Maksud aku, bukan tak takut bersalin @ bersalin tu tak sakit. Gila ke aku fikir camtu? maksud aku, bersalin tu lain. Kot? Sebab dah bawak perut selama 9 bulan. Ada masa 9 bulan untuk bersedia mental & fizikal. Yang ni pulak tetiba jer. -.-'
Pastu sibuk la bertanya sana sini. Kebetulan staff kat office tu pun ada yang pernah kena operate gusi untuk buang gigi bongsu. Takde la sakit sangat katanya. Hopefully camtu la yer.
Sekarang ni masih takut & seram nak pegi operation hujung bulan ni. But i take it positively. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa2 kecil. *cuba sedapkan hati* Sobs~
ubat tahan sakit yang beli kat farmasi ------------------------------ ubat dari klinik
So, sementara nak tunggu operation hujung bulan ni, terpaksa la bergantung pada ubat-ubatan. Tapi...operation lagi 2 minggu. Ubat sikit jer. Ubat sakit gusi yang klinik bagi tu dah nak habis pun. Camno?
Oh ye, klinik yang aku pegi ni klinik kerajaan jer. Layanan kat sini ok. Mesra pesakit la. Ni dah kali ke-2 aku datang sini. Kali pertama, bulan lepas. Datang tampal gigi. ;)
Oh ye, klinik yang aku pegi ni klinik kerajaan jer. Layanan kat sini ok. Mesra pesakit la. Ni dah kali ke-2 aku datang sini. Kali pertama, bulan lepas. Datang tampal gigi. ;)
.
Tweet
No comments:
Post a Comment