Monday, February 11, 2013

Movie : Mama

Last Wednesday, kami ber-Wednesday-movie-day. Kalini tengok movie Mama pulak. Dah lama tak tengok movie seram nih.


Trailer.


Sinopsis dia lebih kurang camni la : seorang lelaki telah membunuh rakan kongsi dan isteri dia. Pastu dia bawak dua orang anak perempuan dia lari, tapi accident kat hutan. Dia bawak anak2 dia masuk dalam hutan sampai jumpa satu kabin yang tak berpenghuni. Kat situ dia cuba bunuh anak dia, tapi telah dihalang oleh sesuatu. SESUATU???

Lima tahun kemudian, adik lelaki tersebut (Lucas) tak putus asa mencari abang dan anak2 saudaranya. Siap upah orang lagi untuk cari. Dan dua orang anak saudaranya dijumpai masih hidup dalam kabin tersebut. Abang dia takde. Tapi dua orang budak tu dah tak nampak rupa manusia dah. Macam haiwan pun ada. Aku terkejut beruk time diorang jumpa budak2 tu. SERAM ok!!

So semua orang hairan la macam mana budak berumur 3 tahun (Victoria) dan yang sorang lagi masih baby (Lily), boleh survive dalam hutan (dalam kabin) tu selama 5 tahun. Korang hairan tak? Huhuhh~

Lepastu Lucas berusaha dapatkan hak penjagaan budak2 ni dan bawak diorang tinggal bersama dengan dia, dan girlfriend dia, Annabel.*girlfriend ke wife aku tak berapa ingat dah*

Dari situ la bermula kisah misteri dan macam2 gangguan kat rumah baru diorang. Budak2 tu selalu sebut MAMA, MAMA. Siapakah yang budak2 tu panggil MAMA? *sila rasa seram*

Disebabkan budak2 tu dah tak macam manusia, so diorang cuba la pulihkan budak2 tu dengan bantuan Dr. Dreyfuss. Apakah nasib Dr. Dreyfuss setelah dia mengetahui kisah sebenar disebalik misteri MAMA tu? Nasib yang tragis. *sila rasa seram lagi*


Masa diorang mula2 jumpa Victoria dan Lily. 
Seram iols tau. -.-


Over protective.
Sumber : tumblr


Seram ke tak seram?Hahaa~ ;p



Masa Victoria pakai spek & jumpa Lucas.
Terharu aku. :')
Kesian....5 tahun tanpa penglihatan yang sempurna.
And dah 5 tahun ditinggalkan ayah dia.
Sampai tengok bapa saudara pun ingatkan ayah dia & peluk camtu sekali. sobs~


Ni gambar yang budak2 tu selalu lukis. 
MAMA?


Dr. Dreyfuss 


Lily ni asyik tersengih jer kalau nampak Mama. 
Lakonan dia memang menjadi dan nampak real. 
Lagi2 tang gigi tu. Huhuu~ -.-


Annabel.


Annabel ni walaupun dia nampak macam tak suka kat budak2 ni dan macam reluctant nak jaga diorang, tapi dia baik sebenarnya. Dia la yang berusaha nak selamatkan budak2 ni.


Haihh....
Lilly ni yang selalu buat kitorang terkejut tau.
Macam dia pulak hantu. Dah la jalan merangkak. -.-'


Erk..
Apa perasaan korang? 
Aku rasa macam....argghhhh.....ape nih. 
Terasa begitu laju adrenalin aku. *gitu -.-'


Ending.


Overall, movie ni memang best. Tahap keseraman? Ok la. Selalu jugak terkejut. Seram macam perasaan naik roller coaster gitu. Eh? Ada camtu? Hahah~ ;p

Tapi........ending dia tak best! Rasa macam...oh why?? Why ending macam tu! sobs~ T_T

Ingatkan dah ok dah, tetiba jer si Lily ni menjerit panggil Mama tu. Terus punah. Hah, nak explain pun tak boleh. Korang tengok la sendiri yer. ;)

Lagi satu, CG dia kureng la. Nak2 tang muka hantu masa ending tu. Sungguh tak real dan peliks.


Yes, so true. =)



Idok ler sampai thumbs down. Bagi aku, best. ;) 
Cuma ending tu jerla yang spoil. 


Oh ya, watak Victoria masa umur 3 tahun dilakonkan oleh Morgan Mcgarry. Comel sangat2! Dengan spek dia, dengan banyak cakapnya. Serius comel. Lilly masa baby dilakonkan oleh Maya Dawe. Puas aku meng-Google gambar diorang dalam movie ni. Tapi takde. Korang tengok la movie ni sendiri yer kalo nak tengok tahap kecomelan diorang.

Thanks for reading. ;)


.

No comments: